Sekadar berkongsi sajak yang dipetik dari buku Bisikan Sirr Siri 1 (2009). Buku tazkirah yang mampu menyedarkan diri tatkala diri kita leka, alpa dan lalai daripada mengingati Allah SWT. Dengan bersaiz poket, buku ni boleh dibawa dan dibaca di mana-mana sahaja.
Wahai Tuhanku
aku cuba mencintaiMu
tapi tak terasa juga
aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa
aku fikir-fikir segala nikmatMu
aku kenang-kenang rahmatMu
aku nampak kemurahanMu
atas nama Tuhan aku akur...
Namun aku belum jatuh hati juga padaMu
aku susah hati, aku selalu sedih
mengapa terjadi bergitu
mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
sedang aku tahu
aku akui nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung, tak mungkin terhitung
Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu
hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensuci dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka merintih kepadaMu
mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
merasa Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah jantung hati mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! kerasnya hatiku
hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar taufik, hidayah dan inayahMu
Bahagia dan bertuahlah mereka yang dikurniakan kecintaan kepadaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah
Namun...aku tidak akan putus asa
akan kucuba lagi selagi ada nyawa walau
di hujung nafas yang bakal tiba...
al-faqir ilAllah
Hj Ibrahim Mohamad
Untuk review Bisikan Sir Siri 2 (Mei 2010), sila tekan sini.
P/s: Kepada sahabat-sahabat di Kuantan yang ingin memiliki buku ni, bolehlah tinggalkan mesej di blog, FB atau YM.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment