Tahun baru, 2011 baru memasuki hari ke 14. Masih segar dengan azam baru yang dilafazkan pada malam tahun baru. Segala macam azam terpasak teguh di dalam di jiwa,wajib dilaksanakan dan dilunaskan dalam tempoh 351 hari yang masih berbaki. Yanng pasti, rata-rata berazam untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik berbanding tahun lepas.
“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang BERUNTUNG. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang RUGI. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang CELAKA” [Mafhum Hadith]
Namun, berita yang dipaparkan di Berita Harian (Sumber) baru-baru ni amat mengejutkan. Minggu pertama 2011 telah diisi dengan perbuatan yang teramat kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak mampu diterima oleh akal yang waras. (Sedangkan babun yang tidak berakal pun menyayangi anaknya). Perbuatan mereka menunjukkan seolah-olah mereka memasang azam tahun baru yang pelik iaitu untuk menjadi lebih teruk dan celaka berbanding tahun lepas. Nauzubillah!
Realitinya, sekurang-kurangnya seorang bayi yang tidak berdosa dibuang dalam tempoh 24 jam. Itu setakat yang dilaporkan sahaja. Bagaimana dengan kes yang tidak dilaporkan? Cukup ngeri untuk membayangkan apa yang mungkin berlaku dalam tempoh 51 minggu dalam tahun 2011 yang masih berbaki.
-----------------------------------------------------------
7 kes buang bayi seminggu
Kempen kesedaran dipertingkat cegah gejala negatif menular
KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh seminggu memasuki tahun baru, sudah tujuh kes pembuangan bayi dicatatkan di seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Katanya, kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala terbabit daripada berlarutan.
“Kerajaan komited membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera. Apabila kempen ini diperkenalkan, kita dapati jumlah kes berkurang dan tahun ini angkanya agak meningkat. Kita positif jumlahnya akan berkurangan apabila kesedaran bertambah."
“Justeru program pendidikan mengenai seks dan reproduktif perlu diterapkan kepada remaja pada peringkat sekolah rendah yang mengajar cara melindungi diri daripada menjadi mangsa,” katanya selepas melancarkan kempen Kami Prihatin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini semalam.
Dalam tempoh 2004 sehingga tahun lalu, sebanyak 571 kes pembuangan bayi dilaporkan, termasuk 99 kes sepanjang tahun lalu dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi sebanyak 147 kes diikuti Johor dengan 113 kes.
Shahrizat berkata, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati kebanyakan remaja tidak memahami kesan serta risiko hubungan intim tanpa perkahwinan dan kementerian akan terus mendekati golongan itu menerusi kempen kesedaran.
Beliau berkata, kementeriannya akan menubuhkan jawatankuasa khas menyelaras dan melaksanakan Dasar Keluarga Negara (DKN) dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara (PTDKN) yang diluluskan kerajaan, Disember lalu bagi mengimbangi isu keluarga dalam pembangunan sosial, ekonomi dan perundangan di negara ini.
Ulasan:
Aku menyokong penuh tindakan kerajaan untuk mengadakan kempen kesedaran. Namun, kempen semata-mata tidak mampu untuk membendung perkara yang semakin malignant sebegini. Tidak dapat tidak, tindakan tegas perlu diambil untuk menyekat masalah ini di peringkat akar umbi lagi.
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " [Al-Israa` ayat 32]
Solusi kepada masalah pembuangan bayi?? |
Pendidikan Seks. Wajar ke?
~Sekadar Contengan~
2 orang berkata-kata:
woit nak royalti pakai gambar aku...ha3....
haha..
mitak izin ye jat..sume tu 4 psgn dr batch kite..hehe..
Post a Comment