Suara Mahasiswa Untuk Palestin

Sekarang ni, ketika kita di Malaysia masih dikurniakan nikmat keamanan, nikmat tidur di atas katil empuk, nikmat makan nasi berlaukkan ayam dan daging, nikmat berehat dan segala nikmat, sahabat-sahabat dan saudara-saudara seAQIDAH dengan kita pula di PALESTIN dilanda ujian. Segala nikmat yang mereka dapat telah digantikan dengan ujian. Andai kata kita diuji sedemikian, mampukah kita mengangkat senjata untuk memerangi Israel LAKNATULLAH? Setakat artikel ni di tulis kira-kira 800 orang syahid dan beribu-ribu orang cedera. Serangan kali ni memang tidak berperkemanusiaan. 1/3 daripada syuhada' adalah kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa.

Apakah reaksi kita? Adakah sekadar bermonolog, "Alahai..sian nguh ke budok-budok kecik.", "Jahak nok mapuh Israel ni.Pe Dajal". Cukup kah sekadar itu bantuan yang kita mampu berikan kepada saudara-saudara kita di sana? Bagi yang tidak mampu untuk berjuang bersama mujahid-mujahid di Palestin, doa lah yang menjadi medium utama kita untuk membantu mereka. Saban hari banyak mesej yang masuk, mengajak mendoakan kesejahteraan di Palestin, mendoakan kehancuran Israel dan mendoakan kemenangan Islam.

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat suatu kemungkaran maka hendaknya dia ubah dengan tangannya kemudian siapa yang tidak mampu maka dengan lisannya, siapa yang tidak mampu maka dengan hatinya.Itu adalah selemah-lemah iman”. -al-hadith-

Tanggal 09 Januari 2009, CFS, UIAM mencatatkan sejarah tersendiri. Satu Himpunan Raksasa untuk mengutuk pencerobohan dan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin telah dianjurkan oleh Foundation Students Coordination Council (FSCC) (baca:MPP Pusat Asasi) selepas solat Jumaat. Himpunan (baca:demostrasi) kali ni adalah yang kali ketiga dianjurkan oleh "adik-beradik" UIAM. Sebelum ni, himpunan sebegini telah dianjurkan oleh "abang Long" (baca:UIA Gombak) pada dan diikuti oleh "abang Ngah"(baca:UIA Kuantan) Himpunan kali ni disertai kira 1000 orang mahasiswa CFS dan turut disertai oleh para staff dan pensyarah.

Selang 2 hari kemudian, satu Talk bersama duta Palestin (baca:duta Fatah) di Malaysia telah dianjurkan oleh
CFS. Mahasiswa yang masih segar dengan kebencian yang meluap-meluap dan semangat menentang siapa saja yang menyokong Zionnis hasil daripada himpunan raksasa, mula menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu Palestin. Ketika Q&A Session banyak soalan yang ditujukan mengecam kerajaan Fatah yang masih berlembut dengan Israel. Duta yang terkejut dengan soalan yang diajukan oleh para mahasiswa. Jawapan yang diberikan langsung tidak menjawab soalan di samping nada jawapan menunjukkan kemarahan yang sukar dibendung. Sebelum duta di bawa ke tempat kudapan, wakil mahasiswa CFS telah menyerahkan memorandum kepada duta tersebut. Semoga usaha yang kecil dari mahasiswa CFS akan menyedarkan tali barut Zionis bahawa umat Islam tidak akan membiarkan segala usaha menghancurkan dan menindas saudara SeIslam.

Pada hari yang sama dengan himpunan raksasa, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) turut mengadakan satu demostrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Mesir. Mahasiswa dari seluruh negara bersolat Jumaat di Masjid As-Syakirin, KLCC. Usai solat Jumaat dan solat hajat untuk memohon kekuatan dan ketabahan untuk rakyat Palestin, seramai 3000 orang mahasiswa terus memulakan demostrasi. Perjalanan sejauh kira-kira 3KM langsung tidak menjadi satu alasan kepada mahasiswa menghayunkan langkah ke Kedutaan Mesir. Setelah tiba di sana kira-kira pukul 3.30 petang, wakil dari GAMIS berucap menceritakan keadaan di Palestin dan pendirian mahasiswa untuk mengecam serangan tersebut. Dalam ucapan tersebut, wakil GAMIS turut meminta kerjaan Mesir membuka sempadan Mesir untuk membenarkan bantuan perubatan diberikan kepada rakyat Palestin. Setelah memorandum diserhkan, semua mahasiswa bersurai secara aman.

Apa guna demostrasi? Bukan terjejas pun Israel. Takkan ada askar Israel yang mati (baca:mampus) pun bila kita adakan demostrasi. Bahkan sebutir peluru pun tidak kita gunakan. Kita hanya gunakan suara atau kata-kata untuk mengutuk tindakan kejam Israel tu sambil diselangi dengan kalimah agung, ALLAHUAKBAR!


Kalau kita perhatikan hadith yang tersebut di atas, demostrasi menepati hadith tersebut. Pabila kita berdemostrasi, kita menyuarakan kebencian kita, menyuarakan kemuakan kita, kepada sesuatu perkara terutamanya dalam isu Palestin. Berdasarkan hadith tu juga, kita boleh dikatakan berada tahap pertengahan iman. Lagipun, demostarsi tidak akan diadakan di dalam tempat yang beraircond, tempat yang mewah, tetapi diadakan di bawah terik bahang mentari. Semua peserta demostrasi akan merasai kepanasan dan penderitaan yang dialami oleh mujahid walaupun tidak adil untuk membandingkan kesukaran yang mereka hadapi kerana keperitan mereka alami dari segi mental dan fizikal jauh lebih parah dari kita bagaikan langit dengan bumi.
Walaubagaimanapun, demostrasi adalah salah satu bentuk dakwah untuk membangkitkan semangat Islam sejagat. Hal ni telah dibuktikan ketika Talk bersama duta di CFS tersebut.

Ya ALLAH! Bantulah saudara-saudara kami di Palestin dan di mana jua saudara-saudara kami ditindas. Semoga kemenangan dan kesejahteraan akan terus menerus bersama ISLAM.

0 orang berkata-kata: