Live di SSINS

[Awas! Entry dalam loghat Terengganu yang tidak cukup pekat]


Cuti pendek ni memang puah ati. 3 kali boleh tengok tim bola Ganu maing kat stediung. Lame doh ngidang nok tengok benor. Kadang tak dop peluang. Tim Ganu maing kat Stediung Sultang Ismail Nasiruddin Shah. Stediung hok rutuh kat Gong Badok dok siap lagi bekki ekpun. Kali ni aku nok tera kabo siket nape hok aku sebagai nyokong kat stediung napok tim Ganu maing dalam 3 perlawanan ni.

Nyokong malang ni dop rama mane pun. Bih kurang separuh stediMatch malang ni memang sedak. Ganu leh 4 butir gol. Sume gol wak dalam 2nd half. 1st half, tak dop nape boleh kabo. Teruk do'oh lalu maing. Kalu budok kkoloh tengok, memang suke guling bating r. Tapi 2nd half memang sedak. Lepas Kalang gati Rajan baru laju mainang. Gol mule-mule gol bese je. Pidot skor. Gol kedua supe EPL doh rase. Jero passing dari tengoh ke Saha. Saha dada bola tu pahtu terus skor. Memang smak. Gol ke-3 kalang lop skor. Manaf skor jugok gol ngelah. Saha passing bola ke ye pahtu kecek keeper seround. Gol mudoh je la.

MOM: Joseph Kalang Tie


Clash of the Turtle. Ni rr 1st time Ganu maing away kat tepat dirih. Penyu abang lawang penyu adik. Baru suku jam maing, kalang injured doh. Memang rabok rr pahtu. Rajan gati kalang tapi dop leh wak nape pun. Jeng kok ir ekpun. Kali ni sek ganu dop gerok lasung. Padang ttahang je reti. Saha plok pa cerroh dop lepah nok kecek. Baru 2,3 step kene sekat doh. Payoh2. T-team conquer match. Tengoh Mail megang kkali. Bola duk kaki ye je. Same2 hebat je team ganu ni. Sutir gol Manaf skor. Gol T-team Haris Safwan skor.

MOM: Ismail Faruqi Ash'ari

Dalam banyok2 match, hok ni la aku tunggu kkali. Musuh tradisi ekpun. Ganu dop rajing kaloh pung lagi kat tepat dirih bile lawan Selangor. Lah kkali Ganu kaloh depang nyokong dirih, 8 tahung lepah. Tengok rekod gitu pung ketor lutut doh sek2 Selangor.haha.. Mainang malang ni dop rase bosang lasung. 90 minit kejak je rase. Main laju ekpun. Gane2 pun, player Ganu hok maing Malaysia memang jadi rr. Binee memang saboh rr jadi kiper Malaysia. Banyok Binee save bola. Se same se pun ye boleh save gok. Kalu menten gini sokmo, dop lame boleh jadi kiper nombor 1 Malaysia rr gamoknye. Manaf pun jjadi molek malang ni. Sume 4 gol Manaf llibat. 1st goal, Manaf skor. Gol kedua Saha skor penalti bile kiper Selangor peteh Manaf. Kalang skor gol ketiga lepah Manaf passing ke ye. Gol ngelah Saha skor penalti bile bola kene tangan bek Selangor. Riuh gamat stediung malang tu. Rama gok dop caye boleh katok Selangor banyok gitu seme. Sebek nyokong Selangor kat grendstend malang tu. Dop khetek lasung.haha...

MOM: Manaf Mamat


Skuad Peteh siseng 2010/2011 boleh gi jauh peseng ngang. Ngan kiper Malaysia, Binee ade. Susoh doh nok bocor doh gol. Bek lop Juki, supe kete kebal doh. Degung saje bola. Ronny pun kebal gok poseng. Bek kiri kanan, Mat Ming n Helmi wak overlap sokmo. Boleh rr tolong sek2 nyerang. Tengoh sedak gok. Ada Saha hok berahi getel bola, Zairul pakar bola mati. Kalang boleh doh jadi "Messi Ganu". Kaki supe lipah kudung. Loh pun koho serasi doh ngan sek Ganu. Nyerang, Manaf bbunuh rr kaki. Asal ade peluang mesti gol. Pidot plok banyok jugok rr skil. Boleh rr nok kecek bek lawang.

P/s: Payoh weh nok nulih dalam loghat Ganu. Kalu cakap senang semessek la pulok.

Official Result of SRC General Election 2009/2010


INTERNATIONAL CONSTITUENCY
Anas Ismaiel
Faez Saleh Ahmad Batis
Tarik B. Alamgir
Yusuf Khidir Alkazimy

AIKOL CONSTITUENCY
Izyan Hazwani Bt. Ahmad
Muhammad Shauqi B. Suhaimi

ARCHITECTURE CONSTITUENCY
Muhammad Faris Ismail
Nur Atiqah Bt. Mohd Nissfu

ENM CONSTITUENCY
Abdul Aziz B. Abu Hasan - 352
Azharul Amin B. Ahmad Nazarudin - 586
Hafizul Ariri B. Rusmani - 411
Hidayatul Karimah Bt. Mohd Mahyuddin - 896
Muhammad Syazwan B. Suhaimi - 921

ICT CONSTITUENCY
Ahmad Rafiqi B. Rosli - 181
Khadijah Adibah Bt. Ahmad - 154
Muhammad Nurazim B. Azman - 161
Norazlina Bt. Mohd Nawi - 147
Nursyahidah Bt. Ahmad - 120
Nurul Zahidah Bt. Mohd Zan - 146

ENGINEERING CONSTITUENCY
Ahmad Khairul Azman Bin Mohd Salleh - 855
Muhammad B. Ahmad Kamal - 498
Muhammad Firwan Bin Norliza - 838

IRKHS CONSTITUENCY
Noor Yusri B Wahi Anuar - 1231
Nur Hafizah Bt Ahmad Puzi - 531
Siti Fairuz Bt Kadri - 1027
Zatil Arifah Mohd Amin - 1309

ALLIED HEALTH SCIENCES CONSTITUENCY
Marlina Bt Mohd Zain - 144
Mohd Hakim B. Zakaria - 212
Nurhasnah Bt Mazalan - 101

NURSING CONSTITUENCY
Fauzan B. Mohamed - 87
Hakim B. Rahmat - 121
Siti Hajar Bt. Mohd - 64

PHARMACY CONSTITUENCY
Ahmad Mustaqim B. Ariffin - 95
Hanisah Bt Kamarudin - 68
Nur 'Atiqah Bt Hussin - 57

DENTISTRY CONSTITUENCY
Mohammad Badiuzzaman Tuan Ibrahim

MEDICINE CONSTITUENCY
Mohd Fahmi B. Nain - 177
Noor Idayu Bt. Ibrahim -196
Syazwani Bt. Sanusi - 221

SCIENCE CONSTITUENCY
Muhammad Aklil B. Ayob - 353
Nadzirah Bt . Redzuan - 132
Siti Khadijah Bt. Imam Supa'at - 272

Source

Salam tahniah dan takziah kepada calon yang berjaya dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) 2009/2010. Semoga amanah yang terpikul dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Laksanakan segala manifesto yang telah dicanang-canangkan sepanjang tempoh berkempen. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

P/s : Terkilan dan rasa bersalah kerana tidak dapat mengundi dalam PRK kali ni. PRK berlangsung di kala ramai student Medic sedang bercuti dan student course selain Medic sedang sibuk dengan mid term exam. Pelik. Kesannya, peratusan keluar mengundi jatuh merudum hingga ke tahap 40%. Kenapakah?

Pawagam dan Aku

Helaian akhbar Harian Metro yang baharu dibeli dibelek-belek. Membaca dan mencari tajuk yang menarik perhatian untuk beritanya dibaca. Akhirnya mataku terhenti di sisipan RAP. Kuperhatikan banyak filem baharu yang akan dan sedang ditayangkan di seluruh pawagam di tanah air. Semuanya berlumba-lumba untuk mencatatkan rekod box office. Antara cerita yang menarik pehatianku ialah Sherlock Holmes dan Avatar. Kupasti berbondong-bondonglah umat manusia menuju ke pawagam (PAnggung WAyang GAMbar) selepas ni untuk menonton filem yang dirasakan menarik.

Meskipun begitu, pemandangan tersebut amat mustahil diperhatikan di Terengganu. Tidak wujud walau satu pun pawagam di negeri kelahiranku ini. Kalau dulu memang pernah ada 2 pawagam di Terengganu. Cathay (dekat stesen bas MBKT) dan Panggung Rex (sebelah pasaraya Hock Kee Seng). Namun, kedua-duanya dah berada dalam lipatan sejarah dan sekarang menjadi kedai menjual pakaian.

Pawagam dan aku

Oleh sebab sejak kecil tidak pernah diajar menonton di pawagam, maka akukurang berminat ke pawagam. Itulah salah satu faktor mengapa aku sering menolak ajakan rakan-rakan ke pawagam. Cukuplah sekali pengalamanku ke pawagam usai dari interview di UTP 3 tahun lalu. Bagiku, jika sekadar menonton filem, ada alternatif lain iaitu beli CD/DVD ataupun download je di internet.

Lagipun, bagiku tempat itu syubhah. Percampuran antara lelaki dan perempuan berlaku sewenang-wenangnya. Ditambah pula keadaaan di dalam pawagam yang gelap menyebabkan syaitan dan jin suka berada di tempat sedemikian rupa sehinggakan maksiat teramat mudah berlaku.

Sound system di pawagam kurasakan terlalu perfect. Sesetengah orang ke pawagam kerana lebih feel menonton wayang dengan bunyi sedemikian. Namun, bagiku sebaliknya. Suasana yang terlampau bising tidak sesuai dengan jiwaku. Tidak tenang. Serabut!

Akhir sekali, tidak terbayang olehku, andai nyawaku ditarik balik oleh Allah di tempat sedemikian. Naudzubillahi min zaalik.



Haramkah menonton wayang di pawagam?

Berkaitan dengan hukum, no comment! Aku tidak layak langsung bercakap tentang hukum kerana aku sedar bahawa aku bukanlah ahlinya. Sekadar memetik hukum yang difatwakan oleh ulama' kontemporari, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

--------------------------------------------------------------------------------

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :


لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:


“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.


Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”


Syarat-syaratnya :-


1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.


2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.


3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–


Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.


Sekian, wassalam

===========
1. Fatwa al-Qaradhawi – http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17


2. Fatwa Dr Ahmad Syarabasi – http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544786


al-ahkam

Sumber

~Sekadar Contengan~

Peteh Teganu Peteh

Sebulan berlalu. Tanpa sebarang entry. Teruk!
Tidak istiqomah. Teruk!
Tiada internet. Alasan!
Busy sangat study. Tak cukup masa. Alasan!
Kesimpulannya as easy as ABC = MALAS!

2 bulan tanpa 1 pun entry baru. Seolah-olah blog digantung tidak bertali.

InsyaAllah akan kucuba istiqomah pada masa mendatang.
Polisi baru blog = at least a entry per month!

Alhamdulillah. End Block Exam for 2nd block dah berlalu. Bagi aku persedian yang aku buat kali ni lebih baik dari block lepas meskipun bukanlah yang terbaik. Aku berjaya memanfaatkan kira-kira 75% study period yang diberikan selama 9 hari. Kesudahannya hanya ALLAH yang tahu. Tugas aku sekarang hanyalah berdoa, berdoa dan terus berdoa. Tawakkal ilALLAH.

Berbalik kepada tajuk entry kali ni. Mengikut perkiraanku, sepanjang percutianku yang pendek ini, 3 matches skuad Peteh akan sempat kusaksikan secara live di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS).

16 Jan 2010 -> Penang
19 Jan 2101 -> T-Team

23 Jan 2010 -> Selangor




PETEH TERENGGANU PETEH

Peteh peteh
Peteh teganu peteh
Peteh peteh
Peteh teganu peteh

Hitam Putih bulan dan bintang
Itu lambang teganu kite
Berjuang bersungguh-sungguh
Jangan biar penyokong hampa

Golgol.,
gol (7x)

Mainlah biar molek
Jangan banyak sangat gelek
Kite mainlah berpasukan
Janganlah nak main sorang

Golgol.,
gol (7x)

Jangan main sambil lewa
Kite juga yang kecewa
Jangan main suka-suka
Kalu nak jadi juara

Pakat mari ramai-ramai
Adik kakak kite belake
Ajak saing rodong kite
Pakat sokong teganu kite

Pakat mari ramai-ramai
Adik kakak kite belake
Pakat sokong teganu kite

Hoh..masuk,hoh lah..
Sudoh keje lah..
Guane tuh,masuk lah..
Hoh..gol..lailahaillalah..
Lemoh sokmo main bola
Masuklah,jangan beri orang lain masuk
Sogok hoh..wi lah..hah..

Jangan main sambil lewa
Kite juga yang kecewa
Jangan main suka-suka
Kalu nak jadi juara

Pakat mari ramai-ramai
Adik kakak kite belake
Ajak saing-saing kite
Pakat sokong teganu kite (2x)

Pakat sokong teganu kite (3x)
Yeah

Penyanyi : Pok de

GanuSoccer.Net Official Site
FB GanuSoccer.Net
FC Terengganu FA