Selamat tinggal 2011. Selamat datang 2012.
Trio Anak Tranung menggegar Dataran Kemerdekaan Shah Alam (Ust Azhar al-Idrus + Ust Syed Norhisham + Zizan Raja Lawak) |
Hari ni sudah masuk hari ke 7 tahun 2012. Alhamdulillah. Aku masih dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk terus mencari redha Allah.
Menjadi satu kelaziman di negara kita, tahun baru akan disambut dengan konsert. 3,4 konsert anjuran pelbagai pihak sudah menjadi kebiasaan. Anak-anak muda baik lelaki mahupun perempuan berpusu-pusu ke konsert. Bercampur gaul bagai laki bini. Melompat-lompat, terkinja-kinja bagai beruk mat yeh. Begitulah cara menyambut perayaan yang diajar kepada anak-anak muda sejak turun-termurun.
Sejarah tercipta di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Inisiatif kerajaan Selangor memberikan alternatif kepada anak-anak muda wajar dipuji. Sambutan tahun baru dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, forum dan soal jawab agama, konsert yang tidak melalaikan dan diakhiri dengan laungan takbir, Asma ul-Husna dan bacaan doa. Alhamdulillah. Suatu pembaharuan yang menjadi penyejuk mata dan hati.
Tidak disangka-sangka, sambutan pertama kali sebegini mampu menarik kehadiran 70-80 ribu pengunjung - mengatasi konsert dan sambutan di tempat-tempat lain. Majoriti yang hadir juga ialah golongan muda. Mesej yang jelas bahawa anak-anak muda sekarang sudah tidak boleh disogok dengan hiburan semata-mata. Mereka mendambakan program sebegini - hiburan yang tidak melampaui batas-batas Islam.
Buku terlaris abad ini :p (klik sini) |
~Sekadar Contengan~