Bila susah tiada gelisah, Bila miskin SYUKUR pada Tuhan, Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan MENGINGATI ALLAH Jiwa kan menjadi TENANG
[MATI itu PASTI, HIDUP... insyaALLAH!]
Muhasabah
"Payah sekali melakukan kebaikan pada 4 tempat: 1. memberi maaf ketika marah 2. bersedekah ketika kesempitan 3. menjauhi perkara mungkar ketika seorang diri 4. berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong -Saidina Ali KW- "Beruntunglah sesiapa yang sibuk dengan ke'aiban dirinya berbanding ke'aiban orang lain"
"Carilah pengi'tirafan penghuni langit biarpun dihina seluruh makhluk di bumi." - al-Faqir Tokku
"Jangan sedikit pun kamu merasakan bahawa kamu lebih baik dari seseorang yang lain kerna hal yang sedemikian menjadikan kamu adalah orang paling HINA pada pandangan ALLAH."
"Jika kamu lupakan 2 perkara dan sentiasa ingat 2 perkara nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan hidup. LUPAKAN * Kebaikan kita kepada orang. * Keburukan orang kepada kita. SENTIASA INGAT * ALLAH. * Hari Akhirat."
Pengalaman kali pertama end posting exam untuk clinical year sungguh mengujakan. Terketar-ketar ketika present case and discussion. Aku pasrah dan berserah. Terlalu berbeza daripada zaman pre-clinical. Untuk lupakan performance exam yang agak teruk, timbul idea untuk jalan-jalan dulu sebelum balik ke kampung.
Tronoh, Perak atau spesifiknya UTP menjadi destinasi pilihan. Setelah bersama Ultras Malaya di SBJ, aku berseorangan bergerak ke Lumut dari Shah Alam. Akibat silap pilih bas, perjalanan sepatutnya hanya 3 jam menjadi hampir 6 jam. Sabar je la...
Kuantan -> SBJ -> Shah Alam -> Sekinchan -> Teluk Intan -> Lumut -> Tronoh
Soalan yang kerap ditanya.
"Bakpe mari UTP? Nak jumpa someone special ke?"
Jawapannya, YA!
Aku nak jumpa kawan-kawan lama. Aku rindu teman-teman Jan '07 intake especially Cheme Jan '07(CJ7) dan [Aw0k]2. Mereka memang special. Aku tau ni lah peluang terakhir aku berjumpa kalian di UTP. Selepas habis final exam pertengahan Januari ni, kalian semua akan bergelar graduan. Bila sudah berkerjaya rasanya hampir mustahil untuk berjumpa lagi.
Aktiviti aku di UTP sama seperti 2 tahun lalu (baca sini). Sebaik sahaja aku sampai, aku disambut dengan ChemE Premier League Edisi Terakhir (baca sini). Kebetulan! Belum pun sempat hilang letih 6 jam perjalanan, 5 games hampir berturut-turut perlu ditempuhi. Fuh! Habis tenaga. Keputusannya, 2 menang, 1 seri dan 2 kalah. 7 mata. Not bad la...
Terengganu + Kelantan = GANTAN FC
Alhamdulillah. Permusafiran aku di UTP selama 3 hari 2 malam mencapai matlamat. Aku bersyukur kerana sempat berjumpa dengan teman-teman sebelum kalian grad. Mungkin ini lah kali terakhir aku menjejakkan kaki di UTP. Terima kasih banyak-banyak warga UTP terutamanya Amin dan Jahar, sanggup turun ke Lumut dan Wafiuddin, rumet sementara aku. Minta maaf kalau ada salah dan silap. Harapnya hubungan ukhuwwah kita akan terus kekal selamanya. InsyaAllah.
P/s: Sepanjang perjalanan melalui Jalan Jepun, Sekinchan, Teluk Intan dan Gopeng, teringat kenangan bersama Allahyarham Nabil. Keberadaan aku di UTP, mengingatkan aku kepada Allahyarham Kero Kimi. Semoga kalian berbahagia di sana bersama para solehin. Ameen.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokaatuh. Ape khabar sobat? moga-moga sume sihat-sihat blake.
Fuh. dah lama sesangat tak menaip di sini. berhabuk dan bersawang sudah. alasannya mudah, takde masa nak menaip.haha.. sekarang aku sudah masuk ke 2nd phase pengajian - alam clinical. alam clinical memang jauh bezanya daripada alam pre-clinical. bagai langit dan bumi. jadi nasihat aku kepada sesape yang masih di alam pre-clinical, hargailah masa tersebut dengan sebaiknya yer.
weekend kali ni, aku berjaya curi masa untuk balik ke kampung.haha. no more buku akademik kat kampung. jadi untuk isi masa lapang, seperti cuti-cuti sebelum ni, aku cuba habiskan stok novel yang masih suci dalam debu. kali ni novel CONTENGAN JALANAN karya terbaru HLOVATE jadi pilihan.
novel ni unik. kat mane uniknya? kena cari sendiri novel ni kat kedai buku baru tau.haha.. novel ini menceritakan tentang perubahan yang berlaku kepada 3 orang sahabat karib sejak kecil. Fend, Chad dan K2.
hidayah itu bukan milik manusia. hidayah itu ekslusif milik Allah semata-mata. Allah kurniakan hidayah hanya kepada orang-orang yang dikehendakinya. cara Allah kurniakan hidayah mungkin tak sama untuk semua orang. sebagai contoh dalam novel ni, Fend mendapat hidayah dengan menonton 1 short film. hanya 23 minit 44 saat. chad pun mendapat hidayah dengan cara yang sama. tetapi, bila mana K2 menonton filem yang sama, tidak terdetik sedikit pun untuk berubah. apa yang penting, once kita mendapat hidayah (hati terdetik untuk membuat kebaikan), rebutlah peluang tersebut. jangan bertangguh untuk berbuat kebaikan. mungkin itu ialah hidayah terakhir sebelum kita meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya.
aku tak reti nak hurai panjang lebar tentang novel ni. kalau nak tau lagi detail, dapatkan novel ni di kedai buku berhampiran dan baca sendiri. tidak rugi berbelanja dan meluangkan sedikit masa untuk ilmu. :D
Masjid dan surau benar-benar hidup di bulan Ramadhan. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak, semuanya bagai baru mendapat hidayah untuk berkunjung ke rumah Allah. Lebih-lebih lagi ketika solat Isyak dan Tarawih.
Apabila berhimpunnya kanak-kanak di masjid, pasti ada aktiviti lain yang berlaku. Teringat kenangan 15 tahun yang lalu. Tahun pertama aku solat Tarawih di masjid. Usai 8 rakaat, bermulalah aktiviti sampingan sebagai
kanak-kanak. Membuat bising ketika bermain tang nnusuk sekeliling masjid, main kejar-kejar dan lumba panjat dinding
masjid. Akhirnya, basah jjeruk baju Melayu tiap-tiap malam.haha..
Kanak-kanak sekarang juga masih sama. Membuat bising di dalam masjid. Bagi aku, aku tidak kisah semua tu (sebab aku pun macam tu dulu2.haha..). Memang fitrah, jiwa kanak-kanak suka bermain dan berbuat bising. Namun, bagi sesetengah orang, mereka anti kepada kanak-kanak yang membuat bising.
"Base mok pok dok reti nok ajo. Tau doh anok jenis berahi wak bising, wak nape ahu bowok mari sejid. Nyusoh ke orang je"
"Serabut perut weih. Nok mayang pun dok tenang gini gaye. Sakit ati nguh"
Bagi aku, aku menyokong penuh ibu-bapa membawa kanak-kanak ke masjid. Biarpun kebarangkalian untuk kanak-kanak untuk membuat bising amatlah tinggi, namun semua tu boleh diatasi. Peranan ibu bapa amat penting untuk mengatasi masalah ini. Bagi kanak-kanak yang sukar terima nasihat, cara paling senang, dan efektif bawa mereka solat di sebelah kita. Makmum dewasa yang lain boleh juga tolong nasihat kanak-kanak. Pastikan nasihat dengan berhikmah. Jangan sesekali tengking kanak-kanak.
Membawa kanak-kanak ke masjid sejak kecil amat digalakkan. Pepatah melayu ada menyebut, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kanak-kanak ibarat rebung buluh. Mudah dibentuk dan dilentur. Amat sesuai membawa mereka ke masjid untuk melazimkan mereka datang ke masjid. Bila timbul perasaan seronok dan gembira berada dalam masjid, insyaAllah mereka akan istiqomah datang ke masjid untuk berjemaah apabila besar nanti. Jika sudah menjadi buluh (tua bangka), teramat payah untuk membentuk mereka. Bukan mustahil tapi memerlukan mujahadah yang tinggi.
Orang dewasa meraikan kanak-kanak
Kesimpulannya, tiada masalah membawa kanak-kanak ke masjid. Bahkan digalakkan. Banyak kelebihan jika kanak-kanak menjadi kaki masjid sejak kecil. Peranan orang dewasa terutamanya ibu bapa perlu untuk mendidik agar mereka lebih beretika di dalam masjid. Semoga mereka terus istiqomah untuk ke masjid dan berjuang di jalan Allah.
Qasidah! Qasidah ialah himpunan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Rasulullah SAW. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai salah satu cara untuk meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya dan para Sahabat Nabi. Qasidah biasanya dialunkan di dalam majlis maulid dan diselangselikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
"Qasidah berasal daripada kata 'qasidah', ertinya lagu atau nyanyian. Untuk pertama kalinya qasidah ditampilkan oleh kaum Ansar. Pada saat itu beberapa kaum Ansar menyambut kedatangan Nabi Muhammad dan mendendangkan lagu-lagu pujian diiringi dengan lantunan pukulan rebana. Lagu-lagu pujian saat itu diwarisi hinggar hari ini sebagai lagu klasik."
[Qasidah Untuk Kekasih, muka surat 135]
Pertama kali aku mendengar perkataan 'qasidah' dan qasidah itu sendiri ialah ketika 2nd Year di PJ. Ketika itu, ketiga-tiga rumetku ialah 'hantu' qasidah. Sehari tanpa qasidah kedengaran daripada corong speaker Sonic Gear Evo 7 teramatlah mustahil. Seawal Subuh, qasidah yang dijadikan alarm sudah kedengaran di bilik 224 Mahallah UKC1. Sekian lama, aku yang tidak pernah tau apa itu qasidah mula turut menyukai qasidah. Bak kata pepatah 'alah bisa, tegal biasa'.
Novel Qasidah Untuk Kekasih
Novel ini ialah novel kedua bekas pelajar CFS PJ, Munirah Abd Rasyid. Kurasakan novel ini amat dekat dengan diriku. Kisah yang digambarkan berlaku di CFS PJ. Watak-watak yang digambarkan dalam novel ini kurasakan betul-betul pernah wujud di sekeliling aku ketika belajar di CFS. Program-program di dalam novel juga ialah program yang pernah diadakan di CFS ketika 2008/2009 seperti kelas talaqqi kitab, demonstrasi dan Miftahul Asywaq. Sesiapa yang pernah belajar di CFS,PJ 2007/2009 pasti dapat mengimbau kembali kenangan belajar di bumi CFS,PJ. Kenangan terindah!
Hidup manusia tidak boleh dipisahkan dengan cinta penciptaNya, Zainul Muttaqin mahu membalas cinta tulus itu. Untaian Qasidah basah di bibirnya, didendangkan saban detik dan waktu tanpa jemu. Idea Majlis Miftahul Asywaq mengapung di sana. Bersama sahabat baiknya, Amir Hamzah, mereka menelusuri jalan juang yang tidak mudah. Fitnah, sehingga konflik yang menimpa Habib Hasan dan Saif mengheret mereka untuk merungkai satu persatu masalah sehingga akhirnya, Majlis Miftahul Asywaq terlaksana walau tanpa Zainul Muttaqin hadir bersama.
Cuti hampir 4 bulan! Cuti panjang yang sememangnya panjang boleh membunuh sesiapa yang life-cyclenya selama 4 bulan hanyalah makan, tidur, tengok TV, main computer games dan berFacebooking. MATI KEBOSANAN!
Untuk mengelakkan mati kebosanan, gunakan cuti dengan aktiviti berfaedah. Kesempatan cuti panjang boleh digunakan untuk menjadi part-timer. RM 700 x 3 = RM2100. Fuh! Memang kaya. Sesiapa yang dahagakan ilmu agama yang tidak ditawarkan di mana-mana pusat pengajian tinggi, cuti sebegini patut digunakan untuk bertalaqqi kitab-kitab kuning di pondok-pondok bersama mashaikh.
"Dua nikmat agung yang diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah nikmat KESIHATAN dan MASA LAPANG."
[Hadith riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah]
Nasihat Dr Norsidah & Dr Naznin ketika Majlis Restu Ilmu 2 bulan lepas.
Attitude dan disiplin amat penting untuk survive ketika clinical years. Semua itu tak boleh dibentuk dalam masa 2,3 hari. Sekurang-kurangnya 2,3 bulan diperlukan. So, gunakanlah cuti panjang nanti untuk develop diri agar jadi lebih berattitude dan berdisiplin. Lupakan segala bad attitude during pre-clinical. Yang penting, ketika clinical, kamu mennjadi student yang berattitude dan berdisiplin.
Ketika Program Mahabbah 13th Legacy, salah seorang sahabat turut menasihatkan supaya meletakkan target apa perubahan yang kita nak capai at the end of the holidays. Letakkan target yang simple tapi bermakna. Contohnya, sebelum cuti, tidur lepas Subuh seolah-olah menjadi rutin harian. Apakata, sepanjang cuti ni, tukar aktiviti tidur dengan berjogging, memasak ataupun menonton rancangan Tanyalah Ustaz! InsyaAllah tidur lepas Subuh akan tiada dalam kamus hidup kita lagi buat selama-lamanya. :D
Aku teringat nasihat seorang senior ketika lawatan ke Rumah Ehsan. Beliau mencadangkan cuti sebelum masuk clinical years digunakan sebaik-baiknya untuk belajar agama terutamanya berkenaan iukhsah ibadah untuk pesakit dan fiqh perubatan. Peluang untuk berdakwah kepada pesakit teramat luas. Rata-rata pesakit merasakan diri mereka tidak perlu melakukan ibadah terutamanya solat apabila warded. So, tugas kita untuk membetulkan kesalahfahaman ni.
Ada juga sebahagian pesakit yang ingin beribadah tapi tidak tahu cara sebenarnya. Sebagai contoh, jika tangan berbalut, bagaimana nak berwudhuk? Perlu bertayamum ke? Mampukah kita menjawab persoalan tersebut? Kalau tidak mampu maka terlepas satu peluang untuk kita berdakwah. Alangkah ruginya! Tidak dapat tidak, kita wajib persiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya sebelum menempuhi alam clinical.
Selama 17 tahun aku bergelar pelajar, inilah kali pertama aku mendapat peluang cuti melebihi 2 bulan. Perancangan utama cuti ni untuk mengkhatamkan berbelas-belas buku yang tidak sempat dibaca ketika berada di Kuantan. Follow kuliyyah Ustaz Azhar Idrus dan jalan-jalan jelajah Malaysia turut berada dalam perancangan. InsyaAllah.
"Aku tidak pernah menyesal melebihi penyesalanku pada hari matahari tenggelam adanya dan umurku berkurang dengannya, sementara amal kebaikanku tidak bertambah padanya"
- Ibn Mas'ud.
Alhamdulillah. 22 tahun. Kesempatan dan peluang yang panjang yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
Kepada yang mengucapkan selamat dan mendoakanku, jutaan terima kasih kuucapkan. Kudoakan semoga segala doa kalian turut kembali kepada kalian. Ameen ya Rabb!
Pencarianku petang tadi di sekitar bandar Kuantan tidak berhasil. Hasrat di hati mendapatkan Novel Sinergi karya Hilal Asyraf sempena ulang tahun kelahiran kali ni. Setelah sekian lama, masih belum kujumpa. Untuk kali ni, Novel Terasing karya pengarang yang sama dan Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin karya TG Haji Abdul Hadi Awang menjadi pengubat kecewa.
Kiri dan kanan nota bertimbun-timbun. Depan dan belakang nota berselerakan. Masih banyak nota yang menunggu giliran untuk dibaca. Masa semakin suntuk. Namun, alah tidak sekali. Akan kucuba juga khatamkan semuanya. Selagi termampu!
Alhamdulillah. Akhirnya, biasiswa JPA dinanti-nantikan tanpa segan silu telah memenuhi akaun Bank Islam pelajar-pelajar UIAM (untuk kos kritikal sahaja) pada pagi 31 Disember 2010. Semua berasa syukur dan lega kerana secara rasminya penderitaan sementara mereka telah berakhir.
Imbas kembali
Year 2 Block 3 telah sebulan berlalu. Sedar tak sedar, minitest akan kami tempuhi.Isnin ni (3 Januari 2011). Di kalangan pelajar, semua tertanya-tanya bila JPA akan masuk. Pantang ada rumour JPA dah masuk, pasti ada yang tercegat di ATM. Terdesak!
Bagi yang masih ada baki dari scholar lepas, masih boleh tersenyum riang. Mampu berbelanja seperti biasa. Bagi akaun yang dah zero, memang merana. Terpaksa mengikat perut. Tidak kurang juga yang terpaksa mengharapkan belas ehsan mak ayah di kampung. Menyesal!
----------------
Kepada sahabat-sahabat, jadikan persitiwa baru-baru ni sebagai pengajaran. Beringat-ingat la yer. Jangan biarkan pisang berbuah 2,3 atau 4 kali.
Kali ni aku nak share beberapa tips untuk mengelakkan kita semua merana di hujung semester.
Hari pertama dapat scholar, cepat-cepat pergi ke ATM. Withdraw at least RM 1000 - 1500. dan letakkan dalam bank lain. Pastikan letak dalam bank yang kita tiada kad ATM. Duit ini boleh digunakan apabila terdesak di hujung semester.
Bagi mereka yang tiada bank lain, boleh lah minta bantuan kepada sahabat (yang benar-benar dipercayai sahaja). Withdraw duit and then minta sahabat tersebut tolong simpankan di dalam banknya.
Sediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan jika anda seorang yang suka berbelanja. Pastikan anda membuat catatan pada penyata sekali sehari bukannya sekali seminggu.
Hadkan perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kenderaan, RM400 bukan sahaja mencukupi bahkan lebih.
Jangan sesekali berhutang semata-mata untuk memenuhi kehendak.
Aku telah cuba sebahagian daripada cara-cara di atas. So far, so good. Terbukti membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya tidak kebulur meskipun scholar lambat masuk. =D
Ape kes? Malaysia main bola ke main gusti? Jahat sangat ke player Malaysia main? Begitulah reaksi aku bila diberitau Malaysia dapat 3 kad merah dalam match lawan China. Tapi aku tetap tidak percaya player Malaysia sejahat tu. Actually, aku tak sempat tengok live match tu sebab otw balik ke Kuantan selepas join Kontijen Medic IIUM yang bertanding di InterVasiti Games UKM, Bangi.
Sampai je kat bilik, terus aku cari video kat internet. Dan jumpe la 2 video ni. Credit to sokernet.
Terkejut. Selama aku hidup 21 tahun, tak pernah aku tengok ref seteruk ni. Ref yang terlalu pemurah di bulan Zulhijjah sehinggakan sanggup bagi 3 kad merah dan 5 kad kuning kepada player Malaysia tapi takde kad langsung untuk player China. Kad dalam match tu eksklusif untuk player Malaysia sahaja. Almaklumla China sebagai tuan rumah Asian Games kali ni. Salah satu cara diorang meraikan tetamu ialah dengan menyuruh ref meng"hadiah"kan sebanyak-banyaknye kad kepada player kita.
Aku tak faham, kenapa ref seteruk ni boleh mengadili match antarabangsa. Pantang sentuh sikit terus bagi kad sama ada kuning/merah. Kalau taknak bagi sentuh, baikla suruh diorang main congkak atau chess. Confirm takkan ade body contact!
Biarpun ref berat sebelah. Tapi Malaysia bernasib baik untuk tetap layak ke 2nd round. Skuad negara menjadi salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik daripada enam kumpulan.
Kepada peminat setia skuad negara, jangan lupa temu janji kita di depan kaca tv masing-masing kul 4 petang esok.
Malaysia vs Iran
Skuad Malaysia bukan lagi tempang sebaliknya sudah kudung kakinya dalam match esok. Bertemu dengan Iran yang menang kesemua 3 perlawanan awal, agak mustahil rasanya skuad negara untuk mencipta kejutan. Dengan pilihan player yang terhad setelah 3 orang kad merah dan 2 orang cedera, tidak banyak yang dapat K. Rajagobal dapat lakukan untuk mengatur strategi. Tapi aku tetap harapkan skuad Malaysia sekurang-kurangnya dapat tunjukkan semangat melawan dalam match esok meskipun dibarisi hampir seluruhannya player muda. Ape pun, gud luck Malaysia. Malaysia Boleh!
Penantian 89 tahun akhirnya berakhir dengan penuh kesyukuran. Seluruh warga bandaraya Islam Kota Bharu bergembira meraikan kejayaan penuh makna ini. Merangkul piala yang paling berprestij di Malaysia telah lama dinanti-nantikan oleh skuad The Red Warrior. Kelantan ialah pasukan yang ke 14 berjaya mencatatkan nama pada piala tersebut.
Tahniah The Red Warriors!!!
Meskipun bukan Terengganu yang menjuarai Piala Malaysia edisi tahun ni, namun aku turut tumpang gembira dengan kejayaan TRW. Setelah 2 pasukan Terengganu kecundang, sokongan aku terarah kepada pasukan jiran. Beginilah susunan prioriti pasukan yang aku sokong saban tahun.
Terengganu > T-Team > Kelantan > Kedah
P/s: Memori 2001 tetap subur di ingatan. Tahun depan, genap 10 tahun kenangan itu berlalu. Harapannya tahun depan memberi sinar baru kepada skuad Turtle Nelang untuk bangkit dan membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Darul Iman ini buat kali ke 2.
Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Su'aidi... Allah selamatkan kamu!
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Syukur kepada Allah SWT kerana masih mengizinkan aku bernafas di dunia yang sementara ini. Daripada 19 membawa kepada 20. Dan sekarang sudah 21 tahun. Pejam, celik, pejam, celik, 1 tahun dah berlalu. Sungguh sekejap masa berlalu. Umurku di dunia bertambah 1 tahun menandakan semakin hampir diriku untuk kembali kepada Allah untuk selama-lamanya. Adakah aku dah bersedia menghadapi saat-saat sedemikian? Bertaubat dan insaflah wahai Su'aidi. Selagi mana nyawa belum berada di halkum. selagi mana matahari belum terbit dari Barat, nescaya pintu taubat masih terbuka luas bagi hamba-hamba Allah yang ingin bertaubat.
Meskipun diri ini masih penuh dengan dosa, berulang kali melakukan maksiat, tapi Allah tetap ar-Rahman ar-Rahim. Tetap Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Sungguh banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya. Andai mahu dihitung nikmat Allah, nescaya tidak mampu dihitung. Kalimah syukur Alhamdulillah patut sentiasa dilafazkan. Alhamdulillah.
Sehari sebelum Result block 2 diumumkan. Alhamdulillah. Aku lulus meskipun hanya bobo lulus je.
Hari kejadian
Program Mabuk Dalam Kecintaan Rasululllah Ceramah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Tengku Fouzy Tg Mahid Jumat. Sudah lama aku tidak mendengar mutiara-mutiara kata yang keluar dari mulut ustaz. Gaya penyampaian tentang Rasulullah yang menarik sungguh menyentuh hati. Tak disangka-sangka Tokku Haji Ibrahim Muhammad turut hadir dalam program ni. Alhamdulillah.
Majlis sambutan hari lahir Sambutan kali ini memang tidak dijangkakan. Hampir semua brothers 13th Legacy ada dalam majlis ni. Secara jujurnya, aku amat terharu dengan sambutan ni. Terima kasih sahabat.
Seminggu kemudian Hadiah paling bermakna untuk tahun 2010. Tiada yang istimewa bagi orang lain, tapi bagiku teramat bermakna. Akhir sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat, kawan, rakan dan taulan yang wish birthday dan mendoakanku melalui Facebook, mesej dan sebagainya. Kuharapkan semoga segala doa kalian dimakbulkan Allah. Amin.
Raihan - Damba CintaMu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu Kusering melanggar laranganMu Dalam sedar ataupun tidak Kusering meninggalkan suruhanMu Walau sedar aku milikMu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar Pagiku ingat petang kualpa Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlah Diri ini Yang mendamba cintaMu Aku lemah Aku jahil Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering depanMu Sering jua kumemungkiri Ku pernah menangis keranaMu Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kembali Kepada fitrah sebenar pagi ku ingat petang ku alpa Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini Yang mendamba cintaMu Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dariMu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun Kepada hamba-hambamu Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu Tapi tidak pula aku sanggup kenerakaMu
Kutakut kepadaMu Kuharap jua padaMu Mogaku kan selamat dunia akhirat Seperti rasul dan sahabat
~Sekadar Contengan~
P/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan rakaman ceramah Mabuk Dalam Kecintaan Rasulullah, bolehlah inform ye. Stk.
Cuti-cuti jugak tapi buku jangan lupa. Dalam tempoh cuti seminggu, aku sempat khatamkan 2 buah buku. Buku pertama yang aku khatamkan ialah 9 Nyawa karya Ramlee Awang Murshid. 9 Nyawa. 1 tajuk yang menarik. Rupa-rupanya 9 nyawa merujuk kepada mitos yang mengatakan kucing mempunyai 9 nyawa.
Sekadar perkongsian pengajaran yang terdapat dalam 9 Nyawa. [Gaya jawab soalan pengajaran masa SPM dulu]
Bersangka baik dan bersyukur terhadap segala pemberian ALLAH. Hakim seoramg yang buta mata tapi amat celik mata hati. Keikhlasan dan kejujuran menyebabkan dia dianugerahi dengan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Hakim dikurniakan deria yang 'keenam'. Dia mampu mendengar suara orang yang berada diantara alam hidup dan mati.
Manusia patut bersangka baik terutamanya kepada ALLAH meskipun mendapat musibah. Di sebalik kejadian pasti ada terselit hikmahnya.
Masyarakat yang terlalu percaya dengan persoalan tahyul.Azizah amat yakin dan pasti bahawa kucing mempunyai 9 nyawa dan mampu memindahkan nyawa tersebut kepada anaknya, Intan Suryani.
Masyarakat di negara kita terutamanya kanak-kanak menjadi mangsa. Mereka terus menerus disogok dengan cerita dan filem yang berkonsepkan tahyul. Tidak cukup filem tahyul dihasilkan oleh produser tempatan, filem tahyul dari luar negara turut diimport masuk. Kesannya, masyarakat lebih takut untuk terhadap hantu jembalang berbanding takutkan ALLAH.
Kongkongan berlebihan ibu bapa terhadap kebebasan anak-anak.Azizah mengawal segala pergerakan anaknya sehingga menyebabkan anaknya fed up dan memberontak. Parenting skill ini dinamakan sebagai authoritarian dalam psikologi.
In psychology, there are 4 types of parenting which are authoritarian, permissive, indifferent and reciprocal. The best way to manage nowadays children is reciprocal. In this type, parents and children can discuss together in order to make a decision satisfying both party.
Akibat berhutang. Roh usahawan berjaya, Datuk Jaafar tergantung di antara bumi dan langit kerana tersangkut dengan hutang yang sangat besar dengan rakan niaganya.
Sabda Rasulullah SAW, "Jiwa orang Mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya."
Amalan berhutang juga memberi kesan jangka panjang hingga ke akhirat. Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi ALLAH ketika seorang hamba itu berjumpa dengan ALLAH nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan ALLAH di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
Kasih sayang mampu merubah fi'il perangai seseorang. (Only behavior can be change not personality). Hakim mengasihi adiknya, Shauqi sepenuh hati setelah ibu bapanya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Shauqi yang pada mulanya terlibat dengan kongsi gelap dan menjalankan kerja haram bertaubat setelah melihat dan merasai keikhlasan kasih sayang Hakim.
