Alhamdulillah. Berakhir sudah InterKuliyyah Games (IKG) - kejohanan sukan terbesar di bumi UIA Kuantan. Seminggu yang penuh warna warni. Kampus Kuantan yang biasanya sunyi sepi berubah wajah menjadi riuh-rendah. Para pemain bertungkus-lumus di padang dan gelanggang untuk mendapatkan pingat. Sorakan dan provokasi daripada para penyokong pula betul-betul menghidupkan dan memeriahkan lagi suasana kejohanan.
Credit to dR. gReeN |
Awal-awal lagi kontroversi telah berlaku. Peraturan 1 pemain, 1 game yang baru diperkenalkan pada edisi kali ni agak memeranjatkan. Kesannya, Medic kekurangan pemain. Pemain Medic yang betul-betul available hanyalah 2nd Year sahaja.Yang lain ada yang sedang bercuti panjang, ada yang posting di Temerloh dan ada yang dalam fatrah study week.
Setiap kejadian ada hikmahnya. Disebabkan kekurangan pemain, aku telah terpilih untuk mewakili bola sepak. Tahun kedua berturut-turut aku menjadi bidan terjun. Kalau tahun lepas aku bermain sebagai left winger, tapi kali ni aku beralih posisi sebagai right/left back.
Peringkat kumpulan dan separuh akhir berjaya dilepasi tanpa sebarang masalah untuk layak ke final. Final kali ni menjadi perlawanan ulangan final tahun lepas. Medic vs Pharmacy. Tahun lepas skuad Medic tunduk kepada Pharmacy menerusi penalti setelah terikat tanpa jaringan.Semangat pemain Medic yang rata-rata ialah pemain skuad tahun lepas berkobar-kobar untuk membalas dendam kekalahan yang lalu.
Alhamdulillah! Akhirnya Medic juara. Aku cukup-cukup puas hati. Tercapai sudah hasratku untuk mendapat pingat emas untuk IKG! Kejayaan mendapat emas bola sepak cukup untuk mengubati kekecewaan kontijen Medic yang gagal manjadi juara keseluruhan IKG'11.
Keputusan Penuh
Group B
Medic (12) vs (1) Dentistry
Medic (2) vs (2) Pharmacy
Separuh akhir
Medic (5) vs (0) Allied Health Sciences
Akhir
Medic (1) vs (1) Pharmacy [Penalti: 4-3]
* Pecahan pemain Medic - (6) 2nd Year, (6) 3rd Year, (2) 4th Year dan (1) 5th Year
* Beraksi dengan 10 pemain ketika bertemu Pharmacy di perngkat kumpulan selama 15 minit gara-gara 5 orang pemain habis kelas lewat. (tapi tetap berjaya menjaringkan 1 gol.=D)
* Tercabut contact lens ketika dalam perlawanan.
* 4 defender dan seorang midfielder cedera sepanjang kejohanan. (Paling teruk fracture at joint of tibia and fibula near ankle)
2010 = 3rd place, 2011 = 2nd place, 2012 = 1st place?? InsyaAllah. |
Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan IKG'11. Tapi, masih banyak ruang untuk menjadikan IKG ke arah yang lebih perfect selaras dengan nama Islam yang dibawa. Rungutan yang kedengaran berkaitan dengan aurat dan ikhtilat perlu dititikberatkan oleh penganjur untuk kejohanan mendatang. Aurat pemain ramai yang terdedah. Peraturan untuk mendisqualified pemain yang mendedahkan aurat patut dilaksanakan agar menjadi pengajaran kepada pemain. Untuk acara sisters pula, rasanya tidak perlu brothers terhegeh-hegeh menjadi penonton. Almaklum bila dah excited main, aksi tertonggeng pun tak sedar. Aib! Sama-sama kita berubah dan jadikan bersukan sebagai satu ibadah bukan untuk mendapatkan murka ALLAH!
Kejohanan sudah berakhir. Segala sengketa antara pemain dan penyokong semua kuliyyah patut turut berakhir. Usah diungkit lagi segala kontroversi dan provokasi yang berlaku sepanjang kejohanan. Apa yang peting, objektif utama IKG untuk mengeratkan ukhuwwah antara semua kuliyyah dan mencungkil bakat-bakat baru tercapai.
Jumpa lagi di IKG 2012. Gomo Medic Gomo! ~Sekadar Contengan~
0 orang berkata-kata:
Post a Comment