Salah Faham

Baru-baru ini sekeping offline mesej dihantar kepada sahabat-sahabat dalam list YM dan mesej yang sama turut tercatat pada status Facebook.

Pelbagai respon aku terima berkaitan mesej tersebut. Dan pelbagai andaian dibuat.

1)Ada yang amat yakin dan pasti aku akan bertukar ke universiti ketiga dalam dalam sejarah hidupku.

2)Tidak kurang juga yang bertanya sama ada tempoh hayat aku sudah tidak panjang. Seolah-olah mempunyai penyakit yang saat kematiannya bakal muncul bila-bila sahaja.

Mengelakkan lebih banyak pelbagai andaian yang bukan-bukan dibuat, entri ini terhasil. Sekadar membetulkan segala silap faham yang berlaku.

1) Amatlah mustahil aku akan keluar dari Garden Knowledge and Virtue ni. Masakan ada universiti yang sanggup menerima pelajar yang tiada kelulusan yang hebat seperti aku ni. Dan teramat-amatlah mustahil untuk aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekurang-kurangnya, dalam tempoh 5 tahun ini!

2) Andaian kedua hampir tepat. Namun aku tidaklah berpenyakit sedemikian rupa. Cuma, aku sedikit sebanyak terfikir akan kematian. Terkesan bila mana beberapa orang yang berada di sekekelilingku berturutan menyambut seruan Ilahi dalam masa yang amat singkat. Dimulai dengan to'ki saudaraku, kemudian Nabil Marwan, diikuti dengan abang dan ayah sahabatku. Begitu ramai. Sehinggakan kurasa masaku pun tiba.

"Sesungguhnya orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati MATI"

Dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar, semakin lama kusedari semakin susah untuk ilmu lekat dalam dadaku. Kupercaya inilah bahana kesilapan, dosa dan maksiat yang saban hari telah aku lakukan. Tiap dosa yang dilakukan menimbulkan titik hitam pada hatiku, menyebabkan hatiku kian gelap.


Imam Malik berkata kepada Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana terpegun melihat kepandaian dan kecerdikan berliau:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya(ilmu), maka jangan kamu padamkan cahaya itu dengan maksiat."

Justeru itu, salam kemaafan tersebut dihulur. Dengan harapan kemaafan akan dapat mengurangkan dzulumat yang ada dalam diri ini. Agar diriku yang kosong ini dapat mudah diisi dengan ilmu yang bermanfaat.

Akhir sekali, aku pohon maaf jika mesej tersebut mengganggu hidup sahabat-sahabat sekalian. Apa yang aku harapkan hanyalah kemaafan dan doa dari sahabat-sahabat sekalian. Syukran.

Wassalam.
P/s: Terharu pabila menerima panggilan telefon daripada sahabat nung jauh di Mesir. Semoga ukhuwwah terus kekal abadi hingga ke syurga. InsyaAllah.


~Sekadar Contengan~