Hukum Akad Nikah di dalam Masjid

Golongan agamawan dari negeri Perlis sekali lagi mengeluarkan kenyataan kontroversi yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakat di negara kita. Kenyataan yang dikeluarkan berkenaan menyamakan akad nikah dalam masjid dengan perkahwinan penganut Kristian di gereja menyebabkan orang awam seperti kita menjadi keliru dan tertanya-tanya tentang status amalan yang biasa diamalkan di negara kita.

Adakah  benar akad nikah di masjid menyimpang daripada ajaran Islam?
---------------------------------------------------------------------
  
'Akad nikah di masjid menyimpang amalan Nabi'

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Baitul Muslim sahabatku, Yusoff & Husna. Semoga berkekalan hingga ke syurga. [19/03/2011]
Berikut adalah jawapan Ustaz Azhar Idrus apabila ditanya berkenaan isu ini di laman Facebook rasmi beliau, Ustaz Azhar Idrus (Original). (Jawapan setelah dialih bahasa daripada loghat Terengganu - bahasa nombor 2 dunia ke Bahasa Melayu)



Hukum menikah di masjid ialah SUNAT menurut sesetengah ulamak manakala sesetengah ulamak berkata hukumnya ialah HARUS.
Sesiapa yang mengatakan bahawa nikah di masjid itu ialah wajib, nyata dia telah tersalah.

Sesiapa yang mengatakan nikah di masjid adalah bid’ah atau menyimpang daripada ajaran Nabi Muhammad SAW maka orang ini tidak lari daripada dua keadaan :

1. Sebab ia terlalu jahil kerana tidak tahu hukum-hukum agama


atau

2. Sengaja mahu menyesatkan orang lain kerana tidak mahu mengendahkan pendapat-pendapat ulamak muktabar yang mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.
Tidak boleh menjadikan dalil bahawa nikah di masjid menyimpang daripada agama kerana disebabkan orang Kristian turut melakukannya. Masih banyak lagi amalan-amalan lain yang kita amalkan turut diamalkan oleh penganut Kristian. Contohnya, sembahyang di gereja. Kita tak boleh sembahyang di masjid kerana disebabkan penganut Kristian juga sembahyang di gereja. Benarkah begitu? Jika begitu, haru-biru masyarakat jadinya.

Yang sebetulnya, tidak boleh menikah di gereja kerana meniru adat penganut Krtistian. Kalau nikah di masjid, tiada salahnya.


Manusia pada akhir zaman ini, ramai yang ingin menunjukkan kepandaian padahal mendedahkan kebodohan mereka sendiri..



Nikah dalam masjid hukumnya HARUS disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki. Antara ulamak-ulamak muktabar yang mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiga-tiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti-mufti Mesir dengan orang-orang Perlis ni?


Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata ianya adalah amalan oranag Kristian.


Hasilnya tiada salahnya menikah di masjid selagi mana menjaga adab-adab berada di dalamnya. Jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah yang melarang nikah di masjid kerana ianya bercanggah dengan perkataan ulamak-ulamak muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang-orang bodoh lagi jahil ini dengan meninggalkan perkataan ulamak-ulamak muktabar di seluruh dunia.

Jangan biarkan aqal tuan-tuan semua tidak berfungsi dgn baik. Wallahua'lam
-------------------------------------------------------------------------------

Sungguh. Respon segera yang dikeluarkan oleh Ustaz Azhar Idrus melegakan hati ramai pihak. Jawapan ini  cukup untuk menafikan tuduhan bahawa nikah di dalam masjid menyimpang daripada ajaran Rasulullah SAW.

~Sekadar Contengan~

0 orang berkata-kata: