Kuning itu Bersih!

Lebih daripada 2 minggu, berita di media  massa tidak berubah. Baik surat khabar mahupun TV, semua bercerita mengenai Perhimpunan Rakyat [Bersih 2.0]. Aku mula muak dan bosan dengan berita yang disiarkan. Semua berita menunjukkan rakyat menentang Bersih 2.0. Benarkah sedemikian? Mustahil! Terbukti media amat berat sebelah dan tuntutan Bersih 2.0 yang keempat amat sesuai dengan keadaan ini. Ketahui apa itu Bersih 2.0 (klik sini).

Tuntutan Bersih 2.0 
  1. BERSIHkan Senarai  Daftar Pemilih
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Klik sini untuk dengar
Perhimpunan Bersih 2.0 dikatakan haram. Haram kerana tiada permit. Tapi mana mungkin permit akan diperoleh. Belum pun sempat pihak penganjur memohon permit untuk berhimpun, pihak polis telah mengeluarkan kenyataannya tidak akan mengeluarkan permit. Kelakar! Tiada ruang dan peluang langsung kepada pengajur Bersih 2.0 untuk meng'halal'kan perhimpunan ini.

Bukan setakat rakyat marhaen yang menyokong Bersih 2.0. Sasterawan negara yang ke-4 (1985), A. Samad Said turut menyatakan sokongan terhadap Bersih 2.0 (klik sini). Jelas di situ bahawa beliau hanya mahu melihat pilihan raya di negara kita dijalankan secara telus dan adil. Seluruh rakyat Malaysia yang menyokong bersih turut mempunyai harapan yang sama. Lawak! Kerana sokongan kepada Bersih 2.0, A. Samad Said diugut untuk ditarik balik gelaran sasterawan (klik sini). Aku yakin A.Samad Said tidak kisah dengan ugutan tersebut. Andainya ditarik balik gelaran, terbukti kebebasan bersuara semakin lenyap di negara kita.

Baru-baru ini juga, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin mengeluarkan kenyataan bahawa baju T bersih ialah haram (klik sini). Pihak polis juga diberi lampu hijau untuk menangkap sesiapa yang memakai baju T bersih. Baru aku tahu pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan rakyat kerana pakaian yang dipakai.  Aku cadangkan kepada Hisham untuk arahkan  pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang berpakaian tidak menutup aurat. Skirt, short, legging, baju jarang, tudung bonggol unta semuanya HARAM di sisi Islam. Andainya arahan ni dikeluarkan pasti tiada lagi rakyat berpakaian mencolok mata di khalayak ramai. Tapi sayang arahan tangkapan ini hanya valid untuk baju T bersih yang terang-terangan menutup aurat si pemakai!

Lagi satu isu yang dimainkan kerajaan ialah Bersih 2.0 diketuai oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (klik sini). Rakyat menyokong Bersih 2.0 tidak bermakna mereka turut menyokong Ambiga. Tidak kisahlah siapa pun yang mengepalai Bersih 2.0. Mereka turun bukan kerana kepala tersebut. Mereka turun ke jalan dengan harapan supaya pilihan raya di negara kita berlangsung dengan adil dan saksama. Tiada lagi tipu muslihat dan berat sebelah berlaku.

Golongan agamawan juga turut menghangatkan suasana. Ada yang menyokong (klik sini), ada yang menentang (klik sini). Kedua-dua pendapat ialah ijtihad ulama berlandaskan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah. Jangan sesekali mengutuk dan mencerca ulama yang tidak bersependapat dengan kita. Belapang dadalah.





Matlamat Bersih 2.0 sudah jelas. Menuntut satu sistem dan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil untuk Malaysia. Sepatutnya kerajaan dan pembangkang bersatu padu untuk mencapai matlamat murni tersebut. Elakkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan huru hara. Semoga Bersih 2.0 menjadi titik tolak ke arah pilihan raya yang telus dan adil di negara kita.

~Sekadar Contengan~

10 orang berkata-kata:

Unknown said...

kita bukan negra demokrasi macam yang dicanang2kan suaidi..tu jd gni.tak de sebnrnya ap yang kerajaan dok cakap kebebasan bersuara 2,yg kesian rakyat, bila infrmation dsekat n nmpk no 1 sided.btw part tgkp org paki baju tu pon mmg ktpon tak puas ati.macam tak de keja laen nak wat sbok kesh org paki bju ap.

jalan lain ke sana said...

"Jangan sesekali mengutuk dan mencerca ulama yang tidak bersependapat dengan kita. Belapang dadalah."

Aku suka statement nih...malangnya x ramai org yg berpikiran cm ko dlm soal nih

'Eid Benyusof said...

shahira: setuju dengan statement tu.hanya demonstrasi mampu mengembalikan demokrasi di negara kita.dan bersih 2.0 adalah jawapannya.rakyat zaman sekarang kena mencari source lain seperti media baru (blog,website) untuk dapatkan berita.kalu harapkan akhbar dan tv semata,memang punah.rakyat akan terus ditipu dan dipermainkan.

'Eid Benyusof said...

azlan: bila emosi dan nafsu menguasai diri,ulamak turut dikutuk.ulamak pewaris nabi.bagai langit dengan bumi martabat kita dengan ulamak.layak ke kita untuk kutuk mereka?

jalan lain ke sana said...

betol2...sape laa kite nk kutuk2 ulamak nih...tp yg sedehnya yg bwat keja2 cmnih bukan org yg xde ilmu agama...kalau ckp kluar dalil2 n nas2 suma...nih laa bahana bila dh taksub dkat jemaah dgn tok guru sendiri...x bleh lngsung terima kalau jemaah laen ada pendapat yg berbeza...last2 perang x sudah...org kapir yg gelak...haihhh

lukpi said...

salam di.
wah nice nice. setuju setuju. sokong sokong. tp 9 july tu mmg aku duk exam lah waaaaa
mmg mesia bkn demokrasi pon. prinsip stiap org berhak bsuara tu xpenah wujud kut. kalo ada pon if puak dia yang bsuara. hampeh btol. at least bersih ni bole jd titik tolak la ke arah revolusi kat mesia. nak tunggu revolusi mcm rkyt mesir buat mcm mustahil ckit sbb klo kt cni diterajui muda mudi. muda mudi mesia, errr no komen haha. waa sambung stdy plop . tc wslm

husnaizzati said...

salam....saya nak copy letak kat blog sy eyh...

'Eid Benyusof said...

azlan: ilmu ada tapi tak reti nak apply.mungkin taksub, mungkin juga ego.semua nak mengaku pendapat sendiri ialah yang terbaik.

'Eid Benyusof said...

lukpi: salam pi.kalau nak tengok perubahan dalam pilihan raya negara kita,memang kena sokong.berita dalam akhbar n tv semuanya berat sebelah.revolusi malaysia mungkin berlaku dengan syarat muda mudi wajib hindarkan hedonisme.

p/s:all the best exam pi.tyme exam 9th july ni,paka baju kuning deh.:D

'Eid Benyusof said...

husna: salam.dipersilakan. :)