Showing posts with label Brethren 13. Show all posts
Showing posts with label Brethren 13. Show all posts

Kembara Ukhuwwah

Hujung minggu baru-baru ni, aku berjaya laksanakan 4 misi yang bermatlamatkan satu perkara yang sama iaitu UKHUWWAH dalam tempoh 24 jam. Seolah-olah sambil menyelam minum air, menangkap ikan dan makan ikan tersebut.Fuh.

Misi pertama
Singgah sebentar di CFS, PJ. Sempat jumpa beberapa orang junior. Sedih dan terkilan pabila mendengar cerita daripada Pak Cik Pian perihal student CFS sekarang ni. Semakin jauh dari landasan Islam sebenar. Berubahlah wahai adik-adik.

Misi kedua
Bilik 4.5 Mahallah Farouq di UIA Gombak menjadi bilik tumpangan kami. Sambutan dan layanan yang diberikan oleh warga Gombak memang superb. Pukul 2 pagi menggoreng nasi untuk tetamu. Terharu dibuatnya.

Misi ketiga (Misi utama)
Pagi-pagi lagi, kami dah bertolak ke Shah Alam dan tiba 30 minit lebih awal daripada pengantin. Kira-kira pukul 11.40 pagi, teman sebilikku telah sah menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah! Tahniah!

Selamat Pengantin Baru Aizat Azam & Syaheeda Azhar

Misi keempat
Dalam melaksanakan 3 misi utama, secara tidak langsung terlaksana misi keempat. Ukhuwwah antara 7 ahli kembara bertambah baik. Aku pernah terdengar dan terbaca statement, cara yang paling efektif untuk mewujudkan ukhuwwah adalah musafir bersama. Dan sekarang cara tersebut memang terbukti berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada junior di CFS kerana sudi meluangkan masa bersembang denganku. Kepada sahabat-sahabat di Gombak, terima kasih kerana sudi membenarkan kami bermalam. Terima kasih juga diucapkan kepada pemilik TAV 8411 kerana membenarkan kami menggunakan kereta untuk ke Shah Alam. Ampun turut dipinta kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat kutemui, kujumpa.

Moral of the story
Amatlah perlu untuk meraikan hari penting dalam hidup sahabat. Sebagai contoh ulang tahun kelahiran dan walimah. Dengan asbab sedemikian, ukhuwwah yang dibina dengan sahabat bertambah mekar dan kuat. Ini bukan teori atau fantasi semata tapi realiti kerana aku sendiri mengalaminya.

Ketika di CFS, budaya menyambut birthday di kalangan sahabat sangat ditekankan sehingga sampai satu tahap tertubuhnya 1 team khas untuk menguruskan hal ehwal sambutan birthday. Hasilnya aku dapat rasakan hubunganku dengan sahabat yang terlibat semakin rapat, makin akrab. Tidak percaya? Cuba sendiri. Nescaya anda akan dapat merasai natijahnya.


~Sekadar Contengan~

Jelajah 'Eidul Fitri

Penat dan letih tapi agak puas hati. Konklusi yang dapat aku buat sepanjang 2 minggu di bulan Syawal. Banyak rumah sahabat-sahabat yang sempat di ziarahi. Meskipun tidak semua. Semoga ukhuwwah yang terbina antara kita akan terus dan terus kekal hingga ke syurga. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH. InsyaALLAH.

Tidak berdaya aku coretkan segala yang berlaku. Gambar-gambar di bawah adalah summary jelajah selama 2 minggu. Tiada yang istimewa, cuma kenangan bagi diriku.

Akhir kalam, ampun maaf dipinta daripada tuan rumah andai kelakuan aku dan rakan-rakan sebagai tetamu agak terover (mapuh memapuh, pakoh memakoh) hinggakan mengguris perasaan tuan rumah. Halalkan segala makan minum.

Raya ke 2,3,4
"1,2,3,4......eh,bukan 5 ke?"
SHAMS

Raya ke-4
"acara tahunan di Kampung Laut"
BBQ Raya

Raya ke-5
"Cg Math & BM yang banyak membantuku"
SK Paloh

Raya ke-8
Brethren 13

Raya ke-15
UIA

"syukran jazilan sahabat"

~Sekadar Contengan~

Kegagalan Pertama

Kegagalan. Suatu perkara yang tidak diingini oleh semua orang. Jauh berbeza dengan kejayaan yang didambakan oleh setiap orang. Namun, kadang-kadang kegagalan juga perlu hadir dalam hidup untuk menambah pengalaman hidup.

22 Ogos 2009

137 orang pelajar 'menguarantinkan diri' setelah menghidap Severe Acute MINITEST Syndrome (SAMS). Bertungkus lumus mengkhatamkan bacaan nota yang berlambak-lambak. Menghadam dan menghafal point-point penting yang bertimbun-timbun. Letih.


5 September 2009

Keputusan yang dipaparkan amat mengejutkan. Tidak sampai separuh yang lulus. Juga agak ramai top student kecundang kepada sistem minus marking. Sistem yang tidak pernah didedahkan selama 2 tahun berada di matrik. Tempoh 80 minit untuk menjawab 40 soalan (200 soalan kecil) kurasakan mencabar.

Kepada yang berjaya, sekalung TAHNIAH diucapkan. Namun kepada yang kurang berjaya, terima kegagalan tersebut seadanya. Redho.

Bagaimana keputusanku? Seperti dijangka. FAIL. Tiada kejutan bagiku. Memang setimpal dengan usaha last minuteku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari KEIKHLASAN. Semoga kita tabah dan ditetapkan IMAN. Ingatlah, KESENANGAN bukanlah ganjaran dan KESUSAHAN bukanlah hukuman. Sama-samalah BERMUHASABAH DIRI"

~Sekadar Contengan~