Ekor Harimau Malaya

Malaysia! Tanah Tumpah Darahku! Dulu, Korea Selatan dan Arsenal mampu kita tewaskan. Kejayaan 2 kali layak ke Sukan Olimpik iaitu pada tahun 1972 dan 1980 merupakan satu sejarah gilang-gemilang skuad bola sepak negara kita. Namun, kerana gejala RASUAH pada tahun 1994, segalanya punah ranah. Bertahun-tahun pasukan negara berada dalam zaman kegelapan.

Piala Pesta Bola Merdeka 2007 menjadi piala pertama milik skuad negara setelah sekian lama menanti. Tapi turning point yang sebenar-benarnya ialah ketika berjaya menang emas bola sepak Sukan Sea 2009 di Laos. Menyuntik kembali keyakinan penyokong terhadap pasukan kebangsaan. Kejayaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menambahkan keyakinan bahawa zaman kebangkitan bola sepak Malaysia sudah kembali. Dan AKU BERTUAH dapat menyaksikan kebangkitan ini. :D

Kejayaan sesuatu pasukan memang tidak bermakna tanpa penyokong - pemain ke12 setiap pasukan. Sokongan dari penyokong memang dapat menambahkan kekuatan kepada pasukan secara psikologi. Aku bukanlah penyokong fanatik. Tapi aku salute sekelompok manusia yang bergelar ULTRAS! 

Ultras Malaya (UM) ekor Harimau Malaya. Tidak kira ke ceruk mana sekalipun, UM pasti akan mengekori Harimau Malaya. Semua perlawanan! (kecuali perlawanan SARKAS). Bagi aku mereka merupakan penyokong sejati. Tidak kira keputusan. Menang, seri atau kalah. Berdiri 90 minit perlawanan. Menyanyi dan bertepuk tangan untuk menaikkan semangat pemain. Sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan. Mereka memang TERBAIK!




Ekor Harimau Malaya

Ekor Skuad Penyu

Siapakah Ultras? Check it out! (Klik sini)

P/s: Aku suka Ultras, TAPI aku bukan Ultras. ;D

~Sekadar Contengan~

Gurau Senda Berpada-pada

Gurau senda ialah satu skill yang unik. Tak mudah namun tak susah untuk menguasai skill ini. Seperti skill-skill yang lain, skill gurau senda lawak abah masih boleh dibentuk meskipun sudah menginjak dewasa dengan syarat lazimkan diri mempraktikkan skill tersebut. 

Sehari tanpa gurau senda memang mmembosankan. Gurau senda ialah cara terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Orang yang suka bergurau senda juga biasanya dikenali dengan watak yang mesra alam dan mudah untuk masuk dengan orang lain. Jauh bezanya dengan orang yang 24/7 serius.


Gurau senda ada batas dan hadnya. Jika melampaui batas yang telah ditetapkan oleh Islam, pasti akan ada hati orang lain menjadi atrophy. Berikut ialah batas-batas gurauan yang digariskan oleh Islam.
  • Tempat dan waktu yang sesuai
    Most of the time, kita boleh bergurau senda. Anytime, anywhere. Tapi beragak-agaklah dalam bergurau senda. Jangan sesekali bergurau senda ketika ada kematian, melawat orang sakit dan orang lain dilanda musibah. Jika berada di kubur atau pun masjid dan surau simpanlah gurauan tersebut untuk lain ketika. Hormatilah tempat-tempat tersebut. Gunakanlah kesempatan berada tempat tersebut untuk bermuhasabah diri akan dosa-dosa kita yang bertimbun-timbun.
  • Elakkan menggunakan perkataan buruk
    Seolah-olah menjadi kebiasaan bagi seorang bergurau untuk menggunakan perkataan kasar, lucah dan mencarut sebagai gurauan. Tidak kurang juga yang suka berbohong dan mengada-adakan cerita untuk berlawak.

    "Celakalah orang yang berkata-kata kemudian berbohong supaya orang lain ketawa, maka celakalah baginya, celakalah baginya."
    [Riwayat Abu Daud]
  • Elakkan memperolok-olok agama
    Jangan sesekali menjadikan hal agama seperti sunnah Rasulullah SAW sebagai gurauan. Dibimbangi gurauan akan menyebabkan syahadatain terbatal tanpa kita disedari. Naudzubillah.

    Dalam Islam ada 3 perkara yang tetap dikira hukumnya meskipun dalam keadaan bergurau.

    "Tiga perkara yang mana yang diambil hukumnya sama ada dalam keadaan bergurau atau pun serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba."
    [Riwayat Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
  • Jaga perasaan orang lain
    Sesetengah orang suka bergurau senda dengan mengkeji, mencemuh, menyebut kecacatan dan memperlekeh orang lain. Gurauan sebegini berbahaya kerana menyakiti perasaan orang lain dan boleh menimbulkan pertengkaran, persengketaan dan permusuhan sesama saudara.

    "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina."
    [Surah al-Hujurat 11]
  • Tidak menakutkan orang lain
    Haram hukumnya menyebabkan orang lain berada dalam keadaan ketakutan. Bergurau dengan mengacah pisau, mengacu machine gun dan membaling grenade dibimbangi akan mengakibatkan kecelakaan.

    "Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara selslamnya dengan niat melawak atau pun betul-betul."
    [Riwayat Ahmad]
  • Tidak ketawa berlebihan
    Gurau senda pasti akan mencetuskan gelak ketawa. Berpada-padalah dalam bergelak ketawa. Ketawa yang keterlaluan boleh menjatuhkan harga diri. 

    "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati."[Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi]
Aku jenis suka bergurau. Tapi masih belum dapat menguasai skill ini sepenuhnya. Pernah beberapa kali aku tersilap langkah. Gurauanku secara tidak sengaja mengguriskan perasaan orang lain. Ampun maaf dipinta jika ada sesiapa yang terasa hati. Sungguh. Tiada niat sedikit pun untuk menyakiti hati kalian. Jangan segan silu untuk tegur aku andai aku bergurau melebihi had yang dibenarkan agama.

~Sekadar Contengan~

Kuning itu Bersih!

Lebih daripada 2 minggu, berita di media  massa tidak berubah. Baik surat khabar mahupun TV, semua bercerita mengenai Perhimpunan Rakyat [Bersih 2.0]. Aku mula muak dan bosan dengan berita yang disiarkan. Semua berita menunjukkan rakyat menentang Bersih 2.0. Benarkah sedemikian? Mustahil! Terbukti media amat berat sebelah dan tuntutan Bersih 2.0 yang keempat amat sesuai dengan keadaan ini. Ketahui apa itu Bersih 2.0 (klik sini).

Tuntutan Bersih 2.0 
  1. BERSIHkan Senarai  Daftar Pemilih
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Klik sini untuk dengar
Perhimpunan Bersih 2.0 dikatakan haram. Haram kerana tiada permit. Tapi mana mungkin permit akan diperoleh. Belum pun sempat pihak penganjur memohon permit untuk berhimpun, pihak polis telah mengeluarkan kenyataannya tidak akan mengeluarkan permit. Kelakar! Tiada ruang dan peluang langsung kepada pengajur Bersih 2.0 untuk meng'halal'kan perhimpunan ini.

Bukan setakat rakyat marhaen yang menyokong Bersih 2.0. Sasterawan negara yang ke-4 (1985), A. Samad Said turut menyatakan sokongan terhadap Bersih 2.0 (klik sini). Jelas di situ bahawa beliau hanya mahu melihat pilihan raya di negara kita dijalankan secara telus dan adil. Seluruh rakyat Malaysia yang menyokong bersih turut mempunyai harapan yang sama. Lawak! Kerana sokongan kepada Bersih 2.0, A. Samad Said diugut untuk ditarik balik gelaran sasterawan (klik sini). Aku yakin A.Samad Said tidak kisah dengan ugutan tersebut. Andainya ditarik balik gelaran, terbukti kebebasan bersuara semakin lenyap di negara kita.

Baru-baru ini juga, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin mengeluarkan kenyataan bahawa baju T bersih ialah haram (klik sini). Pihak polis juga diberi lampu hijau untuk menangkap sesiapa yang memakai baju T bersih. Baru aku tahu pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan rakyat kerana pakaian yang dipakai.  Aku cadangkan kepada Hisham untuk arahkan  pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang berpakaian tidak menutup aurat. Skirt, short, legging, baju jarang, tudung bonggol unta semuanya HARAM di sisi Islam. Andainya arahan ni dikeluarkan pasti tiada lagi rakyat berpakaian mencolok mata di khalayak ramai. Tapi sayang arahan tangkapan ini hanya valid untuk baju T bersih yang terang-terangan menutup aurat si pemakai!

Lagi satu isu yang dimainkan kerajaan ialah Bersih 2.0 diketuai oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (klik sini). Rakyat menyokong Bersih 2.0 tidak bermakna mereka turut menyokong Ambiga. Tidak kisahlah siapa pun yang mengepalai Bersih 2.0. Mereka turun bukan kerana kepala tersebut. Mereka turun ke jalan dengan harapan supaya pilihan raya di negara kita berlangsung dengan adil dan saksama. Tiada lagi tipu muslihat dan berat sebelah berlaku.

Golongan agamawan juga turut menghangatkan suasana. Ada yang menyokong (klik sini), ada yang menentang (klik sini). Kedua-dua pendapat ialah ijtihad ulama berlandaskan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah. Jangan sesekali mengutuk dan mencerca ulama yang tidak bersependapat dengan kita. Belapang dadalah.





Matlamat Bersih 2.0 sudah jelas. Menuntut satu sistem dan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil untuk Malaysia. Sepatutnya kerajaan dan pembangkang bersatu padu untuk mencapai matlamat murni tersebut. Elakkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan huru hara. Semoga Bersih 2.0 menjadi titik tolak ke arah pilihan raya yang telus dan adil di negara kita.

~Sekadar Contengan~