Tawassul Dengan Kebaikan

Musim final exam kembali lagi. Saat entri ni ditaip, ada rakan yang sudah memulakan cuti yang teramat panjang. 5 tahun 5 bulan. Ada juga yang masih bertungkus lumus membuat persediaan yang seampuh mungkin untuk menghadapi saki-baki kertas yang tinggal.

Bila bercakap mengenai final exam, aku teringat satu mesej yang menjengah ruangan inbox handsetku malam sebelum final exam Y2B3 dua bulan yang lalu.

"Semoga sahabat-sahabat dikurniakan kemudahan untuk menjawab exam esok. Boleh BERTAWASSUL dengan kebaikan kita jika mahu." (lebih kurang ginilah ayatnya)

Aku tersentak. Secara automatik fikiranku cuba mengingati apa kebaikan yang telah aku buat sepanjang 2 bulan blok 3 tersebut. Zero! Kurasakan tiada satu pun kebaikan yang aku telah lakukan. Bagaikan baru tersedar daripada mimpi. Rupa-rupanya 2 bulan usiaku telah dibazirkan tanpa membuat kebaikan. Astaghfirullah! Ampunkan aku Ya ALLAH!
Bertawassul dengan kebaikan telah tercatat dalam hadith riwayat Bukhari. Hadith berkenaan kisah 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam gua. Ketiga-tiganya berdoa kepada Allah dan bertawassul dengan amalan kebaikan yang pernah mereka lakukan sepanjang hidup mereka. (kisah lengkap)

Ketika berseorangan di "celup", aku sempat membelek buku Aqidah Muslimin (klik sini). Buku ini dihadiahkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll ketika kuliah talaqqi di CFS pada 13 Februari 2009 sebagaimana tercatat pada muka surat pertama buku ini.

Soalan 14 dan 15 dalam buku Aqidah Muslimin memperkatakan berkenaan tawassul. Apakah itu bertawassul?

Menurut buku tersebut, TAWASSUL ialah
memohon daripada Allah SWT agar mengurniakan manfaat atau menghindari kemudharatan dengan menyebut nama nabi atau wali sebagai tanda memuliakan nabi atau wali yang disebut itu, di samping beri'tiqad bahawa ALLAH SWT adalah pemberi mudharat dan manfaat pada hakikatnya. HARUS hukumnya bertawassul dengan mereka disisi ijma'.

Kita semua ialah hamba yang hina dan kerap kali leka dan jauh daripada Allah. Apabila kita jauh daripada Allah, nescaya sukar bagi kita untuk mendapatkan apa yang diingini setimpal dengan amalan kita. Para nabi dan wali pula sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berdampingan dengan Allah tidak kira masa dan ketika. Semestinya Allah lebih suka untuk menunaikan hajat orang yang rapat denganNya. Tawassul seolah-olah diibaratkan "kabel" kita pada hari ini. Melalui "kabel", insyaAllah semakin cepat kita mendapat apa yang dihajatkan.

Sila klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tawassul.
(semua artikel disediakan oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN dan tersiar di Utusan Malaysia setiap Isnin bermula 30 November 2010 sehingga 5 April 2011)

1.  Kefahaman tentang tawassul
2.  Dalil tentang bertawassul
3.  Bertawassul sebelum adanya Nabi SAW
4.  Bertawassul selepas kewafatan Nabi SAW
5.  Sandaran tawassul lepas wafat Nabi SAW
6.  Pensyariatan tawassul menurut Ibnu Taimiyyah
7.  Tawassul menurut Imam al-Syaukani
8.  Bertawassul dengan athar Rasulullah
9.  Bertawassul dengan hak para nabi dan orang soleh
10. Bertawassul dengan makam Nabi SAW
11. Tawassul dalam bentuk seruan
12. Tawassul Umar dengan al-Abbas
13. Tawassul, ziarah dan kisah al-'Utbi
14. Tawassul dan kesimpulan

~Sekadar Contengan~

2 orang berkata-kata:

Unknown said...

Salam. Inshallah kita semua akan dikurniakan kebaikan dalam segala hal.

'Eid Benyusof said...

salam.. mudah-mudahan begitulah. inshaAllah..