Salam 'Eidul Fitri 1430

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahhilhamd.

Alhamdulillah, berkahir sudah pengajian kita di universiti Ramadhan tahun ini. Moga ALLAH menerima kita lagi sebagai pelajar di universiti Ramadhan mendatang. Kuharap moga roh Ramadhan akan terus mekar dalam diri sepanjang 11 bulan yang bakal dihadapi.


Pada hari mulia ini, aku/saya/ana ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kaki atas segala kesalahan dan keterlanjuran selama ini. Mungkin ini Ramadhan terakhir untuk diriku. Mungkin ini Syawal terakhir untuk diriku. Mungkin juga salam ku yang terakhir. Maafkanku. Selamat Hari Raya 'Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin ditujukan khas kepada:-

Ahli keluarga

Warga PASTI as-Sabiqun

Warga SK Paloh

Warga SMKA Sheikh Abdul Malek

Warga UTP

Warga CFS IIUM

Warga IIUM Kuantan Campus

Pembaca blog Sekadar Contengan

Sahabat-sahabat seantero dunia yang mengenali diriku


Kullu 'aam Waantum Bikhoir.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Taqabballah Ya Karim.





P/s: Untuk makluman, cuti rayaku bakal berakhir 26 September 2009. Jemput datang ke teratakku di Paloh ni selagi mana aku berada di rumah. Sila mesej@call sebelum datang yer. :D

~Sekadar Contengan~

Kegagalan Pertama

Kegagalan. Suatu perkara yang tidak diingini oleh semua orang. Jauh berbeza dengan kejayaan yang didambakan oleh setiap orang. Namun, kadang-kadang kegagalan juga perlu hadir dalam hidup untuk menambah pengalaman hidup.

22 Ogos 2009

137 orang pelajar 'menguarantinkan diri' setelah menghidap Severe Acute MINITEST Syndrome (SAMS). Bertungkus lumus mengkhatamkan bacaan nota yang berlambak-lambak. Menghadam dan menghafal point-point penting yang bertimbun-timbun. Letih.


5 September 2009

Keputusan yang dipaparkan amat mengejutkan. Tidak sampai separuh yang lulus. Juga agak ramai top student kecundang kepada sistem minus marking. Sistem yang tidak pernah didedahkan selama 2 tahun berada di matrik. Tempoh 80 minit untuk menjawab 40 soalan (200 soalan kecil) kurasakan mencabar.

Kepada yang berjaya, sekalung TAHNIAH diucapkan. Namun kepada yang kurang berjaya, terima kegagalan tersebut seadanya. Redho.

Bagaimana keputusanku? Seperti dijangka. FAIL. Tiada kejutan bagiku. Memang setimpal dengan usaha last minuteku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari KEIKHLASAN. Semoga kita tabah dan ditetapkan IMAN. Ingatlah, KESENANGAN bukanlah ganjaran dan KESUSAHAN bukanlah hukuman. Sama-samalah BERMUHASABAH DIRI"

~Sekadar Contengan~

Menghampiri Penghujung

Sebermulanya kisah, di sebuah negara yang aman dan makmur, tinggal seorang sultan yang adil dan baik hati. Sultan ini mempunyai 12 istana berbilik 30 setiap satu. Penuh harta di dalamnya. Setiap tahun Sultan telah memperuntukkan satu istana yang paling besar untuk digeledah oleh rakyat jelata. Hanya sebilik boleh digeledah dalam tempoh sehari semalam. Jika rakyat itu rajin berusaha, maka beruntunglah kerana bertimbun-timbunlah ganjaran yang diperoleh. Jika malas, maka kosonglah hasilnya dan termasuk dalam golongan yang rugi.
[Perumpamaan yang dibuat ulama berkenaan bulan Ramadhan]

"Inilah bulan yang permulaanya rahmat. pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka."
[HR Ibnu Khuzaimah]


Di kala entri ini ditaip, sudah 16 hari Ramadhan telah berlalu. Fasa rahmat dan setengah fasa keampunan telah berlalu. Hanya tinggal separuh fasa keampunan dan fasa pelepasan api neraka yang terhidang di depan mata. Ayuh sahabat-sahabat. Gunakan peluang yang ada untuk mengimpunkan amalan sebanyak mungkin. Masih ada banyak masa sebenarnya. Tak percaya?

14 hari x 24 jam x 60 minit x 60 saat = 1 209 600 saat

Terbukti. 1 juta bukan nilai yang kecil. Masih terbuka luas ruang dan peluang untuk kita beribadah untuk mendapatkan mardhatiLLAH. Jangan sia-siakan bulan ini kerana tiada siapa pun mampu menjamin dirinya mampu untuk menjejakkan kaki ke Ramadhan yang seterusnya. Maka manfaatkanlah 14 hari yang berbaki. Perbanyakkan zikir, doa, selawat. Jadikan 24 jam hidup kita keseluruhannya sebagai ibadat kepada ALLAH.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Allah, 2 perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain ALLAH dan mohon ampunan kepadaNya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari api neraka"
[
HR Ibnu Khuzaimah]


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mutiara kata Tokku Hj Ibrahim Muhammad

Masuklah Ramadhan dengan kesyukuran
dan merasai bahawa inilah Ramadhan terakhir dalam kehidupan ini

hiruplah cahaya Ramadhan dengan kecintaan
hidupkan dalam setiap nafas ramadhan
dengan syuhud kepada wajah Allah


Puasakan segala pilihanmu dalam pilihanNya

puasakan memandang wujud yang lain melainkan wujudNya

Biarkan hamba yang lain tenggelam dalam ibadah

namun engkau tenggelamkan diri dalam tanah kesunyian
tiada kewujudan diri


Sesungguhnya bulan ini bulan kasih sayang
kepada hamba yang rindu padaNya

ia mempunyai kekuatan yang hebat
dalam menyingkap cahaya makrifat dalam batinmu
sehingga berpuasa segala angggotamu dari yang lain kerana terasyik


Puasa meninggalkan diri kepada hakikat diri

khalwah dirimu dari segala bentuk kewujudan diri adalah hakikat puasa,
tenggelam dirimu dengan sungguh dalam lautan ketiadaan diri
dengan keberkatan cahaya Ramadhan


Ia bagaikan buraq yang akan membawa diri kepada alam musyahadah

sesungguhnya segala hijab-hijab sudah ditambat
pintu syurga makrifat luas terbuka segenap penjuru

Amat rugi bagi sesiapa yang tiada menggunakan ramadhan ini
untuk mencapai makrifat
kerana segala hijab telah terlerai lembut
dan pintu makrifat terbuka luas


kejarlah!
kejarlah dengan air mata dan zikir
sehingga tiada lagi bunyi dan huruf

nescaya engkau telah perolehi ketakwaan dan kecintaan
yang menyebabkan gementar segala urat sarafmu


Engkau akan mengerti erti cinta ALLAH pada Muhammad
dan cinta Muhammad pada ALLAH.