Showing posts with label Sambutan. Show all posts
Showing posts with label Sambutan. Show all posts

Sambutan Tahun Baru Alternatif


Selamat tinggal 2011. Selamat datang 2012.

Trio Anak Tranung menggegar Dataran Kemerdekaan Shah Alam
(Ust Azhar al-Idrus + Ust Syed Norhisham + Zizan Raja Lawak)
Hari ni sudah masuk hari ke 7 tahun 2012. Alhamdulillah. Aku masih dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk terus mencari redha Allah.

Menjadi satu kelaziman di negara kita, tahun baru akan disambut dengan konsert. 3,4 konsert anjuran pelbagai pihak sudah menjadi kebiasaan. Anak-anak muda baik lelaki mahupun perempuan berpusu-pusu ke konsert. Bercampur gaul bagai laki bini. Melompat-lompat, terkinja-kinja bagai beruk mat yeh. Begitulah cara menyambut perayaan yang diajar kepada anak-anak muda sejak turun-termurun.

Sejarah tercipta di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Inisiatif kerajaan Selangor memberikan alternatif kepada anak-anak muda wajar dipuji. Sambutan tahun baru dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, forum dan soal jawab agama, konsert yang tidak melalaikan dan diakhiri dengan laungan takbir, Asma ul-Husna dan bacaan doa. Alhamdulillah. Suatu pembaharuan yang menjadi penyejuk mata dan hati.

Tidak disangka-sangka, sambutan pertama kali sebegini mampu menarik kehadiran 70-80 ribu pengunjung - mengatasi konsert dan sambutan di tempat-tempat lain. Majoriti yang hadir juga ialah golongan muda. Mesej yang jelas bahawa anak-anak muda sekarang sudah tidak boleh disogok dengan hiburan semata-mata. Mereka mendambakan program sebegini - hiburan yang tidak melampaui batas-batas Islam.



Buku terlaris abad ini :p (klik sini)
P/s: Entri ke 100. :D

~Sekadar Contengan~

Marhaban ya Ramadhan

"Menitis air mata tatkala saat ini kami masih mampu bernafas bersama rahmat dan berkat Ramadhan. Hati gembira seolah-olah ketemu dengan kekasih yang sangat-sangat dicintai. Bulan ini, lawanku hanya nafsu! Malu jika kalah dengan musuh seorang tatkala tenteranya dibelenggu. Setiap amal manusia itu untuknya, KECUALI PUASA. Puasa adalah untuk Allah dan Dia sendiri akan membalasnya. Inilah bulan yang diawalnya penuh RAHMAT, pertengahannya KEAMPUNAN dan diakhirnya PEMBEBASAN DARIPADA API NERAKA. Selamat mendaftar di Universiti Ramadhan. Semoga kita semua dapat menggenggam ijazah TAQWA dan menjadi manusia yang baru hasil daripada tarbiyyah yang maha hebat ini."
[sumber: sms dalam inbox]

Iftor anjuran T8 2.3 & 2.4 akan kembali pada Ramadhan 1433H.
3 Darjat Puasa:
  • Darjat PERTAMA
    Puasa orang yang AWWAM yakni puasa kebanyakan manusia iaitu mecegah dirinya daripada makan dan minum dan bersetubuh dan menahan daripada segala yang membatalkan puasanya.
  • Darjat KEDUA
    Puasa orang yang KHAWWAS iaitu mencegah segala yang tersebut dalam darjat pertama dan mencegah juga segala anggotanya daripada berbuat maksiat.
  • Darjat KETIGA
    Puasa orang KHAWASSUL KHAWWAS iaitu mencegah segala yangg tersebut dalam darjat pertama dan kedua serta menahan hati daripada mencita-citakan dunia dan lalai daripada mengingati Allah.
Bagaimanakah darjat puasa kita? Adakah masih di takuk lama (darjat pertama dulu, kini dan selamanya)? Berusahalah untuk upgrade puasa kita sekurang-kurangnya ke darjat kedua. Untuk huraian lengkap, sila klik sini.

Wajib baca!






Ahlan wasahlan Ramadhan kareem! Allahu Allah. Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah. Kau masih beri kesempatan kepadaku untuk bertamu lagi di awal bulan Ramadhan. Ya Allah! Panjangkanlah umurku hingga hari terakhir bulan Ramadhan. Permudahkanlah aku untuk menjadikan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik dalam hidupku.

Ayuh sahabat-sahabat! Gunakan ruang dan peluang selama sebulan ini dengan sebaik-baiknya. Sebulan penuh Ramadhan dalam fatrah bercuti sesuatu yang amat bernilai. Mustahil akan ada lagi peluang sebegini pada tahun-tahun mendatang. Anggaplah Ramadhan tahun ini ialah Ramadhan terakhir kita kerana tiada jaminan bahawa kita akan mampu untuk berjumpa dengan Ramadhan 1433H. Selamat berpesta ibadah.

Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza!

~Sekadar Contengan~

Kalaulah... (Tentang Tujuan dan Pengisian Maulid)

Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

Kepada mereka yang bersikap anti-maulid, sama-samalah kita renungi sejenak....

Kalaulah,
  • memperingati hari kelahiran Rasulullah s.a.w.,
  • membaca ayat-ayat Al-Qur'an yang memuji dan mengagungkan Rasulullah s.a.w.,
  • membaca qasidah-qasidah memuji Rasulullah s.a.w.,
  • membaca selawat-selawat ke atas Rasulullah s.a.w.,
  • membaca sirah-sirah Rasulullah s.a.w.,
dan sebagainya (yang mana kesemuanya adalah isi kandungan dalam majlis maulid) tidak mencerminkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.,

adakah:-
  • meninggalkan memperingati hari kelahiran Rasulullah s.a.w.,
  • meninggalkan membaca ayat-ayat Al-Qur'an yang memuji dan mengagungkan Rasulullah s.a.w.,
  • meninggalkan membaca qasidah-qasidah memuji Rasulullah s.a.w.,
  • meninggalkan membaca selawat-selawat ke atas Rasulullah s.a.w.,
  • meninggalkan membaca sirah-sirah Rasulullah s.a.w.,
pula yang mencerminkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.?

Kalaulah, dengan:-
  • memperingati hari kelahiran Rasulullah s.a.w.,
  • membaca ayat-ayat Al-Qur'an yang memuji dan mengagungkan Rasulullah s.a.w.,
  • membaca qasidah-qasidah memuji Rasulullah s.a.w.,
  • membaca selawat-selawat ke atas Rasulullah s.a.w.,
  • membaca sirah-sirah Rasulullah s.a.w.,
dan sebagainya (yang mana kesemuanya adalah isi kandungan dalam majlis maulid) tidak menyemai kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.,

adakah dengan:-
  • meninggalkan memperingati hari kelahiran Rasulullah s.a.w.,
  • meninggalkan membaca ayat-ayat Al-Qur'an yang memuji dan mengagungkan Rasulullah s.a.w.,
  • meninggalkan membaca qasidah-qasidah memuji Rasulullah s.a.w.,
  • meninggalkan membaca selawat-selawat ke atas Rasulullah s.a.w.,
  • meninggalkan membaca sirah-sirah Rasulullah s.a.w.,
boleh menyemai kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.?

Sama-sama renungkan.

Di mana baginda di hati kita? Marilah sama2 kita menghidupkan sunnah baginda agar kita beroleh shafaat dari baginda d hari kelak..Allahumma solli ala saidina muhammad, wa'ala ali saidina muhammad. [salam maulidur rasul 1432H]

Sumber : Kalaulah...

~Sekadar Contengan~

Raya di Perantauan

Kami, warga 13th Legacy dari UIA Kampus Kuantan ingin mengucapkan Salam 'Eidul Adha kepada semua yang mengenali diri kami. Maaf Zahir & Batin.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!

Syahdu sungguh rasanya takbir raya kali ini. Inilah kali pertama aku beraya tanpa keluarga disisi. Ibu bapaku menyarankan supaya aku pulang beraya di kampung. Seteleh beberapa hari berfikir panjang, aku nekad untuk stay bersama kawan-kawan di bumi Kuantan. Faktor utama aku rela beraya di Kuantan adalah untuk study, menghabiskan silibus yang bertimbun. Hari raya 'Eidul adha tahun ni jatuh pada hari Rabu yakni ketika warga 13th Legacy sedang dalam fatrah study week. Di samping itu, aku juga ingin merasai sendiri perasaan berraya di perantauan. (perantauan la sangat.. biarpun 3 jam je dari kampung halaman.haha~)

Jika dari dilihat dari sudut yang lain, secara tidak langsung, kami telah mengaplikasikan semangat pengorbanan ke dalam diri kami. Semua sanggup berkorban untuk berjauhan dari keluarga pada hari raya buat kali pertama dalam hidup masing-masing. Kami sanggup lakukan semua ni tidak lain tidak bukan, untuk mencapai cita-cita menjadi seorang manusia yang berguna dan mampu menyumbang kepada ummah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Masjid Sultan Ahmad Shah
Murah rezeki kami beraya di perantauan. Dari pagi sampai ke malam, makanan fully sponsored. Sarapan pagi disponsored oleh family Rafek Hakim. Belum sempat lapar, keluarga Syuha menjadi penaja makan tengah hari bermenukan gulai kambing. Aizat Azam merangkap batch leader bersama isterinya menyedeqahkan soto ayam kepada anak-anak buahnya di Indera Mahkota 2. (Sori Jat. Tak sempat nak makan pagi tu.hehe...)

Racing!
Rumah Rafek
Rumah Syuha.
Wajah-wajah kegembiraan terpancar dalam setiap gambar di atas bukanlah menggambarkan perasaan sebenar kami. Jauh di sudut hati kami, tidak ingin mengulangi kenangan sebegini rupa pada masa akan datang. 

Apapun, terima kasih tak terhingga buat keluarga Rafek, keluarga Syuha dan keluarga Aizat kerana sudi menaja makanan kami. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Wassalam.


~Sekadar Contengan~

Majlis ilmu


Pengalaman aku mendengar ceramah oleh ustaz. Klik sini.

20+1

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Su'aidi...
Allah selamatkan kamu!

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Syukur kepada Allah SWT kerana masih mengizinkan aku bernafas di dunia yang sementara ini.
Daripada 19 membawa kepada 20. Dan sekarang sudah 21 tahun. Pejam, celik, pejam, celik, 1 tahun dah berlalu. Sungguh sekejap masa berlalu. Umurku di dunia bertambah 1 tahun menandakan semakin hampir diriku untuk kembali kepada Allah untuk selama-lamanya. Adakah aku dah bersedia menghadapi saat-saat sedemikian? Bertaubat dan insaflah wahai Su'aidi. Selagi mana nyawa belum berada di halkum. selagi mana matahari belum terbit dari Barat, nescaya pintu taubat masih terbuka luas bagi hamba-hamba Allah yang ingin bertaubat.

Meskipun diri ini masih penuh dengan dosa, berulang kali melakukan maksiat, tapi Allah tetap ar-Rahman ar-Rahim. Tetap Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Sungguh banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya. Andai mahu dihitung nikmat Allah, nescaya tidak mampu dihitung. Kalimah syukur Alhamdulillah patut sentiasa dilafazkan. Alhamdulillah.

Sehari sebelum
Result block 2 diumumkan. Alhamdulillah. Aku lulus meskipun hanya bobo lulus je.


Hari kejadian
  • Program Mabuk Dalam Kecintaan Rasululllah
    Ceramah disampaikan oleh
    al-Fadhil Ustaz Tengku Fouzy Tg Mahid Jumat. Sudah lama aku tidak mendengar mutiara-mutiara kata yang keluar dari mulut ustaz. Gaya penyampaian tentang Rasulullah yang menarik sungguh menyentuh hati. Tak disangka-sangka Tokku Haji Ibrahim Muhammad turut hadir dalam program ni. Alhamdulillah.

  • Majlis sambutan hari lahir
    Sambutan kali ini memang tidak dijangkakan. Hampir semua brothers 13th Legacy ada dalam majlis ni. Secara jujurnya, aku amat terharu dengan sambutan ni. Terima kasih sahabat.
Seminggu kemudian
Hadiah paling bermakna untuk tahun 2010. Tiada yang istimewa bagi orang lain, tapi bagiku teramat bermakna.

Akhir sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat, kawan, rakan dan taulan yang wish birthday dan mendoakanku melalui Facebook, mesej dan sebagainya. Kuharapkan semoga segala doa kalian dimakbulkan Allah. Amin.

Raihan - Damba CintaMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku

Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali

Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah

Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering depanMu

Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali

Kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini

Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dariMu

Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu

Tapi tidak pula aku sanggup kenerakaMu

Kutakut kepadaMu

Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

~Sekadar Contengan~

P/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan rakaman ceramah Mabuk Dalam Kecintaan Rasulullah, bolehlah inform ye. Stk.

Jelajah 'Eidul Fitri

Penat dan letih tapi agak puas hati. Konklusi yang dapat aku buat sepanjang 2 minggu di bulan Syawal. Banyak rumah sahabat-sahabat yang sempat di ziarahi. Meskipun tidak semua. Semoga ukhuwwah yang terbina antara kita akan terus dan terus kekal hingga ke syurga. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH. InsyaALLAH.

Tidak berdaya aku coretkan segala yang berlaku. Gambar-gambar di bawah adalah summary jelajah selama 2 minggu. Tiada yang istimewa, cuma kenangan bagi diriku.

Akhir kalam, ampun maaf dipinta daripada tuan rumah andai kelakuan aku dan rakan-rakan sebagai tetamu agak terover (mapuh memapuh, pakoh memakoh) hinggakan mengguris perasaan tuan rumah. Halalkan segala makan minum.

Raya ke 2,3,4
"1,2,3,4......eh,bukan 5 ke?"
SHAMS

Raya ke-4
"acara tahunan di Kampung Laut"
BBQ Raya

Raya ke-5
"Cg Math & BM yang banyak membantuku"
SK Paloh

Raya ke-8
Brethren 13

Raya ke-15
UIA

"syukran jazilan sahabat"

~Sekadar Contengan~

Salam 'Eidul Fitri 1430

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahhilhamd.

Alhamdulillah, berkahir sudah pengajian kita di universiti Ramadhan tahun ini. Moga ALLAH menerima kita lagi sebagai pelajar di universiti Ramadhan mendatang. Kuharap moga roh Ramadhan akan terus mekar dalam diri sepanjang 11 bulan yang bakal dihadapi.


Pada hari mulia ini, aku/saya/ana ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kaki atas segala kesalahan dan keterlanjuran selama ini. Mungkin ini Ramadhan terakhir untuk diriku. Mungkin ini Syawal terakhir untuk diriku. Mungkin juga salam ku yang terakhir. Maafkanku. Selamat Hari Raya 'Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin ditujukan khas kepada:-

Ahli keluarga

Warga PASTI as-Sabiqun

Warga SK Paloh

Warga SMKA Sheikh Abdul Malek

Warga UTP

Warga CFS IIUM

Warga IIUM Kuantan Campus

Pembaca blog Sekadar Contengan

Sahabat-sahabat seantero dunia yang mengenali diriku


Kullu 'aam Waantum Bikhoir.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Taqabballah Ya Karim.





P/s: Untuk makluman, cuti rayaku bakal berakhir 26 September 2009. Jemput datang ke teratakku di Paloh ni selagi mana aku berada di rumah. Sila mesej@call sebelum datang yer. :D

~Sekadar Contengan~

Pengertian Sekeping Gambar

Apa itu tag? Adakah tag sejenis kuih? Atau pun sejenis permainan rakyat? Aku pun kurang mengerti. Namun, bila mana teringat kata-kata hikmah, "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa", maka tanpa segan silu dan berbesar hatinya aku menerima amanah untuk menyudahkan tag ini dan mengucapkan terima kasih kepada penge'tag', Hazwan Arif (baca: Beliau).

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them your blog and let them know they have been challenged

Awal-awal lagi aku telah melanggar rule yang telah ditetapkan. Sebenarnya, gambar yang telah terpilih bukan dari folder keenam sebaliknya adalah dari folder kedua. Sungguh sedikit sekali folder gambar yang wujud di dalam laptop ini. Sebelum menceritakan dengan lebih lanjut tentang gambar ni, marilah sama-sama kita berkenalan dengan gambar yang amat bertuah ini.

Biodata gambar
Nama penuh: 100_3920
Tarikh lahir: Jam 2012, 11 April 2009
Tempat lahir: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Nama Kodak Easyshare M1033 Digital Camera
Berat: 1.66 MB
Tinggi: 2736
Lebar: 3648

Gambar ini diambil ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Haul Syeikh Abdul Kadir al-Gailani di Masjid Negara. Majlis bermula selepas asar, kira-kira jam 1730 dan berakhir jam 2230. Gembira hati kecilku melihat agak ramai sahabat seperjuangan turut serta dalam majlis ilmu ini. Majlis ini dianjurkan oleh Amanah al-Wariseen yang dikepalai oleh Maulana Afeefuddin. Ramai ulama dan tokoh-tokoh hebat telah dijemput untuk menyampaikan tausiyyah ringkas berkisar tentang keistimewaan dan ketidaksamaan Nabi Muhammad berbanding manusia biasa. Lafaz syukur turut terpacul di mulut apabila melihat mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut hadir. Semoga terus kembali ke pangkal jalan hendaknya dan menjadi sehebat datuknya, Syeikh Abdullah Fahim.
  • Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
  • Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
  • Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah)
  • Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
  • Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
  • Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
  • Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
  • Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
  • Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi (Penasihat Yayasan SOFA)
Majlis turut diserikan dengan bacaan Mawleed ad-Daiba'ie oleh Habib Hassan bin Mohammed Salim al-Attas. Sebelum bersurai, hadirin telah dihadiahkan kitab Qasidah Al Burdah (selendang), karya Sheikh Sayyid Al Muddah Abu Abdullah Syarafuddin Muhammad ibn Sa'I'd ibn Hammad ibn Muhsan ibn Abdullah ibn Sofhaji ibn Al Sonhaji Al Busairi Syazuli dan lebih dikenali dengan nama Imam Al-Busairi. Sedikit sejarah berkenaan qasidah ini. Dikisahkan bahawa qasidah ini dikarang oleh Imam al-Busairi ketika beliau sedang menghadapi sakit lumpuh yang tidak dapat dirawat oleh para doktor. Lalu dengan hati gundah gulana dan pasrah beliau menulis qasidah sebanyak 169 bait dan sebaik sahaja qasidah tersebut disudahkan, beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang mengusap tubuh beliau dan menyelimutkan beliau dengan selendang baginda. Sebaik sahaja tersedar daripada mimpinya, Imam Al Busairi mendapati dirinya sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit lumpuh tersebut. Maka beliau namakan qosidah ini dengan nama Qasidah al-Burdah.

~Sekadar Contengan~

Aku Cinta Padamu

Bulan Rabiul Awal yang mulia hampir melabuhkan tirainya. Bulan yang mana lahirnya seorang insan agung sebagai pesuruh Allah di muka bumi Allah ini. Kita sebagai ummat Rasulullah SAW patut sentiasa melahirkan perasaan kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW pada setiap saat dan setiap detik. Telah termaktub dalam sejarah bahawa ketika saat kewafatan Rasulullah SAW, lidah baginda masih basah menyebut "ummati, ummati". Lihatlah. Betapa kasihnya Rasulullah SAW terhadap kita. Tika saat sakaratul maut pun masih ingat akan ummatnya. Kita pula bagaimana? Adakah kita mengasihi Rasulullah SAW sebagaimana baginda mengasihi kita? Adakah kita sentiasa berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Pada 28-29 Rabiul Awal 1430H bersamaan 25-26 Mac 2009 aku berkesempatan menyertai Majlis Silaturrahim Pondok SeMalaysia & Sambutan Maulidurrasul 1430H bertempat di Madrasah Darul Muhajirin Bukit Jong, Kuala Terengganu. Aku berasa cukup bertuah dan bersyukur kerana daripada berjuta-juta umat Islam di Malaysia, aku antara hamba yang terpilih oleh Allah untuk berkumpul di suatu majlis yang bertujuan untuk menyatakan mahabbah dan kecintaan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Majlis kali ni turut disertai para ulama' yang menyampaikan pengajian, tazkirah dan tausiyyah seperti Ustaz Ahmad Fahmi Zam-Zam, al-Habib Syed Ahmad al-Hadi (Maghribi) dan Ustaz Tengku Muhd Fauzi (Singapura). Pelbagai qasidah memuji Rasulullah turut dialunkan oleh pelajar-pelajar dari madrasah seluruh negeri Terengganu untuk menyemarakkan lagi kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

Tausiyyah penutup bertajuk "Katakan Kecintaanku Hanya Pada Rasulullah" telah disampaikan oleh Ustaz Tengku Mohd Fauzi Tengku Mahis Jumaat amat terkesan di hati.


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya."
(Surah al-Ahzab 33:56)

Allah telah memerintahkan seluruh umat Islam untuk berselawat dan mengucapkan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW. Bila mana sahabat bertanya kepada Rasulullah, bagaimana cara untuk berselawat kepada baginda. Rasulullah SAW mengajarkan cara berselawat sebagaimana yang biasa kita baca di dalam solat ketika tahiyyat. Lafaz selawat yang diajar oleh baginda, meminta ALLAH SWT berselawat ke atas Rasulullah SAW. Lihatlah betapa agungnya Rasulullah SAW sehingga kita tidak mampu untuk berselawat ke atas baginda sebaliknya memohon ALLAH berselawat kerana hanya ALLAH yang mampu berselawat ke atas insan semulia baginda.

“Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekalian manusia.” (al-Hadith).


Ada apa pada 2?

Bila nak lancarkan blog kedua ni? Tak tau la bila tarikh yang sesuai.Kalau nak tunggu 1 Muharram 1431 lambat sangat rasanya. Nak tunggu 1 Januari 2010 lagi la lambat. Setelah fikir dengan mendalam, satu tarikh yang biasa bagi orang lain tapi amat istimewa bagi aku telah terpilih. Tanggal 19 Februari 2009, secara rasminya aku lancarkan blog baru aku ni.

Apa istimewanya tarikh tu? Bukan Raul Gonzalez Blanco lahir tarikh tu pun. Kalau nak kata sempena kesyahidan as-Syahid Imam Hassan Al-Banna, as-Syahid telah syahid pada 12 Februari. Sebenarnya, tarikh ni amat istimewa dalam hidup aku kerana 20 tahun yang lalu, seorang bayi yang comel lote dan kiut-miut (baca: si pemilik teratak) telah di lahirkan di dunia ini, secara spesifiknya di Hospital Besar Kuala Terengganu (baca nama baru: Hospital Sultanah Nur Zahirah). Sempena kepala umur aku dah bertukar dari nombor 1 kepada nombor 2, maka amat sesuai lah blog ni jadi teratak nombor dua aku.

Sebenarnya dah seminggu aku berjuang dan mencuri masa yang memang sedia ada sedikit untuk menyiapkan blog ni. Memang banyak mehnah tribulasi dalam menyiapkan blog ni. Almaklumlah sekarang ni aku berada di akhir-akhir semester tahun kedua dan insyaALLAH semester terakhir aku di CFS, UIAM ni. Dengan kuiz yang berlambak, assignment yang bertimbun dan silibus pelajaran yang tak habis-habis membataskan usaha aku untuk melancarkan blog ni lebih awal. Walaupun begitu, setinggi syukur aku panjatkan kepada Ya Rabbi kerana aku masih mampu menyudahkan blog ni.

Pasti ada sahabat tertanya-tanya tujuan aku jadi blogger? Adak
ah sekadar ikut sahabat yang ada blog, maka aku pun nak ada blog. Ataupun aku hanya nak cari publisiti murahan dengan membuat blog? Segala andaian tersebut kurang tepat. Blog ni aku wujudkan hanya untuk berkongsi sedikit pengalaman yang aku alami dan setitis ilmu yang aku ada. Pembawakan blog ni adalah sempoi sahaja selari dengan karakter diri aku, manusia biasa yang banyak kelemahan. Segala contengan yang terisi dalam blog ni adalah sekadar pandangan dari aku insan yang dhaif. Besar harapanku agar sahabat-sahabat dapat mengkritik, mengomen, menegur dan menasihati aku sekiranya kedapatan kekhilafan dalam tulisan aku di blog ni. Kepada sahabat-sahabat blogger yang ingin menglinkkan teratak aku ni, sila-sila kan lah. Fal yatafaddhol masykuuro.
Sempena ulang tahun kelahiran aku ke-20, aku berdoa semoga sentiasa mendapat lindungan rahmat dan keredhaan ALLAH. Semoga segala kerja aku dipermudah dan segala usaha dan amalan aku diterima ALLAH serta diistiqomah kan aku di jalan yang ALLAH redhai. InsyaALLAH aku akan cuba sedaya upaya untuk berubah dari kurang baik kepada lebih baik. Amin.

Menuju Wawasan

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh x2

Umat zaman lampau
taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju
wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri
Penuh dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan

Ulama’ warisan Anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib dihindari


P/s: Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua sahabat sahabiah yang mendoakan aku sempena pertambahan usiaku. Semoga tautan ukhuwwah antara kita sentiasa mekar hingga ke syurga yang hakiki. InsyaALLAH.

Tahun Baru Masihi 2009

Sepanjang aku bermastautin dan berkelana di Petaling Jaya selama kira-kira 1 tahun 7 bulan, aku tidak pernah keluar kampus untuk menyambut sebarang sambutan sama ada sambutan tahun baru atau pun sambutan hari kemerdekaan di Bandaraya Kuala Lumpur. Acap kali aku lihat, tiap kali ada sambutan, pasti bilangan penghuni mahallah(baca:kolej) akan menyusut sekurang-kurangnya 40%. Aku yakin pembaca dapat agak ke mana mereka menghilang. Ada yang terus terikut-terikut dengan konsep hedonisme. Konsert di KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, The Curve menjadi pilihan kepada mereka untuk mendapatkan hiburan percuma di samping melihat keindahan bunga api yang dibakar(agak-agak berapa kos untuk bunga api?Duit kaum marhaen dibazirkan lagi untuk sesuatu yang tidak bermanfaat.huhu~).

Ini semester terakhir aku berada di PJ(InsyaALLAH). Jadi sebelum berangkat ke kampus Kuantan, aku bertekad untuk merasai sendiri sambutan tahun baru Masihi di ibu negara pada tahun ini. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Pada petang ambang tahun baru, sekeping mesej ajakan menyertai XPDC dakwah dari sahabatku memenuhkan inbox. Bukan kali ni sahaja aku mendapat mesej sedemikian sebenarnya. Tiap-tiap kali ada sambutan, ajakan memang ada. Semuanya ditolak mentah-mentah. Tapi bezanya tahun ni, mesej tersebut seakan-akan merayu-rayu agar aku turut keluar kampus ketika sambutan diadakan.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

[41:33] Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"

Selepas solat Mangrib berjemaah di Masjid Kolej Islam Malaya(baca:masjid matrik UIA PJ), aku bersama beberapa sahabat bergerak untuk mengikuti XPDC Dakwah Tahun Baru 2009 anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS). Perjalan yang memakan masa kira-kira 1 jam ke tempat operasi. Dari Metrobus bernombor 12, membawa ke KL Sentral dan akhirnya Monorail membawa kami ke stesen Titiwangsa. Ba'da solat Isyak di musolla berhampiran, 30 minit berjalan kaki diperlukan untuk sampai ke tempat berkumpul.Tarbiyah jasmani memang teruji. Subhanallah. Maha Suci ALLAH. XPDC kali ni bukan sahaja disertai mahasiswa UIA PJ, tapi turut disertai mahasiswa UKMKL, UTMKL, UIA Nilai, UIA Gombak, UM, UTP, Kolej Lagenda, Darul Quran dan UiTM KL. Dianggarkan 500 orang mahasiswa yang secara sukarela untuk mencegah kemungkaran.

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

[3:110] Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

XPDC tersebut adalah medan latihan terbaik untuk mempraktikkan teori dan ilmu dakwah
yang ada pada diri walaupun sedia maklum belum cukup. Setelah dibahagikan kumpulan, kami diminta bergerak ke tempat yang telah ditetapkan. Kumpulan aku dianggotai oleh 6 muslimin dan 15 muslimat kemudian dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang mana setiap kumpulan ada 2 muslimin dan 5 muslimat. Kami ditugaskan untuk fokus di kawasan pokok-pokok rendang yang agak gelap. Kami dibekalkan dengan risalah, mathurat, kalendar 2009, air dan
bookmark untuk diberi kepada mad'u. Dalam 2 jam operasi, 4 pasangan dating, 1 keluarga dan 2 kumpulan remaja telah kami temui. Agak menyedihkan bagi remaja yang kami temui. Apabila disuruh mengucap syahadatain, tergagap-tergagap untuk melafazkannya. Keadaan ini menunjukkan betapa kurangnya pendedahan tentang agama yang para remaja dapat ketika ini. Mereka lebih didedahkan dengan hiburan yang melampau.

Pendekatan yang kumpulan kami gunakan adalah menjadikan mad'u seolah-olah sahabat yang baru kita kenal sebagaimana keadaan kita ketika baru berjumpa sahabat sekelas ketika darjah 1. Nama, asal, umur, pekerjaan menjadi soalan asas kami. Kemudian, kami tanyakan pendapat mereka tentang isu semasa yang berlaku di negara kita terutamanya masalah sosial. Akhir sekali, baru lah kami menceritakan tentang Islam. Sebagai tanda terima kasih atas kerjasama mad'u, kami bagi barang yang dibekalkan agar mereka rasa lebih dihargai. Alhamdulillah. Segala Puji bagi ALLAH. Secara konklusinya, aku rasa method ni agak efisyen dalam berdakwah. Bila mana da'ie dah menjadi sahabat mad'u, dan mad'u menjadi sahabat da'ie, maka tidak sukar mad'u untuk menerima teguran dan nasihat da'ie.

Selepas 2 jam, operasi pun berakhir. Kami terus bergegas pulang ke kampus. Lebih kurang pukul 4 pagi, kami sampai ke bilik masing-masing. Pengalaman ni memang amat berharga bagi diri aku. Harapnya aku berkesempatan lagi untuk menyertai program sebegini pada masa yang akan datang. InsyaALLAH.

P/s: Cuba bandingkan cara sambutan tahun baru di negeri
Kelantan dengan negeri-negeri lain.
Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan




Mohd Nor Yahya & Atif Idris
Thu | Jan 01, 09 | 4:36:38 pm MYT


ImageKOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.

Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.

Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.

Source: Baca lagi...