10 Subjek SPM
Baru-baru ni Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan format baru bagi SPM yang mana pelajar hanya dibenarkan mengambil 10 subjek (11 subjek bagi pelajar sekolah agama) bermula tahun 2010.
Rasional pengehadan ini adalah untuk membolehkan pelajar tidak terlalu sibuk belajar sahaja. Setiap subjek tambahan yang diambil menuntut pelajar untuk berkorban dari segi wang, tenaga dan masa. Andai subjek dihadkan, masa, tenaga, wang boleh digunakan untuk aktiviti yang tidak kurang pentingnya seperti berpersatuan dan bersosial. Selain itu, subjek yang sedikit membolehkan pelajar meluangkan lebih masa untuk mendalami subjek-subjek yang diambil.
Jika ditanya pandangan aku mengenai isu ini, kurang bersetuju menjadi jawapanku. Format lama SPM mewajibkan pelajar mengambil 6 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam @ Moral dan Sejarah.
Pelaksanaan format baru bakal mengurangkan subjek teras daripada 6 subjek kepada 4 subjek. Pada fikiran pembaca, subjek manakah bakal digugurkan? Pada pandangan aku, 2 subjek yang mempunyai harapan cerah untuk digugurkan dari senarai subjek teras ialah Pendidikan Islam @ Moral dan Sejarah. Andai semua ini berlaku usah terkejut jika perlakuan remaja 5 tahun mendatang adalah 10 kali lebih teruk daripada keadaan pada hari ini kerana remaja yang akan dilahirkan dari sistem pendidikan yang kekurangan akhlak dan tidak mengetahui sejarah negara sendiri.
"Seseorang/Sesebuah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah, akan didera dengan melakukan kesilapan yang sama berulang kali"
[George Santayana]
[George Santayana]
Namun, di sebalik ketidaksetujuan aku tentang perkara ini, aku mungkin setuju dengan idea pengehadan ini andai bilangan subjek ditambah. Bagi aku pengehadan kepada 15 subjek lebih rasional. Tanpa diubah 6 subjek teras, masih ada 9 subjek elektif boleh dipilih. Para pelajar masih boleh menambah subjek yang ingin diambil.
Kerajaan Perpaduan
Idea kerajaan perpaduan telah diutarakan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), TG Dato Seri Haji Hadi Awang. Sekadar idea tanpa penerangan terperinci. Aku percaya Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh TG Haji Hadi mempunyai kebaikan kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada umat Islam. Namun, secara jujur aku mengaku hingga ke saat ini aku masih blur berkenaan Kerajaan Perpaduan.
Idea Kerajaan Perpaduan mencetuskan perselisihan pendapat di kalangan pimpinan tertinggi PAS, TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Aku sedih. Ada yang sanggup menempelak, mencerca, menghina kedua-dua TG. Sedarlah sahabat. Mereka itu ulama. Kalau dibandingkan dengan diri kita, bagai langit dengan bumi. Walaupun berbeza pendapat jagalah adab. Jangn bersu'u adab dengan ulama kerana merekalah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai pewaris nabi.
Kerajaan Perpaduan
Idea kerajaan perpaduan telah diutarakan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), TG Dato Seri Haji Hadi Awang. Sekadar idea tanpa penerangan terperinci. Aku percaya Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh TG Haji Hadi mempunyai kebaikan kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada umat Islam. Namun, secara jujur aku mengaku hingga ke saat ini aku masih blur berkenaan Kerajaan Perpaduan.
Idea Kerajaan Perpaduan mencetuskan perselisihan pendapat di kalangan pimpinan tertinggi PAS, TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Aku sedih. Ada yang sanggup menempelak, mencerca, menghina kedua-dua TG. Sedarlah sahabat. Mereka itu ulama. Kalau dibandingkan dengan diri kita, bagai langit dengan bumi. Walaupun berbeza pendapat jagalah adab. Jangn bersu'u adab dengan ulama kerana merekalah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai pewaris nabi.
"Bukan dari (akhlak) golongan kami orang yang tidak memuliakan orang yang tua (dari segi umur, ilmu, makrifat dan kedudukan), tidak menyayangi yang kecil dan tidak menyuruh yang makruf serta mencegah yang mungkar" [Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Hibban]
Alhamdulillah. Akhirnya perselisihan telah diselesaikan secara baik. Inilah kelebihan hati-hati manusia yang telah terikat dengan ikatan aqidah yang sama. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Tiada sengketa berpanjangan. Tiada masalah tanpa penyelesaian. Isu Kerajaan Perpaduan turut berkubur. Noktah.
P/s: Doakan semoga perjalanan Program Reaching 4 The Needy (Cambodia'09) bermula 2-9 Julai 2009 berjalan lancar.
~Sekadar Contengan~
7 orang berkata-kata:
ulasan yg mantap...
sal kerajaan perpaduan tu, aku sebenarnya tidak begitu setuju dengan cara pimpinan PAS menghebohkan-hebohkan isu ini..
aku hairan mengapa benda yang tidak diputuskan dalam muktamar dan juga tidak dibincangkan dalam parti diheboh-hebohkan sebegitu rupa...sehinggakan ahli di bawah tercengang-cengang..
pastu mula la nak fikir bukan-bukan sampai kecoh satu malaysia..pertemuan sulit dengan UMNO la..boneka UMNO la..Task Force 2010 la..
Mungkin pimpinan PAS perlu lebih bijak berpolitik selepas ini. Jangan biarkan ahli di bawah memandang serong kepada anda..
sbnarny bkan pimpinan2 pas yg mngheboh2kn isu ini,sbaliknya adlh media2 UMNO-utusan,tv3 dan sbgnya...
Jika dperhatikan,isu krajaan ppaduan lgsg tdak dkemukakn dlm ucapan dsar presiden,tp hnya dsentuh dlm sdg media slps itu...
Media2 UMNO yg slama ini mmg trtunggu2 isu yg mmpu mmecah belahkn PAS,tnpa brlengah trus mmutar belitkn fakta antranya dgn mgatakan krajaan ppaduan ini adlh pnggabungan antra PAS dan UMNO...
Hal ini mmg mgelirukan dan mnimbulkan kmarahan rkyat khususnya pyokong2 PAS shingga munculnya istilah pro-TGNA dan pro-TGHH....
Namun,hsil kmatangan dan kbijaksanaan pimpinan2 PAS sndiri,mslh ini dpt dselesaikan dgn baik skli...
Mgkin pimpinan2 PAS prlu lbih bijak dan brhati2 dlm mnjwb2 soalan2 wrtawan khususnya dr media2 umno...
irsyad:
sebagaimana yang uzair jawab tu, bukan pimpinan yang hebohkan, sebaliknya media. media arus perdana memang sejak dahulu lagi suka putar belitkan fakta sampai semua idea pembangkang nampak teruk dan idea kerajaan nampak mantap.
uzair:
aku amat-amat setuju dengan pendapat ni. setelah sekian lama berusaha, akhirnya media berjaya mencipta isu yang menyebabkan sedikit pergeseran dalam PAS. pendek kata, ramai penyokong dan pendokong PAS telah terperangkap dalm isu ciptaan media. jadi, berwaspadalah dalam sesuatu isu dan dapatkan info daripada sumber yang sohih pada masa mendatang.
media mang suke memutarbelitkan fakta...
tp disini ada sedikit persoalan yg tidak terjawab..
1. dulu pernah belaku pertemuan gelap antara individu dalm PAS n UMNO..
http://penarikbeca.blogspot.com/2008/07/main-belakang.html
mengapa pertemuan ini dirahsiakan?
2. Isu kerajaan perpaduan memang mainan media. Tapi jangan nafikan bahawa idea itu tetap direstui oleh segelintir individu dalam PAS. Masakan ust nasharuddin dan konco-konco nya begitu beria-ia mahu benda ini direalisasikan sedangkan di satu pihak lagi (nik aziz) begitu keras menentang. Ini semua orang boleh nampak.
3. perjuangan PAS utk Islam ke untuk MELAYU?
Salam,
Tahniah sued. penulisan yang baik
bkongsi pandangan,
harus dibezakan antara bangsa Melayu dan ummat Melayu.
Bangsa melebihkan sentimen nasionalis, sedangkan ummat mengambil intipati al-Quran sebagai pelengkap kekuatan bangsa. Melayu akhirnya menjadi ummat, bersatu di atas kalimah tauhid bersama-sama bangsa lain.
PAS selaku parti Islam yang fitrahnya adalah dakwah dan tarbiyah, pasti tidak mahu mengorbankan umat Melayu. Memang kita tidak lari. Jika tidak, buat apa PAS konsisten dalam perjuangan PPSMI.
Ahli-ahli PAS seharusnya kritis dan terbuka dalam pemikiran. PAS bukan parti yang menyempitkan pemikiran. Kadangkala siasah nampak celaru, tapi hakikatnya itulah strategi.
Seburuk-buruk UMNO, jangan lupa saki-baki dalam PR. Pas mesti sentiasa wasapada.
tq
time kaseh hazimin kerana penjelasan itu...
"Seburuk-buruk UMNO, jangan lupa saki-baki dalam PR. Pas mesti sentiasa wasapada."
aku suke ayat nih...
waspada itu perlu..betol..
tapi perlukah kita menaruh harapan kepada parti melayu yang suda terang2 menolak Islam dari dulu lg..yang penuh dgn korupsi, salah guna kuasa...
Mengapa tidak kita mencuba sesuatu yang baru? mungkin itu lebih baek..
Ikotlah keputusan MUKTAMAR kerana ianya telah dipersetujui oleh pimpinan...
takbirr!!!!allahuakbar..mum mmg hebat lenim dee..buless doh jadik wakil dun wakaf pelam gati wahed dut..aku rase...hehe2..relax ar dee..gura..huhu2..dee add la aku sembang2 Malakian.Serj@yahoo.com..buless kiter sembang2 agi..kay..member mum koloss paloh..yakin..
Post a Comment