RAM: Fiksyen 302

Novel terbaru RAM tidak mengecewakan. Tajuk novel kali ni agak unik. Mengapa 302? Rupa-rupanya merujuk kepada Seksyen 302. Sila bertanya dan dapatkan penjelasan daripada kawan-kawan lawyer anda.

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-746-4
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 9 Dis 2011

Sinopsis
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

P/s: 3 kali aku cuba meneka siapa pembunuh sebenar yang bergelar sebagai Zonan, pembunuh bersiri yang tidak berperikemanusiaan. Namun, tidak mengena. Mampukah anda meneka secara tepat? Selamat membaca. 

~Sekadar Contengan~

0 orang berkata-kata: