Salam Hijrah 1430 aka Salam Blogging

Bismillahhirahmanirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dengan lafaz yang begitu agung, aku mulakan blog baru aku ni. Alhamdulillah. Setinggi syukur kupanjatkan kepada ALLAH Rabbul Jalil kerana masih memberi peluang kepada aku, hambaNYA yang lemah ni, kesempatan untuk memblog lagi. Untuk pengetahuan sahabat sahabiah, aku pernah menjadi blogger selama 2 tahun ketika mana masih di bangku sekolah menengah. Usainya SPM, aku terus berhenti (baca:berehat seketika) dari berkecimpung dalam profesion pembloggingan ni. Ini semua kerana kekangan masa dan kesukaran untuk mendapatkan line internet membataskan keinginan aku untuk menjadi blogger yang komited.(hehe).

Sempena tahun baru hijrah, 1430H, aku harapkan aku dapat terus berjuang di jalan ALLAH untuk mencapai mardatillah yang diidam-idamkan oleh setiap Muslim. Aku juga harap dapat berubah menjadi manusia yang lebih baik yang mana berguna kepada agama, bangsa, negara,keluarga dan masyarakat. Aku mendambakan diri aku menjadi seoranag yang menghargai masa. Sebagaimana hadith ada menyebut(kalu x silap),

hargai masa lapang mu sebelum datang kesempitan.

Sesungguhnya kata-kata ni amat bermakna. Bila mana ada masa terluang, manfaatkanlah sepenuhnya. Penuhi masa tu dengan perkara-perkara yang tidak melaghakan. Sesuai dengan satu pepatah arab yang biasa kita dengar,

Masa ibarat mata pedang. Jika kita memotongnya, maka kita akan dipotong.

Aku juga harap sahabat-sahabat dapat membantu aku agar menjadi lebih baik. Aku teringat satu kata-kata.

"Sahabat yang memuji kita pabila kita buat kebaikan ialah sahabat yang baik. Tapi sahabat yang menegur andai kata kita melakukan kesilapan adalah sahabat yang paling baik"

Dua ayat di atas melambangkan konsep saling mengingatkan sesama sahabat. Andaikata seorang sahabat tidak menegur kesilapan sahabatnya, maka tidak layak baginya mendapat gelaran sahabat.

فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ

[88:21] Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.

Untuk cuti pertengahan semester kali ni, aku tidak pulang ke kampung halaman walaupun cuti 10 hari(termasuk 2 hari cuti sdn bhd). Sebaliknya aku 'berhibernasi' di bilik UKC 224 untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh.

Wassalam.

0 orang berkata-kata: