Showing posts with label 13th Legacy. Show all posts
Showing posts with label 13th Legacy. Show all posts

Cuti Panjang Membunuh!

Cuti hampir 4 bulan! Cuti panjang yang sememangnya panjang boleh membunuh sesiapa yang life-cyclenya selama 4 bulan hanyalah makan, tidur, tengok TV, main computer games dan berFacebooking. MATI KEBOSANAN!

Untuk mengelakkan mati kebosanan, gunakan cuti dengan aktiviti berfaedah. Kesempatan cuti panjang boleh digunakan untuk menjadi part-timer. RM 700 x 3 = RM2100. Fuh! Memang kaya. Sesiapa yang dahagakan ilmu agama yang tidak ditawarkan di mana-mana pusat pengajian tinggi, cuti sebegini patut digunakan untuk  bertalaqqi kitab-kitab kuning di pondok-pondok bersama mashaikh.

"Dua nikmat agung yang diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah nikmat KESIHATAN dan MASA LAPANG." 
 [Hadith riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah] 

Nasihat Dr Norsidah & Dr Naznin ketika Majlis Restu Ilmu 2 bulan lepas.
Attitude dan disiplin amat penting untuk survive ketika clinical years. Semua itu tak boleh dibentuk dalam masa 2,3 hari. Sekurang-kurangnya 2,3 bulan diperlukan. So, gunakanlah cuti panjang nanti untuk develop diri agar jadi lebih berattitude dan berdisiplin. Lupakan segala bad attitude during pre-clinical. Yang penting, ketika clinical, kamu mennjadi student yang berattitude dan berdisiplin.
Ketika Program Mahabbah 13th Legacy, salah seorang sahabat turut menasihatkan supaya meletakkan target apa perubahan yang kita nak capai at the end of the holidays. Letakkan target yang simple tapi bermakna. Contohnya, sebelum cuti, tidur lepas Subuh seolah-olah menjadi rutin harian. Apakata, sepanjang cuti ni, tukar aktiviti tidur dengan berjogging, memasak ataupun menonton rancangan Tanyalah Ustaz! InsyaAllah tidur lepas Subuh akan tiada dalam kamus hidup kita lagi buat selama-lamanya. :D

Aku teringat nasihat seorang senior ketika lawatan ke Rumah Ehsan. Beliau mencadangkan cuti sebelum masuk clinical years digunakan  sebaik-baiknya untuk belajar agama terutamanya berkenaan iukhsah ibadah untuk pesakit dan fiqh perubatan. Peluang untuk berdakwah kepada pesakit teramat luas. Rata-rata pesakit merasakan diri mereka tidak perlu melakukan ibadah terutamanya solat apabila warded. So, tugas kita untuk membetulkan kesalahfahaman ni.

Ada juga sebahagian pesakit yang ingin beribadah tapi tidak tahu cara sebenarnya. Sebagai contoh, jika tangan berbalut, bagaimana nak berwudhuk? Perlu bertayamum ke? Mampukah kita menjawab persoalan tersebut? Kalau tidak mampu maka terlepas satu peluang untuk kita berdakwah. Alangkah ruginya! Tidak dapat tidak, kita wajib persiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya sebelum menempuhi alam clinical.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selama 17 tahun aku bergelar pelajar, inilah kali pertama aku mendapat peluang cuti melebihi 2 bulan. Perancangan utama cuti ni untuk mengkhatamkan berbelas-belas buku yang tidak sempat dibaca ketika berada di Kuantan. Follow kuliyyah Ustaz Azhar Idrus dan jalan-jalan jelajah Malaysia turut berada dalam perancangan. InsyaAllah.



~Sekadar Contengan~

Muhasabah Dalam Mahabbah

Alhamdulillah. Kupanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana melimpahkan rahmat kepadaku dan sahabat-sahabat batch 13th Legacy. 131 orang berjaya PASS First Professional Exam sekaligus eligible to proceed to 3rd Years bulan September ni. Namun AWAS, di kala kita berada dalam kegembiraan, jangan sesekali kita lupakan orang lain yang berada dalam kesedihan. Berikanlah semangat dan teruskan berdoa untuk mereka yang belum berjaya agar turut dikurniakan kejayaan. InsyaAllah. 13th Legacy Bersama Selamanya!


Sebagaimana dirancang sejak 1st day study week for pro, selepas result diumumkan, 13th Legacy mengadakan Program Mahabbah 13th Legacy (PM13L) di Pantai Cherating. Seramai 90 orang menyertai PM13L melebihi target awal iaitu 60% daripada batch. Objektif utama program ini ialah untuk bermuhasabah (rujuk sini)  sesama ahli batch sepanjang 2 tahun menempuhi pre-clinical phase di samping mengukuhkan mahabbah antara ahli 13th Legacy.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”  
[Al-Hashr: 18]

Alhamdulillah. Segala yang dirancang berlangsung dengan jayanya. Cuaca baik mengizinkan segala aktiviti berjalan dengan lancar di "dewan" buatan sendiri. Barbecue [ACAD] sedap hingga menjilat jari, awards [P&I] yang adil dan saksama, muhasabah [ICU] yang menyentuh jiwa dan perasaan, treasure hunt [S&R] yang mencabar dan memenatkan dan tak lupa juga hadiah [ECONS] yang padat dan "bekhasiat". Terima kasih warga 13th Legacy kerana memberikan kerjasama sepenuhnya kepada committee. Terima kasih kepada semua biro kerana bertungkus-lumus berusaha untuk melaksanakan task-task yang diassignkan dengan sebaiknya meskipun dalam tempoh yang teramat singkat.



Dan jutaan terima kasih kepada [WELFARE] members kerana menjadi mastermind untuk PM13L. Pengorbanan masa dan tenaga selama separuh daripada study week for professional exam amat dihargai. Semoga segala penat lelah kalian dalam menjayakan PM13L dikira amal kebaikan dan dikurniakan ganjaran oleh Allah SWT. InsyaAllah.

# Dari Welfare Untuk 13th Legacy #

~Sekadar Contengan~

Muliakanlah Anak Yatim

Sepanjang berada di Kuantan, sudah beberapa kali aku berkesempatan untuk berprogram bersama anak-anak yatim. Yang terbaru ialah pada hari Ahad yang lalu. Seramai 30 orang pelajar tahun 1 & 2, mengadakan program di salah satu rumah kebajikan di sekitar Kuantan, iaitu Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang (RAKHS) [ Official Facebook / Official Blog ]. Aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong, membantu adik-adik membuat persediaan untuk peperiksaan pertengan tahun keesokan harinya, sukaneka dan makan tengah hari dalam talam bersama-sama.
Dialog dengan seorang adik ketika makan tengah hari bersama-sama. [credit to Afiq Rohimi]

Afiq: Adik, sedap tak ayam masak kari ni?
Adik: Sedap bang. Terima kasih sebab bawak ye. Kami jarang sangat dapat makan ayam.
Afiq: Takpe dik. Makan la. Berapa kali makan ayam dalam seminggu?
Adik: Jarang la bang. KALAU REZEKI MURAH boleh la merasa SEMINGGU SEKALI. Tapi tu pun jarang-jarang bang. Kalau abang-abang datang baru boleh makan ayam.
Aku amat tersentuh dengan dialog di atas. Kurasakan mereka lebih pandai menghargai rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka berbanding diriku. Begitulah manusia. Apabila dikurniakan rezeki yang banyak, mudah lupa. Lupa kepada Allah yang mengurniakan rezeki tersebut. Astaghfirullah hal 'azim!

Rasulullah SAW amat menganjurkan kepada kita supaya berbuat ihsan kepada anak-anak yatim. Antara hadith Rasulullah SAW berkenaan anak-anak yatim:
  • Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: 
    "Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak." Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)."
    [Riwayat Bukhari] - rujukan

  • Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
    "Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." [Riwayat Ahmad]

    Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”

  • Daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
    "Orang yang memelihara anak yatim di kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun."
    [Riwayat Tirmidzi]

  • Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
    "Sebaik-baik rumah di antara orang Islam ialah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah ialah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk." [Riwayat Ibnu Majah]
Musibah yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah al-Taqwa, Hulu Langat [ Official Facebook ] amat menyayatkan hati. Salam takziah buat keluarga anak-anak yatim yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Doakan semoga roh mereka ditempatkan bersama para solehin. Al-Fatihah~


Kepada yang berkemampuan dari segi kewangan, menyumbanglah sedikit sebanyak harta kepada mereka yang memerlukan seperti rumah anak-anak yatim. Bagi pelajar yang sememangnya tidak berkemampuan dari segi kewangan, luangkanlah sedikit masa untuk berkunjung ke rumah anak-anak yatim. Dengan kehadiran kita semua insyaAllah sedikit sebanyak akan dapat menggembirakan hati mereka. Mudah-mudahan segala amalan tersebut dikira sebagai amal kebajikan oleh Allah SWT.

~Sekadar Contengan~

All the Best, 13th Legacy!

Alhamdulillah. Rekod baru tercipta. Buat pertama kalinya dalam tempoh 2 tahun, kesemua ahli 13th Legacy PASS dalam end block exam. Lebih manis lagi, kesemuanya eligible to take First Professional Examination - exam kelayakan sebelum masuk ke clinical phase, yang dijadualkan pada minggu depan (16-18 Mei 2011). Tahniah sahabat-sahabat.

Perhatikan sekeliling kita. Apabila musim exam menjelma, semakin ramai yang menjadi semakin rajin untuk study. Jika sebelum ni 24 jam diisi dengan tidur, makan dan futsal, sekarang semua nikmat dunia tu sanggup dilupakan. Ini semua gara-gara study untuk exam. Bagus! Berhijrah ke arah kebaikan. 

Tetapi, AWAS! Jangan sesekali kerana study, hubungan kita dengan Allah terjejas. Dengan alasan nak study, solat dilengah-lengahkan, al-Quran ditinggalkan. Tidak kurang juga yang tidur pukul 3,4 pagi untuk study, dan akhirnya terlepas solat Subuh. Adakah dengan hanya berusaha membolehkan kita berjaya dengan cemerlang?

Sudah semestinya TIDAK! Ingatlah sahabat, study tu hanyalah salah satu usaha daripada kita. Usaha semata-mata tidak akan mampu untuk membuahkan hasil. Segala hasil adalah di bawah ketentuan Allah SWT. Sama-sama kita berusaha untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Banyakkan berdoa tetapi bukan untuk diri kita semata-mata bahkan untuk seluruh ahli batch 13th Legacy. Pohonlah kepada Allah kerana Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab, di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, Amin! Engkau juga beroleh manfaat yang sama." 
(Riwayat Muslim)

Kupohon kemaafan daripada seluruh warga 13th Legacy (terutamanya PBL Group 6 dan Welfare Bureau) kalau ada ada menyakitkan hati secara langsung ataupun tidak langsung, terlebih gurau dan loyar buruk, terkutuk, terkata, terkeji dan segala jenis 'ter' yang bersifat mazmumah. MAAFKAN AKU! Sama-sama kita saling bermaafan untuk mengelakkan dosa-dosa kita yang bertimbun menjadi hijab (dinding/halangan) kepada kita ketika menjawab soalan kelak.

Doakan kami!
Kepada pembaca entri ni sama ada secara sengaja ataupun tak sengaja, doakanlah semoga  kami, 133 orang ahli MBBS 13th Legacy dikurniakan kesihatan terbaik dan kemudahan untuk menjawab semua soalan.  Semoga seluruh batch dikurniakan kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ameen...

~Sekadar Contengan~

Tiada Lagi PBL Group 6

PBL Group 6. 5 putera dan 7 puteri. Saad Raja, Rahman Mohamed, Ruzaini Roslan, Fikri Morshidi, Kak Nad, Husna Hazim, Wan Thohiroh, Liyana Danial, Azreena Zabidi, Hanum Sakinah & Nadia Syafiqah. Kebanyakannya bising dalam diam. Sebanyak 64 discussion telah kita lakukan untuk mendiagnose penyakit (56 sesi Problem Based Learning (PBL) dan 8 sesi case discussion). Jadi, aku yakin dan percaya dengan korang lah aku paling banyak berinteraksi berbanding ahli batch yang lain. Discussion, lakonan untuk Dr Imad dan projek IIMP telah kita laksanakan dengan jayanya.
Bersama presenter IIMP
Berakhirnya sesi dengan Dr Naznin minggu lepas, maka berakhirlah PBL Group 6 secara rasminya. Jadi,  dengan rasa rendah diri, aku minta maaf jika ada salah dan silap terutamanya kurang atau mungkin  langsung tidak menyumbang dalam discussion. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Mohon halalkan segala ilmu yang dikongsikan sepanjang discussion. InsyaAllah ilmu-ilmu tersebut tergolong dalam kategori ilmu yang bermanfaat yang pahalanya akan berterusan hingga ke akhirat.
Terima kasih! Arigato!

~Sekadar Contengan~

Keputusan Rasmi Pemilihan SRC UIAM 2011/2012


CONSTITUENCIES (GOMBAK CAMPUS)

AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS:
Hafizul Faris bin Che Razlan (641)
Muhammad Eizzaz b Redzuan (418)
Muhammad Fitry b Hussin (619)
Muhammad Taufiq b Johari (186)

KULIYYAH OF ENGINEERING:
Mohamad Amir Arif b Ramli
Syahril Uzair b Syahmil Hameed
(won uncontested)

KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:
Masyitah bt Md Hassan (540)
Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)
Nashrul Haziq b Mohd Nasir (257)
Nur Sakinah Sulaiman (680)
Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)

KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:
Siti Aminah Mohd Naim
Wan Zulkarnain Wan Ismail
(won uncontested)

INSTITUTE OF EDUCATION:
Mimi Nor Syahuda bt Setapani (182)
Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)
Mohd Fairul Mohd Nawawi (110)
Nurrul Hafizul Che Hussin (146)
Ahmad Abdussalam Husni (103)

KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:
Mahirah Abdul Rashid (1624)
Mahmud Rajaie Othman (499)
Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri (355)
Mohd Hazirin Zainordin (262)
Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)

KULIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:
Adib Fakhrullah b Azmi
Muhammad Hafizul b Taib
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Mohammad Mohiuddin
Abas Abdullah Ahmed
Habib Abu Omer
Noman Bashir
(won uncontested)


CONSTITUENCIES (KUANTAN CAMPUS)

KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES:
Anis Nadia Hussin Shokri (163)
Farihah bt Abdullah (115)
Muhammad Luqman Hakim bin Roomali (207)

KULIYYAH OF DENTISTRY:
Kamal Amar bin Dahlan
Nurun Hanim bt Othman
(won uncontested)

KULIYYAH OF MEDICINE:
Hanis bt Abdul Rani
Sharif b Ahmad
(won uncontested)

KULIYYAH OF NURSING:
Fauzan b Mohamed (148)
Intan Fazirah bt Mustapha (84)
Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim (116)

KULIYYAH OF PHARMACY:
Ahmad Mustaqim b Ariffin
Noor Baiti Solehah bt Nu Awi
(won uncontested)

KULIYYAH OF SCIENCE:
Muhammad Shafiq bin Abu Hassan
Siti Aminah Muhammad Imran
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Miss Hasna Ahmad
(won uncontested)

Tahniah dan takziah kepada para YB. Kalian bakal memikul amanah yang berat untuk berkhidmat kepada seluruh mahasiswa UIAM sama ada di kampus Gombak atau pun Kuantan. Buat yang terbaik dan termampu bagi membalas jasa pengundi-pengundi yang sanggup turun padang untuk mengundi kalian. Selamat berkerja!

Bacaan tambahan

P/s: Terkilan dan kecewa. Meskipun sudah 2 tahun bergelar mahasiswa di Kampus Kuantan, masih tidak berkesempatan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Kalau tahun lepas PRK ketika cuti, tahun ni tiada pertandingan kerana hanya 2 calon bertanding.

~Sekadar Contengan~

Ultras Medic!

Alhamdulillah. Berakhir sudah InterKuliyyah Games (IKG) - kejohanan sukan terbesar di bumi UIA Kuantan. Seminggu yang penuh warna warni. Kampus Kuantan yang biasanya sunyi sepi berubah wajah menjadi riuh-rendah. Para pemain bertungkus-lumus di padang dan gelanggang untuk mendapatkan pingat. Sorakan dan provokasi daripada para penyokong pula betul-betul menghidupkan dan memeriahkan lagi suasana kejohanan.

Credit to dR. gReeN
Awal-awal lagi kontroversi telah berlaku. Peraturan 1 pemain, 1 game yang baru diperkenalkan pada edisi kali ni agak memeranjatkan. Kesannya, Medic kekurangan pemain. Pemain Medic yang betul-betul available hanyalah 2nd Year sahaja.Yang lain ada yang sedang bercuti panjang, ada yang posting di Temerloh dan ada yang dalam fatrah study week.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Disebabkan kekurangan pemain, aku telah terpilih untuk mewakili bola sepak. Tahun kedua berturut-turut aku menjadi bidan terjun. Kalau tahun lepas aku bermain sebagai left winger, tapi kali ni aku beralih posisi sebagai right/left back.

Peringkat kumpulan dan separuh akhir berjaya dilepasi tanpa sebarang masalah untuk  layak ke final. Final kali ni menjadi perlawanan ulangan final tahun lepas. Medic vs Pharmacy. Tahun lepas skuad Medic tunduk kepada Pharmacy menerusi penalti setelah terikat tanpa jaringan.Semangat pemain Medic yang rata-rata ialah pemain skuad tahun lepas berkobar-kobar untuk membalas dendam kekalahan yang lalu. 

Alhamdulillah! Akhirnya Medic juara. Aku cukup-cukup puas hati. Tercapai sudah hasratku untuk mendapat pingat emas untuk IKG! Kejayaan mendapat emas bola sepak cukup untuk mengubati kekecewaan kontijen Medic yang gagal manjadi juara keseluruhan IKG'11.
Keputusan Penuh

Group B
Medic (12) vs (1) Dentistry
Medic (2) vs (2) Pharmacy

Separuh akhir
Medic (5) vs (0) Allied Health Sciences

Akhir
Medic (1) vs (1) Pharmacy [Penalti: 4-3]
 

* Pecahan pemain Medic - (6) 2nd Year, (6) 3rd Year, (2) 4th Year dan (1) 5th Year
* Beraksi dengan 10 pemain
ketika bertemu Pharmacy di perngkat kumpulan selama 15 minit gara-gara 5 orang pemain habis kelas lewat. (tapi tetap berjaya menjaringkan 1 gol.=D)
* Tercabut contact lens ketika dalam perlawanan.
* 4 defender dan seorang midfielder cedera sepanjang kejohanan. (Paling teruk fracture at joint of tibia and fibula near ankle)

2010 = 3rd place, 2011 = 2nd place, 2012 = 1st place?? InsyaAllah.
Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan IKG'11. Tapi, masih banyak ruang untuk menjadikan IKG ke arah yang lebih perfect selaras dengan nama Islam yang dibawa. Rungutan yang kedengaran berkaitan dengan aurat dan ikhtilat perlu dititikberatkan oleh penganjur untuk kejohanan mendatang. Aurat pemain ramai yang terdedah. Peraturan untuk mendisqualified pemain yang  mendedahkan aurat patut dilaksanakan agar menjadi pengajaran kepada pemain. Untuk acara sisters pula, rasanya tidak perlu brothers terhegeh-hegeh menjadi penonton. Almaklum bila dah excited main, aksi tertonggeng pun tak sedar. Aib! Sama-sama kita berubah dan jadikan bersukan sebagai satu ibadah bukan untuk mendapatkan murka ALLAH!

Kejohanan sudah berakhir. Segala sengketa antara pemain dan penyokong semua kuliyyah patut turut berakhir. Usah diungkit lagi segala kontroversi dan provokasi yang berlaku sepanjang kejohanan. Apa yang peting, objektif utama IKG untuk mengeratkan ukhuwwah antara semua kuliyyah dan mencungkil bakat-bakat baru tercapai.
Jumpa lagi di IKG 2012. Gomo Medic Gomo! 

~Sekadar Contengan~

Beringat-ingat Dahulu

Alhamdulillah. Akhirnya, biasiswa JPA dinanti-nantikan tanpa segan silu  telah memenuhi akaun Bank Islam pelajar-pelajar UIAM (untuk kos kritikal sahaja) pada pagi 31 Disember 2010. Semua berasa syukur dan lega kerana secara rasminya penderitaan sementara mereka telah berakhir.

Imbas kembali
Year 2 Block 3 telah sebulan berlalu. Sedar tak sedar, minitest akan kami tempuhi.Isnin ni (3 Januari 2011). Di kalangan pelajar, semua tertanya-tanya bila JPA akan masuk. Pantang ada rumour JPA dah masuk, pasti ada yang tercegat di ATM. Terdesak!

Bagi yang masih ada baki dari scholar lepas, masih boleh tersenyum riang. Mampu berbelanja seperti biasa. Bagi akaun yang dah zero, memang merana. Terpaksa mengikat perut. Tidak kurang juga yang terpaksa mengharapkan belas ehsan mak ayah di kampung. Menyesal! 
----------------
Kepada sahabat-sahabat, jadikan persitiwa baru-baru ni sebagai pengajaran. Beringat-ingat la yer. Jangan biarkan pisang berbuah 2,3 atau 4 kali.

Kali ni aku nak share beberapa tips untuk mengelakkan kita semua merana di hujung semester.
  • Hari pertama dapat scholar, cepat-cepat pergi ke ATM. Withdraw at least RM 1000 - 1500. dan letakkan dalam bank lain. Pastikan letak dalam bank yang kita tiada kad ATM. Duit ini boleh digunakan apabila terdesak di hujung semester.
  • Bagi mereka yang tiada bank lain, boleh lah minta bantuan  kepada sahabat (yang benar-benar dipercayai sahaja). Withdraw duit and then minta sahabat tersebut tolong simpankan di dalam banknya. 
  • Sediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan jika anda seorang yang suka berbelanja. Pastikan anda membuat catatan pada penyata sekali sehari bukannya sekali seminggu.
    Credit to iMind Training Centre
  •  Hadkan perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kenderaan, RM400 bukan sahaja mencukupi bahkan lebih.
  • Jangan sesekali berhutang semata-mata untuk memenuhi kehendak.
Aku telah cuba sebahagian daripada cara-cara di atas. So far, so good. Terbukti membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya tidak kebulur meskipun scholar lambat masuk. =D

~Sekadar Contengan~

Pesanan Untuk Pelajar Perubatan

Oleh: Prof Dr. Harlina Halizah Hj Siraj

Khusus buat:
·        Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
·        Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas

Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.


Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen `Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya

Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.

Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor  yang  angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuhbudi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

~Sekadar Contengan~

Raya di Perantauan

Kami, warga 13th Legacy dari UIA Kampus Kuantan ingin mengucapkan Salam 'Eidul Adha kepada semua yang mengenali diri kami. Maaf Zahir & Batin.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!

Syahdu sungguh rasanya takbir raya kali ini. Inilah kali pertama aku beraya tanpa keluarga disisi. Ibu bapaku menyarankan supaya aku pulang beraya di kampung. Seteleh beberapa hari berfikir panjang, aku nekad untuk stay bersama kawan-kawan di bumi Kuantan. Faktor utama aku rela beraya di Kuantan adalah untuk study, menghabiskan silibus yang bertimbun. Hari raya 'Eidul adha tahun ni jatuh pada hari Rabu yakni ketika warga 13th Legacy sedang dalam fatrah study week. Di samping itu, aku juga ingin merasai sendiri perasaan berraya di perantauan. (perantauan la sangat.. biarpun 3 jam je dari kampung halaman.haha~)

Jika dari dilihat dari sudut yang lain, secara tidak langsung, kami telah mengaplikasikan semangat pengorbanan ke dalam diri kami. Semua sanggup berkorban untuk berjauhan dari keluarga pada hari raya buat kali pertama dalam hidup masing-masing. Kami sanggup lakukan semua ni tidak lain tidak bukan, untuk mencapai cita-cita menjadi seorang manusia yang berguna dan mampu menyumbang kepada ummah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Masjid Sultan Ahmad Shah
Murah rezeki kami beraya di perantauan. Dari pagi sampai ke malam, makanan fully sponsored. Sarapan pagi disponsored oleh family Rafek Hakim. Belum sempat lapar, keluarga Syuha menjadi penaja makan tengah hari bermenukan gulai kambing. Aizat Azam merangkap batch leader bersama isterinya menyedeqahkan soto ayam kepada anak-anak buahnya di Indera Mahkota 2. (Sori Jat. Tak sempat nak makan pagi tu.hehe...)

Racing!
Rumah Rafek
Rumah Syuha.
Wajah-wajah kegembiraan terpancar dalam setiap gambar di atas bukanlah menggambarkan perasaan sebenar kami. Jauh di sudut hati kami, tidak ingin mengulangi kenangan sebegini rupa pada masa akan datang. 

Apapun, terima kasih tak terhingga buat keluarga Rafek, keluarga Syuha dan keluarga Aizat kerana sudi menaja makanan kami. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Wassalam.


~Sekadar Contengan~

Bila Budak Medik Berniaga

Selama 2 tahun berada di Petaling Jaya, kerap kali didoktrin bahawa budak-budak Medik tiada life. Hidup mereka 24/7 hanya bersama buku-buku yang setebal Clinical Medicine Kumar & Clark. Tiada apa yang mereka tahu melainkan "Study, study & study!".

Sekarang, dah lebih 1 tahun bergelar medical student. Apa yang aku boleh katakan it is totally wrong. Itu cuma kata-kata senior untuk mencuakkan junior. Actually, preclinical period is time for enjoy. Masih banyak masa senggang yang boleh diisi dengan benda-benda yang berfaedah dan bakal menjadi kenangan seumur hidup. Once dah masuk clinical year, memang masa untuk benda-benda lain agak terbatas.

Baru-baru ni, sempena IIUM Kuantan Open Day (IKOD '10), Entrepreneur Bureau of 13th Legacy turut serta untuk membuka Stall 13th Legacy. Barang-barang seperti air Roselle dan air Mangga (Che Nap, Syasya, Syafiq Iza), nasi lemak special (Aizat, Syaheeda), nasi ayam jawa(Wan Prof, Amal, Hanis Anati) dan ikan bakar Portugis (Aisha) laku macam goreng pisang panas.



Boleh dikatakan majoriti 13th Legacy members menghulurkan bantuan dalam menjayakan stall ni. Meskipun keuntungan yang diperoleh tidak sampai RM 1k, namun yang penting ialah ukhuwwah yang terbentuk antara kita. Tapi, "Come on la brothers and sisters, there's still rooms for improvement"..=)
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Harapannya Econs usahakan untuk buka stall lagi pada tahun depan. Pastikan Ikan Bakar Portugis 13th Legacy terus menghantui IKOD '11! =D


~Sekadar Contengan~

Promo: IKOD 2010

IKOD (IIUM Kuantan Open Day)

  
Orang Muda Belum Merdeka



Kalu dop pahang mase ceramoh, jangang malu jangang segang tanye orang lain tek.. :D

Jalankan tanggungjawab sebagai pemilih. PRU13 just around the corner~ 
 

~Sekadar Contengan~

Sepetang di DiC

Perkhabaran yang diterima dari Dr Samsul mengejutkan seluruh warga 13th Legacy. Yang tertidur, terus terjaga. Yang ketawa, terus terdiam. Yang senyap, terus diam seribu bahasa. Memori sepanjang Y1B4  (Pulic Health and Family Medicine) kembali menjengah ruang fikiran masing-masing.

Mini research kembali lagi. Kali ni melalui Islamic Input for Medical Program (IIMP) yang menggantikan Islamic Reveal Knowledge (IRK). Kesemua 4 group mini research perlu membuat survey di 4 tempat yang berbeza. Group 3 ditugaskan menjalankan survey di Drug Intervention Community (DiC) berhampiran Terminal Makmur.

Pada mulanya aku teragak-agak untuk ikut serta turun ke DiC. Pelbagai stigma muncul di fikiranku. Namun, kukira ini adalah peluang keemasan untuk aku bertemu secara langsung dengan penagih. Sekurang-kurangnya ini adalah pendedahan pertama aku bersama dengan golongan ini.


Inilah laporan client DiC yang sempat di temu ramah.
------------------------------------------------------------------------------------
Name: Z

Background:
Educational background, he only manages to finish his secondary school until SRP (now, known as PMR). He told us that, it was not because his family cannot support the school fees, but he lost his interest to study after he became part time worker (followed the elderly as fisherman) and  starts to hold own money, even though at school he can be categorized as a clever student, being in ‘Perdagangan asas’ course.

He starts smoking when he was 12 and starting on that time, at last, he got involved in drug which is “ganja”. He denied peer influence drag him to do that. He also admits of drinking alcohol. It is easy to get alcohol in his town. Previously, he had tried on stop smoking. He succeeds but it only remains about one and a half year. Asking why, he just say, ‘tah la,..tak boleh..’.

On the day of interview, he was actually on his first day of being freed from jail. This is not his first time being jailed. All the punishments are due to a same reason, drug. He also has been jailed in Thailand when try to illegally bring in the drug to our country. Asking about what he wants to do after this, he told us that he will go back to his village, visit his mother’s grave and try to find job. He is actually a skilful person, having skills of building house, piping and wiring. He also shared about his worried feeling about other people’s perception on him, his father, the siblings and villagers because, before this he had experienced being isolated by them due to his status as a drug addict. He also scared of risk of not being able to get any job as people are losing their trust on him or taking advantage on his self. But, he already plans to refer back to DIC Kuantan if he got problem in finding job by his own at hometown.

He also shared about his experience being in jail (latest punishment, a year). Being in there, he was thought only a little about religion. From what we can see, he is actually in the process of being better person, as he admit what he has done were wrong and he does not want to end his life as a bad person. He also noted that he knows the importance of solat and is trying to solat consistently. He also has been joined tabligh and went to tabligh base at Kubang Bujuk, Terengganu long time ago.

He does not blame people of having negative thinking towards him because he realizes that he was the one who take advantages on believe and chance that already given by people around previously. But now, to start a new better life, what he really need are support and chance from his siblings and community. Asking whose support is more important either family or community in order to be a better person, he said both supports are important.
-------------------------------------------------------------------------------


Kesimpulannya, masyarakat perlu berganding bahu untuk membantu bekas-bekas penagih untuk kembali ke pangkal jalan. Buang segala stigma bahawa bekas penagih adalah seorang yang jahat. Bantulah mereka. Tolonglah mereka. Kerana dalam hati mereka masih terbit sekelumit keinginan untuk menjadi manusia yang berguna. Yang mampu menyumbang kepada masyarakat. Sayangilah mereka kerana mereka juga adalah saudara kita.

~Sekadar Contengan~

Majlis ilmu


Pengalaman aku mendengar ceramah oleh ustaz. Klik sini.

20+1

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Su'aidi...
Allah selamatkan kamu!

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Syukur kepada Allah SWT kerana masih mengizinkan aku bernafas di dunia yang sementara ini.
Daripada 19 membawa kepada 20. Dan sekarang sudah 21 tahun. Pejam, celik, pejam, celik, 1 tahun dah berlalu. Sungguh sekejap masa berlalu. Umurku di dunia bertambah 1 tahun menandakan semakin hampir diriku untuk kembali kepada Allah untuk selama-lamanya. Adakah aku dah bersedia menghadapi saat-saat sedemikian? Bertaubat dan insaflah wahai Su'aidi. Selagi mana nyawa belum berada di halkum. selagi mana matahari belum terbit dari Barat, nescaya pintu taubat masih terbuka luas bagi hamba-hamba Allah yang ingin bertaubat.

Meskipun diri ini masih penuh dengan dosa, berulang kali melakukan maksiat, tapi Allah tetap ar-Rahman ar-Rahim. Tetap Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Sungguh banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya. Andai mahu dihitung nikmat Allah, nescaya tidak mampu dihitung. Kalimah syukur Alhamdulillah patut sentiasa dilafazkan. Alhamdulillah.

Sehari sebelum
Result block 2 diumumkan. Alhamdulillah. Aku lulus meskipun hanya bobo lulus je.


Hari kejadian
  • Program Mabuk Dalam Kecintaan Rasululllah
    Ceramah disampaikan oleh
    al-Fadhil Ustaz Tengku Fouzy Tg Mahid Jumat. Sudah lama aku tidak mendengar mutiara-mutiara kata yang keluar dari mulut ustaz. Gaya penyampaian tentang Rasulullah yang menarik sungguh menyentuh hati. Tak disangka-sangka Tokku Haji Ibrahim Muhammad turut hadir dalam program ni. Alhamdulillah.

  • Majlis sambutan hari lahir
    Sambutan kali ini memang tidak dijangkakan. Hampir semua brothers 13th Legacy ada dalam majlis ni. Secara jujurnya, aku amat terharu dengan sambutan ni. Terima kasih sahabat.
Seminggu kemudian
Hadiah paling bermakna untuk tahun 2010. Tiada yang istimewa bagi orang lain, tapi bagiku teramat bermakna.

Akhir sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat, kawan, rakan dan taulan yang wish birthday dan mendoakanku melalui Facebook, mesej dan sebagainya. Kuharapkan semoga segala doa kalian dimakbulkan Allah. Amin.

Raihan - Damba CintaMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku

Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali

Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah

Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering depanMu

Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali

Kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini

Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dariMu

Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu

Tapi tidak pula aku sanggup kenerakaMu

Kutakut kepadaMu

Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

~Sekadar Contengan~

P/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan rakaman ceramah Mabuk Dalam Kecintaan Rasulullah, bolehlah inform ye. Stk.

Official Result of SRC General Election 2009/2010


INTERNATIONAL CONSTITUENCY
Anas Ismaiel
Faez Saleh Ahmad Batis
Tarik B. Alamgir
Yusuf Khidir Alkazimy

AIKOL CONSTITUENCY
Izyan Hazwani Bt. Ahmad
Muhammad Shauqi B. Suhaimi

ARCHITECTURE CONSTITUENCY
Muhammad Faris Ismail
Nur Atiqah Bt. Mohd Nissfu

ENM CONSTITUENCY
Abdul Aziz B. Abu Hasan - 352
Azharul Amin B. Ahmad Nazarudin - 586
Hafizul Ariri B. Rusmani - 411
Hidayatul Karimah Bt. Mohd Mahyuddin - 896
Muhammad Syazwan B. Suhaimi - 921

ICT CONSTITUENCY
Ahmad Rafiqi B. Rosli - 181
Khadijah Adibah Bt. Ahmad - 154
Muhammad Nurazim B. Azman - 161
Norazlina Bt. Mohd Nawi - 147
Nursyahidah Bt. Ahmad - 120
Nurul Zahidah Bt. Mohd Zan - 146

ENGINEERING CONSTITUENCY
Ahmad Khairul Azman Bin Mohd Salleh - 855
Muhammad B. Ahmad Kamal - 498
Muhammad Firwan Bin Norliza - 838

IRKHS CONSTITUENCY
Noor Yusri B Wahi Anuar - 1231
Nur Hafizah Bt Ahmad Puzi - 531
Siti Fairuz Bt Kadri - 1027
Zatil Arifah Mohd Amin - 1309

ALLIED HEALTH SCIENCES CONSTITUENCY
Marlina Bt Mohd Zain - 144
Mohd Hakim B. Zakaria - 212
Nurhasnah Bt Mazalan - 101

NURSING CONSTITUENCY
Fauzan B. Mohamed - 87
Hakim B. Rahmat - 121
Siti Hajar Bt. Mohd - 64

PHARMACY CONSTITUENCY
Ahmad Mustaqim B. Ariffin - 95
Hanisah Bt Kamarudin - 68
Nur 'Atiqah Bt Hussin - 57

DENTISTRY CONSTITUENCY
Mohammad Badiuzzaman Tuan Ibrahim

MEDICINE CONSTITUENCY
Mohd Fahmi B. Nain - 177
Noor Idayu Bt. Ibrahim -196
Syazwani Bt. Sanusi - 221

SCIENCE CONSTITUENCY
Muhammad Aklil B. Ayob - 353
Nadzirah Bt . Redzuan - 132
Siti Khadijah Bt. Imam Supa'at - 272

Source

Salam tahniah dan takziah kepada calon yang berjaya dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) 2009/2010. Semoga amanah yang terpikul dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Laksanakan segala manifesto yang telah dicanang-canangkan sepanjang tempoh berkempen. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

P/s : Terkilan dan rasa bersalah kerana tidak dapat mengundi dalam PRK kali ni. PRK berlangsung di kala ramai student Medic sedang bercuti dan student course selain Medic sedang sibuk dengan mid term exam. Pelik. Kesannya, peratusan keluar mengundi jatuh merudum hingga ke tahap 40%. Kenapakah?