Wednesday, November 4, 2009

Kembara Ukhuwwah

Hujung minggu baru-baru ni, aku berjaya laksanakan 4 misi yang bermatlamatkan satu perkara yang sama iaitu UKHUWWAH dalam tempoh 24 jam. Seolah-olah sambil menyelam minum air, menangkap ikan dan makan ikan tersebut.Fuh.

Misi pertama
Singgah sebentar di CFS, PJ. Sempat jumpa beberapa orang junior. Sedih dan terkilan pabila mendengar cerita daripada Pak Cik Pian perihal student CFS sekarang ni. Semakin jauh dari landasan Islam sebenar. Berubahlah wahai adik-adik.

Misi kedua
Bilik 4.5 Mahallah Farouq di UIA Gombak menjadi bilik tumpangan kami. Sambutan dan layanan yang diberikan oleh warga Gombak memang superb. Pukul 2 pagi menggoreng nasi untuk tetamu. Terharu dibuatnya.

Misi ketiga (Misi utama)
Pagi-pagi lagi, kami dah bertolak ke Shah Alam dan tiba 30 minit lebih awal daripada pengantin. Kira-kira pukul 11.40 pagi, teman sebilikku telah sah menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah! Tahniah!

Selamat Pengantin Baru Aizat Azam & Syaheeda Azhar

Misi keempat
Dalam melaksanakan 3 misi utama, secara tidak langsung terlaksana misi keempat. Ukhuwwah antara 7 ahli kembara bertambah baik. Aku pernah terdengar dan terbaca statement, cara yang paling efektif untuk mewujudkan ukhuwwah adalah musafir bersama. Dan sekarang cara tersebut memang terbukti berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada junior di CFS kerana sudi meluangkan masa bersembang denganku. Kepada sahabat-sahabat di Gombak, terima kasih kerana sudi membenarkan kami bermalam. Terima kasih juga diucapkan kepada pemilik TAV 8411 kerana membenarkan kami menggunakan kereta untuk ke Shah Alam. Ampun turut dipinta kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat kutemui, kujumpa.

Moral of the story
Amatlah perlu untuk meraikan hari penting dalam hidup sahabat. Sebagai contoh ulang tahun kelahiran dan walimah. Dengan asbab sedemikian, ukhuwwah yang dibina dengan sahabat bertambah mekar dan kuat. Ini bukan teori atau fantasi semata tapi realiti kerana aku sendiri mengalaminya.

Ketika di CFS, budaya menyambut birthday di kalangan sahabat sangat ditekankan sehingga sampai satu tahap tertubuhnya 1 team khas untuk menguruskan hal ehwal sambutan birthday. Hasilnya aku dapat rasakan hubunganku dengan sahabat yang terlibat semakin rapat, makin akrab. Tidak percaya? Cuba sendiri. Nescaya anda akan dapat merasai natijahnya.


~Sekadar Contengan~

Friday, October 16, 2009

Supporting Muslim Product

Jom pakat serbu

Jika bukan kita yang menyokong produk Muslim, siapa lagi?
Sama-sama kita kuatkan kembali ekonomi umat ISLAM

Saturday, October 10, 2009

Sebat Kerana Arak: Adilkah?


Isu hukuman sebat ke atas model Kartika Sari sehingga kini menjadi isu yang hangat diperdebatkan. Segalanya bermula apabila Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lalu. Isu yang mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat ini turut membawa kepada campur tangan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Ada yang beranggapan Kartika harus disebat. Tidak kurang juga yang membantah sekeras-kerasnya dengan alasan hukuman tersebut kejam, tidak adil dan menindas golongan wanita.

Maka,bertitik-tolak dari polemik yang tercetus, Kelab Profesional Hufaz (PROFAZ) mengambil inisiatif untuk mengajurkan satu wacana ilmiah khas yang bertajukSebat Kerana Arak: Adilkah?. Diskusi ini akan diadakan pada 22 Oktober 2009 bertempat di Auditorium Utama Kuliyyah of Medicine ini bakal menyaksikan pertembungan dua mata beberapa ahli panel terkenal antaranya Ustaz Nasarudin Hassan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) dan wakil Sister In Islam (SIS) serta 2 lagi panelis. Nak tahu lebih lanjut?


Semua dijemput hadir!!!

~Sekadar Contengan~

Sunday, October 4, 2009

Jelajah 'Eidul Fitri

Penat dan letih tapi agak puas hati. Konklusi yang dapat aku buat sepanjang 2 minggu di bulan Syawal. Banyak rumah sahabat-sahabat yang sempat di ziarahi. Meskipun tidak semua. Semoga ukhuwwah yang terbina antara kita akan terus dan terus kekal hingga ke syurga. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH. InsyaALLAH.

Tidak berdaya aku coretkan segala yang berlaku. Gambar-gambar di bawah adalah summary jelajah selama 2 minggu. Tiada yang istimewa, cuma kenangan bagi diriku.

Akhir kalam, ampun maaf dipinta daripada tuan rumah andai kelakuan aku dan rakan-rakan sebagai tetamu agak terover (mapuh memapuh, pakoh memakoh) hinggakan mengguris perasaan tuan rumah. Halalkan segala makan minum.

Raya ke 2,3,4
"1,2,3,4......eh,bukan 5 ke?"
SHAMS

Raya ke-4
"acara tahunan di Kampung Laut"
BBQ Raya

Raya ke-5
"Cg Math & BM yang banyak membantuku"
SK Paloh

Raya ke-8
Brethren 13

Raya ke-15
UIA

"syukran jazilan sahabat"

~Sekadar Contengan~

Template by - Abdul Munir - 2008