Kanak-kanak dan Masjid

Masjid dan surau benar-benar hidup di bulan Ramadhan. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak, semuanya bagai baru mendapat hidayah untuk berkunjung ke rumah Allah. Lebih-lebih lagi ketika solat Isyak dan Tarawih.

Apabila berhimpunnya kanak-kanak di masjid, pasti ada aktiviti lain yang berlaku. Teringat kenangan 15 tahun yang lalu. Tahun pertama aku solat Tarawih di masjid. Usai 8 rakaat, bermulalah aktiviti sampingan sebagai kanak-kanak. Membuat bising ketika bermain tang nnusuk sekeliling masjid, main kejar-kejar dan lumba panjat dinding masjid. Akhirnya, basah jjeruk baju Melayu tiap-tiap malam.haha..

Kanak-kanak sekarang juga masih sama. Membuat bising di dalam masjid. Bagi aku, aku tidak kisah semua tu (sebab aku pun macam tu dulu2.haha..). Memang fitrah, jiwa kanak-kanak suka bermain dan berbuat bising. Namun, bagi sesetengah orang, mereka anti kepada kanak-kanak yang membuat bising. 

"Base mok pok dok reti nok ajo. Tau doh anok jenis berahi wak bising, wak nape ahu bowok mari sejid. Nyusoh ke orang je"

"Serabut perut weih. Nok mayang pun dok tenang gini gaye. Sakit ati nguh"

Bagi aku, aku menyokong penuh ibu-bapa membawa kanak-kanak ke masjid. Biarpun kebarangkalian untuk kanak-kanak untuk membuat bising amatlah tinggi, namun semua tu boleh diatasi. Peranan ibu bapa amat penting untuk mengatasi masalah ini. Bagi kanak-kanak yang sukar terima nasihat, cara paling senang, dan efektif bawa mereka solat di sebelah kita. Makmum dewasa yang lain boleh juga tolong nasihat kanak-kanak. Pastikan nasihat dengan berhikmah. Jangan sesekali tengking kanak-kanak.

Membawa kanak-kanak ke masjid sejak kecil amat digalakkan. Pepatah melayu ada menyebut, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kanak-kanak ibarat rebung buluh. Mudah dibentuk dan dilentur. Amat sesuai membawa mereka ke masjid untuk melazimkan mereka datang ke masjid. Bila timbul perasaan seronok dan gembira berada dalam masjid, insyaAllah mereka akan istiqomah datang ke masjid untuk berjemaah apabila besar nanti. Jika sudah menjadi buluh (tua bangka), teramat payah untuk membentuk mereka. Bukan mustahil tapi memerlukan mujahadah yang tinggi.
Orang dewasa meraikan kanak-kanak
Kesimpulannya, tiada masalah membawa kanak-kanak ke masjid. Bahkan digalakkan. Banyak kelebihan jika kanak-kanak menjadi kaki masjid sejak kecil. Peranan orang dewasa terutamanya ibu bapa perlu untuk mendidik agar mereka lebih beretika di dalam masjid. Semoga mereka terus istiqomah untuk ke masjid dan berjuang di jalan Allah.

~Sekadar Contengan~

8 orang berkata-kata:

asyraf said...

aku nk sentuh jgk bab org2 tua yg dk lrg bdk bwh umur smyg saf dpn, trmsuk sblh bapa. slps ak kaji slidik scra rambang, xdok pn hadith yg mnyatakn x boleh bdk dk saf dpn. yg mana mrka khuatiri kehadirian bdk2 ni akn mmutuskn saf n hlg pahala bjemaah. yg aku temui wujudnya hadith daif yg ada menyebut haramnya knk2 berada di dlm msjid, dan jika bersentuhan dgn kanak2 yg blum baligh n suci(x potg lg) bleh tbtal solat. secara kesimpulan yg ak bt, from my POV, knk2 ni patot berada disaf dpn sekiranya dia dtg awl, seorg dri atau bsama ibubapa. yg tua2 ni plk dk bsg, psl ape dtg lwt. lgpn, ia bgs utk pendedah awl kpd knk2 ttg solat malah mgenai ibadah berjemaah. HANYA kanak2 yg boleh mndtgkan bising n luar kawalan ibubapa sharusnya tdk dibawa ke masjid.

Ukhar said...

hmmm, walaupun xde hadis tp mungkin yg melarang tu ada rasional sendiri.

Beberapa kali saya bersolat di tepi kanak2. Memang terganggu la jugak kekhusyukanku (walaupun sebenarnya xkhusyuk mana pun...hehe).

Ada yang main pijak2 kaki saya. Ada tu time orang tgh rukuk, dia p paling muka dan tengok muka saya.

Kalau yang dah reti sikit dan tak main2 sangat tu boleh la nak solat sekali. =)

aizat nasri said...

pastikanlah kanak-kanak ni dipesan awal2. yg paling penting? memang betul nak didik anak2 tp nabi larang hatta org baca al-quran pun tak buleh bising2. ni kan budak2 berlari2. apa yg perlu dibuat mungkin sebelum solat pastikan ada seorang dewasa yg akan atur kanak2 ni. nama pun nak didik kan, so kena ajar la camna nak betul n luruskan saf dsb..

'Eid Benyusof said...

kacap: aku pun tak arif sangat bab status kanak-kanak dalam saf orang dewasa. masih tercari-cari hukum pasal tu. bile aku jupe, aku share mula deh..

"HANYA kanak2 yg boleh mndtgkan bising n luar kawalan ibubapa sharusnya tdk dibawa ke masjid."
-aku setuju sangat2 dengan statement ni.. bukan semua budak xleh bawak ke masjid. :D

'Eid Benyusof said...

qorie: memang gitulah rasionalnya. telatah kanak-kanak.hehe.. hukum sebenar gane pulak?

'Eid Benyusof said...

aizat: peranan orang dewasa terutamanya ibu bapa teramat penting. kene guide kanak2, kene ajar diorang tentang adab dalam masjid.. tapi tak perlu la tengking diorang hingga menyebabkan diorangg trauma ke masjid.

Ukhar said...

Hukum? dop reti la nok beri hukum...haha

kita mahu khusyuk bersolat, namun adalah penting juga untuk melatih kanak-kanak ke masjid.

jadi, bawaklah mereka ke masjid dan pastikan dipesan awal2 supaya menjaga tingkahlaku.

Ditengking jangan sekali.

Yang hyperaktif dan yang xleh dikawal tu memang sepatutnya xpayah dibawa.tapi bawaklah kadang2.

Sued: kalu dalam sirah nabi gane pulok?

'Eid Benyusof said...

qorie: betul2x.. setuju sangat2.. kene didik yang betul2 kanak2 yg hyperaktif.

ni 2 hadith hok jupe dlm internet..

Rasulullah adalah contoh terbaik untuk kita dalam hal ini. Baginda tidak pernah sama sekali menyuruh kanak-kanak supaya duduk sahaja di rumah bagi tidak mengganggu jemaah solat.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, menceritakan :

Suatu ketika Rasulullah saw. mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash – anak Zainab, puteri Rasulullah saw.— Baginda meletakkannya di atas bahunya. Baginda kemudian solat dan ketika rukuk, baginda meletakkannya dan saat bangkit dari sujud, baginda mengangkat kembali.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah “diganggu” oleh cucunya sendiri ketika solat. Namun Rasulullah tidak sama sekali mengharamkan cucunya mendekati orang yang sedang solat. Bahkan pada ketika itu, Rasulullah sedang mengimamkan solat Isyak!

Dipetik dari hadis riwayat An-Nasai :

Ketika waktu datang solat Isyak, Rasulullah saw datang sambil membawa Hasan dan Husin. Baginda kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya. Beliau kemudian takbir untuk solat. Ketika sujud, baginda pun memanjangkan sujudnya. Ayahku berkata, ‘Saya kemudian mengangkat kepalaku dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah saw. yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.’ Setelah selesai shalat, orang-orang pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira telah terjadi sebuah peristiwa besar, atau telah turun wahyu kepadamu.’ Baginda kemudian berkata, ‘Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bersenang-senang denganku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.

sumber:
http://verslalumiere.com/v1/kanak-kanak-dan-masjid-di-bulan-ramadhan/