Jelajah Terawih

Terawih atau Tarawih (tapi bukan Tarawikh) bermaksud berhenti rehat (klik sini). Solat ini hanya boleh ditunaikan sepanjang bulan Ramadhan. Solat Terawih boleh ditunaikan sama ada 8 rakaat ataupun 20 rakaat (klik sini).

Masalah utama aku setiap kali Ramadhan menjelma adalah untuk istiqomah berterawih berjemaah di masjid. Biasanya akan ada ropong terutamanya selepas separuh bulan Ramadhan. Maka, 5 tahun lalu, timbul idea untuk berterawih berjemaah dengan menjelajah masjid sekitar Kuala Terengganu. Berkenderaankan Wave 100, aku bersama seorang kawan sekepala menjelajah dan sempat meninggalkan jejak di sepuluh buah masjid (klik sini). Ramadhan tahun ini aku berazam untuk jelajah terawih sekali lagi.. Bezanya, kalau dulu aku berdua, sekarang aku keseorangan. Lone ranger!

Tahun ini, aku turut bereksperimen beberapa cara lain untuk istiqomah Terawih berjemaah di masjid. Alhamdulillah setakat 21 malam, semuanya berjalan lancar. ;D
  • Jelajah Terawih
    Percubaan kedua setelah 5 tahun masih membuahkan hasil. Cara yang betul-betul efektif. Masjid berlainan, maka suasana sekeliling turut berbeza. Secara psikologi, persekitaran baru dan berbeza akan menyebabkan kita bersemangat. Jika setiap hari bertukar masjid, maka semangat sentiasa memuncak. Hipotesis diterima! Jika ingin solat 20 rakaat, pilihlah masjid yang jauh. Secara logiknya, mustahil kita sanggup menghabiskan masa dan petrol semata-mata untuk Terawih 8 rakaat sahaja.
  • Tidur sekejap sebelum Isyak
    Kerap kali aku terlepas Terawih berjemaah kerana terlalu mengantuk. Kurangkan makan ketika berbuka ialah cara terbaik. Cara lain ialah tidur sekejap (maksimum 10 minit) sebelum masuk waktu Isyak. Ala-ala qailullah. Jika alarm handset tidak mampu mengejutkan anda, gunakan adik-adik anda sebagai live alam
  • Bertukar-tukar tempat solat
    Cara ini kurang digalakkan tapi berguna bagi mereka yang berazam untuk Terawih 20 rakaat. Mulakan solat Isyak di saf paling belakang. Kemudian, awal Terawih anjak sedikit ke saf depan. Selepas 8 rakaat, aku berani jamin kita akan dapat saf pertama atau kedua terutamanya pada 10 malam terakhir. Pergerakan untuk tukar saf sebenarnya sebagai exercise untuk mengelakkan daripada mengantuk.
Masjid Tokku Paloh
Sumber
Ramadhan sudah merangkak ke fasa yang terakhir - PELEPASAN DARIPADA API NERAKA. Muhasabah kembali fasa pertama - RAHMAT dan fasa kedua - MAGHFIRAH. Adakah ibadat itu sudah cukup untuk menobatkan Ramadhan kali ni Ramadhan terbaik sepanjang hidup kita? Berpuas hatikah kita andai kali ini merupakan Ramadhan terakhir kita?

Jika belum, masih belum terlambat untuk meningkatkan ibadat kita. Peluang untuk mendapatkan ganjaran malam al-Qadr masih terbuka luas. Hidupkan 10 malam terakhir ramadhan yang berbaki dengan ibadat yang pelbagai (klik sini) yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Daripada Jabir b Abdullah radhiallahu'anhuma:

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, amin, amin".
Para sahabat bertanya. "Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?"
Nabi SAW bersabda: "Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: 
"Hai Muhammad, [1]celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!" maka kukatakan, "Amin". 
Kemudian Jibril berkata lagi, "[2]Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar daripada bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!", maka aku berkata "Amin". 
Kemudian Jibril berkata lagi, "[3]Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang daripada keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!" maka kukatakan, "Amin"
[Riwayat Imam Bukhari]

~Sekadar Contengan~

3 orang berkata-kata:

aishah said...

nicely shared...cara yg ketiga tu sy slalu pakai tp untuk tdk ngantuk...

'Eid Benyusof said...

cara yg efektif utk 20 rakaat je.. kalu 8 rakaat, kena duk saf depan skali dari awal..

Student said...

mintak izin nak copy link utk amalan 10akhir ramadhan.. tq :)