Showing posts with label SHAMS. Show all posts
Showing posts with label SHAMS. Show all posts

Tribute to Allahyarham Khairul Hakimi. Al-Fatihah...

"Mana milik kita? Tidak ada milik kita, Semua yang ada Allah yang punya" 
- status YM Allahyarham selama berbulan-bulan.

Maaf. Entri kali ni memang untuk diri sendiri semata-mata. Sebagai pengubat rindu. 

17 Jan 1989 - 9 Mac 2011
Sedang solat sunat ba'da Zuhur, telefon berbunyi tapi tak sempat dijawab. Pelik! Zz call ketika tengah hari. Aku dapat merasakan bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Bila aku call balik, Zz bagitahu bahawa Allahyarham accident. Then, SMS masuk mengatakan bahawa Allahyarham dah takde. Serius. Aku tak percaya. Kemudian, aku terus call sahabat-sahabat di UTP (Irsyad, Luqman, Wafi angah dan Pian). Walaupun kalimah yang sama "Kero xdop doh" diberitahu, aku tetap tidak percaya. Tapi akhirnya aku percaya setelah diberitahu oleh Amir kerana maklumat diperolehinya daripada Jahar yang turut berada dalam kereta ketika kejadian.
S= Shock
A= Angry
B= Bargain
D= Denial
A= Acceptance

Walaupun jasad berada dalm PBL, fikiran dah berada di Terengganu. Takleh nak fokus langsung. Lepas PBL, terus aku call Jahar dan Amin. Alhamdulillah. Meskipun trauma, Amin masih mampu menceritakan secara detail apa yang berlaku. Aku nekad untuk balik ke rumah petang tu. Pukul 5.10 petang, aku ke Terminal Makmur. Mengharapkan tiket on the spot. Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Lepas presentation di UTP ketika Foundation (2007)
Pukul 11 malam, setelah solat jamak ta'khir di rumah Lukpi, aku ke rumah Allahyarham bersama Piduh, Lukpi dan emaknya. Tepat pukul 1.30 pagi, jenazah Allahyarham tiba rumahnya di Kg Kepong. Alhamdulillah. Aku sempat untuk menatap arwah buat kali terakhir. Tika terpandang wajahnya, aku masih merasakan bahawa Allahyarham masih hidup. Muka yang jernih dan sedap mata memandang meskipun pucat. Cuma sedikit jahitan pada dagu. Masih tersenyum. Aku, Lukpi, Piduh, Zul, Aiman dan Amir terus membaca Yaasin dan tahlil. Sebelum balik ke rumah, aku menggagahkan diri untuk membelai rambutnya dan mengusap dahinya buat kali terakhir. Sejuk!

Pagi tadi, Allahyarham dimandikan dan dikafankan di rumanya. Kemudian, diusung ke masjid yang berhampiran kubur. Rol, kita kerap jalan-jalan sama-sama ketika cuti terutamanya ketika konvoi raya saban tahun. Last sekali kita jumpa ketika konvoi raya tahun lepas. Ketika pagi birthday aku bulan lepas, aku menolak ajakanmu untuk berjumpa di Kedah. Menyesal! Pagi tadi ialah perjalanan terakhir kita bersama-sama. Tepat pukul 11.05 pagi, setelah solat jenazah, Allahyarham selamat dikebumikan dan ditalkinkan. Alhamdulillah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbualan terakhir
Ya Allah! Perit sungguh rasanya. Kali kedua kehilangan teman rapat dalam tempoh 2 tahun (kali pertama). Murah sunguh air mata di kala menerima berita yang tidak dijangka sebegini.

Ya Allah! Sesungguhnya mati itu benar. Mati itu boleh datang bila-bila masa. Tidak kira tua ataupun muda. Sesungguhnya kematian itu peringatan kepada kita yang masih hidup. Sebab  itu orang yang paling bijak di dunia ini bukanlah saintis, bukanlah yang mendapat distinction, bukanlah yang mendapat dean's list, tetapi orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya.

Ya Allah! Tempatkanlah roh sahabatku dunia akhirat, Kero Kimi bersama para solehin. Masamu sudah tiba. Masa untukku juga pasti akan tiba. Kami semua di dunia ini amat menyayangimu. Buktinya 12 kereta sahabat mu di  UTP sanggup meredah perjalanan yang jauh pada malam hari untuk menatap wajahmu dan berbakti kepadamu buat kali terakhir. Tapi Allah lebih menyayangimu. Apa pun kita pasti akan ketemu jua di alam sana suatu hari nanti. Al-Fatihah!

Coretan Sahabat-sahabat
al Fatihah, sahabat
Belasungkawa Khairul Hakimi: Ia pasti datang 
The lost of a brother
Kau pergi jua
Dia pergi dulu..
Mati itu pasti
Ianya terjadi lagi
Belasungkawa
Pelajar UTP terlibat kemalangan, seorang maut
 
~Sekadar Contengan~

Pelajar UTP maut kereta dinaiki bertembung di Gua Musang

[UPDATE]

GUA MUSANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, maut, manakala seorang lagi cedera parah, dan tiga yang lain mengalami kecederaan ringan selepas dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 48, Jalan Gua Musang-Lojing, pagi ini.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman, berkata Khairul Hakimi Ismail, 22, yang berasal dari Kampung Kepong, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira jam 11.30 pagi itu.

Beliau berkata rakan Khairul, Hazwan Arif, 22, mengalami kecederaan parah manakala dua lagi rakannya Khairulamin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar, kedua-duanya berumur 22 tahun, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, seorang lelaki berumur 40 tahun iaitu pemandu kereta yang bertembung dengan kereta pelajar itu turut mengalami kecederaan ringan.

Che Rusli berkata, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Khairulamin sedang dalam perjalanan dari Tronoh, Perak menuju Terengganu itu bertembung dengan sebuah kereta.

Beliau berkata, pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat Khairul Hakimi yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu dalam kejadian itu. - BERNAMA

Sumber
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku amat mengenali keempat-empat mangsa. Kero kimi ialah ex-classmate di SHAMS (batch SPM 2006) manakala Hazwan (patah paha kanan), Amin dan Azhar ialah ex-coursemate di UTP dulu (ChemE Jan 07).

Aku bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur 3 orang sahabatku. Mohon doa kalian supaya Allahyarham Kero Kimi ditempatkan bersama para solehin. Doakan juga Hazwan, Amin dan Azhar supaya diberi kesembuhan.

 Al-Fatihah buat sahabatku~

Seat Kero (bulatan merah)
Terbabas
Hazwan : Masih berbaju AMD
Patah tulang paha kanan
P/s: Credit to Sadruddin & Hanifi for the pictures.
 
~Sekadar Contengan~

R.E.U.N.I.O.N

Cuti 2 minggu hampir berakhir. Pelajar UIA tidak keseorangan di kampung kali ni. Majoriti IPTA/IPTS turut bercuti tika ini. Tidak lengkap rasanya cuti andai tidak diisi dengan REUNION bersama rakan-rakan seperjuangan ketika muda remaja suatu ketika dahulu. Objektif utama program sebegini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengeratkan kembali silaturrahim yang telah terbina suatu ketika dahulu. 

SK Paloh

Teringat kembali kelakuan, telatah dan perangai keanak-anakan 8 tahun yang lalu. Mengimbau kembali kenangan selama berada dalam kelas 6 Bestari di bawah pengawasan Cikgu Rohaimi. Ketika itu semua masih tidak matang (walaupun sekarang pun masih kurang matang). "Tang duduk", "tang boye", "tang nusuk" dan "tang tiang" jadi mainan tiap-tiap hari.  Memori ketika zaman kanak-kanak hingusan di SK Paloh mustahil dilupakan.

Terima kasih Yakin, Wafi, Kdin, Zudin, Simma, Nazirah, Yati, Fajariah, Sirah, Fatihah sekeluarga, Aina, Kamilah dan Syafiqa kerana sudi meluangkan masa datang ke reunion ni.

P/s: Raya ni kita buat reunion sekali dengan Cikgu Rohami pulak.




Muslimin SHAMS

Seramai 27 orang jejaka terhangat di pasaran menjayakan program ni. Saban tahun program ni diadakan. Venue yang sama. Menu dan perserta yang hampir sama. Hanya masa je yang berbeza berbanding tahun-tahun lepas. Kalau dua tahun sebelum ni reunion ketika cuti raya, kali ni ketika cuti semester. Syukran jazilan tuan rumah kerana sudi menjadi lokasi tetap untuk batch kita berkumpul. 



Cara Elakkan Virus Ukhuwwah

Dalam surahal-Hujurat, Allah SWT memaparkan 7 sikap untuk mengelakkan virus-virus ukhuwwah yang boleh menghancurkan silaturrahim yang telah terbina.
  1. Tabayyun
  2. Tabayyun bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)
  3. Adamus Sukhriyyah
  4. Ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah SWT:
    "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11)  
  5. ‘Adamul Lamz
  6. Maksudnya tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya:
    "Dan janganlah kamu mencela diri sendiri’. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri kerana pada hakikatnya kaum Muslimin dianggap satu kesatuan. Apatah lagi jika celaan itu berkait dengan kedudukan dan kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS, 18:28).
  7. Tarkut Tanabuz
  8. Yakni meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
    "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11)
    Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman.    
  9. Ijtinabu Katsirin minadzdzan 
  10. Allah SWT berfirman:
    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12)
    Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan sebaliknya kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga apabila mereka bermanis budi. Allah SWT sendiri menegaskan:
    "Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk mengahalangi manusia dari jalan Allah." (QS 8:36)    
  11. Adamut Tajassus
  12. ‘Adamut Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah SWT:
    "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)    
  13. Ijtinabul Ghibah
    Allah SWT menegaskan:

    "Dan janganlah kamu sekalian mengumpat sebagian lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?…"


    Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW adalah menceritakan keburukan orang lain. Ketika seseorang menceritakan keburukan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi berarti ia telah memfitnah orang lain.


    Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Wallahu'alam.
 ~Sekadar Contengan~

Jelajah 'Eidul Fitri

Penat dan letih tapi agak puas hati. Konklusi yang dapat aku buat sepanjang 2 minggu di bulan Syawal. Banyak rumah sahabat-sahabat yang sempat di ziarahi. Meskipun tidak semua. Semoga ukhuwwah yang terbina antara kita akan terus dan terus kekal hingga ke syurga. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH. InsyaALLAH.

Tidak berdaya aku coretkan segala yang berlaku. Gambar-gambar di bawah adalah summary jelajah selama 2 minggu. Tiada yang istimewa, cuma kenangan bagi diriku.

Akhir kalam, ampun maaf dipinta daripada tuan rumah andai kelakuan aku dan rakan-rakan sebagai tetamu agak terover (mapuh memapuh, pakoh memakoh) hinggakan mengguris perasaan tuan rumah. Halalkan segala makan minum.

Raya ke 2,3,4
"1,2,3,4......eh,bukan 5 ke?"
SHAMS

Raya ke-4
"acara tahunan di Kampung Laut"
BBQ Raya

Raya ke-5
"Cg Math & BM yang banyak membantuku"
SK Paloh

Raya ke-8
Brethren 13

Raya ke-15
UIA

"syukran jazilan sahabat"

~Sekadar Contengan~