Showing posts with label CFS. Show all posts
Showing posts with label CFS. Show all posts

Qasidah Untuk Kekasih

Qasidah! Qasidah ialah himpunan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Rasulullah SAW. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai salah satu cara untuk meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya dan para Sahabat Nabi. Qasidah biasanya dialunkan di dalam majlis maulid dan diselangselikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
"Qasidah berasal daripada kata 'qasidah', ertinya lagu atau nyanyian. Untuk pertama kalinya qasidah ditampilkan oleh kaum Ansar. Pada saat itu beberapa kaum Ansar menyambut kedatangan Nabi Muhammad dan mendendangkan lagu-lagu pujian diiringi dengan lantunan pukulan rebana. Lagu-lagu pujian saat itu diwarisi hinggar hari ini sebagai lagu klasik."
[Qasidah Untuk Kekasih, muka surat 135]
Pertama kali aku mendengar perkataan 'qasidah' dan qasidah itu sendiri ialah ketika 2nd Year di PJ. Ketika itu, ketiga-tiga rumetku ialah 'hantu' qasidah. Sehari tanpa qasidah kedengaran daripada corong speaker Sonic Gear Evo 7 teramatlah mustahil. Seawal Subuh, qasidah yang dijadikan alarm sudah kedengaran di bilik 224  Mahallah UKC1. Sekian lama, aku yang tidak pernah tau apa itu qasidah mula turut menyukai qasidah. Bak kata pepatah 'alah bisa, tegal biasa'.

Novel Qasidah Untuk Kekasih
Novel ini ialah novel kedua bekas pelajar CFS PJ, Munirah Abd Rasyid. Kurasakan novel ini amat dekat dengan diriku. Kisah yang digambarkan berlaku di CFS PJ. Watak-watak yang digambarkan dalam novel ini kurasakan betul-betul pernah wujud di sekeliling aku ketika belajar di CFS. Program-program di dalam novel juga ialah program yang pernah diadakan di CFS ketika 2008/2009 seperti kelas talaqqi kitab, demonstrasi dan Miftahul Asywaq. Sesiapa yang pernah belajar di CFS,PJ 2007/2009 pasti dapat mengimbau kembali kenangan belajar di bumi CFS,PJ. Kenangan terindah!
 

Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-5783-18-0
Tarikh Terbit: 30 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 336
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Sinopsis
Hidup manusia tidak boleh dipisahkan dengan cinta penciptaNya, Zainul Muttaqin mahu membalas cinta tulus itu. Untaian Qasidah basah di bibirnya, didendangkan saban detik dan waktu tanpa jemu. Idea Majlis Miftahul Asywaq mengapung di sana. Bersama sahabat baiknya, Amir Hamzah, mereka menelusuri jalan juang yang tidak mudah. Fitnah, sehingga konflik yang menimpa Habib Hasan dan Saif mengheret mereka untuk merungkai satu persatu masalah sehingga akhirnya, Majlis Miftahul Asywaq terlaksana walau tanpa Zainul Muttaqin hadir bersama.





يَا بَدْرَ تِمٍّ حَازَ كُلِّ كَمَالِ # مَاذَا يُعَبَّرُ عَنْ عَلاكَ مَقَالِىْ

أنْتَ الَّذِيْ أشْرَقَتْ فِىْ أفُقِ العُلَى # فَمَحَوْتَ بِالأنْوَارِ كُلَّ ضَلالِى

وَبِكَ اسْتَنَارَ الكَوْنُ يَا عَلَمَ الهُدَى # بِالنُّوْرِ وَالإنْعَامِ وَالإفْضَالِ

صَلَّى عَلَيْكَ اللهُ رَبِّيْ دَائِمًا # أبْدًا مَعَ الإبْكَارِ وَالآصَالِ

وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأصْحَابِ مَنْ # قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ العُلا بِكَمَالِ

WAHAI PURNAMA

Wahai purnama... wahai purnama...
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana... bagaimana...
Nak kuluah dengan kata-kata

Engakau menyinar di alam tinggi... di alam tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan

Dengan mu alam bergemerlapan... bergemerlapan...
Zahir batin nur hikmat dan kemuliaan

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya
Siang dan malam jua... siang dan malam jua...

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu
Mereka yang istimewa dan amat sempurna

~Sekadar Contengan~

Reaching For The Needy Cambodia '09

Alhamdulillah. Mission accomplished. Hampir genap setahun menanti, akhirnya program Reaching For The Needy Cambodia ’09 dapat diteruskan dan berjaya disudahkan dengan gemilangnya. Semakin lama penantian, semakin nikmat kesudahan sesuatu perkara. Setuju ke dengan hipotesis ni? :D

Imbas kembali

Setahun yang lalu, dua berita yang mengejutkan menimpa berturut-turut. Berita pertama berkenaan penangguhan misi ke Kemboja disebabkan oleh pandemik H1N1 sehari sebelumn tarikh penerbangan dan berita kedua yang lebih memilukan iaitu kehilangan sahabat yang aku cintai dunia akhirat, Allahyarham Nabil bin Marwan (klik sini). Misi ke Kemboja digantikan dengan “induction” di Pulau Sibu, Johor. [bukan Sibu, Sarawak].


April 2010

Sejurus berakhirnya final exam blok 3, aku terus berangkat ke CFS. Keesokan harinya, dengan penerbangan Air Asia AK280 seramai 23 orang (12 brothers dan 11 sisters) bersama Bro Taiffu, Ustaz Hassan, Miss Tini dan Kak Noni berangkat ke Siem Reap. Setibanya di sana, kami dibawa ke Madrasah Kg Darul Ulum, Poi Pet oleh Mufti Siem Reap, Ustaz Musa.Masalah utama yang terpaksa dilalui oleh para committee ialah perbezaan bahasa dan budaya. Bahasa cham dan khmer versus Bahasa Melayu. Bagai ayam dan itik bersembang. Bahasa cham biasanya digunakan oleh umat Islam Kemboja dan bahasa tersebut ada sedikit persamaan dengan bahasa Melayu. Tulisan yang digunakan untuk bahasa cham ialah tulisan jawi. Budaya turut berbeza meskipun sesama Islam. Sebagai contoh perempuan tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke dalam masjid. Jadi, agak susah untuk mengadakan acara yang memerlukan lelaki dan perempuan berkumpul di satu tempat.

Kehidupan di sana serba kekurangan. Tempat tinggal mereka hanyalah di dalam pondok berdindingkan getah beratapkan zink. Aku turut cuba untuk tidur di dalam pondok. Namun, hanya semalaman aku mampu bertahan. Hanya Allah yang tahu betapa panasnya di dalam pondok. Tika fajar, baru kusedar pakaianku basah berjeruk (baca: lencun). Andai bukan kerana terlalu penat, mustahil aku mampu tidur walau satu jam dalam pondok itu. Sumber airnya pula adalah daripada bawah tanah. Maka penduduk perlu mengepam air untuk mendapatkan air.

Satu perkara yang amat menarik perhatianku. Tiada seorang pun di kalangan penduduk yang memakai spectacles. Berbeza dengan committees yang majoritinya bermata empat (13 daripada 23 committees). Selain itu, stamina dan kekuatan penduduk di sana amat tinggi. Dalam friendly match antara Malaysia (committees brothers dah jadi pemain kebangsaan.haha...) dan Kemboja, mereka tidak henti berlari sepanjang lebih sejam perlawanan. Perlawanan berkesudahan Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol. Penduduk juga amat menghormati tetamu dan tetamu dilayan seperti raja. Warga madrasah pula suka membantu orang lain walau tanpa dipinta. Pantang mereka melihat orang lain mengangkat barang yang berat, pasti akan dihulurkan bantuan.

Seminggu di Kemboja banyak mengajar diriku. Baru kutahu masih ramai saudara seIslam yang kurang bernasib baik di mana-mana pun baik di dalam negara ataupun luar negara. Aku menyeru kepada para sahabat, andai berkemampuan, bantulah saudara kita yang lain. Banyakkanlah menderma dan bersedeqah kerana itulah saham kita di akhirat kelak. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa hanya 3 perkara yang memberi manfaat kepada diri kita setelah meninggal dunia kelak iaitu sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh,.

Pengalaman berada di Kemboja ini akan terus kekal dalam ingatanku. Tahniah dan syabas diucapan kepada para committee dan advisor dengan kejayaan program ni. Tak lupa juga, ucapan penghargaan ditujukan kepada warga Madrasah Kg Darul Ulum terutamanya Ustaz Afi kerana sudi menerima kedatangan dan memberi kerjasama kepada para committee. Segala jasa baik kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya.


Brothers: Saufi, Luqman, Syakir, Hafiz, Fadhil, Fakhri, Bad, Shafiq, Majdi, Amar, Rahman
Sisters: Khadijah,Salwa,Solehah, Husni, Naimah, Farahin, Asma’, Aqilah, Farihah, Afiqah, Masturah

P/s: Wahai committees sekalian, ke manakah destinasi kita yang seterusnya? Adakah Chiang Mai? [bak kata Saufi..]

