Qasidah Untuk Kekasih

Qasidah! Qasidah ialah himpunan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Rasulullah SAW. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai salah satu cara untuk meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya dan para Sahabat Nabi. Qasidah biasanya dialunkan di dalam majlis maulid dan diselangselikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
"Qasidah berasal daripada kata 'qasidah', ertinya lagu atau nyanyian. Untuk pertama kalinya qasidah ditampilkan oleh kaum Ansar. Pada saat itu beberapa kaum Ansar menyambut kedatangan Nabi Muhammad dan mendendangkan lagu-lagu pujian diiringi dengan lantunan pukulan rebana. Lagu-lagu pujian saat itu diwarisi hinggar hari ini sebagai lagu klasik."
[Qasidah Untuk Kekasih, muka surat 135]
Pertama kali aku mendengar perkataan 'qasidah' dan qasidah itu sendiri ialah ketika 2nd Year di PJ. Ketika itu, ketiga-tiga rumetku ialah 'hantu' qasidah. Sehari tanpa qasidah kedengaran daripada corong speaker Sonic Gear Evo 7 teramatlah mustahil. Seawal Subuh, qasidah yang dijadikan alarm sudah kedengaran di bilik 224  Mahallah UKC1. Sekian lama, aku yang tidak pernah tau apa itu qasidah mula turut menyukai qasidah. Bak kata pepatah 'alah bisa, tegal biasa'.

Novel Qasidah Untuk Kekasih
Novel ini ialah novel kedua bekas pelajar CFS PJ, Munirah Abd Rasyid. Kurasakan novel ini amat dekat dengan diriku. Kisah yang digambarkan berlaku di CFS PJ. Watak-watak yang digambarkan dalam novel ini kurasakan betul-betul pernah wujud di sekeliling aku ketika belajar di CFS. Program-program di dalam novel juga ialah program yang pernah diadakan di CFS ketika 2008/2009 seperti kelas talaqqi kitab, demonstrasi dan Miftahul Asywaq. Sesiapa yang pernah belajar di CFS,PJ 2007/2009 pasti dapat mengimbau kembali kenangan belajar di bumi CFS,PJ. Kenangan terindah!
 

Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-5783-18-0
Tarikh Terbit: 30 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 336
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Sinopsis
Hidup manusia tidak boleh dipisahkan dengan cinta penciptaNya, Zainul Muttaqin mahu membalas cinta tulus itu. Untaian Qasidah basah di bibirnya, didendangkan saban detik dan waktu tanpa jemu. Idea Majlis Miftahul Asywaq mengapung di sana. Bersama sahabat baiknya, Amir Hamzah, mereka menelusuri jalan juang yang tidak mudah. Fitnah, sehingga konflik yang menimpa Habib Hasan dan Saif mengheret mereka untuk merungkai satu persatu masalah sehingga akhirnya, Majlis Miftahul Asywaq terlaksana walau tanpa Zainul Muttaqin hadir bersama.





يَا بَدْرَ تِمٍّ حَازَ كُلِّ كَمَالِ # مَاذَا يُعَبَّرُ عَنْ عَلاكَ مَقَالِىْ

أنْتَ الَّذِيْ أشْرَقَتْ فِىْ أفُقِ العُلَى # فَمَحَوْتَ بِالأنْوَارِ كُلَّ ضَلالِى

وَبِكَ اسْتَنَارَ الكَوْنُ يَا عَلَمَ الهُدَى # بِالنُّوْرِ وَالإنْعَامِ وَالإفْضَالِ

صَلَّى عَلَيْكَ اللهُ رَبِّيْ دَائِمًا # أبْدًا مَعَ الإبْكَارِ وَالآصَالِ

وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأصْحَابِ مَنْ # قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ العُلا بِكَمَالِ

WAHAI PURNAMA

Wahai purnama... wahai purnama...
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana... bagaimana...
Nak kuluah dengan kata-kata

Engakau menyinar di alam tinggi... di alam tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan

Dengan mu alam bergemerlapan... bergemerlapan...
Zahir batin nur hikmat dan kemuliaan

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya
Siang dan malam jua... siang dan malam jua...

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu
Mereka yang istimewa dan amat sempurna

~Sekadar Contengan~

2 orang berkata-kata:

dakwatunnisa said...

Sebuah buku yang amat bermanfaat bagi memupuk rasa cinta pada Rasulullah.

'Eid Benyusof said...

Setuju. Banyak diselitkan sirah Rasulullah.