Menganggotai kegiatan kongsi gelap. Shauqi dan rakannya menyertai geng kongsi gelap kerana terpesona dengan gaji yang lumayan hasil kerja haram itu. Mereka hidup dalam ketakutan setelah diburu oleh kumpulan kongsi gelap yang lain.
Jangan sesekali menyertai geng kongsi gelap. Sekali menjadi anggota, tidak boleh ditarik balik. Hanya dua kesudahan muktamad menanti ahli kongsi gelap. Diburu seumur hidup ataupun MATI!
Galakan menderma organ. Hakim sanggup mendermakan jantung adik kesayangannya, Shauqi kepada Intan Suryani.
Pada 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan empat syarat yang mesti diambil kira dalam menfatwakan hukum menderma organ sebagai HARUS:
* Pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang yangg mengalami kegagalan organ.
* Penderma organ mesti disahkan telah mati.
* Mendapat kebenaran dari keluarga penderma.
* Tidak melibatkan urusan jual beli. Dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan tetapi mesti dianggap sebagai derma.
Ulama kontemporari termasuk Dr. Yusuf Qaradawi sepakat menderma organ atau sel stem adalah HARUS dengan syarat-syarat berikut:
* Tidak ada unsur perdagangan.
* Terbukti ia boleh memanfaatkan atau meningkatkan kualiti hidup.
* Tidak mendatangkan mudarat kepada penderma.
* Dilakukan untuk kepentingan umum.
* Dilakukan dengan kebenaran penderma.
* Dilakukan dengan ikhlas tidak ada unsur paksaaan.
[Awas! Entry dalam loghat Terengganu yang tidak cukup pekat]
Cuti pendek ni memang puah ati. 3 kali boleh tengok tim bola Ganu maing kat stediung. Lame doh ngidang nok tengok benor. Kadang tak dop peluang. Tim Ganu maing kat Stediung Sultang Ismail Nasiruddin Shah. Stediung hok rutuh kat Gong Badok dok siap lagi bekki ekpun. Kali ni aku nok tera kabo siket nape hok aku sebagai nyokong kat stediung napok tim Ganu maing dalam 3 perlawanan ni.
Nyokong malang ni dop rama mane pun. Bih kurang separuh stediMatch malang ni memang sedak. Ganu leh 4 butir gol. Sume gol wak dalam 2nd half. 1st half, tak dop nape boleh kabo. Teruk do'oh lalu maing. Kalu budok kkoloh tengok, memang suke guling bating r. Tapi 2nd half memang sedak. Lepas Kalang gati Rajan baru laju mainang. Gol mule-mule gol bese je. Pidot skor. Gol kedua supe EPL doh rase. Jero passing dari tengoh ke Saha. Saha dada bola tu pahtu terus skor. Memang smak. Gol ke-3 kalang lop skor. Manaf skor jugok gol ngelah. Saha passing bola ke ye pahtu kecek keeper seround. Gol mudoh je la.
MOM: Joseph Kalang Tie
Clash of the Turtle. Ni rr 1st time Ganu maing away kat tepat dirih. Penyu abang lawang penyu adik. Baru suku jam maing, kalang injured doh. Memang rabok rr pahtu. Rajan gati kalang tapi dop leh wak nape pun. Jeng kok ir ekpun. Kali ni sek ganu dop gerok lasung. Padang ttahang je reti. Saha plok pa cerroh dop lepah nok kecek. Baru 2,3 step kene sekat doh. Payoh2.T-team conquer match. Tengoh Mail megang kkali. Bola duk kaki ye je. Same2 hebat je team ganu ni. Sutir gol Manaf skor. Gol T-team Haris Safwan skor.
MOM: Ismail Faruqi Ash'ari
Dalam banyok2 match, hok ni la aku tunggu kkali. Musuh tradisi ekpun. Ganu dop rajing kaloh pung lagi kat tepat dirih bile lawan Selangor. Lah kkali Ganu kaloh depang nyokong dirih, 8 tahung lepah. Tengok rekod gitu pung ketor lutut doh sek2 Selangor.haha.. Mainang malang ni dop rase bosang lasung. 90 minit kejak je rase. Main laju ekpun. Gane2 pun, player Ganu hok maing Malaysia memang jadi rr. Binee memang saboh rr jadi kiper Malaysia. Banyok Binee save bola. Se same se pun ye boleh save gok. Kalu menten gini sokmo, dop lame boleh jadi kiper nombor 1 Malaysia rr gamoknye. Manaf pun jjadi molek malang ni. Sume 4 gol Manaf llibat. 1st goal, Manaf skor. Gol kedua Saha skor penalti bile kiper Selangor peteh Manaf. Kalang skor gol ketiga lepah Manaf passing ke ye. Gol ngelah Saha skor penalti bile bola kene tangan bek Selangor. Riuh gamat stediung malang tu. Rama gok dop caye boleh katok Selangor banyok gitu seme. Sebek nyokong Selangor kat grendstend malang tu. Dop khetek lasung.haha... MOM: Manaf Mamat
Skuad Peteh siseng 2010/2011 boleh gi jauh peseng ngang. Ngan kiper Malaysia, Binee ade. Susoh doh nok bocor doh gol. Bek lop Juki, supe kete kebal doh. Degung saje bola. Ronny pun kebal gok poseng. Bek kiri kanan, Mat Ming n Helmi wak overlap sokmo. Boleh rr tolong sek2 nyerang. Tengoh sedak gok. Ada Saha hok berahi getel bola, Zairul pakar bola mati. Kalang boleh doh jadi "Messi Ganu". Kaki supe lipah kudung. Loh pun koho serasi doh ngan sek Ganu. Nyerang, Manaf bbunuh rr kaki. Asal ade peluang mesti gol. Pidot plok banyok jugok rr skil. Boleh rr nok kecek bek lawang.
P/s: Payoh weh nok nulih dalam loghat Ganu. Kalu cakap senang semessek la pulok.
Helaian akhbar Harian Metro yang baharu dibeli dibelek-belek. Membaca dan mencari tajuk yang menarik perhatian untuk beritanya dibaca. Akhirnya mataku terhenti di sisipan RAP. Kuperhatikan banyak filem baharu yang akan dan sedang ditayangkan di seluruh pawagam di tanah air. Semuanya berlumba-lumba untuk mencatatkan rekod box office. Antara cerita yang menarik pehatianku ialah Sherlock Holmes dan Avatar. Kupasti berbondong-bondonglah umat manusia menuju ke pawagam (PAnggung WAyang GAMbar) selepas ni untuk menonton filem yang dirasakan menarik.
Meskipun begitu, pemandangan tersebut amat mustahil diperhatikan di Terengganu. Tidak wujud walau satu pun pawagam di negeri kelahiranku ini. Kalau dulu memang pernah ada 2 pawagam di Terengganu. Cathay (dekat stesen bas MBKT) dan Panggung Rex (sebelah pasaraya Hock Kee Seng). Namun, kedua-duanya dah berada dalam lipatan sejarah dan sekarang menjadi kedai menjual pakaian.
Pawagam dan aku
Oleh sebab sejak kecil tidak pernah diajar menonton di pawagam, maka akukurang berminat ke pawagam. Itulah salah satu faktor mengapa aku sering menolak ajakan rakan-rakan ke pawagam. Cukuplah sekali pengalamanku ke pawagam usai dari interview di UTP 3 tahun lalu. Bagiku, jika sekadar menonton filem, ada alternatif lain iaitu beli CD/DVD ataupun download je di internet. Lagipun, bagiku tempat itu syubhah. Percampuran antara lelaki dan perempuan berlaku sewenang-wenangnya. Ditambah pula keadaaan di dalam pawagam yang gelap menyebabkan syaitan dan jin suka berada di tempat sedemikian rupa sehinggakan maksiat teramat mudah berlaku.
Sound system di pawagam kurasakan terlalu perfect. Sesetengah orang ke pawagam kerana lebih feel menonton wayang dengan bunyi sedemikian. Namun, bagiku sebaliknya. Suasana yang terlampau bising tidak sesuai dengan jiwaku. Tidak tenang. Serabut!
Akhir sekali, tidak terbayang olehku, andai nyawaku ditarik balik oleh Allah di tempat sedemikian. Naudzubillahi min zaalik.
Haramkah menonton wayang di pawagam?
Berkaitan dengan hukum, no comment! Aku tidak layak langsung bercakap tentang hukum kerana aku sedar bahawa aku bukanlah ahlinya. Sekadar memetik hukum yang difatwakan oleh ulama' kontemporari, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به. وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap. ——–
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Sebulan berlalu. Tanpa sebarang entry. Teruk! Tidak istiqomah. Teruk! Tiada internet. Alasan! Busy sangat study. Tak cukup masa. Alasan! Kesimpulannya as easy as ABC = MALAS!
2 bulan tanpa 1 pun entry baru. Seolah-olah blog digantung tidak bertali.
InsyaAllah akan kucuba istiqomah pada masa mendatang. Polisi baru blog = at least a entry per month!
Alhamdulillah. End Block Exam for 2nd block dah berlalu. Bagi aku persedian yang aku buat kali ni lebih baik dari block lepas meskipun bukanlah yang terbaik. Aku berjaya memanfaatkan kira-kira 75% study period yang diberikan selama 9 hari. Kesudahannya hanya ALLAH yang tahu. Tugas aku sekarang hanyalah berdoa, berdoa dan terus berdoa. Tawakkal ilALLAH.
Berbalik kepada tajuk entry kali ni. Mengikut perkiraanku, sepanjang percutianku yang pendek ini, 3 matches skuad Peteh akan sempat kusaksikan secara live di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS).
16 Jan 2010 -> Penang 19 Jan 2101 -> T-Team 23 Jan 2010 -> Selangor
PETEH TERENGGANU PETEH Peteh peteh Peteh teganu peteh Peteh peteh Peteh teganu peteh Hitam Putih bulan dan bintang Itu lambang teganu kite Berjuang bersungguh-sungguh Jangan biar penyokong hampa Golgol., gol (7x) Mainlah biar molek Jangan banyak sangat gelek Kite mainlah berpasukan Janganlah nak main sorang Golgol., gol (7x) Jangan main sambil lewa Kite juga yang kecewa Jangan main suka-suka Kalu nak jadi juara Pakat mari ramai-ramai Adik kakak kite belake Ajak saing rodong kite Pakat sokong teganu kite Pakat mari ramai-ramai Adik kakak kite belake Pakat sokong teganu kite Hoh..masuk,hoh lah.. Sudoh keje lah.. Guane tuh,masuk lah.. Hoh..gol..lailahaillalah.. Lemoh sokmo main bola Masuklah,jangan beri orang lain masuk Sogok hoh..wi lah..hah.. Jangan main sambil lewa Kite juga yang kecewa Jangan main suka-suka Kalu nak jadi juara Pakat mari ramai-ramai Adik kakak kite belake Ajak saing-saing kite Pakat sokong teganu kite (2x) Pakat sokong teganu kite (3x) Yeah Penyanyi : Pok de
Hujung minggu baru-baru ni, aku berjaya laksanakan 4 misi yang bermatlamatkan satu perkara yang samaiaitu UKHUWWAH dalam tempoh 24 jam. Seolah-olah sambil menyelam minum air, menangkap ikan dan makan ikan tersebut.Fuh.