Kembara Ukhuwwah

Hujung minggu baru-baru ni, aku berjaya laksanakan 4 misi yang bermatlamatkan satu perkara yang sama iaitu UKHUWWAH dalam tempoh 24 jam. Seolah-olah sambil menyelam minum air, menangkap ikan dan makan ikan tersebut.Fuh.

Misi pertama
Singgah sebentar di CFS, PJ. Sempat jumpa beberapa orang junior. Sedih dan terkilan pabila mendengar cerita daripada Pak Cik Pian perihal student CFS sekarang ni. Semakin jauh dari landasan Islam sebenar. Berubahlah wahai adik-adik.

Misi kedua
Bilik 4.5 Mahallah Farouq di UIA Gombak menjadi bilik tumpangan kami. Sambutan dan layanan yang diberikan oleh warga Gombak memang superb. Pukul 2 pagi menggoreng nasi untuk tetamu. Terharu dibuatnya.

Misi ketiga (Misi utama)
Pagi-pagi lagi, kami dah bertolak ke Shah Alam dan tiba 30 minit lebih awal daripada pengantin. Kira-kira pukul 11.40 pagi, teman sebilikku telah sah menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah! Tahniah!

Selamat Pengantin Baru Aizat Azam & Syaheeda Azhar

Misi keempat
Dalam melaksanakan 3 misi utama, secara tidak langsung terlaksana misi keempat. Ukhuwwah antara 7 ahli kembara bertambah baik. Aku pernah terdengar dan terbaca statement, cara yang paling efektif untuk mewujudkan ukhuwwah adalah musafir bersama. Dan sekarang cara tersebut memang terbukti berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada junior di CFS kerana sudi meluangkan masa bersembang denganku. Kepada sahabat-sahabat di Gombak, terima kasih kerana sudi membenarkan kami bermalam. Terima kasih juga diucapkan kepada pemilik TAV 8411 kerana membenarkan kami menggunakan kereta untuk ke Shah Alam. Ampun turut dipinta kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat kutemui, kujumpa.

Moral of the story
Amatlah perlu untuk meraikan hari penting dalam hidup sahabat. Sebagai contoh ulang tahun kelahiran dan walimah. Dengan asbab sedemikian, ukhuwwah yang dibina dengan sahabat bertambah mekar dan kuat. Ini bukan teori atau fantasi semata tapi realiti kerana aku sendiri mengalaminya.

Ketika di CFS, budaya menyambut birthday di kalangan sahabat sangat ditekankan sehingga sampai satu tahap tertubuhnya 1 team khas untuk menguruskan hal ehwal sambutan birthday. Hasilnya aku dapat rasakan hubunganku dengan sahabat yang terlibat semakin rapat, makin akrab. Tidak percaya? Cuba sendiri. Nescaya anda akan dapat merasai natijahnya.


~Sekadar Contengan~

Asyik yang Mengasyikkan



Perasan atau tidak, sebenarnya sebahagian bait lirik yang terkandung dalam video tersebut adalah "modal" Ustaz Ahmad Dasuki bin Muhamad ketika program khas Bicara Tauhid, Tasawwuf dan Tariqah baru- baru ini.

Usah perhatikan keasyikan muziknya, tetapi perhatikan keasyikan liriknya!

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara

Indah, harum, manis dan panas bukannya datang dari rupa, bunga, gula dan bara. Sebaliknya, sifat-sifat tersebut hanyalah wasilah bagi rupa, bunga, gula dan bara kerana sebenar-benarnya sifat-sifat itu datang daripada Allah. Hanya Allah yang mampu menjadikan sesuatu benda berkeadaan sedemikian. Subhanallah.

Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Cinta Allah amatlah suci. Barangsiapa yang mengenali dan mencintai Allah nescaya dan pasti hambanya tidak akan berpaling lagi daripada cinta Allah walaupun sesaat kerana mereka tahu dan yakin bahawa cinta Allah itu indah dan akan kekal abadi.

Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Bukan cinta sesama makhluk yang dicari. Asyiknya bila bercinta dengan Yang Maha Pencipta. Bila mana diri sudah dilamun cinta akan Allah nescaya dunia ini tiada nilai langsung. Yang wujud di ingatan hanyalah Allah yang Satu.

P/s: Ya Allah! Kurniakanlah kesihatan yang terbaik kepada sahabat-sahabatku terutamanya kepada Azhar yang baru sahaja menjalani pembedahan dan roomateku,Nabil yang kini berada di hospital. Amin ya Robbal 'aalamin.

~Sekadar Contengan~

Fatrah "Peperangan"

Sedar tak sedar, dah hampir 2 tahun aku menuntut ilmu di bumi CFS ni. Semester 5 tahun ke-2 yang aku lalui ni akan jadi semester terakhir aku di sini. InsyaALLAH. Sekarang ni dah masuk fasa terakhir semester. Tiada meeting, tiada program, tiada movies, tiada games. Semua diboikot. Boikot kali ni bukan kerana benci sebagaimana kita boikot Israel dan Amerika laknatullah, tapi boikot kali ni semata-mata kerana untuk menyediakan kelengkapan yang lengkap untuk berperang. Senjata utama yang ada adalah ilmu di dalam jiwa yang dikutip sepanjang 4 bulan yang lalu. Jika mantap ilmu yang ada, maka peperangan kali ni akan dihadapi dengan mudah. Di samping senjata utama, senjata sampingan yang turut di bawa ialah pen, "kalam metek" (baca: mechanical pencil), "roba" (baca: pemadam) dan pembaris. Di seberang sana, musuh yang akan dihadapi, tidaklah banyak. Cuma 6 "gerombolan" kertas sahaja. Apa yang menjadi kekangan sekarang ni tempoh "peperangan" amatlah singkat. Daripada 11 hari yang dirancang, aku dipaksa untuk mendapatkan kemenangan mutlak ke atas musuh dalam tempoh 6 hari termasuk 1 hari "berehat". Mampukah aku menjadi jaguh dalam "peperangan" ini?

"Peperangan" yang aku maksudkan ialah final semester examination. Bagi aku, jadual exam kali ni amat mencabar. Tidak pernah kualami keadaan sebegini rupa sepanjang aku menduduki final exam di bumi CFS.
  • 23 Februari 2009 - English for Academic Purposes
  • 24 Februari 2009 - Basic Themes of al-Quran
  • 26 Februari 2009 - Biology Lab II
  • 27 Februari 2009 - Chemistry Lab dan Mathematics II
  • 28 Februari 2009 - Biology III
Fuh! Lihatlah betapa mantapnya jadual examku. 1 atau 2 subjek sehari kecuali 25 Februari 2009. Memang exam kali ni berjaya menyeksa jiwa dan ragaku. Jadual kali ni betul-betul mahu menguji kemampuan ku dari segi mental dan fizikal. Segala kepakaran dan kemahiran ku dalam skill study last minutes langsung tak dapat digunakan. Tidak dapat tidak aku mesti mengkhatamkan ulangkaji sebelum paper pertama bermula. Walaubagaimana pun, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan jadikan sesuatu dengan sia-sia. Aku yakin dan percaya pasti ada hikmah di sebalik jadual yang diluar dugaan ini. InsyaALLAH.

Sebelum "peperangan" berlangsung, hanya satu yang aku harapkan. Harapnya semoga ibu bapa ku, adik beradik ku, sahabat sahabiah dan sesiapa yang mengenali aku dapat doakan agar aku dipermudahkan dalam menempuhi semua ni dan dijauhi dari hijab ketika berperang. Kepada lecturers, halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada aku yang dhoif ini. Ampunkan segala dosa ku yang pernah aku lakukan terhadap kalian semua. Wassalam.

Sekitar Seminar Pembinaan Ummah

Segala puji bagi ALLAH kerana akhirnya seminar telah berlangsung dengan jayanya. Sebenarnya, ini kali pertama aku menyertai seminar sebegini rupa. Tidak rugi rasanya menghabiskan masa hampir seharian di Masjid Wilayah Persekutuan. Banyak input baru yang dapat ku kutip dari mutiara kata-mutiara kata yang keluar dari mulut para penceramah terutamanya perkara yang berkaitan dengan akidah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tapi kedengaran juga suara-suara sumbang yang menyatakan semakin pening pabila mendengar ceramah dari penceramah. Cadangan aku, kepada siapa yang mengalami perkara sedemikian, sila lah bertanyakan kepada yang pakar. Bagi pelajar CFS ni, boleh lah rujuk kepada Program Manager, Sayed Saufi atau Ustaz Muhadir untuk penjelasan lanjut. InsyaALLAH pening tu akan beransur hilang. Usahlah menyebarkan fitnah tentang seminar ini.

"Fitnah itu tidur, celakalah mereka yang mengejutkannya." (al-Hadith)

Yakinlah segala kata-kata penceramah pada hari tu, bukan sekadar tuduhan semata, tapi berdasarkan dalil dan nas yang kukuh. Noktah.

P/s:Syukran jazilan diucapkan kepada sahabat-sahabat terutamanya ex-SHAMS, Hafiz Izuddin dan Azri yang datang dari nun jauh dari utara bersama sahabat lama UTP, Syamil. Sesungguhnya tidak rugi seseorang yang jauh bermusafir untuk mendapatkan ilmu kerana kerana perkerjaan itu adalah suatu jihad. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rakaman seminar ni yang berharga RM6 (sekurang-kurangnya 5 keping jika dari luar CFS), sila lah hubungi 013-6280499.

