Islam itu syumul. Islam, ibadah dan dan akhlak. Itulah tajuk yang biasa dibawa dalam usrah. Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus ialah solat, puasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan sebagainya. Ibadah umum pula ialah semua amalan seharian kita yang beserta dengan niat yang ikhlas dan ittiba' yakni mengikut syariat Islam. Tidaklah mustahil bagi kita untuk menjadikan hidup kita 24 jam sepenuhnya beribadat kepada Allah SWT. Sebagaimana firmanNya:
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu"
(Ad-Dzariyat 51:56)
SUKMA EDISI KE 13
Semalam, dengan rasminya kontijen Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) buat kali kedua berturut-turut. Meskipun tidak berjaya mencapai sasaran 65 pingat emas, kutipan 47 pingat emas sudah memadai untuk menobatkan Terengganu sebagai juara keseluruhan SUKMA edisi ke 13 di Melaka. Kejayaan kali ni sekaligus menepis andaian bahawa kontinjen Terengganu hanya jaguh kampung sahaja.
Kejuaraan kali ni lebih manis kerana Terengganu berjaya mencatat sejarah menjadi negeri kedua selepas Pahang, melakukan hatrick memenangi pingat emas 3 kali berturut-turut dalam acara bola sepak. Skuad pelapis Terengganu itu yang rata-rata dibari pemain pasukan Liga Super Terengganu dan T-team menjaringkan 12 gol tanpa melepaskan sebarang gol dalam 5 perlawanan. Satu rekod yang memang boleh dibanggakan.
Acara lain yang turut menyumbang pingat emas ialah kanu (12), berbasikal (8), olahraga (6), judo, pencak silat & angkat berat (5), lawn boals, tinju, sepak takraw, equesterian & ragbi (1). Tahniah Terengganu. Tranung memang Nelang!
VT
Buku pertama yang aku khatamkan cuti ni ialah VT karya Hilal Asyraf. VT bukan bermaksud Volunteer Team seperti di UIA. VT ialah singkatan kepada Volleyball Team, pasukan bola tampar MATRI, Perlis.
Novel VT menjadi harapan penulisnya Hilal Asyraf untuk mengangkat sukan sebagai ibadah dan mengajak manusia untuk melihat sukan sebagai salah satu saluran dakwah dan tarbiah. Melalui novel ini juga, Hilal mahu mengajak pembaca memahami konsep tawazun (keseimbangan).
Novel VT menjadi harapan penulisnya Hilal Asyraf untuk mengangkat sukan sebagai ibadah dan mengajak manusia untuk melihat sukan sebagai salah satu saluran dakwah dan tarbiah. Melalui novel ini juga, Hilal mahu mengajak pembaca memahami konsep tawazun (keseimbangan).
Novel ini istimewa kerana langsung tidak menyentuh aspek percintaan antara lelaki dan wanita. Sebaliknya percintaan yang ditekankan ialah ukhuwwah dan persahabatan antara ahli dalam satu pasukan. Bila mana hati-hati diikat dengan iman, ukhuwwah yang tercipta amat ampuh. Tidak mampu dirobohkan oleh apa-apa pun. Meskipun pelbagai dugaan melanda. Itulah ukhuwwah yang sebenar.
Hilal turut menekankan aspek usaha, doa dan tawakkal. Segala sesuatu yang kita lakukan, usahalah dengan bersungguh-sungguh. Usaha tersebut mestilah turut diiringi dengan doa dan tawakkal. Hanya Allah yang mampu memberi natijah kepada hambaNya.
P/s: Tercari-cari Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar.
2 orang berkata-kata:
jo pon sama.lama doh cari buku zaid tu, sapa sudah x jupe.klu jupe kabo eh
ok2.. insyaAllah..
Post a Comment