Pawagam dan Aku

Helaian akhbar Harian Metro yang baharu dibeli dibelek-belek. Membaca dan mencari tajuk yang menarik perhatian untuk beritanya dibaca. Akhirnya mataku terhenti di sisipan RAP. Kuperhatikan banyak filem baharu yang akan dan sedang ditayangkan di seluruh pawagam di tanah air. Semuanya berlumba-lumba untuk mencatatkan rekod box office. Antara cerita yang menarik pehatianku ialah Sherlock Holmes dan Avatar. Kupasti berbondong-bondonglah umat manusia menuju ke pawagam (PAnggung WAyang GAMbar) selepas ni untuk menonton filem yang dirasakan menarik.

Meskipun begitu, pemandangan tersebut amat mustahil diperhatikan di Terengganu. Tidak wujud walau satu pun pawagam di negeri kelahiranku ini. Kalau dulu memang pernah ada 2 pawagam di Terengganu. Cathay (dekat stesen bas MBKT) dan Panggung Rex (sebelah pasaraya Hock Kee Seng). Namun, kedua-duanya dah berada dalam lipatan sejarah dan sekarang menjadi kedai menjual pakaian.

Pawagam dan aku

Oleh sebab sejak kecil tidak pernah diajar menonton di pawagam, maka akukurang berminat ke pawagam. Itulah salah satu faktor mengapa aku sering menolak ajakan rakan-rakan ke pawagam. Cukuplah sekali pengalamanku ke pawagam usai dari interview di UTP 3 tahun lalu. Bagiku, jika sekadar menonton filem, ada alternatif lain iaitu beli CD/DVD ataupun download je di internet.

Lagipun, bagiku tempat itu syubhah. Percampuran antara lelaki dan perempuan berlaku sewenang-wenangnya. Ditambah pula keadaaan di dalam pawagam yang gelap menyebabkan syaitan dan jin suka berada di tempat sedemikian rupa sehinggakan maksiat teramat mudah berlaku.

Sound system di pawagam kurasakan terlalu perfect. Sesetengah orang ke pawagam kerana lebih feel menonton wayang dengan bunyi sedemikian. Namun, bagiku sebaliknya. Suasana yang terlampau bising tidak sesuai dengan jiwaku. Tidak tenang. Serabut!

Akhir sekali, tidak terbayang olehku, andai nyawaku ditarik balik oleh Allah di tempat sedemikian. Naudzubillahi min zaalik.



Haramkah menonton wayang di pawagam?

Berkaitan dengan hukum, no comment! Aku tidak layak langsung bercakap tentang hukum kerana aku sedar bahawa aku bukanlah ahlinya. Sekadar memetik hukum yang difatwakan oleh ulama' kontemporari, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.

--------------------------------------------------------------------------------

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :


لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:


“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.


Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”


Syarat-syaratnya :-


1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.


2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.


3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–


Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.


Sekian, wassalam

===========
1. Fatwa al-Qaradhawi – http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17


2. Fatwa Dr Ahmad Syarabasi – http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544786


al-ahkam

Sumber

~Sekadar Contengan~

0 orang berkata-kata: