Pelajar UTP maut kereta dinaiki bertembung di Gua Musang

[UPDATE]

GUA MUSANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, maut, manakala seorang lagi cedera parah, dan tiga yang lain mengalami kecederaan ringan selepas dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 48, Jalan Gua Musang-Lojing, pagi ini.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman, berkata Khairul Hakimi Ismail, 22, yang berasal dari Kampung Kepong, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira jam 11.30 pagi itu.

Beliau berkata rakan Khairul, Hazwan Arif, 22, mengalami kecederaan parah manakala dua lagi rakannya Khairulamin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar, kedua-duanya berumur 22 tahun, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, seorang lelaki berumur 40 tahun iaitu pemandu kereta yang bertembung dengan kereta pelajar itu turut mengalami kecederaan ringan.

Che Rusli berkata, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Khairulamin sedang dalam perjalanan dari Tronoh, Perak menuju Terengganu itu bertembung dengan sebuah kereta.

Beliau berkata, pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat Khairul Hakimi yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu dalam kejadian itu. - BERNAMA

Sumber
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku amat mengenali keempat-empat mangsa. Kero kimi ialah ex-classmate di SHAMS (batch SPM 2006) manakala Hazwan (patah paha kanan), Amin dan Azhar ialah ex-coursemate di UTP dulu (ChemE Jan 07).

Aku bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur 3 orang sahabatku. Mohon doa kalian supaya Allahyarham Kero Kimi ditempatkan bersama para solehin. Doakan juga Hazwan, Amin dan Azhar supaya diberi kesembuhan.

 Al-Fatihah buat sahabatku~

Seat Kero (bulatan merah)
Terbabas
Hazwan : Masih berbaju AMD
Patah tulang paha kanan
P/s: Credit to Sadruddin & Hanifi for the pictures.
 
~Sekadar Contengan~

0 orang berkata-kata: