Bila susah tiada gelisah, Bila miskin SYUKUR pada Tuhan, Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan MENGINGATI ALLAH Jiwa kan menjadi TENANG
[MATI itu PASTI, HIDUP... insyaALLAH!]
Muhasabah
"Payah sekali melakukan kebaikan pada 4 tempat: 1. memberi maaf ketika marah 2. bersedekah ketika kesempitan 3. menjauhi perkara mungkar ketika seorang diri 4. berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong -Saidina Ali KW- "Beruntunglah sesiapa yang sibuk dengan ke'aiban dirinya berbanding ke'aiban orang lain"
"Carilah pengi'tirafan penghuni langit biarpun dihina seluruh makhluk di bumi." - al-Faqir Tokku
"Jangan sedikit pun kamu merasakan bahawa kamu lebih baik dari seseorang yang lain kerna hal yang sedemikian menjadikan kamu adalah orang paling HINA pada pandangan ALLAH."
"Jika kamu lupakan 2 perkara dan sentiasa ingat 2 perkara nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan hidup. LUPAKAN * Kebaikan kita kepada orang. * Keburukan orang kepada kita. SENTIASA INGAT * ALLAH. * Hari Akhirat."
7 April 2009. Tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk Malaysia. Semua jiwa dan raga terarah kepada perlawanan sengit di 3 venue berbeza. Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dikunjungi oleh berpuluh-puluh ribu penyokong dari kedua-dua belah pasukan yang bertanding untuk memberi sokongan moral. Kejohanan kali ini menampilkan juara bertahan Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, PR menentang BN sebagai juara bertahan DUN Batang Ai. Terdapat juga 14 pasukan kerdil yang cuba untuk menggugat status kedua-dua pasukan gergasi tersebut. Mampukah pasukan kerdil membuat kejutan? Mampukah juara bertahan di kawasan masing-masing ditumbangkan? Sama-sama kita nantikan kesudahannya.
Tepat jam 2130, keputusan telah tercatat di scoreboard. Akhirnya PR telah berjaya memenangi2 perlawanan dengan keputusan yang selesa di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau manakala BN menang di tempat terpencil, DUN Batang Ai juga dengan keputusan yang selesa. Juara bertahan telah menunjukkan kehebatan masing-masing dengan mengekalkan kemenangan di ketiga-tiga kawasan yang terlibat. Pasukan kerdil yang cuba mencoteng arang kepada kedua-dua pasukan tersohor tersebut akhirnya berputih mata untuk pulang dengan tangan kosong kerana gagal mencatatkan kemenangan dan kehilangan wang pertaruhan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang terutamanya kepada pasukan PR yang sejak awal telah mendapat kesukaran kerana satu-satunya wadah penyampaian informasi tentang pasukan mereka telah disekat selama 3 bulan. Apakah motif di sebalik sekatan ini? Adakah pasukan lain rasa terancam dengan informasi dalam wadah tersebut? Siapa makan gula, dia yang rasa manis! Komitmen pemain terbaik kejohanan di Parlimen Bukit Gantang, Saudara Ir Nizar patut dipuji. Sekalipun dimomokkan telah menjadi penderhaka, penyokong-penyokong tetap yakin akan kebolehannya menjadi jeneral sehinggakan masih ramai yang menyokong beliau. Adakah status penderhaka itu hanyalah kata-kata dusta yang keluar dari mulut orang-orang yang dengki akan ketokohan beliau? Kelihatan juga pertukaran tampuk pemerintahan pasukan BN tidak memberikan kesan yang diharapkan. Adakah pemerintah yang baru naik tersebut tidak mendapat tempat di hati penyokong pasukan BN sendiri? Sama-samalah kita fikirkan.
0 orang berkata-kata:
Post a Comment