Ramadhan Kareem baru sahaja berlalu. Bagaimana Ramadhan kita pada tahun ni? Adakah lebih baik berbanding tahun-tahun lepas? Andainya tahun ini lebih baik, maka beruntunglah mereka. Andai sebaliknya, maka teramat rugilah mereka yang melepaskan peluang "Mega Sale" di bulan Ramadhan.
Sepanjang bulan Ramadhan, kelihatan berduyun-duyun umat manusia berlumba-lumba untuk melakukan ibadah dan kebaikan. Saff solat fardhu di masjid bertambah berkali ganda. Surau dan musolla penuh umbu dengan makmum-makmum. Imam dan bilal pasti tersenyum kerana mereka tidak lagi hanya berdua untuk mengimarahkan masjid. Tabung masjid penuh dengan not-not merah dan biru. Sifat pemurah terserlah di dalam diri umat Islam.
Harapnya momentum madrasah Ramadhan kali ni berterusan sekurang-kurangnya selama 11 bulan mendatang. Moga-moga dapat lagi ketemu Ramadhan seterusnya . Insya Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila sahaja bulan Syawal menjelma, tidak dapat tidak persoalan bolehkah puasa qadha' Ramadhan disertakan dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal sering kali berlegar di benak fikiran ramai orang. Entri kali ni sekadar ingin berkongsi risalah yang disediakan oleh guru kami, Ustaz Muhadir b Haji Joll. Semoga bermanfaat kepada pembaca.
~Sekadar Contengan~
0 orang berkata-kata:
Post a Comment