Bila susah tiada gelisah, Bila miskin SYUKUR pada Tuhan, Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan MENGINGATI ALLAH Jiwa kan menjadi TENANG
[MATI itu PASTI, HIDUP... insyaALLAH!]
Muhasabah
"Payah sekali melakukan kebaikan pada 4 tempat: 1. memberi maaf ketika marah 2. bersedekah ketika kesempitan 3. menjauhi perkara mungkar ketika seorang diri 4. berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong -Saidina Ali KW- "Beruntunglah sesiapa yang sibuk dengan ke'aiban dirinya berbanding ke'aiban orang lain"
"Carilah pengi'tirafan penghuni langit biarpun dihina seluruh makhluk di bumi." - al-Faqir Tokku
"Jangan sedikit pun kamu merasakan bahawa kamu lebih baik dari seseorang yang lain kerna hal yang sedemikian menjadikan kamu adalah orang paling HINA pada pandangan ALLAH."
"Jika kamu lupakan 2 perkara dan sentiasa ingat 2 perkara nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan hidup. LUPAKAN * Kebaikan kita kepada orang. * Keburukan orang kepada kita. SENTIASA INGAT * ALLAH. * Hari Akhirat."
Sedar tak sedar, dah hampir 2 tahun aku menuntut ilmu di bumi CFS ni. Semester 5 tahun ke-2 yang aku lalui ni akan jadi semester terakhir aku di sini. InsyaALLAH. Sekarang ni dah masuk fasa terakhir semester. Tiada meeting, tiada program, tiada movies, tiada games. Semua diboikot. Boikot kali ni bukan kerana benci sebagaimana kita boikot Israel dan Amerika laknatullah, tapi boikot kali ni semata-mata kerana untuk menyediakan kelengkapan yang lengkap untuk berperang. Senjata utama yang ada adalah ilmu di dalam jiwa yang dikutip sepanjang 4 bulan yang lalu. Jika mantap ilmu yang ada, maka peperangan kali ni akan dihadapi dengan mudah. Di samping senjata utama, senjata sampingan yang turut di bawa ialah pen, "kalam metek" (baca: mechanical pencil), "roba" (baca: pemadam) dan pembaris.Di seberang sana, musuh yang akan dihadapi, tidaklah banyak. Cuma 6 "gerombolan" kertas sahaja. Apa yang menjadi kekangan sekarang ni tempoh "peperangan" amatlah singkat. Daripada 11 hari yang dirancang, aku dipaksa untuk mendapatkan kemenangan mutlak ke atas musuh dalam tempoh 6 hari termasuk 1 hari "berehat". Mampukah aku menjadi jaguh dalam "peperangan" ini?
"Peperangan" yang aku maksudkan ialah final semester examination. Bagi aku, jadual exam kali ni amat mencabar. Tidak pernah kualami keadaan sebegini rupa sepanjang aku menduduki final exam di bumi CFS.
23 Februari 2009 - English for Academic Purposes
24 Februari 2009 - Basic Themes of al-Quran
26 Februari 2009 - Biology Lab II
27 Februari 2009 - Chemistry Lab dan Mathematics II
28 Februari 2009 - Biology III
Fuh! Lihatlah betapa mantapnya jadual examku. 1 atau 2 subjek sehari kecuali 25 Februari 2009. Memang exam kali ni berjaya menyeksa jiwa dan ragaku. Jadual kali ni betul-betul mahu menguji kemampuan ku dari segi mental dan fizikal. Segala kepakaran dan kemahiran ku dalam skill study last minutes langsung tak dapat digunakan. Tidak dapat tidak aku mesti mengkhatamkan ulangkaji sebelum paper pertama bermula. Walaubagaimana pun, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan jadikan sesuatu dengan sia-sia. Aku yakin dan percaya pasti ada hikmah di sebalik jadual yang diluar dugaan ini. InsyaALLAH.
Sebelum "peperangan" berlangsung, hanya satu yang aku harapkan. Harapnya semoga ibu bapa ku, adik beradik ku, sahabat sahabiah dan sesiapa yang mengenali aku dapat doakan agar aku dipermudahkan dalam menempuhi semua ni dan dijauhi dari hijab ketika berperang. Kepada lecturers, halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada aku yang dhoif ini. Ampunkan segala dosa ku yang pernah aku lakukan terhadap kalian semua. Wassalam.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment