Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Kuning itu Bersih!

Lebih daripada 2 minggu, berita di media  massa tidak berubah. Baik surat khabar mahupun TV, semua bercerita mengenai Perhimpunan Rakyat [Bersih 2.0]. Aku mula muak dan bosan dengan berita yang disiarkan. Semua berita menunjukkan rakyat menentang Bersih 2.0. Benarkah sedemikian? Mustahil! Terbukti media amat berat sebelah dan tuntutan Bersih 2.0 yang keempat amat sesuai dengan keadaan ini. Ketahui apa itu Bersih 2.0 (klik sini).

Tuntutan Bersih 2.0 
  1. BERSIHkan Senarai  Daftar Pemilih
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Klik sini untuk dengar
Perhimpunan Bersih 2.0 dikatakan haram. Haram kerana tiada permit. Tapi mana mungkin permit akan diperoleh. Belum pun sempat pihak penganjur memohon permit untuk berhimpun, pihak polis telah mengeluarkan kenyataannya tidak akan mengeluarkan permit. Kelakar! Tiada ruang dan peluang langsung kepada pengajur Bersih 2.0 untuk meng'halal'kan perhimpunan ini.

Bukan setakat rakyat marhaen yang menyokong Bersih 2.0. Sasterawan negara yang ke-4 (1985), A. Samad Said turut menyatakan sokongan terhadap Bersih 2.0 (klik sini). Jelas di situ bahawa beliau hanya mahu melihat pilihan raya di negara kita dijalankan secara telus dan adil. Seluruh rakyat Malaysia yang menyokong bersih turut mempunyai harapan yang sama. Lawak! Kerana sokongan kepada Bersih 2.0, A. Samad Said diugut untuk ditarik balik gelaran sasterawan (klik sini). Aku yakin A.Samad Said tidak kisah dengan ugutan tersebut. Andainya ditarik balik gelaran, terbukti kebebasan bersuara semakin lenyap di negara kita.

Baru-baru ini juga, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin mengeluarkan kenyataan bahawa baju T bersih ialah haram (klik sini). Pihak polis juga diberi lampu hijau untuk menangkap sesiapa yang memakai baju T bersih. Baru aku tahu pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan rakyat kerana pakaian yang dipakai.  Aku cadangkan kepada Hisham untuk arahkan  pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang berpakaian tidak menutup aurat. Skirt, short, legging, baju jarang, tudung bonggol unta semuanya HARAM di sisi Islam. Andainya arahan ni dikeluarkan pasti tiada lagi rakyat berpakaian mencolok mata di khalayak ramai. Tapi sayang arahan tangkapan ini hanya valid untuk baju T bersih yang terang-terangan menutup aurat si pemakai!

Lagi satu isu yang dimainkan kerajaan ialah Bersih 2.0 diketuai oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (klik sini). Rakyat menyokong Bersih 2.0 tidak bermakna mereka turut menyokong Ambiga. Tidak kisahlah siapa pun yang mengepalai Bersih 2.0. Mereka turun bukan kerana kepala tersebut. Mereka turun ke jalan dengan harapan supaya pilihan raya di negara kita berlangsung dengan adil dan saksama. Tiada lagi tipu muslihat dan berat sebelah berlaku.

Golongan agamawan juga turut menghangatkan suasana. Ada yang menyokong (klik sini), ada yang menentang (klik sini). Kedua-dua pendapat ialah ijtihad ulama berlandaskan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah. Jangan sesekali mengutuk dan mencerca ulama yang tidak bersependapat dengan kita. Belapang dadalah.





Matlamat Bersih 2.0 sudah jelas. Menuntut satu sistem dan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil untuk Malaysia. Sepatutnya kerajaan dan pembangkang bersatu padu untuk mencapai matlamat murni tersebut. Elakkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan huru hara. Semoga Bersih 2.0 menjadi titik tolak ke arah pilihan raya yang telus dan adil di negara kita.

~Sekadar Contengan~

Muliakanlah Anak Yatim

Sepanjang berada di Kuantan, sudah beberapa kali aku berkesempatan untuk berprogram bersama anak-anak yatim. Yang terbaru ialah pada hari Ahad yang lalu. Seramai 30 orang pelajar tahun 1 & 2, mengadakan program di salah satu rumah kebajikan di sekitar Kuantan, iaitu Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang (RAKHS) [ Official Facebook / Official Blog ]. Aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong, membantu adik-adik membuat persediaan untuk peperiksaan pertengan tahun keesokan harinya, sukaneka dan makan tengah hari dalam talam bersama-sama.
Dialog dengan seorang adik ketika makan tengah hari bersama-sama. [credit to Afiq Rohimi]

Afiq: Adik, sedap tak ayam masak kari ni?
Adik: Sedap bang. Terima kasih sebab bawak ye. Kami jarang sangat dapat makan ayam.
Afiq: Takpe dik. Makan la. Berapa kali makan ayam dalam seminggu?
Adik: Jarang la bang. KALAU REZEKI MURAH boleh la merasa SEMINGGU SEKALI. Tapi tu pun jarang-jarang bang. Kalau abang-abang datang baru boleh makan ayam.
Aku amat tersentuh dengan dialog di atas. Kurasakan mereka lebih pandai menghargai rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka berbanding diriku. Begitulah manusia. Apabila dikurniakan rezeki yang banyak, mudah lupa. Lupa kepada Allah yang mengurniakan rezeki tersebut. Astaghfirullah hal 'azim!

