Misi kemanusian yang hanya bermatlamatkan membantu saudara kita di Palestin. Kira-kira sepuluh ribu tan barangan bantuan dibawa untuk diserahkan kepada mereka yang terkepung di negara sendiri. Tiada M-16 dibawa. Tiada bom diangkut bersama. Menandakan misi ketenteraan tidak pernah dirancang.
Peserta konvoi pula bukan sembarangan orang. 540 orang yang menaiki kapal induk Mavi Marmara terdiri daripada Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO, petugas media dan ulama'. Bekas pemenang Anugerah Nobel Keamanan turut berada dalam kapal tersebut.
Itulah konvoi Talian Hayat Untuk Gaza ataupun Lifeline 4 Gaza. Pada asalnya, sembilan buah kapal yang terlibat dalam konvoi bantuan untuk Gaza. Namun, hanya 7 kapal yang mengikut perancangan asal dengan memulakan perjalanan dari Laut Mediterranean. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kapal induk Mavi Marmara yang dalam perjalanan ke Gaza telah diserang oleh tentera laut rejim haram Israel. Kesudahannya, 19 anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara meninggal dunia dan 30 orang lagi cedera. 2 buah kapal (salah satu kapal diberi nama Rachel Corrie) yang terlewat masih tetap meneruskan pelayaran ke Gaza meskipun rejim haram Zionis mengugut untuk melakukan serangan terhadap mereka.
Sudah terang lagikan bersuluh. TenteraIsrael Zionis memang layak dipanggil syaitan zionis. Gelaran pengganas dunia yang dicanang-dicanangkan oleh Amerika laknatullah amat sesuai untuk mereka. Mereka bukan sahaja membunuh rakyat Palestin bahkan juga membunuh orang-orang yang ingin menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
Serentak dengan kedajalan tindakan tentera Israel itu, seluruh dunia mengadakan protes mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu. Demonstari dilakukan di seluruh dunia. Turki ialah negara yang paling lantang menyuarakan kemarahan mereka. Kerajaan Turki mengambil tindakan serta merta dengan membekukan hubungan ketenteraan dengan Israel. Bagaimana pula reaksi negara kita Malaysia? Kerajaan Malaysia still cool and steady. Nyawa 12 rakyat Malaysia bagaikan di hujung tanduk masih tidak mampu mendesak kerajaan Malaysia memberikan respon serta merta. Satu demonstrasi aman akan turut dilakukan selepas solat Jumaat (4 Jun 2010) di hadapan Kedutaan Rasmi Amerika Syarikat.
Tidak ketinggalan juga di alam maya. Protes turut dizahirkan di blog-blog dan laman sosial terutamanya di Facebook. Di Facebook, ramai yang bertindak menukar status dan primary picture untuk menyatakan sokongan kepada konvoi Lifeline For Gaza dan mendoakan keselamatan mereka. Tidak kurang juga yang mengutuk serangan tentera Israel tersebut. Protes di alam maya diharapkan dapat memberi kesedaran kepada sahabat-sahabat yang masih hanyut dan leka.
Ayuh sahabat-sahabat! Buat masa sekarang, sama-samalah kita cakna terhadap apa yang berlaku terhadap saudara kita di Palestin yang tidak bernasib baik. Lupakan sekejap drama di kaca TV dan filem di pawagam. Abaikan sementara Piala Dunia yang bakal berlangsung. Banyak-banyakkan berdoa, solat hajat dan qunut nazilah semoga saudara kita di sana dikurniakan kesabaran, ketabahan, kekuatan dan kemenangan.
“Orang mukmin itu ibarat satu tubuh, apabila ada anggota tubuhnya sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya.” -al-hadith-
~Sekadar Contengan~
0 orang berkata-kata:
Post a Comment