Cinta dan Kasih

Semacam satu kewajipan. Weekend usai minitest, pasti aku akan lenyap dari Indera Mahkota 2. Destinasi yang dituju tidak lain tidak bukan iaitu Kampung Paloh tercinta. Konon-konon nak refresh balik diri untuk menghadapi separuh terakhir blok.

Cuti kali ni aku sempat berCINTA dan berKASIH dengan 2 buah buku. Buku-buku yang dah lama menjadi koleksi merayu-rayu untuk dibaca. Aku tak sanggup menghampakan buku-buku tu. Jadi, 3 hari suntuk aku berusaha mengkhatamkannya. Bagi peminat RAM, memang patut Cinta Sufi menjadi koleksi terbaru anda. Denyut Kasih Medik pula wajib dibaca oleh sahabat-sahabat yang bakal bergelar seorang doktor Muslim suatu hari nanti. Buku ini dapat memberikan gambaran tentang cabaran yang bakal dihadapi ketika HO.



Cinta Sufi - Ramlee Awang Murshid (RAM)
 

PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI merupakan sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Komentar

Dakwah dalam novel thriller. Sesuatu yang baru bagi aku.

Adakah masih ada sambungan bagi novel ni? Berdasarkan epilog, jawapannya adalah YA!

Fragmen novel Cinta Sufi (klik sini)

p/s: Tidak sabar menantikan Rayyan Fantasi - karya RAM yang seterusnya

Denyut Kasih Medik - Dr Farhan Hadi b Mohd Taib

Sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelardoktor pelatih (houseman). Turut diceritakan suka duka yang perlu dihadapi sepanjang menjadi HO di 5 wad yang berbeza iaitu ortopedik, perubatan am, obstetrik, gynaecology dan pediatrik. Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat seperti berkenaan Clexane yang dibuat dari protein babi, pembedahan cleft palate, kepercayaan karut terhadap tangkal dan mengabaikan solat ketika berada di wad. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita (berkenaan air selusuh yang sering diberikan kepada wanita hamil dan darah istihadhah) dan fiqh cinta (bagaimana prosedur untuk mewujudkan baitul muslim). Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina.

"Dia akan mencatat segala ilmu yang dicurahkan dengan teliti. Baginya, ilmu-ilmu itu bagaikan binatang liar yang mudah lari jika tidak diikat dengan tali khas iaitu buku catitan."


"Alhamdulillah, pakcik sangat gembira tengok orang Islam jadi doktor. Kamu kerjalah elok-elok ya. Kerja dengan amanah. Setiap kerja yang kita lakukan akan disoal oleh Allah SWT. Pak cik tahu kerja doktor ni sangat sibuk, tak ada masa sangat nak baca Quran dan pergi masjid. Yang penting hati kita kena selalu ingat kat Allah. Kerja doktor ni, jalan ke syurga jelas sebab banyak tolong orang," nasihat yang menyegarkan iman.


"Bisa sungguh penangan cinta monyet! Nyawa sanggup dikorban untuk keseronokan sesaat cuma. Semakin ramai remaja yang gagal mengenal fungsi nyawa yang Allah amanahkan. Ia adalah untuk beribadat bukan untuk bermaksiat. Ternyata, banyak keburukan yang dicetuskan oleh cinta yang tidak berlandaskan syariat. Apabila mendamba cinta manusia, itulah akibatnya. Namun jika cinta Allah yang didamba, hidup akan terasa bermakna dan hati turut berasa bahagia dengan cinta halal sesama hambaNya. Cinta Allahlah cinta hakiki."


~Sekadar Contengan~

0 orang berkata-kata: