Anak muda ialah satu elemen penting bagi sesebuah negara. Perhatikan anak muda pada hari ni nescaya dapat diramalkan apa yang akan berlaku kepada sesebuah negara 10 tahun mendatang. Jika anak muda pada hari ni dicandukan dengan hiburan yang melampau, 10 tahun lagi negara itu akan menjadi hab hiburan serantau. Jika pengisian Islam diprogramkan ke dalam diri anak muda, InsyaAllah kepimpinan Islam akan mampu menguasai negara tersebut.
Sekadar berkongsi dua himpunan anak muda. Satu di dalam negara dan satu di luar negara. Persamaan kedua-dua himpunan ini ialah mereka berhimpun dengan kerelaan hati, tanpa disogokkan satu sen pun upah.
Batu 6 Square
Tentatif program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2011) meletakkan kuliyyah Ustaz Azhar pada bermula pada pukul 4 petang. Dengan cuaca yang panas terik membakar bumi dan kulit, kurasakan mustahil untuk menarik minat ramai pendengar terutamanya anak muda ke kuliyyah beliau.
Kebiasaannya kuliyyah Ustaz Azhar berlangsung pada malam hari. Tidak kira di mana sahaja pasti dapat menarik ribuan hadirin. Itu cerita pada waktu malam. Malam yang tiada mentari yang membakar. Bagaimana pula jika kuliyyah pada waktu petang? Ramai ke anak muda sanggup bermandi peluh semata-mata untuk mendengar kuliyyah?
Usai solat Jumaat, orang ramai terutamanya anak muda berpusu-pusu memenuhi Batu 6 Square. Anak muda yang dahagakan ilmu. Panas terik mentari seolah-olah tidak sedikit pun mematahkan semangat anak muda ke sini. Semuanya gara-gara mahu mendengar celoteh dan mutiara kata daripada al-fadhil Ustaz Azhar Idrus. Takjub! Aura Ustaz Azhar Idrus memang luar biasa.
Dalam kuliyyah kali ni (download sini), ustaz mengingatkan 3 perkara.
Tahrir Square- Kita semua datang daripada Allah SWT.
- Kita bersama dengan siapa? Kita hendaklah berjuang bersama dengan ulamak kerana ulamak telah bersusah payah membawa nikmat Islam ke Malaysia. Tidak rugi berjuang bersama ulama. Ada segelintir golongan yang tidak sanggup mendampingi ulama atas alasan takut tidak mendapat rezeki. Rezeki yang kita peroleh semuanya daripada Allah. Bukan daripada majikan, menteri atau pun sesiapa sahaja. Semuanya telah ditetapkan kepada kita sejak azali lagi.
- Kita hendak ke mana? Kembali ke kampung halaman kita yakni kembali ke syurga Allah. Bagaimana caranya? Hendaklah bersama dengan ulamak.
Berjuta-juta rakyat Mesir keluar berkumpul di Tahrir Square bagi menyatakan protes terhadap Presiden Hosni Mubarak. Pemerintahan diktator selama 3 dekad menyebabkan rakyat merana. Jika pemimpin di zaman Rasulullah dan para sahabat sanggup berkorban demi kepentingan rakyat, pemimpin pada zaman kini pula sanggup mengorbankan rakyat demi kepentingan peribadi.
Protes bermula sebaik sahaja cuti di seluruh universiti Mesir bermula. Protes kali ni tiada kaitan langsung dengan Ikhwanul Muslimin. Mahasiswa iaitu anak muda yang memulakan protes ni dengan membentuk satu himpunan kecil pada awalnya. Eksekutif Google, Wael Ghonim menyemarakkan lagi semangat rakyat Mesir untuk menentang Hosni Mubarak dengan menggunakan Facebook (klik sini). Kesedaran yang lahir dari dalam diri setiap rakyat Mesir membentuk satu gelombang, satu revolusi untuk menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak.
Setelah 18 hari berkampung di Tahrir Square, kemenangan akhirnya berpihak kepada jutaan rakyat Mesir. Tidak tahan desakan rakyat, Hosni Mubarak melepaskan jawatannya sebagai Presiden kepada pihak tentera pada tengah malam 11 Februari. Pengunduran rejim Hosni Mubarak disambut dengan penuh kesyukuran dan linangan air mata bukan sahaja oleh rakyat Mesir bahkan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.
Sama-sama kita doakan semoga pemimpin yang akan memegang tampuk pemerintahan selepas ini ialah pemimpin Islam sejati. Pemimpin yang menjalankan pemerintahan Islam dan sanggup membantu negara-negara Islam yang lain terutamanya bumi Palestin.
Info Tambahan
Hosni Mubarak resigns as President
Kronologi Revolusi Mesir
~Sekadar Contengan~
0 orang berkata-kata:
Post a Comment