Rasulullah SAW amat menganjurkan kepada kita supaya berbuat ihsan kepada anak-anak yatim. Antara hadith Rasulullah SAW berkenaan anak-anak yatim:
  • Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: 
    "Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak." Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)."
    [Riwayat Bukhari] - rujukan

  • Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
    "Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." [Riwayat Ahmad]

    Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”

  • Daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
    "Orang yang memelihara anak yatim di kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun."
    [Riwayat Tirmidzi]

  • Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
    "Sebaik-baik rumah di antara orang Islam ialah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah ialah rumah yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk." [Riwayat Ibnu Majah]
Musibah yang menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah al-Taqwa, Hulu Langat [ Official Facebook ] amat menyayatkan hati. Salam takziah buat keluarga anak-anak yatim yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Doakan semoga roh mereka ditempatkan bersama para solehin. Al-Fatihah~


Kepada yang berkemampuan dari segi kewangan, menyumbanglah sedikit sebanyak harta kepada mereka yang memerlukan seperti rumah anak-anak yatim. Bagi pelajar yang sememangnya tidak berkemampuan dari segi kewangan, luangkanlah sedikit masa untuk berkunjung ke rumah anak-anak yatim. Dengan kehadiran kita semua insyaAllah sedikit sebanyak akan dapat menggembirakan hati mereka. Mudah-mudahan segala amalan tersebut dikira sebagai amal kebajikan oleh Allah SWT.

~Sekadar Contengan~

Hukum Akad Nikah di dalam Masjid

Golongan agamawan dari negeri Perlis sekali lagi mengeluarkan kenyataan kontroversi yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakat di negara kita. Kenyataan yang dikeluarkan berkenaan menyamakan akad nikah dalam masjid dengan perkahwinan penganut Kristian di gereja menyebabkan orang awam seperti kita menjadi keliru dan tertanya-tanya tentang status amalan yang biasa diamalkan di negara kita.

Adakah  benar akad nikah di masjid menyimpang daripada ajaran Islam?
---------------------------------------------------------------------
  
'Akad nikah di masjid menyimpang amalan Nabi'

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Baitul Muslim sahabatku, Yusoff & Husna. Semoga berkekalan hingga ke syurga. [19/03/2011]
Berikut adalah jawapan Ustaz Azhar Idrus apabila ditanya berkenaan isu ini di laman Facebook rasmi beliau, Ustaz Azhar Idrus (Original). (Jawapan setelah dialih bahasa daripada loghat Terengganu - bahasa nombor 2 dunia ke Bahasa Melayu)



Hukum menikah di masjid ialah SUNAT menurut sesetengah ulamak manakala sesetengah ulamak berkata hukumnya ialah HARUS.
Sesiapa yang mengatakan bahawa nikah di masjid itu ialah wajib, nyata dia telah tersalah.

Sesiapa yang mengatakan nikah di masjid adalah bid’ah atau menyimpang daripada ajaran Nabi Muhammad SAW maka orang ini tidak lari daripada dua keadaan :

1. Sebab ia terlalu jahil kerana tidak tahu hukum-hukum agama


atau

2. Sengaja mahu menyesatkan orang lain kerana tidak mahu mengendahkan pendapat-pendapat ulamak muktabar yang mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.
Tidak boleh menjadikan dalil bahawa nikah di masjid menyimpang daripada agama kerana disebabkan orang Kristian turut melakukannya. Masih banyak lagi amalan-amalan lain yang kita amalkan turut diamalkan oleh penganut Kristian. Contohnya, sembahyang di gereja. Kita tak boleh sembahyang di masjid kerana disebabkan penganut Kristian juga sembahyang di gereja. Benarkah begitu? Jika begitu, haru-biru masyarakat jadinya.

Yang sebetulnya, tidak boleh menikah di gereja kerana meniru adat penganut Krtistian. Kalau nikah di masjid, tiada salahnya.


Manusia pada akhir zaman ini, ramai yang ingin menunjukkan kepandaian padahal mendedahkan kebodohan mereka sendiri..



Nikah dalam masjid hukumnya HARUS disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki. Antara ulamak-ulamak muktabar yang mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiga-tiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti-mufti Mesir dengan orang-orang Perlis ni?


Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata ianya adalah amalan oranag Kristian.


Hasilnya tiada salahnya menikah di masjid selagi mana menjaga adab-adab berada di dalamnya. Jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah yang melarang nikah di masjid kerana ianya bercanggah dengan perkataan ulamak-ulamak muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang-orang bodoh lagi jahil ini dengan meninggalkan perkataan ulamak-ulamak muktabar di seluruh dunia.

Jangan biarkan aqal tuan-tuan semua tidak berfungsi dgn baik. Wallahua'lam
-------------------------------------------------------------------------------

Sungguh. Respon segera yang dikeluarkan oleh Ustaz Azhar Idrus melegakan hati ramai pihak. Jawapan ini  cukup untuk menafikan tuduhan bahawa nikah di dalam masjid menyimpang daripada ajaran Rasulullah SAW.

~Sekadar Contengan~

Pelajar UTP maut kereta dinaiki bertembung di Gua Musang

[UPDATE]

GUA MUSANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, maut, manakala seorang lagi cedera parah, dan tiga yang lain mengalami kecederaan ringan selepas dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 48, Jalan Gua Musang-Lojing, pagi ini.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman, berkata Khairul Hakimi Ismail, 22, yang berasal dari Kampung Kepong, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira jam 11.30 pagi itu.

Beliau berkata rakan Khairul, Hazwan Arif, 22, mengalami kecederaan parah manakala dua lagi rakannya Khairulamin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar, kedua-duanya berumur 22 tahun, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, seorang lelaki berumur 40 tahun iaitu pemandu kereta yang bertembung dengan kereta pelajar itu turut mengalami kecederaan ringan.

Che Rusli berkata, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Khairulamin sedang dalam perjalanan dari Tronoh, Perak menuju Terengganu itu bertembung dengan sebuah kereta.

Beliau berkata, pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat Khairul Hakimi yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu dalam kejadian itu. - BERNAMA

Sumber
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku amat mengenali keempat-empat mangsa. Kero kimi ialah ex-classmate di SHAMS (batch SPM 2006) manakala Hazwan (patah paha kanan), Amin dan Azhar ialah ex-coursemate di UTP dulu (ChemE Jan 07).

Aku bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur 3 orang sahabatku. Mohon doa kalian supaya Allahyarham Kero Kimi ditempatkan bersama para solehin. Doakan juga Hazwan, Amin dan Azhar supaya diberi kesembuhan.

 Al-Fatihah buat sahabatku~

Seat Kero (bulatan merah)
Terbabas
Hazwan : Masih berbaju AMD
Patah tulang paha kanan
P/s: Credit to Sadruddin & Hanifi for the pictures.
 
~Sekadar Contengan~

Keputusan Rasmi Pemilihan SRC UIAM 2011/2012


CONSTITUENCIES (GOMBAK CAMPUS)

AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS:
Hafizul Faris bin Che Razlan (641)
Muhammad Eizzaz b Redzuan (418)
Muhammad Fitry b Hussin (619)
Muhammad Taufiq b Johari (186)

KULIYYAH OF ENGINEERING:
Mohamad Amir Arif b Ramli
Syahril Uzair b Syahmil Hameed
(won uncontested)

KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:
Masyitah bt Md Hassan (540)
Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)
Nashrul Haziq b Mohd Nasir (257)
Nur Sakinah Sulaiman (680)
Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)

KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:
Siti Aminah Mohd Naim
Wan Zulkarnain Wan Ismail
(won uncontested)

INSTITUTE OF EDUCATION:
Mimi Nor Syahuda bt Setapani (182)
Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)
Mohd Fairul Mohd Nawawi (110)
Nurrul Hafizul Che Hussin (146)
Ahmad Abdussalam Husni (103)

KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:
Mahirah Abdul Rashid (1624)
Mahmud Rajaie Othman (499)
Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri (355)
Mohd Hazirin Zainordin (262)
Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)

KULIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:
Adib Fakhrullah b Azmi
Muhammad Hafizul b Taib
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Mohammad Mohiuddin
Abas Abdullah Ahmed
Habib Abu Omer
Noman Bashir
(won uncontested)


CONSTITUENCIES (KUANTAN CAMPUS)

KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES:
Anis Nadia Hussin Shokri (163)
Farihah bt Abdullah (115)
Muhammad Luqman Hakim bin Roomali (207)

KULIYYAH OF DENTISTRY:
Kamal Amar bin Dahlan
Nurun Hanim bt Othman
(won uncontested)

KULIYYAH OF MEDICINE:
Hanis bt Abdul Rani
Sharif b Ahmad
(won uncontested)

KULIYYAH OF NURSING:
Fauzan b Mohamed (148)
Intan Fazirah bt Mustapha (84)
Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim (116)

KULIYYAH OF PHARMACY:
Ahmad Mustaqim b Ariffin
Noor Baiti Solehah bt Nu Awi
(won uncontested)

KULIYYAH OF SCIENCE:
Muhammad Shafiq bin Abu Hassan
Siti Aminah Muhammad Imran
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Miss Hasna Ahmad
(won uncontested)

Tahniah dan takziah kepada para YB. Kalian bakal memikul amanah yang berat untuk berkhidmat kepada seluruh mahasiswa UIAM sama ada di kampus Gombak atau pun Kuantan. Buat yang terbaik dan termampu bagi membalas jasa pengundi-pengundi yang sanggup turun padang untuk mengundi kalian. Selamat berkerja!

Bacaan tambahan

P/s: Terkilan dan kecewa. Meskipun sudah 2 tahun bergelar mahasiswa di Kampus Kuantan, masih tidak berkesempatan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Kalau tahun lepas PRK ketika cuti, tahun ni tiada pertandingan kerana hanya 2 calon bertanding.

~Sekadar Contengan~

Himpunan Anak Muda

Anak muda ialah satu elemen penting bagi sesebuah negara. Perhatikan anak muda pada hari ni nescaya dapat diramalkan apa yang akan berlaku  kepada sesebuah negara 10 tahun mendatang. Jika anak muda pada hari ni dicandukan dengan hiburan yang melampau, 10 tahun lagi negara itu akan menjadi hab hiburan serantau. Jika pengisian Islam diprogramkan ke dalam diri anak muda, InsyaAllah kepimpinan Islam akan mampu menguasai negara tersebut.

Sekadar berkongsi dua himpunan anak muda. Satu di dalam negara dan satu di luar negara. Persamaan kedua-dua himpunan ini ialah mereka berhimpun dengan kerelaan hati, tanpa disogokkan satu sen pun upah.

Batu 6 Square
Tentatif program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2011) meletakkan kuliyyah Ustaz Azhar pada bermula pada pukul 4 petang. Dengan cuaca yang panas terik membakar bumi dan kulit, kurasakan mustahil untuk menarik minat ramai pendengar terutamanya anak muda ke kuliyyah beliau.

Kebiasaannya kuliyyah Ustaz Azhar berlangsung pada malam hari. Tidak kira di mana sahaja pasti dapat menarik ribuan hadirin. Itu cerita pada waktu malam. Malam yang tiada mentari yang membakar. Bagaimana pula jika kuliyyah pada waktu petang? Ramai ke anak muda sanggup bermandi peluh semata-mata untuk mendengar kuliyyah?

Usai solat Jumaat, orang ramai terutamanya anak muda berpusu-pusu memenuhi Batu 6 Square. Anak muda yang dahagakan ilmu. Panas terik mentari seolah-olah tidak sedikit pun mematahkan semangat anak muda ke sini. Semuanya gara-gara mahu mendengar celoteh dan mutiara kata daripada al-fadhil Ustaz Azhar Idrus. Takjub! Aura Ustaz Azhar Idrus memang luar biasa.

Dalam kuliyyah kali ni (download sini), ustaz mengingatkan 3 perkara.
  • Kita semua datang daripada Allah SWT.
  • Kita bersama dengan siapa? Kita hendaklah berjuang bersama dengan ulamak kerana ulamak telah bersusah payah membawa nikmat Islam ke Malaysia. Tidak rugi berjuang bersama ulama. Ada segelintir golongan yang tidak sanggup mendampingi ulama atas alasan takut tidak mendapat rezeki. Rezeki yang kita peroleh semuanya daripada Allah. Bukan daripada majikan, menteri atau pun sesiapa sahaja. Semuanya telah ditetapkan kepada kita sejak azali lagi.
  • Kita hendak ke mana? Kembali ke kampung halaman kita yakni kembali ke syurga Allah. Bagaimana caranya? Hendaklah bersama dengan ulamak.
Tahrir Square
Berjuta-juta rakyat Mesir keluar berkumpul di Tahrir Square bagi menyatakan protes terhadap Presiden Hosni Mubarak. Pemerintahan diktator selama 3 dekad menyebabkan rakyat merana. Jika pemimpin di zaman Rasulullah dan para sahabat sanggup berkorban demi kepentingan rakyat, pemimpin pada zaman kini pula sanggup mengorbankan rakyat demi kepentingan peribadi.

