Marhaban ya Ramadhan

"Menitis air mata tatkala saat ini kami masih mampu bernafas bersama rahmat dan berkat Ramadhan. Hati gembira seolah-olah ketemu dengan kekasih yang sangat-sangat dicintai. Bulan ini, lawanku hanya nafsu! Malu jika kalah dengan musuh seorang tatkala tenteranya dibelenggu. Setiap amal manusia itu untuknya, KECUALI PUASA. Puasa adalah untuk Allah dan Dia sendiri akan membalasnya. Inilah bulan yang diawalnya penuh RAHMAT, pertengahannya KEAMPUNAN dan diakhirnya PEMBEBASAN DARIPADA API NERAKA. Selamat mendaftar di Universiti Ramadhan. Semoga kita semua dapat menggenggam ijazah TAQWA dan menjadi manusia yang baru hasil daripada tarbiyyah yang maha hebat ini."
[sumber: sms dalam inbox]

Iftor anjuran T8 2.3 & 2.4 akan kembali pada Ramadhan 1433H.
3 Darjat Puasa:
  • Darjat PERTAMA
    Puasa orang yang AWWAM yakni puasa kebanyakan manusia iaitu mecegah dirinya daripada makan dan minum dan bersetubuh dan menahan daripada segala yang membatalkan puasanya.
  • Darjat KEDUA
    Puasa orang yang KHAWWAS iaitu mencegah segala yang tersebut dalam darjat pertama dan mencegah juga segala anggotanya daripada berbuat maksiat.
  • Darjat KETIGA
    Puasa orang KHAWASSUL KHAWWAS iaitu mencegah segala yangg tersebut dalam darjat pertama dan kedua serta menahan hati daripada mencita-citakan dunia dan lalai daripada mengingati Allah.
Bagaimanakah darjat puasa kita? Adakah masih di takuk lama (darjat pertama dulu, kini dan selamanya)? Berusahalah untuk upgrade puasa kita sekurang-kurangnya ke darjat kedua. Untuk huraian lengkap, sila klik sini.

Wajib baca!






Ahlan wasahlan Ramadhan kareem! Allahu Allah. Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah. Kau masih beri kesempatan kepadaku untuk bertamu lagi di awal bulan Ramadhan. Ya Allah! Panjangkanlah umurku hingga hari terakhir bulan Ramadhan. Permudahkanlah aku untuk menjadikan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik dalam hidupku.

Ayuh sahabat-sahabat! Gunakan ruang dan peluang selama sebulan ini dengan sebaik-baiknya. Sebulan penuh Ramadhan dalam fatrah bercuti sesuatu yang amat bernilai. Mustahil akan ada lagi peluang sebegini pada tahun-tahun mendatang. Anggaplah Ramadhan tahun ini ialah Ramadhan terakhir kita kerana tiada jaminan bahawa kita akan mampu untuk berjumpa dengan Ramadhan 1433H. Selamat berpesta ibadah.

Ramadhan yang sama, Natijah yang berbeza!

~Sekadar Contengan~

0 orang berkata-kata: