Tahun Baru Masihi 2009

Sepanjang aku bermastautin dan berkelana di Petaling Jaya selama kira-kira 1 tahun 7 bulan, aku tidak pernah keluar kampus untuk menyambut sebarang sambutan sama ada sambutan tahun baru atau pun sambutan hari kemerdekaan di Bandaraya Kuala Lumpur. Acap kali aku lihat, tiap kali ada sambutan, pasti bilangan penghuni mahallah(baca:kolej) akan menyusut sekurang-kurangnya 40%. Aku yakin pembaca dapat agak ke mana mereka menghilang. Ada yang terus terikut-terikut dengan konsep hedonisme. Konsert di KLCC, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, The Curve menjadi pilihan kepada mereka untuk mendapatkan hiburan percuma di samping melihat keindahan bunga api yang dibakar(agak-agak berapa kos untuk bunga api?Duit kaum marhaen dibazirkan lagi untuk sesuatu yang tidak bermanfaat.huhu~).

Ini semester terakhir aku berada di PJ(InsyaALLAH). Jadi sebelum berangkat ke kampus Kuantan, aku bertekad untuk merasai sendiri sambutan tahun baru Masihi di ibu negara pada tahun ini. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Pada petang ambang tahun baru, sekeping mesej ajakan menyertai XPDC dakwah dari sahabatku memenuhkan inbox. Bukan kali ni sahaja aku mendapat mesej sedemikian sebenarnya. Tiap-tiap kali ada sambutan, ajakan memang ada. Semuanya ditolak mentah-mentah. Tapi bezanya tahun ni, mesej tersebut seakan-akan merayu-rayu agar aku turut keluar kampus ketika sambutan diadakan.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

[41:33] Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"

Selepas solat Mangrib berjemaah di Masjid Kolej Islam Malaya(baca:masjid matrik UIA PJ), aku bersama beberapa sahabat bergerak untuk mengikuti XPDC Dakwah Tahun Baru 2009 anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS). Perjalan yang memakan masa kira-kira 1 jam ke tempat operasi. Dari Metrobus bernombor 12, membawa ke KL Sentral dan akhirnya Monorail membawa kami ke stesen Titiwangsa. Ba'da solat Isyak di musolla berhampiran, 30 minit berjalan kaki diperlukan untuk sampai ke tempat berkumpul.Tarbiyah jasmani memang teruji. Subhanallah. Maha Suci ALLAH. XPDC kali ni bukan sahaja disertai mahasiswa UIA PJ, tapi turut disertai mahasiswa UKMKL, UTMKL, UIA Nilai, UIA Gombak, UM, UTP, Kolej Lagenda, Darul Quran dan UiTM KL. Dianggarkan 500 orang mahasiswa yang secara sukarela untuk mencegah kemungkaran.

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

[3:110] Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

XPDC tersebut adalah medan latihan terbaik untuk mempraktikkan teori dan ilmu dakwah
yang ada pada diri walaupun sedia maklum belum cukup. Setelah dibahagikan kumpulan, kami diminta bergerak ke tempat yang telah ditetapkan. Kumpulan aku dianggotai oleh 6 muslimin dan 15 muslimat kemudian dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang mana setiap kumpulan ada 2 muslimin dan 5 muslimat. Kami ditugaskan untuk fokus di kawasan pokok-pokok rendang yang agak gelap. Kami dibekalkan dengan risalah, mathurat, kalendar 2009, air dan
bookmark untuk diberi kepada mad'u. Dalam 2 jam operasi, 4 pasangan dating, 1 keluarga dan 2 kumpulan remaja telah kami temui. Agak menyedihkan bagi remaja yang kami temui. Apabila disuruh mengucap syahadatain, tergagap-tergagap untuk melafazkannya. Keadaan ini menunjukkan betapa kurangnya pendedahan tentang agama yang para remaja dapat ketika ini. Mereka lebih didedahkan dengan hiburan yang melampau.

Pendekatan yang kumpulan kami gunakan adalah menjadikan mad'u seolah-olah sahabat yang baru kita kenal sebagaimana keadaan kita ketika baru berjumpa sahabat sekelas ketika darjah 1. Nama, asal, umur, pekerjaan menjadi soalan asas kami. Kemudian, kami tanyakan pendapat mereka tentang isu semasa yang berlaku di negara kita terutamanya masalah sosial. Akhir sekali, baru lah kami menceritakan tentang Islam. Sebagai tanda terima kasih atas kerjasama mad'u, kami bagi barang yang dibekalkan agar mereka rasa lebih dihargai. Alhamdulillah. Segala Puji bagi ALLAH. Secara konklusinya, aku rasa method ni agak efisyen dalam berdakwah. Bila mana da'ie dah menjadi sahabat mad'u, dan mad'u menjadi sahabat da'ie, maka tidak sukar mad'u untuk menerima teguran dan nasihat da'ie.

Selepas 2 jam, operasi pun berakhir. Kami terus bergegas pulang ke kampus. Lebih kurang pukul 4 pagi, kami sampai ke bilik masing-masing. Pengalaman ni memang amat berharga bagi diri aku. Harapnya aku berkesempatan lagi untuk menyertai program sebegini pada masa yang akan datang. InsyaALLAH.

P/s: Cuba bandingkan cara sambutan tahun baru di negeri
Kelantan dengan negeri-negeri lain.
Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan




Mohd Nor Yahya & Atif Idris
Thu | Jan 01, 09 | 4:36:38 pm MYT


ImageKOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.

Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.

Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.

Source: Baca lagi...

0 orang berkata-kata: