Cuti-cuti jugak tapi buku jangan lupa. Dalam tempoh cuti seminggu, aku sempat khatamkan 2 buah buku. Buku pertama yang aku khatamkan ialah 9 Nyawa karya Ramlee Awang Murshid. 9 Nyawa. 1 tajuk yang menarik. Rupa-rupanya 9 nyawa merujuk kepada mitos yang mengatakan kucing mempunyai 9 nyawa.
Sila klik sini dan sini untuk ulasan 9 Nyawa.
Sekadar perkongsian pengajaran yang terdapat dalam 9 Nyawa. [Gaya jawab soalan pengajaran masa SPM dulu]
Sekadar perkongsian pengajaran yang terdapat dalam 9 Nyawa. [Gaya jawab soalan pengajaran masa SPM dulu]
- Bersangka baik dan bersyukur terhadap segala pemberian ALLAH. Hakim seoramg yang buta mata tapi amat celik mata hati. Keikhlasan dan kejujuran menyebabkan dia dianugerahi dengan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Hakim dikurniakan deria yang 'keenam'. Dia mampu mendengar suara orang yang berada diantara alam hidup dan mati.
Manusia patut bersangka baik terutamanya kepada ALLAH meskipun mendapat musibah. Di sebalik kejadian pasti ada terselit hikmahnya.
- Masyarakat yang terlalu percaya dengan persoalan tahyul. Azizah amat yakin dan pasti bahawa kucing mempunyai 9 nyawa dan mampu memindahkan nyawa tersebut kepada anaknya, Intan Suryani.
Masyarakat di negara kita terutamanya kanak-kanak menjadi mangsa. Mereka terus menerus disogok dengan cerita dan filem yang berkonsepkan tahyul. Tidak cukup filem tahyul dihasilkan oleh produser tempatan, filem tahyul dari luar negara turut diimport masuk. Kesannya, masyarakat lebih takut untuk terhadap hantu jembalang berbanding takutkan ALLAH.
- Kongkongan berlebihan ibu bapa terhadap kebebasan anak-anak. Azizah mengawal segala pergerakan anaknya sehingga menyebabkan anaknya fed up dan memberontak. Parenting skill ini dinamakan sebagai authoritarian dalam psikologi.
In psychology, there are 4 types of parenting which are authoritarian, permissive, indifferent and reciprocal. The best way to manage nowadays children is reciprocal. In this type, parents and children can discuss together in order to make a decision satisfying both party.
- Akibat berhutang. Roh usahawan berjaya, Datuk Jaafar tergantung di antara bumi dan langit kerana tersangkut dengan hutang yang sangat besar dengan rakan niaganya.
Sabda Rasulullah SAW, "Jiwa orang Mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya."
Amalan berhutang juga memberi kesan jangka panjang hingga ke akhirat. Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi ALLAH ketika seorang hamba itu berjumpa dengan ALLAH nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan ALLAH di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
- Kasih sayang mampu merubah fi'il perangai seseorang. (Only behavior can be change not personality). Hakim mengasihi adiknya, Shauqi sepenuh hati setelah ibu bapanya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Shauqi yang pada mulanya terlibat dengan kongsi gelap dan menjalankan kerja haram bertaubat setelah melihat dan merasai keikhlasan kasih sayang Hakim.
- Menganggotai kegiatan kongsi gelap. Shauqi dan rakannya menyertai geng kongsi gelap kerana terpesona dengan gaji yang lumayan hasil kerja haram itu. Mereka hidup dalam ketakutan setelah diburu oleh kumpulan kongsi gelap yang lain.
Jangan sesekali menyertai geng kongsi gelap. Sekali menjadi anggota, tidak boleh ditarik balik. Hanya dua kesudahan muktamad menanti ahli kongsi gelap. Diburu seumur hidup ataupun MATI!
- Galakan menderma organ. Hakim sanggup mendermakan jantung adik kesayangannya, Shauqi kepada Intan Suryani.
Pada 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan empat syarat yang mesti diambil kira dalam menfatwakan hukum menderma organ sebagai HARUS:
* Pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang yangg mengalami kegagalan organ.
* Penderma organ mesti disahkan telah mati.
* Mendapat kebenaran dari keluarga penderma.
* Tidak melibatkan urusan jual beli. Dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan tetapi mesti dianggap sebagai derma.
Ulama kontemporari termasuk Dr. Yusuf Qaradawi sepakat menderma organ atau sel stem adalah HARUS dengan syarat-syarat berikut:
* Tidak ada unsur perdagangan.
* Terbukti ia boleh memanfaatkan atau meningkatkan kualiti hidup.
* Tidak mendatangkan mudarat kepada penderma.
* Dilakukan untuk kepentingan umum.
* Dilakukan dengan kebenaran penderma.
* Dilakukan dengan ikhlas tidak ada unsur paksaaan.
Baca selanjutnya berkenaan Derma organ