Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-746-4Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 9 Dis 2011
Sinopsis
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh
mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan
cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu,
mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah
dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan
bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat
kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang
mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak
dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
P/s: 3 kali aku cuba meneka siapa pembunuh sebenar yang bergelar sebagai Zonan, pembunuh bersiri yang tidak berperikemanusiaan. Namun, tidak mengena. Mampukah anda meneka secara tepat? Selamat membaca.
~Sekadar Contengan~
2 orang berkata-kata:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 真爱旅舍 , 293视频聊天室最开放
Post a Comment