Tribute to Allahyarham Khairul Hakimi. Al-Fatihah...

"Mana milik kita? Tidak ada milik kita, Semua yang ada Allah yang punya" 
- status YM Allahyarham selama berbulan-bulan.

Maaf. Entri kali ni memang untuk diri sendiri semata-mata. Sebagai pengubat rindu. 

17 Jan 1989 - 9 Mac 2011
Sedang solat sunat ba'da Zuhur, telefon berbunyi tapi tak sempat dijawab. Pelik! Zz call ketika tengah hari. Aku dapat merasakan bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Bila aku call balik, Zz bagitahu bahawa Allahyarham accident. Then, SMS masuk mengatakan bahawa Allahyarham dah takde. Serius. Aku tak percaya. Kemudian, aku terus call sahabat-sahabat di UTP (Irsyad, Luqman, Wafi angah dan Pian). Walaupun kalimah yang sama "Kero xdop doh" diberitahu, aku tetap tidak percaya. Tapi akhirnya aku percaya setelah diberitahu oleh Amir kerana maklumat diperolehinya daripada Jahar yang turut berada dalam kereta ketika kejadian.
S= Shock
A= Angry
B= Bargain
D= Denial
A= Acceptance

Walaupun jasad berada dalm PBL, fikiran dah berada di Terengganu. Takleh nak fokus langsung. Lepas PBL, terus aku call Jahar dan Amin. Alhamdulillah. Meskipun trauma, Amin masih mampu menceritakan secara detail apa yang berlaku. Aku nekad untuk balik ke rumah petang tu. Pukul 5.10 petang, aku ke Terminal Makmur. Mengharapkan tiket on the spot. Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Lepas presentation di UTP ketika Foundation (2007)
Pukul 11 malam, setelah solat jamak ta'khir di rumah Lukpi, aku ke rumah Allahyarham bersama Piduh, Lukpi dan emaknya. Tepat pukul 1.30 pagi, jenazah Allahyarham tiba rumahnya di Kg Kepong. Alhamdulillah. Aku sempat untuk menatap arwah buat kali terakhir. Tika terpandang wajahnya, aku masih merasakan bahawa Allahyarham masih hidup. Muka yang jernih dan sedap mata memandang meskipun pucat. Cuma sedikit jahitan pada dagu. Masih tersenyum. Aku, Lukpi, Piduh, Zul, Aiman dan Amir terus membaca Yaasin dan tahlil. Sebelum balik ke rumah, aku menggagahkan diri untuk membelai rambutnya dan mengusap dahinya buat kali terakhir. Sejuk!

Pagi tadi, Allahyarham dimandikan dan dikafankan di rumanya. Kemudian, diusung ke masjid yang berhampiran kubur. Rol, kita kerap jalan-jalan sama-sama ketika cuti terutamanya ketika konvoi raya saban tahun. Last sekali kita jumpa ketika konvoi raya tahun lepas. Ketika pagi birthday aku bulan lepas, aku menolak ajakanmu untuk berjumpa di Kedah. Menyesal! Pagi tadi ialah perjalanan terakhir kita bersama-sama. Tepat pukul 11.05 pagi, setelah solat jenazah, Allahyarham selamat dikebumikan dan ditalkinkan. Alhamdulillah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbualan terakhir
Ya Allah! Perit sungguh rasanya. Kali kedua kehilangan teman rapat dalam tempoh 2 tahun (kali pertama). Murah sunguh air mata di kala menerima berita yang tidak dijangka sebegini.

Ya Allah! Sesungguhnya mati itu benar. Mati itu boleh datang bila-bila masa. Tidak kira tua ataupun muda. Sesungguhnya kematian itu peringatan kepada kita yang masih hidup. Sebab  itu orang yang paling bijak di dunia ini bukanlah saintis, bukanlah yang mendapat distinction, bukanlah yang mendapat dean's list, tetapi orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya.

Ya Allah! Tempatkanlah roh sahabatku dunia akhirat, Kero Kimi bersama para solehin. Masamu sudah tiba. Masa untukku juga pasti akan tiba. Kami semua di dunia ini amat menyayangimu. Buktinya 12 kereta sahabat mu di  UTP sanggup meredah perjalanan yang jauh pada malam hari untuk menatap wajahmu dan berbakti kepadamu buat kali terakhir. Tapi Allah lebih menyayangimu. Apa pun kita pasti akan ketemu jua di alam sana suatu hari nanti. Al-Fatihah!

Coretan Sahabat-sahabat
al Fatihah, sahabat
Belasungkawa Khairul Hakimi: Ia pasti datang 
The lost of a brother
Kau pergi jua
Dia pergi dulu..
Mati itu pasti
Ianya terjadi lagi
Belasungkawa
Pelajar UTP terlibat kemalangan, seorang maut
 
~Sekadar Contengan~

10 orang berkata-kata:

::[putihpurple]:: said...
This comment has been removed by the author.
naimah said...

Allah! xleh tahan :"(

lukpi said...

setiap umat tu ade ketetapan matinya, pabila sampai ajalnya, tidak akan dilewatkan sesaat dan tidak pula akan diawalkan sesaat

'Eid Benyusof said...

naimah: sama2 sedeqahkan al-fatihah kpd Allahyarham kero deh..

'Eid Benyusof said...

lukpi: betul tu pi. kita yg masih idup kene amek iktibar. sama2 la mengharapkan husnul khatimah (insyaAllah).

Anonymous said...

balikkk doh kero, kiter seme ntah ble xtau... moga Allah mrahmati roh kawanku itu kerana dia baik orangnya :(

'Eid Benyusof said...

ye dh o.. Ameen..
memang teramat baik..~

Anonymous said...

talhah-baru bace entri mu ni Di..ak lg sedih xlehn jupe buat kali terakhir..sempat jupe sblum blk mesir mula..g jln kt lagoon koliba,mkn2 kedai..huhu shaba2 doakan belia ditempatkan bersama roh2 org yg soleh..amen ya rabb

'Eid Benyusof said...

aku kagum dengan arwah.. sanggup ye blk sehari je semate2 nk jupe geng2 mesir.. betapa arwah mmg seorg yg amat menghargai sebuah persahabatan.. ayah arwah ade sebut, on dat day, arwah minum pg je kt rmh.. then kluar dgn sek2 mu seharian.. sapa2 dumoh gareb dh.. bas plk kul 8.30mlm.. masyaAllah.. same2 kita doakan arwah.. ameen..

Huda Idris said...

salam. ana de sorang lg kawan dr utp-wan hasanudin. br meninggal sabtu leaps. penyakit latent yg tibe2 jadi malignant. x ingt arwah kos ape. alfatihah.


mati oh mati..dekat sangat