Sejarah Pasti Berulang

10 tahun bukan satu tempoh yang pendek. Jika seorang insan baru dilahirkan 10 tahun dahulu, nescaya sekarang insan tersebut sudah boleh mengaji al-Quran, membaca, mengira, bercakap bahkan juga mungkin sudah mampu memberi khutbah atau pun berpidato. :D

Alkisah 10 tahun dahulu, seorang kanak-kanak ribena tidak berpeluang untuk bersama-sama ribuan penyokong (bukan penonton) yang memuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Beliau yang baru sahaja menduduki UPSR tidak mendapat keizinan daripada mak ayahnya untuk menempuhi perjalanan sejauh selama 7 jam dari kampung yang permai ke ibu kota yang hiruk pikuk dengan merentasi Banjaran Titiwangsa. Akhirnya, kanak-kanak tersebut hanya menjadi penyokong di hadapan kaca TV bersama keluarganya yang tercinta.

Setelah 10 tahun berlalu, kanak-kanak ribena semakin membesar dan membesar dan menjadi seorang remaja. Remaja yang sudah mampu membawa diri untuk kemana-mana sahaja dengan izin Allah SWT. Beliau bertekad untuk menjadi salah seorang daripada penyokong yang bakal membentuk lautan hitam putih di SNBJ. InsyaAllah. 

Sebelum sepak mula final Piala FA 2011, tontonilah aksi bersejarah dan rasai sendiri debaran ketika Final Piala Malaysia 2001 di antara Sang Penyu dan Si Seladang.




Preview Final Piala FA 2011


Final impian yang aku idam-idamkan tahun lalu (rujuk sini) menjadi kenyataan. Dua pasukan berjiran yang yang juga musuh tradisi sejak zaman semi pro lagi bakal bertemu buat pertama kali di pentas final. Biarpun "prafinal" Liga Super 3 hari lalu berkesudahan Terengganu tewas 0-3, aku tetap yakin Terengganu mampu membalas dendam Sabtu ni.

1st XI
Peteh Tranung Peteh!
# Semarak Darul Iman, Sokongan Sepanjang Zaman #
 
~Sekadar Contengan~

4 orang berkata-kata:

Anonymous said...

nak curi gambar penyu tu leh?

'Eid Benyusof said...

jgn curi.. dop baik.. kn kene potong tgn payah plk.. kalu nak, amek je.. :D

shahira ismail said...

allah suaidi haha kt baru la nak gelak guling2 igtkan budak umo 12 thn yang skg umo 22 slps 10 thn dulu semangt no nk tgk perlawan cerita kura2 kat stadium.

haha dalam hati kt sblm baca perenggn seterusnya
"huyo suaidi semangt betol dari kecik pasang cita2 nk tgk pertndgn cerita kura2 kat std bkt jalil,pertndgn cerita kura2 je kot haha"

haha upnya bola(adui hahaha)ok berbaloi la pasang cita2.haha tahniah!mabrook!XD

'Eid Benyusof said...

hoho.. brani gelak eh.. lame kot tunggu.. 10 tahun tu.. bkn cerita kura2 tp cerita penyu la..

kt bkt jalil je blh tgk penyu gigit kijang.haha..