Bila nak lancarkan blog kedua ni? Tak tau la bila tarikh yang sesuai.Kalau nak tunggu 1 Muharram 1431 lambat sangat rasanya. Nak tunggu 1 Januari 2010 lagi la lambat. Setelah fikir dengan mendalam, satu tarikh yang biasa bagi orang lain tapi amat istimewa bagi aku telah terpilih. Tanggal 19 Februari 2009, secara rasminya aku lancarkan blog baru aku ni.
Apa istimewanya tarikh tu? Bukan Raul Gonzalez Blanco lahir tarikh tu pun. Kalau nak kata sempena kesyahidan as-Syahid Imam Hassan Al-Banna, as-Syahid telah syahid pada 12 Februari. Sebenarnya, tarikh ni amat istimewa dalam hidup aku kerana 20 tahun yang lalu, seorang bayi yang comel lote dan kiut-miut (baca: si pemilik teratak) telah di lahirkan di dunia ini, secara spesifiknya di Hospital Besar Kuala Terengganu (baca nama baru: Hospital Sultanah Nur Zahirah). Sempena kepala umur aku dah bertukar dari nombor 1 kepada nombor 2, maka amat sesuai lah blog ni jadi teratak nombor dua aku.
Sebenarnya dah seminggu aku berjuang dan mencuri masa yang memang sedia ada sedikit untuk menyiapkan blog ni. Memang banyak mehnah tribulasi dalam menyiapkan blog ni. Almaklumlah sekarang ni aku berada di akhir-akhir semester tahun kedua dan insyaALLAH semester terakhir aku di CFS, UIAM ni. Dengan kuiz yang berlambak, assignment yang bertimbun dan silibus pelajaran yang tak habis-habis membataskan usaha aku untuk melancarkan blog ni lebih awal. Walaupun begitu, setinggi syukur aku panjatkan kepada Ya Rabbi kerana aku masih mampu menyudahkan blog ni.
Pasti ada sahabat tertanya-tanya tujuan aku jadi blogger? Adakah sekadar ikut sahabat yang ada blog, maka aku pun nak ada blog. Ataupun aku hanya nak cari publisiti murahan dengan membuat blog? Segala andaian tersebut kurang tepat. Blog ni aku wujudkan hanya untuk berkongsi sedikit pengalaman yang aku alami dan setitis ilmu yang aku ada. Pembawakan blog ni adalah sempoi sahaja selari dengan karakter diri aku, manusia biasa yang banyak kelemahan. Segala contengan yang terisi dalam blog ni adalah sekadar pandangan dari aku insan yang dhaif. Besar harapanku agar sahabat-sahabat dapat mengkritik, mengomen, menegur dan menasihati aku sekiranya kedapatan kekhilafan dalam tulisan aku di blog ni. Kepada sahabat-sahabat blogger yang ingin menglinkkan teratak aku ni, sila-sila kan lah. Fal yatafaddhol masykuuro.
Sempena ulang tahun kelahiran aku ke-20, aku berdoa semoga sentiasa mendapat lindungan rahmat dan keredhaan ALLAH. Semoga segala kerja aku dipermudah dan segala usaha dan amalan aku diterima ALLAH serta diistiqomah kan aku di jalan yang ALLAH redhai. InsyaALLAH aku akan cuba sedaya upaya untuk berubah dari kurang baik kepada lebih baik. Amin.
Menuju Wawasan
Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh x2
Umat zaman lampau
taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju
wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri
Penuh dada dengan ilmu
Wawasan agama
Bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan Anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib dihindari
P/s: Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua sahabat sahabiah yang mendoakan aku sempena pertambahan usiaku. Semoga tautan ukhuwwah antara kita sentiasa mekar hingga ke syurga yang hakiki. InsyaALLAH.