Pilihlah dengan Bijak

Hidup ni menuntut kita sentiasa memilih dan membuat keputusan. Keputusan yang perlu diputuskan adalah dari sekecil-kecil hal seperti "Perlukah aku bermain PES petang ini?" hinggalah kepada sebesar-besar perkara sebagai contoh "Sanggup ke aku berjihad bersama-sama saudara kita di bumi berdarah Palestina?".

Bila mana kita berada dalam dilema untuk memilih, jalan yang terbaik adalah meminta bantuan daripada Allah dengan menunaikan SOLAT ISTIKHARAH. Kita perlu beristikharah kerana kita tahu bahawa ilmu Allah amatlah luas jika dibandingkan dengan ilmu kita yang hanyalah diumpamakan seperti setitis air di lautan yang luas.

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu.”

Allah juga lebih mengetahui apa yang terbaik bagi diri kita kerana ALLAH, pencipta kita mengetahui selok belok diri kita secara terperinci. Pencipta sesuatu sebagai adalah pakar kepada apa yang diciptanya. Sebagai contoh jurutera kereta. Kelebihan dan kekurangan sesebuah kereta pasti diketahui jurutera yang menciptakan kereta tersebut. Begitu juga pencipta kita, ALLAH mengetahui segala kelebihan dan kekurangan pada diri kita.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al-Baqarah 2:216).

Setelah beristiharah kita akan bermimpi sesuatu yang berkaitan dengan perkara yang perlu kita pilih. Jika tidak bermimpi, Allah akan membuka jalan dengan memudahkan kita mencapai pilihan yang terbaik bagi diri kita. Sekiranya tiada tanda sedemikian yang berlaku, nescaya ikutlah gerak hati. InsyaALLAH itulah pilihan terbaik yang Allah kurniakan kepada kita.

Baru sebentar tadi aku membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Ini adalah keputusan besar yang kedua yang pernah aku buat dalam hidup setelah keputusan untuk mengangkat kaki dari bumi Tronoh 2 tahun yang lalu. Keputusan kali ini adalah penentu masa depan aku. Aku berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga keputusan ku ini adalah yang terbaik bagi diri aku yang dhaif ini. InsyaALLAH. Amin...

P/s: Kepada penduduk di 3 kawasan panas, Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) dan DUN Batang Air (Sarawak), berilah sokongan kalian kepada calon berjiwa rakyat yang rela berkorban diri demi kesejahteraan rakyat bukan yang rela mengorbankan rakyat untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Aku Cinta Padamu

Bulan Rabiul Awal yang mulia hampir melabuhkan tirainya. Bulan yang mana lahirnya seorang insan agung sebagai pesuruh Allah di muka bumi Allah ini. Kita sebagai ummat Rasulullah SAW patut sentiasa melahirkan perasaan kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW pada setiap saat dan setiap detik. Telah termaktub dalam sejarah bahawa ketika saat kewafatan Rasulullah SAW, lidah baginda masih basah menyebut "ummati, ummati". Lihatlah. Betapa kasihnya Rasulullah SAW terhadap kita. Tika saat sakaratul maut pun masih ingat akan ummatnya. Kita pula bagaimana? Adakah kita mengasihi Rasulullah SAW sebagaimana baginda mengasihi kita? Adakah kita sentiasa berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Pada 28-29 Rabiul Awal 1430H bersamaan 25-26 Mac 2009 aku berkesempatan menyertai Majlis Silaturrahim Pondok SeMalaysia & Sambutan Maulidurrasul 1430H bertempat di Madrasah Darul Muhajirin Bukit Jong, Kuala Terengganu. Aku berasa cukup bertuah dan bersyukur kerana daripada berjuta-juta umat Islam di Malaysia, aku antara hamba yang terpilih oleh Allah untuk berkumpul di suatu majlis yang bertujuan untuk menyatakan mahabbah dan kecintaan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Majlis kali ni turut disertai para ulama' yang menyampaikan pengajian, tazkirah dan tausiyyah seperti Ustaz Ahmad Fahmi Zam-Zam, al-Habib Syed Ahmad al-Hadi (Maghribi) dan Ustaz Tengku Muhd Fauzi (Singapura). Pelbagai qasidah memuji Rasulullah turut dialunkan oleh pelajar-pelajar dari madrasah seluruh negeri Terengganu untuk menyemarakkan lagi kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

Tausiyyah penutup bertajuk "Katakan Kecintaanku Hanya Pada Rasulullah" telah disampaikan oleh Ustaz Tengku Mohd Fauzi Tengku Mahis Jumaat amat terkesan di hati.


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya."
(Surah al-Ahzab 33:56)

Allah telah memerintahkan seluruh umat Islam untuk berselawat dan mengucapkan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW. Bila mana sahabat bertanya kepada Rasulullah, bagaimana cara untuk berselawat kepada baginda. Rasulullah SAW mengajarkan cara berselawat sebagaimana yang biasa kita baca di dalam solat ketika tahiyyat. Lafaz selawat yang diajar oleh baginda, meminta ALLAH SWT berselawat ke atas Rasulullah SAW. Lihatlah betapa agungnya Rasulullah SAW sehingga kita tidak mampu untuk berselawat ke atas baginda sebaliknya memohon ALLAH berselawat kerana hanya ALLAH yang mampu berselawat ke atas insan semulia baginda.

“Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekalian manusia.” (al-Hadith).


Kembali ke UTP

Tanggal 11 Mac 2009, bermulalah cuti semester ku secara rasmi. Meskipun final exam dah berakhir pada 28 Februari 2009 yang lalu, beberapa kerja yang menuntut pengorbananku menagguhkan cutiku. Aktiviti pertama aku sempena cuti panjang adalah melawat Universiti Teknologi Petronas (UTP), universiti pertamaku. Kunjungan kali ni adalah kali keempat aku ke sana setelah kali pertama aku menjejakkan kaki di UTP ketika menghantar kakakku menghadiri Educamp, seterusnya ketika berada tingkatan 4 ketika mengikuti lawatan kelas 4a3 dan kunjungan terakhir selama beberapa bulan ketika aku menjadi UTPian.

Kira-kira pukul 8.30 malam, aku tiba di UTP setelah kira-kira 2 tahun meninggalkan UTP secara rasmi. Kemasukanku ke UTP secara illegal dipermudahkan oleh ALLAH. Setibanya di sana, aku bergegas ke Multi Purpose Hall (MPH) untuk merasai sendiri kemeriahan Malam Inspirasi Seni (MIS) sempena Heart 4 Islam (H4I). 6 group nasyid membuat persembahan pada malam tu. Persembahan yang aku ternanti-nantikan adalah group Gen20 yang kesemua ahli kumpulannya aku kenali kerana semuanya adalah pelajar batch January intake 2007.

Malam kedua aku di UTP diisi dengan meluangkan masa mengikuti forum yang bertajuk "Umum Tahu Tapi Kebenaran Tak Terungkap" yang berkaitan halal haram di undercroft. Wakil dari HPA, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dijemput menjadi panelis sambil Imam Masjid An-Nur, Ustaz Rahmat sebagai moderator. Wakil HPA menegaskan bahawa seluruh umat Islam perlu support sepenuhnya segala usaha untuk memajukan industri halal di negara kita. Kesatuan umat Islam mampu menyebabkan impak yang besar dalam mewujudkan industri makanan halal di negara kita. Wakil JAIP pula mendedahkan bahawa penguatkuasa agama tidak mempunyai kuasa untuk bertindak apabila mendapat laporan daripada orang awam sekiranya tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri. Menurut wakil CAP, protein dari rambut digunakan dalam proses menghasilkan pizza. Beliau juga menyeru umat Islam agar tidak makan makanan yang diragui penyediaannya seperti pizza, sosej dan sebagainya.

Hari terakhir aku di UTP terisi dengan menyertai futsal tournament. Aku menjadi bidan terjun bagi team Awok Chemi. Team Awok Chemi di bentuk dari formula 7+1 bermaksud 7 UTPians dan 1 ex-UTPian. Setelah berpenat lelah selama 4 jam bermula dari pukul 10 pagi, akhirnya Awok Chemi mendapat tempat ke 4. Di peringkat kumpulan, Awok Chemi menang 1 dan tewas 2 perlawanan. Di suku akhir, kami membelasah team The Pundits 3-0. Namun, kami tewas perlawanan separuh akhir kepada Avatar dengan keputusan 3-0. Penentuan tempat ketiga dan keempat, sekali lagi kami tewas tipis dengan keputusan 1-0 kepada Arab Home Land. Tournament ni memakbulkan doaku untuk bermain di samping sahabat-sahabat lama sebagaimana 2 tahun yang lalu.

Team Awok Chemi : Hafiz Micro, Mayak, Dharveen, Amin, Jahar, Pok Jak & Aik. (Snapped by Nijel)


Tidak dapat dinafikan kunjunganku ke UTP kali ni mengubat rindu di hatiku. Hampir 80% sahabat yang aku kenal sewaktu menjadi UTPian dulu sempat aku temui. Segala Puji Bagi ALLAH kerana aku masih ingat akan wajah dan nama kebanyakan sahabat dan rata-rata daripada mereka masih mengingatiku. Semoga ukhuwwah yang terbina akan terus kekal hingga ke syurga.InsyaALLAH.

"Maksudku dgn ukhuwwah adalah:-
HATI-HATI n RUH-RUH terikat dgn ikatan akidah.Ikatan akidah adalah ikatan yg palig kukuh n mahal.Persaudaraan sebenar adalah persaudaraan IMAN n perpecahan itu membawa kpd KEKUFURAN.Kekuatan yg pertama bg kita adalah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa KASIH SAYANG. Kasih sayang yg paling rendah adalah BERLAPANG DADA n yg paling tinggi adalah martabat ITHAR (melebihkan saudaranya dr dirinya sendiri)"
(Imam Hassan al-Banna)

Ps: Setinggi penghargaan aku ucapkan kepada pasangan roomate, Amin dan Jahar kerana sudi menjemput aku di Medan Gopeng dan membenarkan aku bermastautin di bilik kalian selama 3 hari 3 malam. Segala jasa kalian amat kuhargai. Semoga kalian berdua sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat ALLAH.