Protes bermula sebaik sahaja cuti di seluruh universiti Mesir bermula. Protes kali ni tiada kaitan langsung dengan Ikhwanul Muslimin. Mahasiswa iaitu anak muda yang memulakan protes ni dengan membentuk satu himpunan kecil pada awalnya. Eksekutif Google, Wael Ghonim menyemarakkan lagi semangat rakyat Mesir untuk menentang Hosni Mubarak dengan menggunakan Facebook (klik sini). Kesedaran yang lahir dari dalam diri setiap rakyat Mesir membentuk satu gelombang, satu revolusi untuk menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak.

Setelah 18 hari berkampung di Tahrir Square, kemenangan akhirnya berpihak kepada jutaan rakyat Mesir. Tidak tahan desakan rakyat, Hosni Mubarak melepaskan jawatannya sebagai Presiden kepada pihak tentera pada tengah malam 11 Februari. Pengunduran rejim Hosni Mubarak disambut dengan penuh kesyukuran dan linangan air mata bukan sahaja oleh rakyat Mesir bahkan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Sama-sama kita doakan semoga pemimpin yang akan memegang tampuk pemerintahan selepas ini ialah pemimpin Islam sejati. Pemimpin yang menjalankan pemerintahan Islam dan sanggup membantu negara-negara Islam yang lain terutamanya bumi Palestin.

Info Tambahan
Hosni Mubarak resigns as President
Kronologi Revolusi Mesir

~Sekadar Contengan~

Khaled Said Died, but Egyptians Alive

Source: Khaled… A story of many Egyptians
 
Khaled Said, a 28-year-old Egyptian from the coastal city of Alexandria, Egypt, was tortured to death at the hands of two police officers. Several eye witnesses described how Khalid was taken by the two policemen into the entrance of a residential building where he was brutally punched and kicked. The two policemen banged his head against the wall, the staircase and the entrance steps. Despite his calls for mercy and asking them why they are doing this to him, they continued their torture until he died according to many eye witnesses.     

Khaled has become the symbol for many Egyptians who dream to see their country free of brutality, torture and ill treatment. Many young Egyptians are now fed up with the inhuman treatment they face on a daily basis in streets, police stations and everywhere. Egyptians want to see an end to all violence committed by any Egyptian Policeman. Egyptians are aspiring to the day when Egypt has its freedom and dignity back, the day when the current 30 years long emergency martial law ends and when Egyptians can freely elect their true representatives.  



According to Associated Press, Khaled was killed “after he posted a video on the Internet of officers sharing the spoils from a drug bust among themselves”. After Khaled was killed, the Police authorities refused to investigate in Khaled’s death saying that he died because he swallowed a pack of Marijuana. When many Egyptians started to ask questions, the Police issued few statements saying that Khaled was a drug user (as if it is ok to murder and torture to death all drug addicts! – And everyone who knew khaled reject these claims completely). Another official statement said that Khaled is an army deserter (which was also proved to be false accusation afterwards and his army service report is now published showing that he has fully completed this service). The authorities then refused any further investigation. After pressure mounted, and the European Union representatives in Egypt asked for an impartial investigation, the Egyptian authorities finally decided to question and arrest the two Policemen and they were charged with two counts: “using excessive force”!!! and “unjustified arrest”!! of Khaled Said.. No one was charged with murder!    

The second official autopsy report now says that Khaled has cuts and bruises which “might be” because of hitting solid objects! The first official autospy report did NOT record any of the clear wounds, cuts and bruises on Khaled’s face. 

We will let you see Khaled’s photos before and after the attack and let you judge yourselves: Does the following photos show that Khaled really died from swallowing something or was he killed from the banging of his head against several solid objects and the kicking and punching by the two policemen and as the many eye witnesses confirmed?    

Image of Khalid before the attack:     

Image of Khalid after the attack:
Khalid Said after his torture to death

Eye witnesses include the Internet Cafe owner who saw the two Policemen arresting Khaled, the residential building keeper (guard/bawab) & his wife, a pharmacist who tried to intervene and stop the torture, a teenager who watched the policemen while they were hitting him in the building entrance and many by standers. Fully documented video interviews with eye witnesses are available on this post hereon ourwebsite (witness accounts are all in Arabic).

Latest info: IkhwanWeb

Ramai sahabat-sahabatku sedang menuntut ilmu di sana. Baik dalam bidang perubatan, pergigian dan ilmu agama.

Ya Allah! Jauhilah diri mereka dari sebarang malapetaka. Selamatkan mereka daripada sebarang bencana. Hanya kepadaMu kami semua berserah diri.

~Sekadar Contengan~

1 Bayi, 1 Hari

Tahun baru, 2011 baru memasuki hari ke 14. Masih segar dengan azam baru yang dilafazkan pada malam tahun baru. Segala macam azam terpasak teguh di dalam di jiwa,wajib dilaksanakan  dan dilunaskan dalam tempoh 351 hari yang masih berbaki. Yanng pasti, rata-rata berazam untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik berbanding tahun lepas.

“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang BERUNTUNG. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang RUGI. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang CELAKA” [Mafhum Hadith]

Namun, berita yang dipaparkan di Berita Harian (Sumber) baru-baru ni amat mengejutkan. Minggu pertama 2011 telah diisi dengan perbuatan yang teramat kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak mampu diterima oleh akal yang waras. (Sedangkan babun yang tidak berakal pun menyayangi anaknya). Perbuatan mereka menunjukkan seolah-olah mereka memasang azam tahun baru yang pelik iaitu untuk menjadi lebih teruk dan celaka berbanding tahun lepas. Nauzubillah!

Realitinya, sekurang-kurangnya seorang bayi yang tidak berdosa dibuang dalam tempoh 24 jam. Itu setakat yang dilaporkan sahaja. Bagaimana dengan kes yang tidak dilaporkan? Cukup ngeri untuk membayangkan apa yang mungkin berlaku dalam tempoh 51 minggu dalam tahun 2011 yang masih berbaki.

-----------------------------------------------------------
7 kes buang bayi seminggu

Kempen kesedaran dipertingkat cegah gejala negatif menular

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh seminggu memasuki tahun baru, sudah tujuh kes pembuangan bayi dicatatkan di seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya, kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala terbabit daripada berlarutan.

“Kerajaan komited membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera. Apabila kempen ini diperkenalkan, kita dapati jumlah kes berkurang dan tahun ini angkanya agak meningkat. Kita positif jumlahnya akan berkurangan apabila kesedaran bertambah."

“Justeru program pendidikan mengenai seks dan reproduktif perlu diterapkan kepada remaja pada peringkat sekolah rendah yang mengajar cara melindungi diri daripada menjadi mangsa,” katanya selepas melancarkan kempen Kami Prihatin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini semalam.

Dalam tempoh 2004 sehingga tahun lalu, sebanyak 571 kes pembuangan bayi dilaporkan, termasuk 99 kes sepanjang tahun lalu dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi sebanyak 147 kes diikuti Johor dengan 113 kes.

Shahrizat berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati kebanyakan remaja tidak memahami kesan serta risiko hubungan intim tanpa perkahwinan dan kementerian akan terus mendekati golongan itu menerusi kempen kesedaran.

Beliau berkata, kementeriannya akan menubuhkan jawatankuasa khas menyelaras dan melaksanakan Dasar Keluarga Negara (DKN) dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara (PTDKN) yang diluluskan kerajaan, Disember lalu bagi mengimbangi isu keluarga dalam pembangunan sosial, ekonomi dan perundangan di negara ini.

Ulasan: 
Aku menyokong penuh tindakan kerajaan untuk mengadakan kempen kesedaran. Namun, kempen semata-mata tidak mampu untuk membendung perkara yang semakin malignant sebegini. Tidak dapat tidak, tindakan tegas perlu diambil untuk menyekat masalah ini di peringkat akar umbi lagi.  

Punca utama pembuangan bayi ialah bermula dengan zina. Jadi, segala perkara yang boleh mendekatkan remaja kepada zina perlu disekat serta merta agar tiada lagi peristiwa menyayat hati sebegini berlaku di Tanah Tumpah Darahku ni!

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " [Al-Israa` ayat 32]  
------------------------------------------------------




Solusi kepada masalah pembuangan bayi??
Bacaan tambahan
Pendidikan Seks. Wajar ke?
~Sekadar Contengan~

Pakaian Muslimah Mengekalkan Keseksian?

Terkejut aku melihat klip video yang dikongsi di Facebook. Tak kusangka tergamak seorang wanita Islam menghina pakaian muslimah dan secara tak langsung turut menghina Islam. Memang celupar dan takde insurans langsung mulut pelakon ni. 


Aku memang tak tau langsung klip video ni dari rancangan apa. Tapi yang pasti klip video ni dari saluran Astro Warna.

Sahabat-sahabat,
Tolonglah klik di sini. Luangkan masa sejenak untuk membaca apa itu sebenarnya aurat wanita yang wajib ditutup. Jangan sesekali menghina Islam sedemikian rupa kerana takut-takut dengan perbuatan tersebut mengakibatkan terkeluar daripada Islam tanpa disedari.

~Sekadar Contengan~

Ref "Tanjung Rambutan"

Ape kes? Malaysia main bola ke main gusti? Jahat sangat ke player Malaysia main? Begitulah reaksi aku bila diberitau Malaysia dapat 3 kad merah dalam match lawan China. Tapi aku tetap tidak percaya player Malaysia sejahat tu. Actually, aku tak sempat tengok live match tu sebab otw balik ke Kuantan selepas join Kontijen Medic IIUM yang bertanding di InterVasiti Games UKM, Bangi.

Sampai je kat bilik, terus aku cari video kat internet. Dan jumpe la 2 video ni. Credit to sokernet.


Ref psycho. Psychiatrist must help him.
Terkejut. Selama aku hidup 21 tahun, tak pernah aku tengok ref seteruk ni. Ref yang terlalu pemurah di bulan Zulhijjah sehinggakan sanggup bagi 3 kad merah dan 5 kad kuning kepada player Malaysia tapi takde kad langsung untuk player China. Kad dalam match tu eksklusif untuk player Malaysia sahaja. Almaklumla China sebagai tuan rumah Asian Games kali ni. Salah satu cara diorang meraikan tetamu ialah dengan menyuruh ref meng"hadiah"kan sebanyak-banyaknye kad kepada player kita.

Aku tak faham, kenapa ref seteruk ni boleh mengadili match antarabangsa. Pantang sentuh sikit terus bagi kad sama ada kuning/merah. Kalau taknak bagi sentuh, baikla suruh diorang main congkak atau chess. Confirm takkan ade body contact!

Biarpun ref berat sebelah. Tapi Malaysia bernasib baik untuk tetap layak ke 2nd round. Skuad negara menjadi salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik daripada enam kumpulan.

Kepada peminat setia skuad negara, jangan lupa temu janji kita di depan kaca tv masing-masing kul 4 petang esok.

Malaysia vs Iran

Skuad Malaysia bukan lagi tempang sebaliknya sudah kudung kakinya dalam match esok. Bertemu dengan Iran yang menang kesemua 3 perlawanan awal, agak mustahil rasanya skuad negara untuk mencipta kejutan. Dengan pilihan player yang terhad setelah 3 orang kad merah dan 2 orang cedera, tidak banyak yang dapat K. Rajagobal dapat lakukan untuk mengatur strategi. Tapi aku tetap harapkan skuad Malaysia sekurang-kurangnya dapat tunjukkan semangat melawan dalam match esok meskipun dibarisi hampir seluruhannya player muda. Ape pun, gud luck Malaysia. Malaysia Boleh!

~Sekadar Contengan~

Menara Warisan & IFF

Menara Warisan

Kalau di Terengganu, wujud Pulau Warisan iaitu pulau buatan manusia. Di Kuala Lumpur, satu lagi projek pembinaan yang namanya disandarkan pada warisan ialah Menara Warisan sebagaimana diumumkan oleh PM ketika pembentangan Bajet 2011. Kos pembinaan dijangkakan RM 5 bilion sahaja dan dijangka siap pada tahun 2015. 

Respon rakyat Malaysia amat mendukacitakan. Setakat entri ni ditulis 234,972 orang menentang cadangangan tersebut "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower". Pro-Menara Warisan ialah seramai  2,583 orang dan 153 orang dengan merujuk kepada 2 fan group, "Kami Sokong Menara Warisan" dan "I see the benefits of PNB's 100 storey tower".

Rakyat Malaysia secara terang-terangan membangkang projek tersebut. Tidak kira Melayu, Cina atau pun India (1 Malaysia) bersatu. Mereka tidak sanggup melihat duit RM5 bilion dibazirkan dengan projek yang tidak akan memberi manfaat langsung kepada rakyat sebaliknya banyak memberi keuntungan kepada kroni-kroni mereka sahaja.

Islamic Fashion Festival (IFF)

Belum pun reda dengan isu Menara Warisan, timbul pula isu IFF atau Festival Busana Muslim. Rosmah merupakan penaung IFF. 
Memang festival ni bukan setakat menghina Islam bahkan turut menghina junjungan mulia, Rasulullah SAW. 

Ulama muda yang diharapkan dapat membawa UMNO ke jalan lurus tidak mampu menegur Rosmah sebaliknya mempertahankan Rosmah dan membiarkan Rosmah terus dalam kesesatan. 

Ulama muda pertahan Rosmah, selar pembangkang


Isu IFF dan Kedangkalan Ilmu Ulama Muda UMNO

Setakat entri ditulis tiada permohonan maaf yang keluar dari mulut Rosmah. Payah benar untuk akui kesalahan yang dilakukan. Sebelum nyawa berada di halkum, sebelum matahari terbit dari sebelah barat, bertaubatlah wahai Rosmah!

~Sekadar Contengan~ 

Daripada UDM kepada UniSZA

UniSZA secara rasmi nama baru UDM
KUALA LUMPUR 21 Jun - Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 kini ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penukaran nama UDM kepada UnisZA adalah mengambil kira sejarah UDM yang pada asalnya adalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dinaik taraf kepada sebuah universiti.

"Pertukaran nama UDM telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 13 April 2010 dan telah diwartakan pada 13 Mei 2010," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, UnisZA menjadi harapan kepada rakyat Malaysia agar dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berkarisma.

"Penubuhan UnisZA diharap dapat melahir dan membentuk pemimpin yang pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa selaras dengan visi UnisZA itu sendiri," ujarnya.
UDM telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan universiti awam yang ke-18 di negara ini.

Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadi institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu.

Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.

 
Sumber

Sukan itu Ibadah

Islam itu syumul. Islam, ibadah dan dan akhlak. Itulah tajuk yang biasa dibawa dalam usrah. Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus ialah solat, puasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan sebagainya. Ibadah umum pula ialah semua amalan seharian kita yang beserta dengan niat yang  ikhlas dan ittiba' yakni mengikut syariat Islam. Tidaklah mustahil bagi kita untuk menjadikan hidup kita 24 jam sepenuhnya beribadat kepada Allah SWT. Sebagaimana firmanNya:

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu"
(Ad-Dzariyat 51:56)

SUKMA EDISI KE 13
Semalam, dengan rasminya kontijen Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) buat kali kedua berturut-turut. Meskipun tidak berjaya mencapai sasaran 65 pingat emas, kutipan 47 pingat emas sudah memadai untuk menobatkan Terengganu sebagai juara keseluruhan SUKMA edisi ke 13 di Melaka. Kejayaan kali ni sekaligus menepis andaian bahawa kontinjen Terengganu hanya jaguh kampung sahaja.


Kejuaraan kali ni lebih manis kerana Terengganu berjaya mencatat sejarah menjadi negeri kedua selepas Pahang, melakukan hatrick memenangi pingat emas 3 kali berturut-turut dalam acara bola sepak. Skuad pelapis Terengganu itu yang rata-rata dibari pemain pasukan Liga Super Terengganu dan T-team menjaringkan 12 gol tanpa melepaskan sebarang gol dalam 5 perlawanan. Satu rekod yang memang boleh dibanggakan.

 Acara lain yang turut menyumbang pingat emas ialah kanu (12), berbasikal (8), olahraga (6), judo, pencak silat & angkat berat (5), lawn boals, tinju, sepak takraw, equesterian & ragbi (1). Tahniah Terengganu. Tranung memang Nelang!

VT
Buku pertama yang aku khatamkan cuti ni ialah VT karya Hilal Asyraf. VT bukan bermaksud Volunteer Team seperti di UIA. VT ialah singkatan kepada Volleyball Team, pasukan bola tampar MATRI, Perlis.

Novel VT menjadi harapan penulisnya Hilal Asyraf untuk mengangkat sukan sebagai ibadah dan mengajak manusia untuk melihat sukan sebagai salah satu saluran dakwah dan tarbiah. Melalui novel ini juga, Hilal mahu mengajak pembaca memahami konsep tawazun (keseimbangan).

Novel ini istimewa kerana langsung tidak menyentuh aspek percintaan antara lelaki dan wanita. Sebaliknya percintaan yang ditekankan ialah ukhuwwah dan persahabatan antara ahli dalam satu pasukan. Bila mana hati-hati diikat dengan iman, ukhuwwah yang tercipta amat ampuh. Tidak mampu dirobohkan oleh apa-apa pun. Meskipun pelbagai dugaan melanda. Itulah ukhuwwah yang sebenar.

Hilal turut menekankan aspek usaha, doa dan tawakkal. Segala sesuatu yang kita lakukan, usahalah dengan bersungguh-sungguh. Usaha tersebut mestilah turut diiringi dengan doa dan tawakkal. Hanya Allah yang mampu memberi natijah kepada hambaNya.

P/s: Tercari-cari Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar.

Demam Bermula

Kurang 1 jam dari sekarang, sepak mula perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 akan berlangsung. Jutaan peminat seluruh dunia mula sibuk meramalkan pasukan mana yang bakal menjuarai kejohanan bola sepak terulung ini.

Daripada 32 pasukan yang bertanding dalam kejohanan kali ini, pasukan pilihan aku tidak lain tidak bukan ialah juarah Eropah, Sepanyol. Sejak Form 2 aku menjadi die-hard-fan Sepanyol. Dengan adunan ramai pemain muda yang berbakat dan beberapa pemain veteran yang berpengalaman, aku yakin pasukan kendalian bekas pengurus Real Madrid, Vicente del Bosque mampu menjuarai kejohanan kali ni. 


 Sila klik sini jika berminat untuk mengetahui sejarah pasukan Sepanyol secara terperinci.



Pasukan lain yang berpeluang menjuarai Piala Dunia 2010 ialah Holland, Germany atau Argentina. Pasukan Korea Selatan bakal mengulangi pencapainan layak ke separuh akhir. [pandagan peribadi].

Andai diperhatikan jadual di atas, perlawan berlangsung pada jam 0230, 1930 dan 2200. Tunaikan dahulu segala kewajipan solat Maghrib sebelum menyaksikan perlawanan jam 1930. Jika sanggup berjaga pada jam 0230, jangan lupa dirikan solat at least solat tahajud 2 rakaat. InsyaAllah hidup kita lebih diberkati.

P.s: Jangan lupa saksikan kelibat pengadil dari Malaysia, Subkhidin Salleh dalam kejohanan Piala Dunia kali ni.

~Sekadar Contengan~

Apa yang Dapat Kita Bantu?


Oleh : IbnuNafis

Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul, kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa.

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :
"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu wa ta'ala telah perintahkan bagi kamu sekalian"
(Surah al Maidah : Ayat 21)


Palestin adalah tanah yang diberkati ALlah. Firman ALlah yang bererti :

"Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya."
(Surah al Isra' : Ayat 1)


Firman-Nya lagi yang bererti :

"Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah al Anbia' : Ayat 80)


Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. RasuluLLah telah bersabda yang bererti :
"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. "
(Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh ALlah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam di isra'kan.

ALlahu..ALlah...

Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya).

Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..

Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.

Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya ALlah.

Sumber Rujukan :

1. Prof Madya Dr Mohsen M. Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur

2. AbduLlah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin Al Ayyubi, Cet Pertama 1999, Darul Nu'man, Kuala Lumpur

3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin, Cet Pertama 2003, al Qassam Library, Pahang

Talian Hayat Untuk Gaza

Misi kemanusian yang hanya bermatlamatkan membantu saudara kita di Palestin. Kira-kira sepuluh ribu tan barangan bantuan dibawa untuk diserahkan kepada mereka yang terkepung di negara sendiri. Tiada M-16 dibawa. Tiada bom diangkut bersama. Menandakan misi ketenteraan tidak pernah dirancang. 

Peserta konvoi pula bukan sembarangan orang. 540 orang yang menaiki kapal induk Mavi Marmara terdiri daripada Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO, petugas media dan ulama'. Bekas pemenang Anugerah Nobel Keamanan turut berada dalam kapal tersebut. 

Itulah konvoi Talian Hayat Untuk Gaza ataupun Lifeline 4 Gaza. Pada asalnya, sembilan buah kapal yang terlibat dalam konvoi bantuan untuk Gaza. Namun, hanya 7 kapal yang mengikut perancangan asal dengan memulakan perjalanan dari Laut Mediterranean. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kapal induk Mavi Marmara yang dalam perjalanan ke Gaza telah diserang oleh tentera laut rejim  haram Israel. Kesudahannya, 19 anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara meninggal dunia dan 30 orang lagi cedera. 2 buah kapal (salah satu kapal diberi nama Rachel Corrie) yang terlewat masih tetap meneruskan pelayaran ke Gaza meskipun rejim haram Zionis mengugut untuk melakukan serangan terhadap mereka.

Sudah terang lagikan bersuluh. TenteraIsrael Zionis memang layak dipanggil syaitan zionis. Gelaran pengganas dunia yang dicanang-dicanangkan oleh Amerika laknatullah amat sesuai untuk mereka. Mereka bukan sahaja membunuh rakyat Palestin bahkan juga membunuh orang-orang yang ingin menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin. 

Serentak dengan kedajalan tindakan tentera Israel itu, seluruh dunia mengadakan protes mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu. Demonstari dilakukan di seluruh dunia. Turki ialah negara yang paling lantang menyuarakan kemarahan mereka. Kerajaan Turki mengambil tindakan serta merta dengan membekukan hubungan ketenteraan dengan Israel. Bagaimana pula reaksi negara kita Malaysia? Kerajaan Malaysia still cool and steady. Nyawa 12 rakyat Malaysia bagaikan di hujung tanduk masih tidak mampu mendesak kerajaan Malaysia memberikan respon serta merta. Satu demonstrasi aman akan turut dilakukan selepas solat Jumaat (4 Jun 2010) di hadapan Kedutaan  Rasmi Amerika Syarikat.

Tidak ketinggalan juga di alam maya. Protes turut dizahirkan di blog-blog dan laman sosial terutamanya di Facebook. Di Facebook, ramai yang bertindak menukar status dan primary picture untuk menyatakan sokongan kepada konvoi Lifeline For Gaza dan mendoakan keselamatan mereka. Tidak kurang juga yang mengutuk serangan tentera Israel tersebut. Protes di alam maya diharapkan dapat memberi kesedaran kepada sahabat-sahabat yang masih hanyut dan leka.

