Pildalcil - Pemilihan Da'ie Kecil

Sekadar nak berkongsi salah satu video yang aku gemari.




"Sesungguhnya orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, lalu Kami gantikan dengan kulit baru agar mereka benar-benar merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."


Takjub aku melihat video ini. Seorang anak kecil bercerita sebegitu hebat mengenai azab api neraka. Andai dibandingkan dengan diri aku 10 tahun lalu, boleh dikatakan mustahil aku mampu berbuat sedemikian. Yang aku reti hanyalah bermain, bermain dan bermain. Sungguh jauh bezanya seperti langit dan bumi.

Video ni juga mencetuskan satu persoalan di benak fikiranku.

Bilakah agaknya program sebegini akan wujud di Malaysia?

Tidak dinafikan. Memang ada program yang bagus. Akademi al-Quran sebagai contoh. Namun,andai dibandingkan dengan program lain, program yang bagus hanyalah diibaratkan seekor anai-anai di dalam busut. Terlalu kecil jumlahnya. Program yang ada kebanyakannya bermotifkan untuk mengjahanamkan umat manusia di Malaysia terutamanya remaja.

REMAJA

Ayuh remaja!
Usahlah terleka
Dengan hiburan yang entah apa-apa
Yang menghanyutkan kalian
Jauh dari agama
Jauh dari Allah

Ayuh remaja!
Sedarlah
Kalian adalah
Pelapis tampuk pemerintahan
Bakal pendidik
Andai kalian terus hanyut
Tidak mustahil
Hancur lebur generasi yang akan datang

Ayuh remaja!
Sama-samalah kita berubah
Daripada lalai kepada sedar
Daripada leka kepada jaga
Agar tidak terus hanyut
Di dunia ciptaan Zionis
Tidak dapat tidak
Kembalilah kepada Islam
Penyelesaian kepada semua permasalahan
Ayuh, sedarlah remaja!

~Sekadar Contengan~

Nikmat yang Sering Dilupakan

Bismillah walhamdulillah. Kita masih diberi peluang oleh Allah untuk merasai 2 nikmat yang amat besar yakni nikmat Islam dan nikmat Iman. Nikmat yang tidak kurang besar yang seterusnya ialah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Namun demikian, berapa keratkah daripada kita yang benar-benar menghargai nikmat-nikmat percuma yang Allah kurniakan kepada kita yang tiada dikenakan sebarang bayaran apatah lagi cukai.

Menurut Ibn Abbas r.a. , Nabi s.a.w telah bersabda:

“Dua nikmat paling besar yang tidak diambil peduli oleh kebanyakan manusia, iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”
(Sahih Bukhari)


Kesihatan

Berdasarkan hadith tersebut, benarlah bahawa kita sentiasa tidak menyedari kehadiran nikmat kesihatan dan masa lapang. Kehadirannya hanya disedari apabila berlaku sebaliknya dan ketika nikmat tersebut ditarik balik.

Dari segi kesihatan, terkadang terasa manusia ni kufur nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Suka sahaja membuat sesuatu yang membahayakan kesihatan. Contoh terdekat dan paling mudah ialah merokok. Siapa yang tidak tahu bahawa merokok bahaya dan boleh membunuh? Budak sekolah rendah pun tahu inikan pula mahasiswa! Bukan setakat membunuh diri sendiri bahkan turut membunuh orang di sekeliling. Tidak keterlaluan jika dikatakan kalimat sayang yang diungkapkan oleh si ayah yang merokok kepada si ibu dan anak-anak hanyalah retorik semata kerana di samping melafazkan kalimah tersebut, pada masa yang sama mereka membunuh orang-orang yang tersayang secara sirr!

Tempat yang paling efisyen untuk menyedarkan diri kita yang lalai dengan nikmat kesihatan ialah hospital. Di sini kedapatan ramai hamba Allah yang telah ditarik nikmat kesihatan. Ambillah iktibar daripada orang lain untuk mengubah diri sebelum nikmat tersebut ditarik balik oleh Allah dari diri kita sendiri.

Masa lapang

"Din, aku rase macam dok dang je nok cover sumer ni? Banyok berdo'oh lalu. Dok larat aku nok sumbat malam ni belake," Ahmad mengadu kepada Din yang tekun study di sebelah.

"Kalulah aku study awal-awal dulu, dakyoh rr nok stay up gini macang. Mate ngatuk doh ni. Tapi kalu tido, soh-soh doh dokleh jawab esok. Lepas ni confirm aku aku dok wak gini doh. Aku nok study awal sokmo doh lepah ning," monolog seorang pelajar kala dinihari.

Inilah dialog biasa kedengaran di kalangan sahabatku ketika musim peperiksaan akhir menjengah di zaman persekolahan dulu. Kata-kata berbaur penyesalan dan keazaman untuk berubah. Jelas sekali ini adalah bahana tidak menghargai nikmat masa lapang. Masa lapang yang kerap kali diisi dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Games, tidur dan lepak lebih menjadi keutamaan daripada mengulangkaji pelajaran.

Hidup di dunia ini dikurniakn 24 jam sehari semalam. Tiada lebih tiada kurang. 24 jam memang cukup untuk membuat semua kerja andai kita pandai membahagikan masa tersebut. Segala masa yang terluang perlu dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang berfaedah.

Sama-samalah kita mencontohi Rasulullah. Baginda seorang amat teliti terhadap masa. 24 jam yang dikurniakan oleh Allah digunakan sebaik-baiknya. Sesaat masa lapang yang ada tidak disia-siakan. Ada masa digunakan untuk berdakwah di jalan Allah, beribadat kepada Allah sehingga bengkak kaki, bergurau senda dengan isteri tercinta, bertemu sahabat dikasihi dan bermain-main dengan Hassan dan Hussein. 24 jam yang amat berkualiti.

Nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya teramat banyak dan amat bernilai. Terpulang kepada kita bagaimana untuk kita menghargai semua nikmat tersebut. Awas! Jangan sampai ke tahap menjadi hamba yang kufur terhadap nikmat-nikmat Allah. Naudzubillah.

~Sekadar Contengan~

Pembatalan Kunjungan Habib Umar


UNTUK MAKLUMAN PROGRAM LAWATAN GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ KE MALAYSIA TELAH DIBATALKAN KERANA BELIAU ADA URUSAN MUSTAHAK YANG MENYEBABKAN BELIAU PERLU SEGERA KEMBALI KE TARIM, HADRAMAUT.

Oleh itu, semua program yang telah disusun sempena lawatan al-Habib ke Malaysia dari 11 Mei 2009 hingga 13 Mei 2009 DIBATALKAN

walau bagaimana pun,

majlis pada 13 Mei 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur tetap akan DITERUSKAN dan penceramah jemputan ialah Mursyid Tariqah Syadhuliyah, SHAIKH YUSUF BAKHOUR AL-HASANI (gambar).

HARAP MAKLUM

Nampaknya impian untuk berjumpa al-Habib kali ini tidak kesampaian. Impian tinggal impian. Namun, pasti ada hikmah di sebalik pembatalan ini. Harapnya masih berpeluang bertemu beliau di lain masa. InsyaAllah.

Sumber: Al-Fanshuri