Qasidah Untuk Kekasih

Qasidah! Qasidah ialah himpunan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Rasulullah SAW. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai salah satu cara untuk meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya dan para Sahabat Nabi. Qasidah biasanya dialunkan di dalam majlis maulid dan diselangselikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
"Qasidah berasal daripada kata 'qasidah', ertinya lagu atau nyanyian. Untuk pertama kalinya qasidah ditampilkan oleh kaum Ansar. Pada saat itu beberapa kaum Ansar menyambut kedatangan Nabi Muhammad dan mendendangkan lagu-lagu pujian diiringi dengan lantunan pukulan rebana. Lagu-lagu pujian saat itu diwarisi hinggar hari ini sebagai lagu klasik."
[Qasidah Untuk Kekasih, muka surat 135]
Pertama kali aku mendengar perkataan 'qasidah' dan qasidah itu sendiri ialah ketika 2nd Year di PJ. Ketika itu, ketiga-tiga rumetku ialah 'hantu' qasidah. Sehari tanpa qasidah kedengaran daripada corong speaker Sonic Gear Evo 7 teramatlah mustahil. Seawal Subuh, qasidah yang dijadikan alarm sudah kedengaran di bilik 224  Mahallah UKC1. Sekian lama, aku yang tidak pernah tau apa itu qasidah mula turut menyukai qasidah. Bak kata pepatah 'alah bisa, tegal biasa'.

Novel Qasidah Untuk Kekasih
Novel ini ialah novel kedua bekas pelajar CFS PJ, Munirah Abd Rasyid. Kurasakan novel ini amat dekat dengan diriku. Kisah yang digambarkan berlaku di CFS PJ. Watak-watak yang digambarkan dalam novel ini kurasakan betul-betul pernah wujud di sekeliling aku ketika belajar di CFS. Program-program di dalam novel juga ialah program yang pernah diadakan di CFS ketika 2008/2009 seperti kelas talaqqi kitab, demonstrasi dan Miftahul Asywaq. Sesiapa yang pernah belajar di CFS,PJ 2007/2009 pasti dapat mengimbau kembali kenangan belajar di bumi CFS,PJ. Kenangan terindah!
 

Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-5783-18-0
Tarikh Terbit: 30 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 336
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Sinopsis
Hidup manusia tidak boleh dipisahkan dengan cinta penciptaNya, Zainul Muttaqin mahu membalas cinta tulus itu. Untaian Qasidah basah di bibirnya, didendangkan saban detik dan waktu tanpa jemu. Idea Majlis Miftahul Asywaq mengapung di sana. Bersama sahabat baiknya, Amir Hamzah, mereka menelusuri jalan juang yang tidak mudah. Fitnah, sehingga konflik yang menimpa Habib Hasan dan Saif mengheret mereka untuk merungkai satu persatu masalah sehingga akhirnya, Majlis Miftahul Asywaq terlaksana walau tanpa Zainul Muttaqin hadir bersama.





يَا بَدْرَ تِمٍّ حَازَ كُلِّ كَمَالِ # مَاذَا يُعَبَّرُ عَنْ عَلاكَ مَقَالِىْ

أنْتَ الَّذِيْ أشْرَقَتْ فِىْ أفُقِ العُلَى # فَمَحَوْتَ بِالأنْوَارِ كُلَّ ضَلالِى

وَبِكَ اسْتَنَارَ الكَوْنُ يَا عَلَمَ الهُدَى # بِالنُّوْرِ وَالإنْعَامِ وَالإفْضَالِ

صَلَّى عَلَيْكَ اللهُ رَبِّيْ دَائِمًا # أبْدًا مَعَ الإبْكَارِ وَالآصَالِ

وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأصْحَابِ مَنْ # قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ العُلا بِكَمَالِ

WAHAI PURNAMA

Wahai purnama... wahai purnama...
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana... bagaimana...
Nak kuluah dengan kata-kata

Engakau menyinar di alam tinggi... di alam tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan

Dengan mu alam bergemerlapan... bergemerlapan...
Zahir batin nur hikmat dan kemuliaan

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya
Siang dan malam jua... siang dan malam jua...

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu
Mereka yang istimewa dan amat sempurna

~Sekadar Contengan~

Sejarah Pasti Berulang

10 tahun bukan satu tempoh yang pendek. Jika seorang insan baru dilahirkan 10 tahun dahulu, nescaya sekarang insan tersebut sudah boleh mengaji al-Quran, membaca, mengira, bercakap bahkan juga mungkin sudah mampu memberi khutbah atau pun berpidato. :D

Alkisah 10 tahun dahulu, seorang kanak-kanak ribena tidak berpeluang untuk bersama-sama ribuan penyokong (bukan penonton) yang memuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Beliau yang baru sahaja menduduki UPSR tidak mendapat keizinan daripada mak ayahnya untuk menempuhi perjalanan sejauh selama 7 jam dari kampung yang permai ke ibu kota yang hiruk pikuk dengan merentasi Banjaran Titiwangsa. Akhirnya, kanak-kanak tersebut hanya menjadi penyokong di hadapan kaca TV bersama keluarganya yang tercinta.

Setelah 10 tahun berlalu, kanak-kanak ribena semakin membesar dan membesar dan menjadi seorang remaja. Remaja yang sudah mampu membawa diri untuk kemana-mana sahaja dengan izin Allah SWT. Beliau bertekad untuk menjadi salah seorang daripada penyokong yang bakal membentuk lautan hitam putih di SNBJ. InsyaAllah. 

Sebelum sepak mula final Piala FA 2011, tontonilah aksi bersejarah dan rasai sendiri debaran ketika Final Piala Malaysia 2001 di antara Sang Penyu dan Si Seladang.




Preview Final Piala FA 2011


Final impian yang aku idam-idamkan tahun lalu (rujuk sini) menjadi kenyataan. Dua pasukan berjiran yang yang juga musuh tradisi sejak zaman semi pro lagi bakal bertemu buat pertama kali di pentas final. Biarpun "prafinal" Liga Super 3 hari lalu berkesudahan Terengganu tewas 0-3, aku tetap yakin Terengganu mampu membalas dendam Sabtu ni.

1st XI
Peteh Tranung Peteh!
# Semarak Darul Iman, Sokongan Sepanjang Zaman #
 
~Sekadar Contengan~

Cuti Panjang Membunuh!

Cuti hampir 4 bulan! Cuti panjang yang sememangnya panjang boleh membunuh sesiapa yang life-cyclenya selama 4 bulan hanyalah makan, tidur, tengok TV, main computer games dan berFacebooking. MATI KEBOSANAN!

Untuk mengelakkan mati kebosanan, gunakan cuti dengan aktiviti berfaedah. Kesempatan cuti panjang boleh digunakan untuk menjadi part-timer. RM 700 x 3 = RM2100. Fuh! Memang kaya. Sesiapa yang dahagakan ilmu agama yang tidak ditawarkan di mana-mana pusat pengajian tinggi, cuti sebegini patut digunakan untuk  bertalaqqi kitab-kitab kuning di pondok-pondok bersama mashaikh.

"Dua nikmat agung yang diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah nikmat KESIHATAN dan MASA LAPANG." 
 [Hadith riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah] 

Nasihat Dr Norsidah & Dr Naznin ketika Majlis Restu Ilmu 2 bulan lepas.
Attitude dan disiplin amat penting untuk survive ketika clinical years. Semua itu tak boleh dibentuk dalam masa 2,3 hari. Sekurang-kurangnya 2,3 bulan diperlukan. So, gunakanlah cuti panjang nanti untuk develop diri agar jadi lebih berattitude dan berdisiplin. Lupakan segala bad attitude during pre-clinical. Yang penting, ketika clinical, kamu mennjadi student yang berattitude dan berdisiplin.
Ketika Program Mahabbah 13th Legacy, salah seorang sahabat turut menasihatkan supaya meletakkan target apa perubahan yang kita nak capai at the end of the holidays. Letakkan target yang simple tapi bermakna. Contohnya, sebelum cuti, tidur lepas Subuh seolah-olah menjadi rutin harian. Apakata, sepanjang cuti ni, tukar aktiviti tidur dengan berjogging, memasak ataupun menonton rancangan Tanyalah Ustaz! InsyaAllah tidur lepas Subuh akan tiada dalam kamus hidup kita lagi buat selama-lamanya. :D

Aku teringat nasihat seorang senior ketika lawatan ke Rumah Ehsan. Beliau mencadangkan cuti sebelum masuk clinical years digunakan  sebaik-baiknya untuk belajar agama terutamanya berkenaan iukhsah ibadah untuk pesakit dan fiqh perubatan. Peluang untuk berdakwah kepada pesakit teramat luas. Rata-rata pesakit merasakan diri mereka tidak perlu melakukan ibadah terutamanya solat apabila warded. So, tugas kita untuk membetulkan kesalahfahaman ni.

Ada juga sebahagian pesakit yang ingin beribadah tapi tidak tahu cara sebenarnya. Sebagai contoh, jika tangan berbalut, bagaimana nak berwudhuk? Perlu bertayamum ke? Mampukah kita menjawab persoalan tersebut? Kalau tidak mampu maka terlepas satu peluang untuk kita berdakwah. Alangkah ruginya! Tidak dapat tidak, kita wajib persiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya sebelum menempuhi alam clinical.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selama 17 tahun aku bergelar pelajar, inilah kali pertama aku mendapat peluang cuti melebihi 2 bulan. Perancangan utama cuti ni untuk mengkhatamkan berbelas-belas buku yang tidak sempat dibaca ketika berada di Kuantan. Follow kuliyyah Ustaz Azhar Idrus dan jalan-jalan jelajah Malaysia turut berada dalam perancangan. InsyaAllah.



~Sekadar Contengan~