Hukum Akad Nikah di dalam Masjid

Golongan agamawan dari negeri Perlis sekali lagi mengeluarkan kenyataan kontroversi yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakat di negara kita. Kenyataan yang dikeluarkan berkenaan menyamakan akad nikah dalam masjid dengan perkahwinan penganut Kristian di gereja menyebabkan orang awam seperti kita menjadi keliru dan tertanya-tanya tentang status amalan yang biasa diamalkan di negara kita.

Adakah  benar akad nikah di masjid menyimpang daripada ajaran Islam?
---------------------------------------------------------------------
  
'Akad nikah di masjid menyimpang amalan Nabi'

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Baitul Muslim sahabatku, Yusoff & Husna. Semoga berkekalan hingga ke syurga. [19/03/2011]
Berikut adalah jawapan Ustaz Azhar Idrus apabila ditanya berkenaan isu ini di laman Facebook rasmi beliau, Ustaz Azhar Idrus (Original). (Jawapan setelah dialih bahasa daripada loghat Terengganu - bahasa nombor 2 dunia ke Bahasa Melayu)



Hukum menikah di masjid ialah SUNAT menurut sesetengah ulamak manakala sesetengah ulamak berkata hukumnya ialah HARUS.
Sesiapa yang mengatakan bahawa nikah di masjid itu ialah wajib, nyata dia telah tersalah.

Sesiapa yang mengatakan nikah di masjid adalah bid’ah atau menyimpang daripada ajaran Nabi Muhammad SAW maka orang ini tidak lari daripada dua keadaan :

1. Sebab ia terlalu jahil kerana tidak tahu hukum-hukum agama


atau

2. Sengaja mahu menyesatkan orang lain kerana tidak mahu mengendahkan pendapat-pendapat ulamak muktabar yang mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.
Tidak boleh menjadikan dalil bahawa nikah di masjid menyimpang daripada agama kerana disebabkan orang Kristian turut melakukannya. Masih banyak lagi amalan-amalan lain yang kita amalkan turut diamalkan oleh penganut Kristian. Contohnya, sembahyang di gereja. Kita tak boleh sembahyang di masjid kerana disebabkan penganut Kristian juga sembahyang di gereja. Benarkah begitu? Jika begitu, haru-biru masyarakat jadinya.

Yang sebetulnya, tidak boleh menikah di gereja kerana meniru adat penganut Krtistian. Kalau nikah di masjid, tiada salahnya.


Manusia pada akhir zaman ini, ramai yang ingin menunjukkan kepandaian padahal mendedahkan kebodohan mereka sendiri..



Nikah dalam masjid hukumnya HARUS disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki. Antara ulamak-ulamak muktabar yang mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiga-tiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti-mufti Mesir dengan orang-orang Perlis ni?


Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata ianya adalah amalan oranag Kristian.


Hasilnya tiada salahnya menikah di masjid selagi mana menjaga adab-adab berada di dalamnya. Jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah yang melarang nikah di masjid kerana ianya bercanggah dengan perkataan ulamak-ulamak muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang-orang bodoh lagi jahil ini dengan meninggalkan perkataan ulamak-ulamak muktabar di seluruh dunia.

Jangan biarkan aqal tuan-tuan semua tidak berfungsi dgn baik. Wallahua'lam
-------------------------------------------------------------------------------

Sungguh. Respon segera yang dikeluarkan oleh Ustaz Azhar Idrus melegakan hati ramai pihak. Jawapan ini  cukup untuk menafikan tuduhan bahawa nikah di dalam masjid menyimpang daripada ajaran Rasulullah SAW.

~Sekadar Contengan~

Tribute to Allahyarham Khairul Hakimi. Al-Fatihah...

"Mana milik kita? Tidak ada milik kita, Semua yang ada Allah yang punya" 
- status YM Allahyarham selama berbulan-bulan.

Maaf. Entri kali ni memang untuk diri sendiri semata-mata. Sebagai pengubat rindu. 

17 Jan 1989 - 9 Mac 2011
Sedang solat sunat ba'da Zuhur, telefon berbunyi tapi tak sempat dijawab. Pelik! Zz call ketika tengah hari. Aku dapat merasakan bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Bila aku call balik, Zz bagitahu bahawa Allahyarham accident. Then, SMS masuk mengatakan bahawa Allahyarham dah takde. Serius. Aku tak percaya. Kemudian, aku terus call sahabat-sahabat di UTP (Irsyad, Luqman, Wafi angah dan Pian). Walaupun kalimah yang sama "Kero xdop doh" diberitahu, aku tetap tidak percaya. Tapi akhirnya aku percaya setelah diberitahu oleh Amir kerana maklumat diperolehinya daripada Jahar yang turut berada dalam kereta ketika kejadian.
S= Shock
A= Angry
B= Bargain
D= Denial
A= Acceptance

Walaupun jasad berada dalm PBL, fikiran dah berada di Terengganu. Takleh nak fokus langsung. Lepas PBL, terus aku call Jahar dan Amin. Alhamdulillah. Meskipun trauma, Amin masih mampu menceritakan secara detail apa yang berlaku. Aku nekad untuk balik ke rumah petang tu. Pukul 5.10 petang, aku ke Terminal Makmur. Mengharapkan tiket on the spot. Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Lepas presentation di UTP ketika Foundation (2007)
Pukul 11 malam, setelah solat jamak ta'khir di rumah Lukpi, aku ke rumah Allahyarham bersama Piduh, Lukpi dan emaknya. Tepat pukul 1.30 pagi, jenazah Allahyarham tiba rumahnya di Kg Kepong. Alhamdulillah. Aku sempat untuk menatap arwah buat kali terakhir. Tika terpandang wajahnya, aku masih merasakan bahawa Allahyarham masih hidup. Muka yang jernih dan sedap mata memandang meskipun pucat. Cuma sedikit jahitan pada dagu. Masih tersenyum. Aku, Lukpi, Piduh, Zul, Aiman dan Amir terus membaca Yaasin dan tahlil. Sebelum balik ke rumah, aku menggagahkan diri untuk membelai rambutnya dan mengusap dahinya buat kali terakhir. Sejuk!

Pagi tadi, Allahyarham dimandikan dan dikafankan di rumanya. Kemudian, diusung ke masjid yang berhampiran kubur. Rol, kita kerap jalan-jalan sama-sama ketika cuti terutamanya ketika konvoi raya saban tahun. Last sekali kita jumpa ketika konvoi raya tahun lepas. Ketika pagi birthday aku bulan lepas, aku menolak ajakanmu untuk berjumpa di Kedah. Menyesal! Pagi tadi ialah perjalanan terakhir kita bersama-sama. Tepat pukul 11.05 pagi, setelah solat jenazah, Allahyarham selamat dikebumikan dan ditalkinkan. Alhamdulillah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbualan terakhir
Ya Allah! Perit sungguh rasanya. Kali kedua kehilangan teman rapat dalam tempoh 2 tahun (kali pertama). Murah sunguh air mata di kala menerima berita yang tidak dijangka sebegini.

Ya Allah! Sesungguhnya mati itu benar. Mati itu boleh datang bila-bila masa. Tidak kira tua ataupun muda. Sesungguhnya kematian itu peringatan kepada kita yang masih hidup. Sebab  itu orang yang paling bijak di dunia ini bukanlah saintis, bukanlah yang mendapat distinction, bukanlah yang mendapat dean's list, tetapi orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya.

Ya Allah! Tempatkanlah roh sahabatku dunia akhirat, Kero Kimi bersama para solehin. Masamu sudah tiba. Masa untukku juga pasti akan tiba. Kami semua di dunia ini amat menyayangimu. Buktinya 12 kereta sahabat mu di  UTP sanggup meredah perjalanan yang jauh pada malam hari untuk menatap wajahmu dan berbakti kepadamu buat kali terakhir. Tapi Allah lebih menyayangimu. Apa pun kita pasti akan ketemu jua di alam sana suatu hari nanti. Al-Fatihah!

Coretan Sahabat-sahabat
al Fatihah, sahabat
Belasungkawa Khairul Hakimi: Ia pasti datang 
The lost of a brother
Kau pergi jua
Dia pergi dulu..
Mati itu pasti
Ianya terjadi lagi
Belasungkawa
Pelajar UTP terlibat kemalangan, seorang maut
 
~Sekadar Contengan~

Pelajar UTP maut kereta dinaiki bertembung di Gua Musang

[UPDATE]

GUA MUSANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, maut, manakala seorang lagi cedera parah, dan tiga yang lain mengalami kecederaan ringan selepas dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 48, Jalan Gua Musang-Lojing, pagi ini.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman, berkata Khairul Hakimi Ismail, 22, yang berasal dari Kampung Kepong, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira jam 11.30 pagi itu.

Beliau berkata rakan Khairul, Hazwan Arif, 22, mengalami kecederaan parah manakala dua lagi rakannya Khairulamin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar, kedua-duanya berumur 22 tahun, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, seorang lelaki berumur 40 tahun iaitu pemandu kereta yang bertembung dengan kereta pelajar itu turut mengalami kecederaan ringan.

Che Rusli berkata, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Khairulamin sedang dalam perjalanan dari Tronoh, Perak menuju Terengganu itu bertembung dengan sebuah kereta.

Beliau berkata, pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat Khairul Hakimi yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu dalam kejadian itu. - BERNAMA

Sumber
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku amat mengenali keempat-empat mangsa. Kero kimi ialah ex-classmate di SHAMS (batch SPM 2006) manakala Hazwan (patah paha kanan), Amin dan Azhar ialah ex-coursemate di UTP dulu (ChemE Jan 07).

Aku bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur 3 orang sahabatku. Mohon doa kalian supaya Allahyarham Kero Kimi ditempatkan bersama para solehin. Doakan juga Hazwan, Amin dan Azhar supaya diberi kesembuhan.

 Al-Fatihah buat sahabatku~

Seat Kero (bulatan merah)
Terbabas
Hazwan : Masih berbaju AMD
Patah tulang paha kanan
P/s: Credit to Sadruddin & Hanifi for the pictures.
 
~Sekadar Contengan~