SEKITAR PROGRAM
SEMINAR PEMBINAAN UMMAH
(7.FEB.09)



ANJURAN :



DENGAN KERJASAMA :


SABTU, 7 Februari 2009 bersamaan 12 صفر H 1430, bertempat di Dewan Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung PROGRAM SEMINAR PEMBINAAN UMMAH.



Seminar yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Che Mat Bin Che Deraman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendapat sambutan yang amat menggalakkkan daripada pelbagai peringkat masyarakat terutamanya golongan mahasiswa/wi IPTA dan IPTS dari seluruh pelusuk tanahair. Majlis turut diserikan dan dihangatkan lagi dengan kehadiran para penceramah jemputan yang ternyata begitu komited serta bersemangat dalam penyebaran Ilmu-ilmu Islam khususnya Aqidah. Selain dari itu para penceramah turut menerangkan serta memberi pengawasan terhadap beberapa ajaran songsang yang sebahagiannya semakin membarah dalam masyarakat seperti golongan Al-Wahhabiyah dan Syiah.

Program bermula seawal jam 8:30 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada Assoc. Prof. Dato' Dr. Syed Zahir Idid Syed Osman Idid, Dekan Pusat Asasi UIAM.

Sesi pembentangan kertas kerja pertama bermula kira-kira jam 10:00 pagi oleh penceramah sensasi Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin Al-Ghari. Berikut adalah sinopsis ringkas kertas kerja pertama :

Penceramah :
Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin Al-Ghari

Tajuk :
Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membanteras Penyelewengan Agama

No Telefon :
012 2465518

Blog :
www.al-ghari.blogspot.com

Kata-kata beliau yang mencuit hati antaranya :
" Bunga Bukan Sekuntum...Beruk Bukan Seekor !!!
... " Lu Fikirlah Sendiri !!! "

Isi Penting Kertas Kerja 1 :
Mahasiswa Muslim adalah kelompok Intelektual yang mampu bertindak sebagai mekanisma kawalan : antara tuntutan agama, dasar pemerintah dan keperluan ummat.

Selaku agen perubahan ummat, mahasiswa seharusnya memainkan peranan proaktif dlm semua lapangan. Terutamanya akidah, syariah & akhlak bagi memperkasakan tamadun. Namun, dimana qualitinya?

Sesi pembentangan kertas kerja kedua pula bermula kira-kira jam 11:30. Berikut adalah sinopsis ringkas kertas kerja kedua :


Penceramah :
Ustaz Hj. Mahfuz Hj. Muhammad

Tajuk :
Kesamaran Yang Perlu Dijelaskan Dalam Memahami Agama

No Telefon :
019 2206622

Blog :
www.al-subki.blogspot.com

Kata-kata beliau yang mencuit hati antaranya :
"Aku Punya Pasal Lah !!! "


Di Antara Isi Penting Kertas Kerja 2 :
  • KESESATAN GOLONGAN WAHHABI DALAM AQIDAH
  • Beliau Secara Jelas Mengkafirkan Golongan Wahhabi dan Al-Mujassimah Al-Musyabbihah Serta Tidak Sah solat Di Belakang Mereka )
  • KESESATAN GOLONGAN WAHHABI DALAM FIQH
  • PENJELASAN TERPERINCI ISU BID'AH
Kertas kerja ke 3 pula dibenrangkan pada jam 2:15 petang oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Hj. Mohd. Alwi. Sinopsis kertas kerja beliau adalah seperti berikut :


Penceramah :
Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Hj. Mohd. Alwi

Tajuk :
Pegangan Jitu Seorang Muslim

No Telefon :
019 9181278

Email : fa_him@hotmail.com

Kata-kata beliau yang mencuit hati antaranya :
" Konon-Kononntya !!! "

Di antara Isi Penting Kertas Kerja 3 :

1-KEPENTINGAN ILMU AGAMA
2- PENJELASAN AKIDAH DAN MEMAHAMI RUKUN IMAN
3- MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
4- PEGANGAN ‘ALLAH ADA TANPA TEMPAT’
(AYAT DAN HADIS MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT)
5- GOLONGAN YANG MURTAD DAN BERCANGGAH DENGAN AHLI SUNNAH
6- MEMAHAMI TAWASSUL, TABARRUK, BIDA’AH, ZIARAH KUBUR MUSLIM
7- PENGKAFIRAN TERHADAP AL MUSYABBIHAH AL MUJASSIMAH

Sebelah petang pula sejurus selepas solat asar bermulalah sesi suai kenal dan tausiyyah bersama Al-Mukarram Syeikh 'Afeefuddin Al-Jailani dan Al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin Al-Hamid.



Sesi malam pula dikhabarkan begitu meriah dan mendapat sambutan di mana ianya telah diisi dengan ceramah daripada Ustaz Muhammad Fuad Bin Kamaluddin Al-Maliki


Sekian, wassalam.

Sumber: Baca lagi

Promo: Seminar Pembinaan Ummah

PROGRAMME DETAILS SEMINAR PEMBINAAN UMMAH

TIME &ACTIVITIES

7.30 A.M.
Arrival of participants

7.45 A.M.
Arrival of speaker and VIPs
1. VIPs
- Mufti Wilayah Persekutuan
- Dean CFS IIUM
- Pengarah JAKIM
- Penaung Yayasan Sofa Negeri Sembilan
(Dato’ Syed Omar bin Abdul Qadir al-Aidrus)

8.15 A.M.
Opening remarks by Master of Ceremony
Al-Qur’an Recitation
Speech by Dato’ Syed Omar b. Abdul Qadir
Launching by Ketua Pengarah JAKIM
Multimedia Presentation

9.15 A.M.
Breakfast

9.45 A.M.
Talk 1
-Ust. Hj. Zamihan Hj Mat Zin
( Peranan Mahasiswa Dalam Memahami serta Membanteras Penyelewengan Agama dan Gejala Murtad )

10.45 A.M.
Break

11.00 A.M.
Talk 2
- Ust. Hj Mahfuz Bin Muhammad
( Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama )

12.45 A.M.
Lunch and Zuhr Prayer

2.00 P.M.
Talk 3
-Ust. Ahmad Faidzurrahim b. Haji Muhammad Alwi
( Pegangan Jitu Seorang Muslim )

3.15 P.M.
Break session

4.30 P.M.
“Sesi Suai Kenal bersama Ulama’ “
- Tausiyah by al-Mukarram Syeikh ‘Afeefuddin al-Jailani
-Tausiyah by al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid
- Special performance by Qasidah Group from Yayasan Jenderam



PROGRAMME DETAILS
SPECIAL TALK
مفاهيم يجب أن تصحح
(TOWARDS A BETTER UNDERSTANDING OF ISLAMIC FAITH)


7.45 p.m. : Arrival of participants, VIPs and speakers
1) VIPs
- Dean of CFSIIUM
- Deputy Dean of all departments
- Tuan Mohd. Shukor Bin Sabudin( Yang Di Pertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan )

2) Speaker
- Syeikh Muhammad Fuad b Kamaluddin al-Maliki

: Ratib Haddad Recitation-lead by al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid

8.15 p.m. : Opening Remarks by MC
Al-Qur’an Recitation

9.15 p.m. : Talk Begins

11.00 p.m. : Question & Answer Session

11.15 p.m. : Maulid Daiba’ie Recitation
-Lead by Qasidah Nabawiyyah As-Sofa Group

11.45 p.m : Disperse & Refreshment

Suara Mahasiswa Untuk Palestin

Sekarang ni, ketika kita di Malaysia masih dikurniakan nikmat keamanan, nikmat tidur di atas katil empuk, nikmat makan nasi berlaukkan ayam dan daging, nikmat berehat dan segala nikmat, sahabat-sahabat dan saudara-saudara seAQIDAH dengan kita pula di PALESTIN dilanda ujian. Segala nikmat yang mereka dapat telah digantikan dengan ujian. Andai kata kita diuji sedemikian, mampukah kita mengangkat senjata untuk memerangi Israel LAKNATULLAH? Setakat artikel ni di tulis kira-kira 800 orang syahid dan beribu-ribu orang cedera. Serangan kali ni memang tidak berperkemanusiaan. 1/3 daripada syuhada' adalah kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa.

Apakah reaksi kita? Adakah sekadar bermonolog, "Alahai..sian nguh ke budok-budok kecik.", "Jahak nok mapuh Israel ni.Pe Dajal". Cukup kah sekadar itu bantuan yang kita mampu berikan kepada saudara-saudara kita di sana? Bagi yang tidak mampu untuk berjuang bersama mujahid-mujahid di Palestin, doa lah yang menjadi medium utama kita untuk membantu mereka. Saban hari banyak mesej yang masuk, mengajak mendoakan kesejahteraan di Palestin, mendoakan kehancuran Israel dan mendoakan kemenangan Islam.

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat suatu kemungkaran maka hendaknya dia ubah dengan tangannya kemudian siapa yang tidak mampu maka dengan lisannya, siapa yang tidak mampu maka dengan hatinya.Itu adalah selemah-lemah iman”. -al-hadith-

Tanggal 09 Januari 2009, CFS, UIAM mencatatkan sejarah tersendiri. Satu Himpunan Raksasa untuk mengutuk pencerobohan dan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin telah dianjurkan oleh Foundation Students Coordination Council (FSCC) (baca:MPP Pusat Asasi) selepas solat Jumaat. Himpunan (baca:demostrasi) kali ni adalah yang kali ketiga dianjurkan oleh "adik-beradik" UIAM. Sebelum ni, himpunan sebegini telah dianjurkan oleh "abang Long" (baca:UIA Gombak) pada dan diikuti oleh "abang Ngah"(baca:UIA Kuantan) Himpunan kali ni disertai kira 1000 orang mahasiswa CFS dan turut disertai oleh para staff dan pensyarah.

Selang 2 hari kemudian, satu Talk bersama duta Palestin (baca:duta Fatah) di Malaysia telah dianjurkan oleh
CFS. Mahasiswa yang masih segar dengan kebencian yang meluap-meluap dan semangat menentang siapa saja yang menyokong Zionnis hasil daripada himpunan raksasa, mula menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu Palestin. Ketika Q&A Session banyak soalan yang ditujukan mengecam kerajaan Fatah yang masih berlembut dengan Israel. Duta yang terkejut dengan soalan yang diajukan oleh para mahasiswa. Jawapan yang diberikan langsung tidak menjawab soalan di samping nada jawapan menunjukkan kemarahan yang sukar dibendung. Sebelum duta di bawa ke tempat kudapan, wakil mahasiswa CFS telah menyerahkan memorandum kepada duta tersebut. Semoga usaha yang kecil dari mahasiswa CFS akan menyedarkan tali barut Zionis bahawa umat Islam tidak akan membiarkan segala usaha menghancurkan dan menindas saudara SeIslam.

Pada hari yang sama dengan himpunan raksasa, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) turut mengadakan satu demostrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Mesir. Mahasiswa dari seluruh negara bersolat Jumaat di Masjid As-Syakirin, KLCC. Usai solat Jumaat dan solat hajat untuk memohon kekuatan dan ketabahan untuk rakyat Palestin, seramai 3000 orang mahasiswa terus memulakan demostrasi. Perjalanan sejauh kira-kira 3KM langsung tidak menjadi satu alasan kepada mahasiswa menghayunkan langkah ke Kedutaan Mesir. Setelah tiba di sana kira-kira pukul 3.30 petang, wakil dari GAMIS berucap menceritakan keadaan di Palestin dan pendirian mahasiswa untuk mengecam serangan tersebut. Dalam ucapan tersebut, wakil GAMIS turut meminta kerjaan Mesir membuka sempadan Mesir untuk membenarkan bantuan perubatan diberikan kepada rakyat Palestin. Setelah memorandum diserhkan, semua mahasiswa bersurai secara aman.

Apa guna demostrasi? Bukan terjejas pun Israel. Takkan ada askar Israel yang mati (baca:mampus) pun bila kita adakan demostrasi. Bahkan sebutir peluru pun tidak kita gunakan. Kita hanya gunakan suara atau kata-kata untuk mengutuk tindakan kejam Israel tu sambil diselangi dengan kalimah agung, ALLAHUAKBAR!


Kalau kita perhatikan hadith yang tersebut di atas, demostrasi menepati hadith tersebut. Pabila kita berdemostrasi, kita menyuarakan kebencian kita, menyuarakan kemuakan kita, kepada sesuatu perkara terutamanya dalam isu Palestin. Berdasarkan hadith tu juga, kita boleh dikatakan berada tahap pertengahan iman. Lagipun, demostarsi tidak akan diadakan di dalam tempat yang beraircond, tempat yang mewah, tetapi diadakan di bawah terik bahang mentari. Semua peserta demostrasi akan merasai kepanasan dan penderitaan yang dialami oleh mujahid walaupun tidak adil untuk membandingkan kesukaran yang mereka hadapi kerana keperitan mereka alami dari segi mental dan fizikal jauh lebih parah dari kita bagaikan langit dengan bumi.
Walaubagaimanapun, demostrasi adalah salah satu bentuk dakwah untuk membangkitkan semangat Islam sejagat. Hal ni telah dibuktikan ketika Talk bersama duta di CFS tersebut.

Ya ALLAH! Bantulah saudara-saudara kami di Palestin dan di mana jua saudara-saudara kami ditindas. Semoga kemenangan dan kesejahteraan akan terus menerus bersama ISLAM.

Bujang Picnic

Alhamdulillah. Tatkala entry ditulis, aku baru balik dari rehlah (baca:Bujang Picnic) bersama-sama sahabat-sahabat di Hutan Lipur Sungai Kanching, Rawang. 2 hari 1 malam diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik yang juga insyaALLAH akan tetap menjadi memori terindah selagi hayat dikandung badan.

Seramai 25 orang bujang, bertolak dari UIA, PJ sejak awal pagi ke destinasi. Perjalanan yang
simple. Metrobus bernombor 12 membawa ke Central Market(CM) dan bas seterusnya terus membawa ke Rawang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Tapi, aku tidak perlu bersusah payah guna public. Aku naik kereta bersama roomate ku.

Semua bujang tiba di sana menjelang waktu Zuhur. Usai solat Zohor berjemaah, aktiviti pertama ialah
mandi air terjun bermula. Kami mendaki bukit untuk ke air terjun tingkat 4. Ubi kayu dan nyiur parut turut dibawa untuk menjadi santapan kami selepas mandi. Selepas 20 minit mendaki, tempat yang dituju dapat dijejaki. Tempat mandi yang agak kecil dan berbatu. Oleh sebab semangat nak mandi yang meluap-luap, semua itu(baca:mehnah tribulasi) tidak kami endahkan. Selepas mandi beberapa ketika, aku bersama 3 orang sahabat, sempat naik ke tingkat lebih atas. Hajat di hati nak naik ke tingkat yang paling atas. Namun hanya sempat naik ke tingkat 6 je. Tanpa dipinta, fikiranku terarah tentang keadaan di tingkat paling atas. Air dari atas bukit tidak henti-henti mengalir turun ke bawah. Adakah ada kolam takungan air yang besar di atas sana? Adakah hujan bukit kerap berlaku di atas sana? Subhanallah. Maha Suci ALLAH. Aku pun kurang periksa. Aku cuba kaitkan fenomena tersebut kepada yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Betapa ALLAH kurniakan banyak nikmat dan rahmat kepada hamba-hambanya walaupun tanpa dipinta. Ada rahmatNya yang kita dapat sedangkan kita tidak sempat berdoa untuk meminta. Alhamdulillah. Segala Puji bagi ALLAH. Kita tetap dikurniakan rahmat walaupun acap kali melakukan maksiat. Allahuakbar. ALLAH Maha Besar.

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

[35:2] Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa RAHMAT, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Setelah ubi kayu masuk ke dalam perut, kami turun ke bawah untuk teruskan aktiviti lain. Ba'da Asar, khemah di setup di tengah-tengah tempat berkelah. Di sebelah alur sungai. Sebanyak 5 khemah didirikan. Setiap ahli khemah di arahkan untuk membuat persembahan pada malamnya.

Selepas solat Maghrib dan Isyak berjemaah, agenda mengisi perut menjadi keutamaan. Menu utama adalah nasi goreng dan ayam BBQ. Sosej, otak-otak dan fish ball menjadi makanan sampingan. Kudapan lambat disiapkan kerana ada sedikit kesilapan teknikal. Maaf wahai sahabat. Kira-kira jam 2300, persembahan dimulakan. Dapat disimpulkan, sepanjang 2 jam persembahan dari 5 kumpulan, kebanyakan persembahan berkisar tentang masalah di kampus dan masalah global seperti isu Palestin.

Pagi esoknya, ada sedikit aktiviti riadhah. Permainan tradisional menjadi pilihan tapi tidak pasti apa nama komersialnya. Di negeri Darul Iman, ia lebih dikenali sebagai 'bola selipar'. Sebelum balik, kami naik ke air terjun tingkat 2 untuk mandi air terjun buat kali terakhir. Kawasan kali ni lebih live. Batu kurang dan air pun paras leher. Maka ramai lah sahabat-sahabat yang tunjukkan kehandalan di medan air. Selepas sarapan, khemah dikemas dan bersiap untuk pulang. Sebelum pulang ke kampus, kebanyakan turut sama pergi menyatakan ketidakpuasan hati kepada Israel laknatullah.

Secara konklusinya, aku rasa program sebegini memang banyak kebaikannya. Yang paling utama ialah ukhuwwah antara sahabat. Bila mana aktiviti dilakukan bersama, keserasian antara sahabat dapat ditingkatkan. Tapi di lain masa, aku harap lebih ramai sahabat yang dapat meluangkan masa untuk sertai program sebegini. Semoga 'Bujang Picnic' terus jadi kenangan kita bersama walaupun dah berada di Kuantan atau pun Gombak.

3 orang tiada dalam gambar. Snapped by Zulkarnain.