RAM: Rayyan Fantasi

Novel Rayyan Fantasi adalah buah tangan terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM). Novel ini  akan berada di pasaran pada 4 Disember hanya di MPH Alamanda, Putrajaya. Kepada peminat setia, datanglah beramai-ramai ke MPH Alamanda 4 Disember untuk pelancaran novel dan sesi autograph dan menjadi antara pertama memiliki novel tersebut di Malaysia. Manakala seluruh Malaysia hanya boleh didapati bermula 6 Disember 2010 ini.
    
Sinopsis Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid : (Sumber)


Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-615-3

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
 
P/s: Sementara menantikan kehadiran Rayyan Fantasi, jom baca
Contengan Jalanan [Ramadhan] Fend  karya  Hlovate yang mengisahkan 2 orang bersaudara, Fend  dan  Chad  merantau ke  Australia semata-mata untuk merasai sendiri erti Ramadhan  yang sebenar. Mereka juga berusaha bersungguh-sungguh agar tidak menjadi "The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th". Selamat membaca.

~Sekadar Contengan~

Raya di Perantauan

Kami, warga 13th Legacy dari UIA Kampus Kuantan ingin mengucapkan Salam 'Eidul Adha kepada semua yang mengenali diri kami. Maaf Zahir & Batin.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!

Syahdu sungguh rasanya takbir raya kali ini. Inilah kali pertama aku beraya tanpa keluarga disisi. Ibu bapaku menyarankan supaya aku pulang beraya di kampung. Seteleh beberapa hari berfikir panjang, aku nekad untuk stay bersama kawan-kawan di bumi Kuantan. Faktor utama aku rela beraya di Kuantan adalah untuk study, menghabiskan silibus yang bertimbun. Hari raya 'Eidul adha tahun ni jatuh pada hari Rabu yakni ketika warga 13th Legacy sedang dalam fatrah study week. Di samping itu, aku juga ingin merasai sendiri perasaan berraya di perantauan. (perantauan la sangat.. biarpun 3 jam je dari kampung halaman.haha~)

Jika dari dilihat dari sudut yang lain, secara tidak langsung, kami telah mengaplikasikan semangat pengorbanan ke dalam diri kami. Semua sanggup berkorban untuk berjauhan dari keluarga pada hari raya buat kali pertama dalam hidup masing-masing. Kami sanggup lakukan semua ni tidak lain tidak bukan, untuk mencapai cita-cita menjadi seorang manusia yang berguna dan mampu menyumbang kepada ummah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Masjid Sultan Ahmad Shah
Murah rezeki kami beraya di perantauan. Dari pagi sampai ke malam, makanan fully sponsored. Sarapan pagi disponsored oleh family Rafek Hakim. Belum sempat lapar, keluarga Syuha menjadi penaja makan tengah hari bermenukan gulai kambing. Aizat Azam merangkap batch leader bersama isterinya menyedeqahkan soto ayam kepada anak-anak buahnya di Indera Mahkota 2. (Sori Jat. Tak sempat nak makan pagi tu.hehe...)

Racing!
Rumah Rafek
Rumah Syuha.
Wajah-wajah kegembiraan terpancar dalam setiap gambar di atas bukanlah menggambarkan perasaan sebenar kami. Jauh di sudut hati kami, tidak ingin mengulangi kenangan sebegini rupa pada masa akan datang. 

Apapun, terima kasih tak terhingga buat keluarga Rafek, keluarga Syuha dan keluarga Aizat kerana sudi menaja makanan kami. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Wassalam.


~Sekadar Contengan~

Ref "Tanjung Rambutan"

Ape kes? Malaysia main bola ke main gusti? Jahat sangat ke player Malaysia main? Begitulah reaksi aku bila diberitau Malaysia dapat 3 kad merah dalam match lawan China. Tapi aku tetap tidak percaya player Malaysia sejahat tu. Actually, aku tak sempat tengok live match tu sebab otw balik ke Kuantan selepas join Kontijen Medic IIUM yang bertanding di InterVasiti Games UKM, Bangi.

Sampai je kat bilik, terus aku cari video kat internet. Dan jumpe la 2 video ni. Credit to sokernet.


Ref psycho. Psychiatrist must help him.
Terkejut. Selama aku hidup 21 tahun, tak pernah aku tengok ref seteruk ni. Ref yang terlalu pemurah di bulan Zulhijjah sehinggakan sanggup bagi 3 kad merah dan 5 kad kuning kepada player Malaysia tapi takde kad langsung untuk player China. Kad dalam match tu eksklusif untuk player Malaysia sahaja. Almaklumla China sebagai tuan rumah Asian Games kali ni. Salah satu cara diorang meraikan tetamu ialah dengan menyuruh ref meng"hadiah"kan sebanyak-banyaknye kad kepada player kita.

Aku tak faham, kenapa ref seteruk ni boleh mengadili match antarabangsa. Pantang sentuh sikit terus bagi kad sama ada kuning/merah. Kalau taknak bagi sentuh, baikla suruh diorang main congkak atau chess. Confirm takkan ade body contact!

Biarpun ref berat sebelah. Tapi Malaysia bernasib baik untuk tetap layak ke 2nd round. Skuad negara menjadi salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik daripada enam kumpulan.

Kepada peminat setia skuad negara, jangan lupa temu janji kita di depan kaca tv masing-masing kul 4 petang esok.

Malaysia vs Iran

Skuad Malaysia bukan lagi tempang sebaliknya sudah kudung kakinya dalam match esok. Bertemu dengan Iran yang menang kesemua 3 perlawanan awal, agak mustahil rasanya skuad negara untuk mencipta kejutan. Dengan pilihan player yang terhad setelah 3 orang kad merah dan 2 orang cedera, tidak banyak yang dapat K. Rajagobal dapat lakukan untuk mengatur strategi. Tapi aku tetap harapkan skuad Malaysia sekurang-kurangnya dapat tunjukkan semangat melawan dalam match esok meskipun dibarisi hampir seluruhannya player muda. Ape pun, gud luck Malaysia. Malaysia Boleh!

~Sekadar Contengan~

10 Hari Pertama Zulhijjah

Oleh: Mufti Negeri Terengganu


KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA 

Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.

Allah Ta'ala berfirman di dalam Surah Al-Fajr, ayat 1-2 yang lebih kurang ertinya:
"Demi waktu Fajar, Demi malam yang sepuluh"

Para Ulamak berselisih pada tafsiran ayat di atas. Al-Imam Assuyuthi di dalam Tafsirnya mengatakan Al-Fajr di daam ayat tersebut membawa erti setiap pagi secara mutlak. Sesetengah ulamak pula mengatakan, pagi hari pertama Zulhijjah, ada yang mengatakan pagi 9 Zulhijjah (Hari Arafah) dan ada yang mengatakan ia memberi isyarat kepada pagi 10 Zulhijjah.

Malam yang sepuluh atau Walayalin Asyr di dalam ayat yang kedua pula mempunyai tiga tafsiran. Sesetengah Ulamak mengatakannya sepuluh malam terakhir Ramadhan. Tafsiran kedua, ia adalah sepuluh malam pertama bulan Muharram. Tasfiran yang ketiga dan masyhur seperti dipersetujui oleh Imam Suyuthi, yang dimaksudkan di sini adalah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah. Pendapat ini juga disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Nasiriddin Addimasyqi As-Syafie.

Sebahagian ulamak salafussoleh menyebutkan, terdapat 3 himpunan sepuluh hari yang dimuliakan oleh Allah iaitu, 10 hari terakhir bulan Ramadhan, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari pertama bulan Muharram. Sebahagian ulamak mengatakan, antara ketiga-tiga himpunan tersebut, 10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah yang paling mulia, kerana padanya terdapat Hari Tarwiah (8 Zulhijjah), Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Nahr (10 Zulhijjah), selain ia merupakan penutup kepada Asyhurum Ma'lumat (bulan-bulan yang dimaklumkan untuk melakukan ibadah Haji).

Selain itu, fadilat bulan Zulhijjah ini sebagai salah satu bulan Haram yang mulia tidak perlu disebutkan lagi di sini dan umum patut sudah mengetahuinya.

Oleh itu, wahai saudaraku sekalian, rebutlah peluang untuk mengecas semula bateri keimanan kita yang kian pudar, dan menggarap sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah kepada hamba-Nya dengan memuliakan hari-hari ini. Marilah kita memperbanyakkan lagi amal ibadat kita secara umum dan mempertingkatkan lagi kualiti ibadah yang sedia ada.

 
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : 


“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. 



JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA. 

Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. 
Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”. 

Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . 
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. 

Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. 
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik. 

Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi). 

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. 

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah. 

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih. 

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. 
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. u. 

Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.


Sumber: Kelebihan Bulan Zulhijjah (10 hari pertama) -sila klik untuk baca artikel lengkap.

~Sekadar Contengan~

Tahniah TRW!!!

Lautan merah di Stadium Bukit Jalil
Penantian 89 tahun akhirnya berakhir dengan penuh kesyukuran. Seluruh warga bandaraya Islam Kota Bharu bergembira meraikan kejayaan penuh makna ini. Merangkul piala yang paling berprestij di Malaysia telah lama dinanti-nantikan oleh skuad The Red Warrior. Kelantan ialah pasukan yang ke 14 berjaya mencatatkan nama pada piala tersebut.

Tahniah The Red Warriors!!!

Meskipun bukan Terengganu yang menjuarai Piala Malaysia edisi tahun ni, namun aku turut tumpang gembira dengan kejayaan TRW. Setelah 2 pasukan Terengganu kecundang, sokongan aku terarah kepada pasukan jiran. Beginilah susunan prioriti pasukan yang aku sokong saban tahun. 

Terengganu > T-Team > Kelantan > Kedah

P/s: Memori 2001 tetap subur di ingatan. Tahun depan, genap 10 tahun kenangan itu berlalu. Harapannya tahun depan memberi sinar baru kepada skuad Turtle Nelang untuk bangkit dan membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Darul Iman ini buat kali ke 2.

Final impian 2011
Terengganu vs Kelantan
Mungkinkah berlaku?

~Sekadar Contengan~