Bila susah tiada gelisah, Bila miskin SYUKUR pada Tuhan, Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan MENGINGATI ALLAH Jiwa kan menjadi TENANG
[MATI itu PASTI, HIDUP... insyaALLAH!]
Muhasabah
"Payah sekali melakukan kebaikan pada 4 tempat: 1. memberi maaf ketika marah 2. bersedekah ketika kesempitan 3. menjauhi perkara mungkar ketika seorang diri 4. berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong -Saidina Ali KW- "Beruntunglah sesiapa yang sibuk dengan ke'aiban dirinya berbanding ke'aiban orang lain"
"Carilah pengi'tirafan penghuni langit biarpun dihina seluruh makhluk di bumi." - al-Faqir Tokku
"Jangan sedikit pun kamu merasakan bahawa kamu lebih baik dari seseorang yang lain kerna hal yang sedemikian menjadikan kamu adalah orang paling HINA pada pandangan ALLAH."
"Jika kamu lupakan 2 perkara dan sentiasa ingat 2 perkara nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan hidup. LUPAKAN * Kebaikan kita kepada orang. * Keburukan orang kepada kita. SENTIASA INGAT * ALLAH. * Hari Akhirat."
Kehilangan 1 Akibat berkelajuan tinggi ketika cuaca tidak mengizinkan.
Kehilangan 2 Al-Fatihah untuk tokki sebelah ayahku,Awang b Abdullah (72 tahun) yang kembali ke rahmatullah tengah hari Selasa, 27 Oktober 2009. Semoga rohnya di sana ditempatkan bersama para solehin. Ameen.
Isu hukuman sebat ke atas model Kartika Sari sehingga kini menjadi isu yang hangat diperdebatkan. Segalanya bermula apabila Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lalu. Isu yang mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat ini turut membawa kepada campur tangan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Ada yang beranggapan Kartika harus disebat. Tidak kurang juga yang membantah sekeras-kerasnya dengan alasan hukuman tersebut kejam, tidak adil dan menindas golongan wanita.
Maka,bertitik-tolak dari polemik yang tercetus, Kelab Profesional Hufaz (PROFAZ) mengambil inisiatif untuk mengajurkan satu wacana ilmiah khas yang bertajuk “Sebat Kerana Arak: Adilkah?”. Diskusi ini akan diadakan pada 22 Oktober 2009 bertempat di Auditorium Utama Kuliyyah of Medicine ini bakal menyaksikan pertembungan dua mata beberapa ahli panel terkenal antaranya Ustaz Nasarudin Hassan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) dan wakil Sister In Islam (SIS) serta 2 lagi panelis. Nak tahu lebih lanjut?
Penat dan letih tapi agak puas hati. Konklusi yang dapat aku buat sepanjang 2 minggu di bulan Syawal. Banyak rumah sahabat-sahabat yang sempat di ziarahi. Meskipun tidak semua. Semoga ukhuwwah yang terbina antara kita akan terus dan terus kekal hingga ke syurga. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH. InsyaALLAH. Tidak berdaya aku coretkan segala yang berlaku. Gambar-gambar di bawah adalah summary jelajah selama 2 minggu. Tiada yang istimewa, cuma kenangan bagi diriku.
Akhir kalam, ampun maaf dipinta daripada tuan rumah andai kelakuan aku dan rakan-rakan sebagai tetamu agak terover (mapuh memapuh, pakoh memakoh) hinggakan mengguris perasaan tuan rumah. Halalkan segala makan minum.
Raya ke 2,3,4 "1,2,3,4......eh,bukan 5 ke?" SHAMS
Raya ke-4 "acara tahunan di Kampung Laut" BBQ Raya
Raya ke-5 "Cg Math & BM yang banyak membantuku" SK Paloh