Ayuh sahabat-sahabat! Buat masa sekarang, sama-samalah kita cakna terhadap apa yang berlaku terhadap saudara kita di Palestin yang tidak bernasib baik. Lupakan sekejap drama di kaca TV dan filem di pawagam. Abaikan sementara Piala Dunia yang bakal berlangsung. Banyak-banyakkan berdoa, solat hajat dan qunut nazilah  semoga saudara kita di sana dikurniakan kesabaran, ketabahan, kekuatan dan kemenangan.

“Orang mukmin itu ibarat satu tubuh, apabila ada anggota tubuhnya sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya.” -al-hadith-

~Sekadar Contengan~

Sebat Kerana Arak: Adilkah?


Isu hukuman sebat ke atas model Kartika Sari sehingga kini menjadi isu yang hangat diperdebatkan. Segalanya bermula apabila Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lalu. Isu yang mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat ini turut membawa kepada campur tangan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Ada yang beranggapan Kartika harus disebat. Tidak kurang juga yang membantah sekeras-kerasnya dengan alasan hukuman tersebut kejam, tidak adil dan menindas golongan wanita.

Maka,bertitik-tolak dari polemik yang tercetus, Kelab Profesional Hufaz (PROFAZ) mengambil inisiatif untuk mengajurkan satu wacana ilmiah khas yang bertajuk “Sebat Kerana Arak: Adilkah?”. Diskusi ini akan diadakan pada 22 Oktober 2009 bertempat di Auditorium Utama Kuliyyah of Medicine ini bakal menyaksikan pertembungan dua mata beberapa ahli panel terkenal antaranya Ustaz Nasarudin Hassan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) dan wakil Sister In Islam (SIS) serta 2 lagi panelis. Nak tahu lebih lanjut?


Semua dijemput hadir!!!

~Sekadar Contengan~

10 Subjek SPM dan Kerajaan Perpaduan

Hampir 2 minggu blog ni tiada sebarang update. Sekkong orang Ganu kata. Kemalasan untuk mengupdate di kala cuti menguasai diri. Susah benar nak istiqomah. Cuti kali ni juga agak sibuk dengan pelbagai program sebenarnya. Kena cari sponsor, rehlah, riadhah, kem dan sebagainya. Kali ni aku ingin menconteng berkenaan 2 isu hangat baru-baru ni yang berkaitan pendidikan dan siasah meskipun kedua-dua isu dah lapuk terutamanya isu 10 subjek SPM.

10 Subjek SPM
Baru-baru ni Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan format baru bagi SPM yang mana pelajar hanya dibenarkan mengambil 10 subjek (11 subjek bagi pelajar sekolah agama) bermula tahun 2010.

Rasional pengehadan ini adalah untuk membolehkan pelajar tidak terlalu sibuk belajar sahaja. Setiap subjek tambahan yang diambil menuntut pelajar untuk berkorban dari segi wang, tenaga dan masa. Andai subjek dihadkan, masa, tenaga, wang boleh digunakan untuk aktiviti yang tidak kurang pentingnya seperti berpersatuan dan bersosial. Selain itu, subjek yang sedikit membolehkan pelajar meluangkan lebih masa untuk mendalami subjek-subjek yang diambil.

Jika ditanya pandangan aku mengenai isu ini, kurang bersetuju menjadi jawapanku. Format lama SPM mewajibkan pelajar mengambil 6 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam @ Moral dan Sejarah.

Pelaksanaan format baru bakal mengurangkan subjek teras daripada 6 subjek kepada 4 subjek. Pada fikiran pembaca, subjek manakah bakal digugurkan? Pada pandangan aku, 2 subjek yang mempunyai harapan cerah untuk digugurkan dari senarai subjek teras ialah Pendidikan Islam @ Moral dan Sejarah. Andai semua ini berlaku usah terkejut jika perlakuan remaja 5 tahun mendatang adalah 10 kali lebih teruk daripada keadaan pada hari ini kerana remaja yang akan dilahirkan dari sistem pendidikan yang kekurangan akhlak dan tidak mengetahui sejarah negara sendiri.

"Seseorang/Sesebuah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah, akan didera dengan melakukan kesilapan yang sama berulang kali"
[George Santayana]

Namun, di sebalik ketidaksetujuan aku tentang perkara ini, aku mungkin setuju dengan idea pengehadan ini andai bilangan subjek ditambah. Bagi aku pengehadan kepada 15 subjek lebih rasional. Tanpa diubah 6 subjek teras, masih ada 9 subjek elektif boleh dipilih. Para pelajar masih boleh menambah subjek yang ingin diambil.

Kerajaan Perpaduan
Idea kerajaan perpaduan telah diutarakan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), TG Dato Seri Haji Hadi Awang. Sekadar idea tanpa penerangan terperinci. Aku percaya Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh TG Haji Hadi mempunyai kebaikan kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada umat Islam. Namun, secara jujur aku mengaku hingga ke saat ini aku masih blur berkenaan Kerajaan Perpaduan.

Idea Kerajaan Perpaduan mencetuskan perselisihan pendapat di kalangan pimpinan tertinggi PAS, TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Aku sedih. Ada yang sanggup menempelak, mencerca, menghina kedua-dua TG. Sedarlah sahabat. Mereka itu ulama. Kalau dibandingkan dengan diri kita, bagai langit dengan bumi. Walaupun berbeza pendapat jagalah adab. Jangn bersu'u adab dengan ulama kerana merekalah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai pewaris nabi.

"Bukan dari (akhlak) golongan kami orang yang tidak memuliakan orang yang tua (dari segi umur, ilmu, makrifat dan kedudukan), tidak menyayangi yang kecil dan tidak menyuruh yang makruf serta mencegah yang mungkar" [Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Hibban]

Alhamdulillah. Akhirnya perselisihan telah diselesaikan secara baik. Inilah kelebihan hati-hati manusia yang telah terikat dengan ikatan aqidah yang sama. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Tiada sengketa berpanjangan. Tiada masalah tanpa penyelesaian. Isu Kerajaan Perpaduan turut berkubur. Noktah.

P/s: Doakan semoga perjalanan Program Reaching 4 The Needy (Cambodia'09) bermula 2-9 Julai 2009 berjalan lancar.

~Sekadar Contengan~