Duhai Sahabat!

Y2B4 End block exam baru sahaja melabuhkan tirainya. Perancangan asalnya aku ingin stay di kampus sehingga  berakhir exam seterusnya. Tapi perancangan Allah lebih baik. Sedikit kecederaan ketika bermain futsal kubra menuntut aku pulang ke kampung untuk mengurut. (sebab ke alasan ni?).

Sehari di rumah tanpa membuat apa-apa hampir membuat aku gila. Satu-satunya penawar  yang ada ialah buku-buku tersusun elok di atas rak di ruang tamu. Aku memilih novel yang nipis kerana target aku untuk khatamkan dalam tempoh 24 jam. Novel Terasing karya Hilal Asyraf menjadi pilihan.

-------------------------------------------------------------------------------------------
"Bagaimana agaknya kalau ada di antara kawan kita terjebak dalam hal-hal pengingkaran kepada Allah? Senang cerita, dia jadi jahatlah. Apakah kita patut tinggalkan mereka?

Aku menggeleng. "Tidak. Kita TIDAK patut meninggalkan mereka."
 

"Biar saya ceritakan satu kisah." Aku membuka cerita.

Kisah berkenaan seorang ulama tersohor, yang mempunyai seorang sahabat karib. Satu hari, dia dan sahabat karibnya berpisah. Ulama itu terus menjadi terkenal kerana ketinggian ilmunya dan kesolehan dirinya. Dia telah terputus berita berkenaan sahabatnya. Hinggalah satu hari, seorang lelaki tiba kepada ulama itu dan bertanya.

"Sheikh, apakah kau kenal fulan yang bernama fulan bin fulan?"

"Ya, dia sahabat karib aku."

"Aku dengar dia sekarang sudah rosak, tersungkur di lembah maksiat, melakukan kemungkaran kepada Allah."

"Oh?" Dan ulama itu tanpa membazir masa, terus pulang ke rumah dan mempersiapkan bekalan perjalanan. Lelaki tadi pelik, apabila melihat ulama itu keluar semula dari rumah dengan keadaan seperti hendak bermusafir.

"Sheikh, kau hendak ke mana?"

Ulama itu menjawab. "Berjumpa sahabatku."

"Buat apa? Kau masih menganggap dia sebagai sahabat? Dia sudah ingkar kepada Allah wahai Sheikh."

"Maka sebab itulah aku pergi kepadanya. Aku hendak menyelamatkannya."

"Kenapa?" 

"Sebab aku adalah sahabat dia."

Begitulah kisah persahabatan yang sebenar. Kalau benar sahabat, maka kita akan membawa sahabat pulang kepada Allah, kita akan menegurnya jika dia terlupa. Sebab, kita bersahabat untuk mendapatkan keredhaan Allah.

[petikan dari novel Terasing]
-------------------------------------------------------------------
Novel ni membawa tema percintaan, kekeluargaan, anak-anak dan persahabatan. Tapi aku lebih terkesan dengan kisah persahabatan. Keutuhan ukhuwwah dua orang sahabat sungguh hebat. Peranan sahabat yang sebenar-benarnya bukan sekadar untuk bergelak ketawa ataupun bertepuk bertampar. Sebenarnya lebih daripada itu.

Carilah sahabat yang soleh kerana dengan asbab kesolehannya, kita akan turut terpimpin untuk menjadi soleh. Apabila berdampingan dengan sahabat yang soleh, jagalah ia dan sayangilah ia. Pelihara hubungan persahabatan agar tidak terputus di tengah jalan.

Sahabat yang baik akan menegur kesilapan sahabatnya. Mustahil sahabat yang baik akan membiarkan sahabatnya lalai dan hanyut dengan godaan dunia. Sahabat yang baik juga menerima teguran dengan hati terbuka tanpa sebarang syak wasangka. Amalan tegur-menegur, nasihat-menasihati mampu melahirkan dua orang sahabat yang sentiasa ingat akan Allah dan mencari keredhaanNya.
Duhai sahabat,

"Pertama, ingati aku dalam setiap doamu."

"Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku."

"Ketiga, jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu."

~Sekadar Contengan~

RAM: Sutera Bidadari

Novel yang dinanti-nantikan oleh peminat RAM terutamanya yang setia mengikuti pengembaraan Laksamana Sunan sejak novel pertama, Bagaikan Puteri. Novel kelima Pengembaraan Laksamana Sunan sudah boleh dimiliki mulai 22 April 2011 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 di Karangkraf Mall, Dewan Tun Dr Ismail, PWTC dengan diskain 15 peratus. Novel hanya akan mula diedarkan ke seluruh negara setelah PBAKL berakhir. Pelancaran rasmi novel Sutera Bidadari pula akan berlangsung pada jam 1200, 30 April 2011 (Sabtu).


"Mencintai Allah nescaya Allah tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya kerana cinta Allah adalah cinta abadi. Cinta paling agung."

"Sesungguhnya hidup selepas mati ternyata lebih lama dan panjang... lebih berat dan memeritkan berbanding hidup sebelum mati. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Semoga Allah menggantikannya dengan rahmatNya Yang Maha Agung kerana Allah... Tuhan satu-satunya yang lemah lembut terhadap hamba-hambaNya."

"Biar kita tersalah ampun daripada tersilap hukum." 
 
Sinopsis

Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.
 
Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.
~Sekadar Contengan~

Tiada Lagi PBL Group 6

PBL Group 6. 5 putera dan 7 puteri. Saad Raja, Rahman Mohamed, Ruzaini Roslan, Fikri Morshidi, Kak Nad, Husna Hazim, Wan Thohiroh, Liyana Danial, Azreena Zabidi, Hanum Sakinah & Nadia Syafiqah. Kebanyakannya bising dalam diam. Sebanyak 64 discussion telah kita lakukan untuk mendiagnose penyakit (56 sesi Problem Based Learning (PBL) dan 8 sesi case discussion). Jadi, aku yakin dan percaya dengan korang lah aku paling banyak berinteraksi berbanding ahli batch yang lain. Discussion, lakonan untuk Dr Imad dan projek IIMP telah kita laksanakan dengan jayanya.
Bersama presenter IIMP
Berakhirnya sesi dengan Dr Naznin minggu lepas, maka berakhirlah PBL Group 6 secara rasminya. Jadi,  dengan rasa rendah diri, aku minta maaf jika ada salah dan silap terutamanya kurang atau mungkin  langsung tidak menyumbang dalam discussion. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Mohon halalkan segala ilmu yang dikongsikan sepanjang discussion. InsyaAllah ilmu-ilmu tersebut tergolong dalam kategori ilmu yang bermanfaat yang pahalanya akan berterusan hingga ke akhirat.
Terima kasih! Arigato!

~Sekadar Contengan~

Tawassul Dengan Kebaikan

Musim final exam kembali lagi. Saat entri ni ditaip, ada rakan yang sudah memulakan cuti yang teramat panjang. 5 tahun 5 bulan. Ada juga yang masih bertungkus lumus membuat persediaan yang seampuh mungkin untuk menghadapi saki-baki kertas yang tinggal.

Bila bercakap mengenai final exam, aku teringat satu mesej yang menjengah ruangan inbox handsetku malam sebelum final exam Y2B3 dua bulan yang lalu.

"Semoga sahabat-sahabat dikurniakan kemudahan untuk menjawab exam esok. Boleh BERTAWASSUL dengan kebaikan kita jika mahu." (lebih kurang ginilah ayatnya)

Aku tersentak. Secara automatik fikiranku cuba mengingati apa kebaikan yang telah aku buat sepanjang 2 bulan blok 3 tersebut. Zero! Kurasakan tiada satu pun kebaikan yang aku telah lakukan. Bagaikan baru tersedar daripada mimpi. Rupa-rupanya 2 bulan usiaku telah dibazirkan tanpa membuat kebaikan. Astaghfirullah! Ampunkan aku Ya ALLAH!
Bertawassul dengan kebaikan telah tercatat dalam hadith riwayat Bukhari. Hadith berkenaan kisah 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam gua. Ketiga-tiganya berdoa kepada Allah dan bertawassul dengan amalan kebaikan yang pernah mereka lakukan sepanjang hidup mereka. (kisah lengkap)

Ketika berseorangan di "celup", aku sempat membelek buku Aqidah Muslimin (klik sini). Buku ini dihadiahkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll ketika kuliah talaqqi di CFS pada 13 Februari 2009 sebagaimana tercatat pada muka surat pertama buku ini.

Soalan 14 dan 15 dalam buku Aqidah Muslimin memperkatakan berkenaan tawassul. Apakah itu bertawassul?

Menurut buku tersebut, TAWASSUL ialah
memohon daripada Allah SWT agar mengurniakan manfaat atau menghindari kemudharatan dengan menyebut nama nabi atau wali sebagai tanda memuliakan nabi atau wali yang disebut itu, di samping beri'tiqad bahawa ALLAH SWT adalah pemberi mudharat dan manfaat pada hakikatnya. HARUS hukumnya bertawassul dengan mereka disisi ijma'.

Kita semua ialah hamba yang hina dan kerap kali leka dan jauh daripada Allah. Apabila kita jauh daripada Allah, nescaya sukar bagi kita untuk mendapatkan apa yang diingini setimpal dengan amalan kita. Para nabi dan wali pula sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berdampingan dengan Allah tidak kira masa dan ketika. Semestinya Allah lebih suka untuk menunaikan hajat orang yang rapat denganNya. Tawassul seolah-olah diibaratkan "kabel" kita pada hari ini. Melalui "kabel", insyaAllah semakin cepat kita mendapat apa yang dihajatkan.

Sila klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tawassul.
(semua artikel disediakan oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN dan tersiar di Utusan Malaysia setiap Isnin bermula 30 November 2010 sehingga 5 April 2011)

1.  Kefahaman tentang tawassul
2.  Dalil tentang bertawassul
3.  Bertawassul sebelum adanya Nabi SAW
4.  Bertawassul selepas kewafatan Nabi SAW
5.  Sandaran tawassul lepas wafat Nabi SAW
6.  Pensyariatan tawassul menurut Ibnu Taimiyyah
7.  Tawassul menurut Imam al-Syaukani
8.  Bertawassul dengan athar Rasulullah
9.  Bertawassul dengan hak para nabi dan orang soleh
10. Bertawassul dengan makam Nabi SAW
11. Tawassul dalam bentuk seruan
12. Tawassul Umar dengan al-Abbas
13. Tawassul, ziarah dan kisah al-'Utbi
14. Tawassul dan kesimpulan

~Sekadar Contengan~