Bukti Cinta dan Kasih

Rasulullah amat mengasihi kita. Di kala ambang kematian sekalipun baginda masih terfikir akan kita semua, umat yang amat dikasihi oleh baginda. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita semua turut kasih kepada Rasulullah SAW? Sungguh bongkak dan takabburnya diri kita sekiranya tiada terdetik sedikit pun dalam diri  kita perasaan kasih kepada Rasulullah SAW. 

Cara terbaik yang diajarkan oleh ALLAH SWT untuk menzahirkan kecintaan kita kepada baginda ialah dengan berselawat ke atas baginda.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
(Surah al-Ahzab: 56)

Selawat Ibrahim, Selawat Fatih, Selawat Tafrijiyah dan pelbagai lagi selawat boleh dijadikan amalan. Di kala study, menunggang motosikal, memandu kereta dan bersiar-siar biasakan diri untuk berselawat. Jika terdengar nama baginda dilafazkan, ringankanlah lidahmu untuk berselawat ke atas baginda. Jangan sesekali menjadi orang yang bakhil sebagaimana sabda Nabi SAW: 

"Orang yang bakhil ialah mereka yang disebutkan namaku disisinya akan tetapi tidak berselawat ke  atasku"
[Hadith Riwayat al-Tirmudzi]

Selain berselawat, kita turut dituntut untuk mengamalkan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika hidup baginda. Jika tidak mampu mengamalkan semua sunnah jangan pula meninggalkan semua sunnah. At least, amalkan sunnah-sunnah yang kecil dan mudah untuk diamalkan seperti memakai warna pakaian yang baginda suka, cara makan baginda, dan cara tidur baginda. Sunnah yang kerapkali diamalkan akan menambahkan rasa kasih dan sayang kita kepada Rasulullah SAW di samping dapat merasakan baginda sentiasa berada berhampiran dengan kita. 

Ya ALLAH! Moga dengan sentiasa mengamalkan selawat dan amalan sunnah baginda, kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak mengenang budi Rasulullah SAW yang ketika hidupnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi kita semua. Moga kita semua turut mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW di akhirat kelak. Ameen...

Buku WAJIB untuk lebih mengenali peribadi Nabi Muhammad SAW
Warna Pakaian Rasulullah SAW

i-       Warna putih

Nasai dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada Samurah r.a yang berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik. Gunakanlah ia untuk membungkus jenazah orang mati”.
         
Hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah juga bahawa baginda s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi (Tuhan) ke masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih”.

ii-     Warna hijau

Imam Bukhari, Abu Daud dan at-Tarmizi meriwayatkan dari al-Baraa bin Azib r.a, katanya: “Pernah aku melihat Rasulullah s.a.w. memkai dua helai kain berwarna hijau buatan Yaman”.
         
Ibnu Hajar dalam Tanbih al-Akhbar memetik kenyataan salah seorang sahabat Nabi s.a.w. berkata: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain-lain warna sesudah putih”.

iii-    Warna hitam


Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi dari Jabir bin Abdullah ra katanya: “Telah masuk Rasulullah s.a.w. ke negeri Mekah pada hari kemenangan menawan Mekah dan aku melihat di atas kepalanya serban berwarna hitam”.

Imam Muslim, Abu Daud dan Nasai meriwayatkan hadis daripada Amir bin Hurais r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar dan di atas kepalanya terdapat serban hitam yang dihulurkan (ekornya) di antara dua bahunya”.

iv-    Warna merah hati

Kata Syeikh al-Marbawi dalam Bahrul Mazi berkata: “Diharuskan seseorang lelaki itu memakai pakaian berwarna merah pekat sama ada baju, kain, seluar atau kopiah kerana terdapat keterangan bahawa Nabi s.a.w. pernah memakainya. Warna tersebut ialah warna yang tidak bercorak bukan bercoreng-coreng tau berbunga-bunga. Adapun warna bercorok-corok dan berbunga-bunga adalah dilarang (makruh)”.

v-      Warna kelabu

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Pernah Nabi s.a.w. keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu”.

vi-    Warna bercampur-campur

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a, beliau pernah melihat: “Nabi s.a.w. menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”

Bersumberkan riwayat-riwayat tersebut dapatlah disimpulkan bahawa selain daripada warna putih, kadang-kadang Nabi s.a.w berpakaian warna hitam dan hijau. Ada kalanya berwarna merah ketika majlis-majlis rasmi Islam dan berwarna kelabu dan warna bercorak-corak.

~Sekadar Contengan~

2 orang berkata-kata:

Fizul Yusoff @ volvox said...

aku suke wrna merah hati....!!!

'Eid Benyusof said...

molek2.. salah satu warna nabi suka tu..:D