Misi pertama Singgah sebentar di CFS, PJ. Sempat jumpa beberapa orang junior. Sedih dan terkilan pabila mendengar cerita daripada Pak Cik Pian perihal student CFS sekarang ni. Semakin jauh dari landasan Islam sebenar. Berubahlah wahai adik-adik.
Misi kedua Bilik 4.5 Mahallah Farouq di UIA Gombak menjadi bilik tumpangan kami. Sambutan dan layanan yang diberikan oleh warga Gombak memang superb. Pukul 2 pagi menggoreng nasi untuk tetamu. Terharu dibuatnya.
Misi ketiga (Misi utama) Pagi-pagi lagi, kami dah bertolak ke Shah Alam dan tiba 30 minit lebih awal daripada pengantin. Kira-kira pukul 11.40 pagi, teman sebilikku telah sah menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah! Tahniah!
Selamat Pengantin Baru Aizat Azam & Syaheeda Azhar
Misi keempat Dalam melaksanakan 3 misi utama, secara tidak langsung terlaksana misi keempat. Ukhuwwah antara 7 ahli kembara bertambah baik. Aku pernah terdengar dan terbaca statement, cara yang paling efektif untuk mewujudkan ukhuwwah adalah musafir bersama. Dan sekarang cara tersebut memang terbukti berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada junior di CFS kerana sudi meluangkan masa bersembang denganku. Kepada sahabat-sahabat di Gombak, terima kasih kerana sudi membenarkan kami bermalam. Terima kasih juga diucapkan kepada pemilik TAV 8411 kerana membenarkan kami menggunakan kereta untuk ke Shah Alam. Ampun turut dipinta kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat kutemui, kujumpa.
Moral of the story Amatlah perlu untuk meraikan hari penting dalam hidup sahabat. Sebagai contoh ulang tahun kelahiran dan walimah. Dengan asbab sedemikian, ukhuwwah yang dibina dengan sahabat bertambah mekar dan kuat. Ini bukan teori atau fantasi semata tapi realiti kerana aku sendiri mengalaminya.
Ketika di CFS, budaya menyambut birthday di kalangan sahabat sangat ditekankan sehingga sampai satu tahap tertubuhnya 1 team khas untuk menguruskan hal ehwal sambutan birthday. Hasilnya aku dapat rasakan hubunganku dengan sahabat yang terlibat semakin rapat, makin akrab. Tidak percaya? Cuba sendiri. Nescaya anda akan dapat merasai natijahnya.
Kehilangan 1 Akibat berkelajuan tinggi ketika cuaca tidak mengizinkan.
Kehilangan 2 Al-Fatihah untuk tokki sebelah ayahku,Awang b Abdullah (72 tahun) yang kembali ke rahmatullah tengah hari Selasa, 27 Oktober 2009. Semoga rohnya di sana ditempatkan bersama para solehin. Ameen.
Baru-baru ini sekeping offline mesej dihantar kepada sahabat-sahabat dalam list YM dan mesej yang sama turut tercatat pada status Facebook.
Pelbagai respon aku terima berkaitan mesej tersebut. Dan pelbagai andaian dibuat.
1)Ada yang amat yakin dan pasti aku akan bertukar ke universiti ketiga dalam dalam sejarah hidupku.
2)Tidak kurang juga yang bertanya sama ada tempoh hayat aku sudah tidak panjang. Seolah-olah mempunyai penyakit yang saat kematiannya bakal muncul bila-bila sahaja.
Mengelakkan lebih banyak pelbagai andaian yang bukan-bukan dibuat, entri ini terhasil. Sekadar membetulkan segala silap faham yang berlaku.
1) Amatlah mustahil aku akan keluar dari Garden Knowledge and Virtue ni. Masakan ada universiti yang sanggup menerima pelajar yang tiada kelulusan yang hebat seperti aku ni. Dan teramat-amatlah mustahil untuk aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekurang-kurangnya, dalam tempoh 5 tahun ini!
2) Andaian kedua hampir tepat. Namun aku tidaklah berpenyakit sedemikian rupa. Cuma, aku sedikit sebanyak terfikir akan kematian. Terkesan bila mana beberapa orang yang berada di sekekelilingku berturutan menyambut seruan Ilahi dalam masa yang amat singkat. Dimulai dengan to'ki saudaraku, kemudian Nabil Marwan, diikuti dengan abang dan ayah sahabatku. Begitu ramai. Sehinggakan kurasa masaku pun tiba.
"Sesungguhnya orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati MATI"
Dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar, semakin lama kusedari semakin susah untuk ilmu lekat dalam dadaku. Kupercaya inilah bahana kesilapan, dosa dan maksiat yang saban hari telah aku lakukan. Tiap dosa yang dilakukan menimbulkan titik hitam pada hatiku, menyebabkan hatiku kian gelap.
Imam Malik berkata kepada Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana terpegun melihat kepandaian dan kecerdikan berliau:
"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya(ilmu), maka jangan kamu padamkan cahaya itu dengan maksiat."
Justeru itu, salam kemaafan tersebut dihulur. Dengan harapan kemaafan akan dapat mengurangkan dzulumat yang ada dalam diri ini. Agar diriku yang kosong ini dapat mudah diisi dengan ilmu yang bermanfaat.
Akhir sekali, aku pohon maaf jika mesej tersebut mengganggu hidup sahabat-sahabat sekalian. Apa yang aku harapkan hanyalah kemaafan dan doa dari sahabat-sahabat sekalian. Syukran.
Wassalam. P/s: Terharu pabila menerima panggilan telefon daripada sahabat nung jauh di Mesir. Semoga ukhuwwah terus kekal abadi hingga ke syurga. InsyaAllah.